Disorok Anak Jin – Part 3

Maaflah korang, aku rasa macam dah panjang aku taip rupanya pendek secoet je ye. Admin FS boleh tukar tak cover photo. Seram aku time aku scroll, dia ikut berbunyi. Seram merinding bulu roma aku.

Kali ni aku cerita panjang sikitlah. Harap korang tak jemu atau serabut dengan typo dan salah susun ayat. Aku tak rajin nak cek semula.laptop takde aku, kawan aku ennie dah lama tak jumpa dia. Busy. Maklumlah, ada pakwe baru.

Aku dan kak Ngah berpandangan. Sepanjang jalan pulang kerumah aku dan kak Ngah hanya mendiamkan diri. Sampai je dirumah aku membersihkan badan dan mengambil wudhuk.
Malam itu aku rasa seperti ada yang memerhatikan aku. Aku jadi tak tentu arah. Tiba tiba pintu bilikku diketuk dengan kuat. Aku berdebar debar, selalunya kalau Kak Ngah, atuk dan opah diorang suka terjah je,
Aku ambil handphone dan whatsapp kak ngah.
” Angah kat mana? Mesej pending.

Wifi tetiba takde connection. Aduh time nilah dia nak buat hal. Ketukan diluar makin kuat.

” Anggun,bukak pintu! . Kedengaran suara opah diluar.

” kejap opah, ingat siapalah ketuk mcm nak pecah pintu “.

” Atuk pengsan, opah nak bawak atuk kehospital. Cepat tolong opah angkat atuk, kak Ngah dah standby kat bawah.

Malam itu kami semua kelam kabut, atuk jatuh pengsan ketika sedang solat isyak kata opah. Opah perasan ada ular besar melingkar ditepi atuk ketika buka pintu bilik. Opah menjerit dan bacakan ayatul kursi, terus ular itu menghilang. Malam itu kami semua berkampung di hospital menemankan atuk. Opah menyuruh aku dan Angah pulang.Masakan kami berdua berani balik bila dengar kisah ular hitam itu.

Opah menelefon sorang rakan baik atuk yang dipanggil Tok Ayah dan ceritakan hal yang berlaku. Tok Ayah kebetulan ketika itu berada di perak kerana berubat sepupunya disana. Esoknya aku dan Angah buat keputusan untuk pulang kerumah bersama Opah mengambil barang keperluan atuk.

Sesampai dirumah, aku terus kebilik, namun langkah aku terhenti didepan bilik Solat. Terdengar suara seseorang sedang solat. Aku menekap telinga di dinding. Alunan bacaan al quran yg merdu membuatkan aku kusyuk mendengar sebelum bahuku ditepuk dari belakang. Terkejut beruk aku ketika itu.
Bunyi orang membaca quran pun berhenti.

” kenapa Anggun? Angah buat muka ketakutan

” Adik dengar mcm orang mengaji la kak Ngah.

Kami berdua menolak pintu, tapi tiada sesiapa disitu. Aku biarkan sahaja, mungkin ada makhluk yang tumpang solat kata kak Ngah.masakan hantu dan syaitan boleh mengaji. Geliga jugak otak kak ngah ni.hahahah

Selepas siap membersihkan badan, aku mengambil wudhuk dan menunaikan solat dhuha. SeLepas itu aku solat hajat mohon doa kepada allah agar atuk sihat kembali. Aku mengalunkan ayat ayat manzil. Ketika itulah aku rasa telingaku berdesing, angin dari tingkap agak kuat. Pappp, pintu bilikku tertutup sendiri. Namun aku abaikan dan meneruskan bacaan sehingga habis.

Sesudah selesai aku keruang tamu dan melihat Opah bersama dua orang tamu yang tidak kukenali. Aku agak seorang yang tua itu Tok Ayah tapi yang muda itu, hensem macam abam fattah amin versi soleh siap berserban mcm pelajar tahfiz. Sambil memegang tasbih digital yang kecik tu. Hatiku dup dap dup dap umpama dipanah cinta.adakah itu cinta pandang pertama. Hahaha.dah dah aku tahu korang tengah imagine kan.

Selepas tok ayah scan rumah kami, katanya ada benda tidak baik yang dihantar kemari oleh seteru lama. Bila disebut seteru lama, opah sangat terkejut. Kemunculan ular hitam itulah petunjuknya.

” hati hatilah dengan permainan iblis Mariam, ia boleh membinasakan kita dengan izin allah.banyakkan membaca alquran didalam rumah.Aku akan usahakan membantu Omar.insyaallah dengan izin allah mahluk ini dpt kita binasakan kerana tidak ada yg boleh lawan kekuatan kalamullah allah”

Tok Ayah agak berusia mungkin sudah berusia 80 tahun. Atuk pula sudah berusia 75 tahun namun kudrat atuk masih gagah.

