Assalamualaikum, terima kasih kepada admin FS yg sudi siarkan kisah aku ni. Kisah yg akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar & perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain. Cerita ni agak panjang, sebab kalau nk ringkaskan, takut tak faham pucuk pangkalnya
Ringkasnya, aku ini seorang lelaki yg berasal dari negeri di utara yg berkerja di jabatan kerajaan di sebuah negeri selatan tanah air. Pada awalnya sekitar tahun 2012, aku melaporkan diri di pejabat, sebab gred jawatan aku yg tertinggi di situ, maka aku diarahkan oleh Pengarah untuk memangku jawatan ketua pejabat (bos). Ketika dalam tempoh ini, aku amat rapat sekali dgn semua staf di ofis dan yg paling akrab dgn aku ni aku namakan dia Aiman. Of course la rapat, sebab ada kepentingan di situ terutamanya bab tender-tender dan kerja-kerja kerajaan. Senang cerita, kroni. Aiman ni orang lama di ofis tu dan mahir tentang selok belok SOP selain ramai contact & kabel-kabel, malas nk cerita lanjut bab ni.
Pada awalnya, ada beberapa staf aku ada bagi pesanan kat aku agar berhati-hati dgn Aiman, sebab kadang tu tindakan dia agak berbahaya & boleh menjerat pada isu integriti. Aku ambil positif, dan teruskan berkawan dengan semua orang, maklum la, kampung jauh, kawan takda, kawan yg ada pun dalam ruang lingkup pejabat dan jabatan je.
Tiba pada satu tahun, pihak JPA menaik-taraf perjawatan semua staf di jabatan aku ni seluruh Malaysia yg akhirnya menjadikan staf-staf bawahan aku kini dah sama gred jawatan dgn aku, termasuklah Aiman yg dulunya pegawai yg diselia, kini dah sama level dgn aku. Aku x kisah pun & anggap ini adalah rezeki masing-masing.
Tahun silih berganti, beberapa pegawai atasan juga turut silih berganti, ramai yg berpencen. Maka ada banyak kekosongan pegawai gred atasan/senior yg perlu diisi. Kisah duka ini bermula pada tahun 2016 apabila seorang pegawai diarahkan bertugas di pejabat aku dan aku namakan dia ni Badrul. Dahulunya, Badrul ni sama gred jawatan je dengan Aiman, tapi disebabkan pengisian jawatan yg tak telus, maka dia lulus temuduga dan dinaikkan gred ke jawatan senior dan dihantar ke daerah aku bertugas dan menjadi bos aku yang mana sebelum ni dia bertugas di daerah lain.
Aku cuba merisik cerita kawan-kawan dari tempat lama dia, katanya si Badrul ni agak bermasalah yg terkenal dgn sifat panas baran dan mulut celupar. Yang bestnya, ex-bos si Badrul ni mengaku, dia memang nk keluarkan Badrul dari ofis dia dgn cara luluskan temuduga supaya dia boleh berpindah. Bayangkan lah dia punya baran tu, baru hari ke-2 lapor diri, aku ni dah kena makan hamun.
Apabila Badrul dah masuk ofis, of course yg Aiman tu akan himpit melekat dgn Badrul atas faktor kepentingan peribadi dan aku pula diburuk-burukkan. Disebabkan sebelum ni aku dah pernah jadi bos di sini, tetiba pulak Badrul masuk dan jadi bos aku, maka dia agak sedikit malu alah dan merasakan aku cuba caras kerja dia. Dan Aiman pun agak susah nk buat kerja dia sebab masa Aiman baik dgn aku dulu, dia banyak perturunkan ilmu-ilmu integriti dia, kini dia rasa susah nk masyuk sebab skill dia semua dalam tangan aku.
