Ditemani Roommate Aku?

Assalamualaikum, thanks admin sudi publish cerita saya ni.

KISAH ini berlaku 12 tahun yang lalu. Bermula semester pertama aku belajar di salah sebuah Universiti ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Hari pertama berjalan seperti biasa sesi Orientasi. Selepas seminggu berada di kem Orientasi, aku dan pelajar yang lain ditempatkan dibilik masing-masing. Hostel perempuan ditempatkan dibangunan sebelah bangunan hostel lelaki. Hostel yang aku duduki ini mempunyai 4 tingkat, bermakna aku ditempatkan tingkat dua bersama 5 orang rakan-rakan yang baru aku kenali semasa sesi orientasi. Didalam bilik, aku memilih katil diatas sebelah tingkap berhadapan sebuah pokok besar! Something sikit tentang pokok sebesar lebih pemeluk aku. Tapi, yang aku ingin ceritakan bukan pasal pokok tersebut.

Hari kedua aku di kampus, berjalan seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma, banyak sangat pantang larangnya dari guard lelaki dan guard wanita yang menjaga Hostel yang aku duduk ini. Pertama sekali, kami dilarang memijak rumput berbukit disebelah tangga Hostel. Kalau anda ingin tahu, Hostel yang aku duduk ini kiranya atas bukit, cuma tidak curam sahaja! Jadi kenapa guard disitu melarang kami melompat atau melangkah turun dari luar tangga Hostel ini kerana rumput berbukit ini hampir paras dengan sisi tangga bangunan Hostel aku duduk. Sebab kenapa kami selalu lalu arah situ, kerana laluan itu dekat untuk ke kelas sebenarnya, jadi mudah untuk kami ke kelas dan tidak perlu pusing dihadapan untuk melalui jalan berbukit keatas.

Pada mulanya aku dan pelajar lain fikir mungkin takut kami terjatuh atau tergelincir. Bila difikirkan kembali, tidak mungkinlah kami akan terjatuh. Jika terjatuh sekali pun mungkin jatuh tergolek je! Itu membuat aku mula berfikir sebabnya, al maklumlah aku budak yang jiwanya suka berfikir selagi tidak menjumpai permasalahannya. Hahah

Dua bulan aku belajar disitu, disinilah bermulanya gangguan sedikit demi sedikit kami alami sepanjang berada di hostel ini. Aku ada roommate yang suka sangat membasuh baju tengah-tengah malam. Memang selalu aku lihat dia akan kumpul pakaian dia dan longgok dalam bakul baju yang tidak berbasuh. Cukup longgokan bajunya sudah meninggi barulah dia akan membasuh. Aku kalau hendak membasuh pakaian aku, aku hanya akan basuh dalam bilik air yang terletak dalam bilik kami ini sahaja.

Pihak Universiti memang telah sediakan mesin basuh untuk pelajar hostel, cuma mesin tersebut berada ditingkat 4 yang memerlukan kami sebagai pelajar mengumpul duit syiling yang banyak untuk membasuh! Haha . Salah sebabnya aku memilih membasuh menggunakan secara manual dengan kudrat tangan aku ini kerana mesin basuh baju terletak di tingkat atas! Untungnya pelajar ditingkat atas, tidak untungnya pelajar bilik dibawah seperti aku dan rakan sebilik aku yang terpaksa naik ke tingkat 4 untuk membasuh pakaian kami. Ada beberapa pelajar dibilik sebelah bilik aku, mereka lebih memilih dobi luar bila ingin keluar makan diluar barulah mereka akan menggunakan khidmat dobi luar.

Berbalik kisah rakan sebilik aku yang suka sangat membasuh ditengah malam. Aku boleh katakan jiwa dia ini sangat kental!

Pernah aku tanya rakan aku yang seorang ini, “Eh! Kau tak takut ke basuh tengah-tengah malam macam ni?”

“Tak! Aku dah biasa basuh waktu-waktu macam ni.” Sambil memasukan beberapa pakaian kotor ke dalam bakul.

Malam itu aku tidak keluar ikut rakan sebilik aku makan diluar kerana aku ingin menyiapkan assignment aku. Jam menunjukan 11:30 malam barulah rakan-rakan sebilik aku balik. Undang-undang dalam hostel yang telah ditetapkan tidak melebihi jam 12 malam berada diluar. Memandangkan ada yang sudah dibuai mimpi, aku pula masih berteleku dihadapan laptop untuk siapkan kerja-kerja aku. So! Rakan sebilik aku yang jiwanya kental ini ingin membasuh bajunya tengah-tengah malam pun bermula. Aku hanya mengerling rakan sebilik aku ini sedang mengumpul pakaiannya yang kotor untuk dibasuh.

“Weh! Kau nak join aku basuh baju tak?” tegur rakan sebilik aku.

Aku berfikir sejenak sambil memandang beberapa helai baju-baju aku dalam bakul. ‘alang-alang dia ajak aku, basuh jelah sekali dengan dia satu mesin!’

“Nak tak?”

“Ha!?” aku terkejut dari lamunan aku.

“Okay! Kejap aku ambil baju-baju kotor aku dulu.” Sambil aku sleep laptop.