Malam itu, tok ayah memulakan sesi memagar rumah dan membuang benda yang tertanam dibelakang rumah. Katanya ada orang tanam sesuatu. Aku lihat sendiri Tok Ayah membaca
ayat suci alquran tapi maaf aku tak Tahu surah apa. Dia menepuk tanah dan dlm 1 meter dari situ, tanah disitu meletup dan berasap.kelihatan api dan asap berkepul disitu Alauddin terus menuang air didalam baldi yang sudah dibacakan tok ayah.
Sebijik sama dengan video yang ada di FS.
Korang ada tgk video yang FS post baru ni?

Bila dikorek, bau busuk mula menyerang. Bangkai seekor ular hitam dan ada patung yg dicocok dengan jarum dibahagian dada.
Tok Ayah masih duduk membaca ayat al quran. Setelah selesai kami semua masuk kerumah. KaK Ngah menyediakan air dan mengoreng karipap frozen untuk alas perut kami semua.

Aku duduk diberanda rumah sebelum disapa Alaudin

” Jauh termenung? ”

Aku tersenyum memandang alaudin. Wajahnya berseri dan bersih. Tenang. Ececececce.

” Anggun tak sangka ada orang sanggup aniaya kami sekeluarga”. Mataku mula bertakung air menanti masa untuk tumpah.

” Semua yang terjadi dengan izinnya, Insyaallah pastinya yang termampu kita sebagai hamba melaluinya” Tutur Alaudin

” Apa salah keluarga kami?

” Anggun kena selalu baca alquran, solat solat sunat dan dekatkan diri dengan allah. Anggun pun kena jaga diri kerana ada yang ingin dekat dengan anggun “.

Aku terkejut bila alaudin kata begitu, baru nak bertanya lebih lanjut, dia sudah bangun kerana Opah panggil untuk makan sebelum kami semua kehospital untuk melawat atuk.

Tok Ayah kata dia dah musnahkan sihir sipenghantar, kawasan rumah juga sudah dipagar. Tok Ayah pesan pada Opah supaya selalu baca alquran . Selepas selesai mengemas pinggan mangkuk aku naik kebilik.sekali lagi ketika melalui bilik solat aku terdengar suara lelaki sedang mengaji. Hati ku berdebar debar dan aku lari masuk kebilik mengambil beg. Dan sewaktu keluar semula aku harus melalui bilik solat tersebut. Aku melihat Alaudin keluar dari situ. Aku tergamam terserempak dengan Alaudin dan terus berlari turun walaupun alauddin memanggil aku tetap tidak menoleh.

Sampai dibawah tok ayah menegur aku, kenapa anggun? Aku tak dapat berkata apa apa. Aku mengambil bantal dan menekup muka.Opah dan kakNgah mendapatkan aku.
Alaudin mana? Tanya tok ayah.

Aku mengigil dan berdebar debar. Rasa takut sangat menguasai aku ketika itu. Alaudin ketika itu sudah ada disitu dan menceritakan hal sebentar tadi.

” Sebenarnya din pergi kebilik solat tadi. Tgk anggun berlari ketakutan sewaktu keluar dari bilik. Sebenarnya ada orang lain menghuni disini Tok Ayah”.

Yang aku pelik, tok ayah tersenyum sebaik alaudin kata ada penghuni lain di dalam rumah.ย Kata tok ayah, tak mengapa dia tumpang solat dan mengaji. Mudah-mudahan tiada yang boleh masuk menghantar jin dan syaitan lagi jika dia ada di sini. Perbualan itu terhenti di sini, walaupun perasaan ingin tahu begitu meluap-luap.

Continued.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

27 thoughts on “Disorok Anak Jin – Part 3”

  1. panjang ke ni?masih pendek lagi ni anggun..huhuh

    nice story..penyampaian & penulisan senang paham..kalo boleh bg lg panjang k..huhu
    cikbambam bg 7/10..teruskan berkarya..

    kirim salam kt fattah amin..

    Reply
  2. Hurmmm..berapa part ko nak buat nih…huhu..pendek nau..kemen ko yek sempat bermain mata dengan fattah alaudin..hashtag tilljannah..huhu
    Lagi satu kalau ada kalimah Allah tu tulis la A tu huruf besar..jangan malas..

    Ikhlasun,
    DS

    Reply
  3. Cerita best. Tapi den kotinggalan sobab den tak baco part 1dan duo.
    Eh apohal den cakap nogori ni. Terpengaruh cito tadi la ni.huhu

    6/10

    Reply
  4. Nice story… Tapi pendek sangat kalo nak buat banyak part..
    Sebenarnya aku x bce lagi part 1 & 2.. Satgi naa cheq pi marathon cita hg…

    Reply

Leave a Comment