Pada 2016, aku mula mendapat pengiktirafan di peringkat jabatan atas kemahiran terhadap satu bidang khas yg dinamakan Pegawai Bidang Khas yang mana selama bertahun-tahun pergi belajar, pergi kursus, buat pemerhatian, buat analisa, baru la nak dapat pengiktirafan tu. Ekoran daripada tu, aku banyak mendapat jemputan ceramah berbayar daripada pelbagai pihak lain seperti agensi kerajaan lain, IPTA, IPTS, pihak-pihak swasta dan di peringkat jabatan sendiri. Kebetulan pada masa yg sama, jabatan aku sedang buat pengisian jawatan senior dan masa tu nama aku antara yg disebut-sebut oleh pengarah utk kenaikkan pangkat. Jadi makin ramai la yg sakit hati. Ketika berada di kemuncak karier ni, ramai pula yg iri hati, banyak fitnah dan tomahan oleh rakan sepejabat dilemparkan pada aku dan akhirnya aku dipulaukan satu pejabat. Mujur la masih ada lagi insan di ofis yg setia dgn aku.
Kisah disihir ni bermula Pada penghujung 2016, masa tu ada la rezeki lebih sikit hasil dari bagi ceramah, aku ambil cuti panjang, 2 minggu, pergi mengembara di negara jiran (Thailand). Sebelum aku bertolak, aku dihinggapi 1 penyakit Beguk / Bengkak cantik pada leher, dah cek doktor, scan, doktor pun tak tau punca. Tak berpatah semangat, kembara diteruskan walaupun sakit dan perit. Pada hari ke 8 di sana, malam tu masa aku tidur, aku bermimpi sekor anjing hitam jenis doberman ada kepala tiga, mimpi beruk/mawas bergigi tajam nk terkam aku, mimpi ular tedung hitam tengah patuk tangan. Tanpa apa-apa syak, esoknya aku teruskan perjalanan sampai di Malaysia, singgah di kampung kejap. Masa dalam perjalanan tu, aku terasa kaki ni sakit sangat, lenguh-lenguh yg luar biasa, terutamanya dari lutut ke bawah.
Masa di kampung, abah, mak dan adik silih berganti urut kaki aku, katanya efek sebab dah 12 hari bawa moto. Yang peliknya, lepas mak aku urut kaki, tangan dia tiba-tiba sakit, naik merah-merah kat tangan macam bentuk kepala buddha. Adik aku pulak dapat gangguan mimpi pelik dan abah aku pulak tak bercakap banyak. Masa ni dah 4 malam aku mimpi pelik-pelik dan aku anggap mungkin gangguan jin liar saja.
Esoknya aku terus perjalanan balik ke rumah, bertemu anak kecilku dan isteri. Mulanya anak aku macam takut-takut nk peluk, tapi sebab dah lama tak jumpa, dia peluk dalam takut-takut. Habis cuti, aku sambung kerja pulak. Kena pulak ofis kat tingkat 2, lif takda, naik la tangga. Hampir 10 minit aku menapak sebab sakit yg teramat kat kaki yg mana biasanya tak sampai 1 minit pun dah sampai atas. Bila masuk ofis je, sakit kaki tu makin menjadi-jadi, kepala sakit berdenyut dan beguk di leher tu rasa perit sangat. Sakit ni masa siangnya ok lagi. Tapi akan jadi sangat teruk bila waktu maghrib sampai subuh.
Satu malam tu, aku pergi berurut dgn sorang tukang urut, pakcik ni aku dah biasa berurut dgn dia, tengah mengurut aku, pakcik tu mengeluh dia terasa perit sangat nk urut aku, bau kemenyan, bau hanyir darah terlampau kuat. Malam esok pulak aku ulang lagi rawatan mengurut, masa sampai tu, dia tanya aku “datang sorang ke”, aku jawab ye. Dia tanya, “habis tu, sapa pompuan kat dalam keta tu, bawa la dia turun”. . . aku dah mula rasa pelik, ingatkan pakcik tu bergurau, aku cakap “saya mai sorang je, kalau ada yg ikut tu, suruh dia balik”. . Beberapa ayat Quran dilantunkan, dan hilanglah pompuan dalam keta tu. Selesai mengurut, pakcik tu berpesan “hati-hati lah, sebab ada orang tengah marah kau tu”. Masa ni aku bodoh lagi, tak berapa nk percaya bab-bab ni.
Sebab tak tertahan rasa sakit, malam esok aku pergi hospital utk check up. Sampel darah diambil, ujian x-ray buat, kena lagi ultrasound check di leher. Doktor cakap result semua ok, normal, takda apa-apa yg negatif pada result darah, x-ray & ultrasound. Setiap hari aku terpaksa ambil EL (emergency leave) sebab masa ni aku tak dapat nk jalan, hatta berdiri sekali pun. Sampai kan waktu siang masa bini aku keluar pergi kerja, aku ambil pasir kucing letak dalam bekas dan jadikan tempat aku nk kencing. Bila berita ni sampai kat ofis, kata-kata fitnah makin rancak yg katakan aku ponteng kerja, lupa diri dah dapat payment. Keadaan ni berlanjut sampailah pengasuh anak aku (kak S) tanya pada isteri aku, apsal aku dah lama tak datang ambil anak? Bini aku pun cerita la segalanya dan kak S suruh aku datang rumah dia malam tu jugak.
Malam tu di rumah kak S, dia bagitau yg ada seseorang akan datang merawat aku malam tu, janjinya lepas maghrib, last-last tengah malam baru sampai. Dalam tempoh menunggu perawat tu datang, sakit aku makin menjadi-jadi sampai aku hampir lost control. Kak S banyak kali call perawat tu tanya kat mana dah, dia jawab suruh sabar, dugaan dia tengah besar. Semakin perawat tu nak sampai, makin teruk sakit aku, hanya zikir Allahuakbar saja yg mampu aku lantunkan. Selepas tu, rawatan pun bermula, dari cerita isteri aku, masa rawatan tu, macam-macam suara yg aku keluarkan, ada yg gelak, ada jerit, ada garau, ada halus. . Katanya dari perawat tu, banyak sangat gangguan. Sampai ada yg kena sembelih sebab degil tak mau keluar.
Esoknya mak dan adik aku datang utk jenguk keadaan aku, diorang sepakat bawa aku ke hospital lain, masa ni dah duduk atas wheelchair, badan lemah sangat sampai aku ditahan di wad. Maka pelbagai ujian mula dilakukan, mula-mula x-ray, kemudian blood screening. Malam tu doktor cakap yg result aku zero, negatif, takda apa-apa. Esoknya doktor pakar round wad, dia semak pun cakap benda yg sama dan akhirnya aku diputuskan utk menjalani rawatan anti-biotik yg amat sakit.
Selama 8 hari di wad, 2 kali ujian x-ray, 2 kali blood-screening dan 1 ujian ultrasound. Semuanya negatif. Akhirnya doktor pakar mengesyorkan aku cuba cari rawatan alternatif dan dibenarkan discaj, dapat MC 1 minggu utk teruskan anti-biotik. 8 hari di wad aku terasa fresh sangat, rasa sihat je. Boleh la bangun dan jalan. Balik ke rumah je, terus rasa sakit balik sampai tak boleh nk jalan.
Masa tu jugak perawat tu call dan buka hal sebenar, katanya ada orang dengki & marah dgn aku. Orang tu aku kenal dan dekat sangat. Dia kata, kalau nk tengok siapa pemunya angkara, buatlah solat hajat dan mintak doa, sebab doa orang teraniaya ni tanpa hijab.
Selepas beberapa hari solat hajat dan berdoa, Alhamdulillah, Allah jawab doa aku, Dia tunjukkan aku siapa penyihir tu. Terpampang jelas wajah Aiman dan Badrul. Aku call perawat utk teruskan rawatan. Beberapa kali siri rawatan, sihir tu masih lagi menyerang. Amaran dah diberi banyak kali supaya jangan ganggu lagi, tapi diorang masih degil. Maka perawat mulakan rawatan pulang sihir. Esoknya aku masuk ofis, aku tengok si Aiman dan Badrul dalam keadaan yg teruk sangat, batuk teruk sampai nak pecah dada, muka berpeluh teruk, sakit kepala yg kronik. Keadaan tu berterusan selama beberapa hari, perawat call aku dan syorkan utk hentikan pulang sihir tu sebab kesannya amat teruk sekali. Sebab bila pulang balik, si penyihir tu akan kena 2x ganda efek yg kita terima, silap-silap boleh wayar putus atau putus nyawa.
Kini aku dah berpindah tempat kerja, di persekitaran baru, kawan-kawan baru, suasana baru. Alhamdulillah, Allah hadirkan pelangi selepas hujan. Cuma sebelum aku pindah tu, si Badrul dajalkan aku dengan bagi markah SKT yg rendah. . . Yang bestnya, pada muka depan Nota Serah Tugas tu, aku tuliskan maksud surah Thaha, ayat 69
“. . . . tidak akan pernah menang tukang sihir itu dari mana pun ia datang. . . “ dan muka dia berubah lain sangat, mungkin sebab dia dah tahu aku tahu. .
Ringkasnya, Aiman dan Badrul sihirkan aku sebab Badrul rasa aku cuba nak caras kerja dia, rasa aku lebih dari dia, tak ikut arahan dia, melawan arus manakala Aiman pulak dia rasakan aku cuba kantoikan dia, dengki dgn pengiktirafan & kejayaan yg aku terima. Sihir tu pulak diorang ambil gambar aku di fb, kebetulan masa di Thailand, aku banyak upload gambar kaki dgn view sana. Diorang gunakan nama aku dan nama emak aku. Ada barang sihir diletakkan kat ofis dan ada yg tabur di rumah.
Terima kasih sudi baca kisah yg panjang lebar ni.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Penyihir dan pengupah sihir bagi aku adalah pengikut Dajjal laknatullah. Bersiap sedialah rasa azab api neraka. Sebabnya, penyihir dan pengupah sihir telah melakukan dosa mensyirikkan Allah.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (QS. An Nisa’: 48).
nice story
Dah byk kejadian org disihir/dibomohkan guna gmbr. Tapi lg ramai pula org yg post gmbr mereka di laman sosial samada sebagai dp mahupun di postingan, status dsb. X kena mmg x percaya. Dh kena mkn x hbs.
kan
tp kan…klw bkn kita sdr yg post atau kita privatekan pic kita tu…kwn2..sahabat2 yg selpiaq ke..snap pic tu sdr ke yg akn postkan…acanner nak buat…cuma zikir, niat dan doa Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin…semoga aku dijaga, dilindungi, dipelihara oleh pengawal sekalian Alam….Aamiin…
Mimpi dia lebih kurang mimpi aku…. cuma beza.. dlm mimpi tu kala jengking berlawan dgn lipan… dan beruk tu berjaya cakar belakang aku… smpi terjg dr tido… boleh rs pedihh tuu ….. lps tu aku mula sakit.. dlm sebulan … leh kata ok dr deman bpe hari je… kaki sakit.. bisa…. iskk klu ikutkan.. byk aku lalui mimpi yg x elok..merata berubat.. tunang aku je x smpt nk sihat pulih.,…sblm tunang aku meninggal pn aku dpt mimpi siapa yg buat …. tp syg aku x kenal perempuan tu.. myb arwah tunang aku kenal…. ermm.. x taw la zaman skrg.. org lebih suka bnda sihir… bahagis kot buat org terseksa sakit….
sekarang ni nmpk mcm sihir ni lagi byk diamalkan daripada zaman dulu…. semoga Allah lindungi kita semua.
nice story… pengajarannye, jgn post pic diri atau kuarga kt media sosial kerap sgt… amek gmbr, simpan dlm hti, bahagia xperlu nk tunjuk kt org lain, nti org dengki, sihir gne gmbr yg kte pos kt media sosial, klu xkne kt kite, mgkn ahli kuarga kite… klu nk post pn, private kn… tgk kwn2 media sosial kte yg kte pcye xkn dengki atau sakit hati…