Aku dan rakan sebilik aku naik bersama-sama ke tingkat 4, suasana malam itu dingin. Angin malam menyapa dipipi aku. Aku membetulkan kain tuala aku di atas kepala yang hampir terlurut ke bawah.

“Sejuknya malam ni kan?” aku mula memecah sunyi.

“Aah! Nak hujan kot?” kata rakan sebilik aku.

Sebaik sahaja aku melangkah ke ruangan dimana terletaknya mesin basuh berada tiba-tiba-tiba aku terasa seram sejuk mula menyinggah ditubuhku. ‘Ah! Mungkin sejuk angin malam je ni!’ aku cuba menghilangkan kegusaran dihati. Mata aku melilau memandang sekeliling, dalam hati aku usah cakaplah! Berdebar -debar secara tiba-tiba. Aku memerhati rakan aku memasukan pakaiannya ke dalam mesin basuh. Dia mencapai bakul pakaian aku lalu di masukan sekali dengan baju-bajunya didalam mesin basuh. Sambil menunggu mesin basuh selesai membasuh, aku dan rakan sebilik aku masing-masing diam seketika dan hanya kedengaran bunyi mesin basuh diruang atas ini sahaja berbunyi.

Aku mengerling rakan aku disebelah yang masih memandang arah luar koridor bangunan. Pelik juga bila melihat dia sekadar membisu, selalu dialah yang selalu  ajak aku berbual. ‘mungkin dia penat kot?” aku cuba positifkan hati aku ini.

Jam menunjukan hampir 1 pagi. Aku dah menguap beberapa kali, aku menenyeh mata aku yang dah berair akibat menguap sebentar tadi. Aku merenung mesin basuh dihadapan aku masih lagi ligat berputar. Aku memandang roommate aku disebelah, duduk tegak memandang luar lagi seperti tadi.

“Weh! Aku nak tidur kejap, kalau siap basuh kau kejut aku ya?” aku memaling roomate aku disebelah. Aku melangkah menuju arah sofa dihujung sana.

Dia sekadar mengangguk tanpa melihat aku, aku mengerut wajahku memandang dia disebelah aku. ‘Ah! Lantaklah, aku nak tidur sekejap.’ Untuk seketika aku sudah terbuai lena.

Tiba-tiba aku terjaga seperti ada yang menepuk bahuku dengan kuat. Aku bangun membetulkan kedudukan aku diatas sofa, aku melihat sekeliling aku tidak ada sesiapa. Aku menenyeh beberapa kali mata aku. Aku mengurut tengkok aku yang terasa sengal-sengal akibat tidur diatas sofa tadi. Baru aku teringat sesuatu. Aku memaling melihat dihujung sana, ‘eh mana minah ni?’ mata aku melilau mencari kelibat roommate aku ini. Terus secara tiba-tiba bulu roma dilengan aku mula meremang. Aku membebel berbakul-bakul kerana roommate aku tinggalkan aku seorang diri diatas.

“Kau siap kejap lagi! Tinggalkan aku diatas sorang-sorang.” Sambil aku mengambil baju aku dalam bakul.

Sampai sahaja dalam bilik, aku menuju kearah kati roommate aku. Marah aku sudah tahap maksimum! Aku menerpa kearah dia dan ingin kejutkannya. ‘amboi kau?! Sedap-sedap kau dah tidur atas katil, kau tinggal aku diatas ye?’.

“Hoi bangunlah! Kenapa kau tinggal aku kat atas sorang-sorang?!” aku menepuk punggungnya.

‘Hai? Tidur m**i ke? Dari tadi aku tampar-tampar p******g dia ni tak juga bangun? Okay! Tak apa, esok pagi kau kenalah’ Aku bingkas bangun menuju atas katil aku.

Keesokan pagi selepas solat subuh, baru aku teringat baju-baju aku basuh semalam belum aku lipat. Untuk pengetahuan anda, mesin basuh dalam hostel ada dua jenis. Satu untuk membasuh dan keringkan, satu lagu panaskan baju sehingga kering. Aku mengambil bakul pakaian aku lalu ingin aku keluarkan untuk lipat. Sebaik sahaja aku pegang baju aku, aku rasa something. Aku cium baju aku, ‘aik? Bau macam baju tak basuh lagi ni? Bukan ke semalam dah basuh?’ aku mengerling melihat roommate aku masih tidur lagi.

Pagi ini aku tidak ada kelas, jadi aku lakukan kerja aku membasuh semula baju-baju aku ini akibat roommate aku tidak basuh sekali baju-baju aku ini! Tengah aku rancak memberus baju aku terus hati aku bebisik, ‘Semalam bukan ke dia dah masukan sekali baju-baju aku dalam mesin basuh dengan baju-baju dia?’ Ya! Aku masih tidak dapat berfikir habis, sebab aku sendiri nampak roommate aku masukan baju-baju aku sekali dengan baju dia dalam mesin basuh. ‘tak apa! Kejap lagi aku tanya dia.’ Aku meneruskan memberus baju aku.

Jam menunjukan 8 pagi, barulah roommate aku bangun dari tidur. Aku biarkan dia selesaikan rutin paginya dengan membersihkan dirinya untuk ke kelas. Selesai sahaja roommate aku keluar dari bilik air, terus aku panggil dia dekat dengan aku.

“Kenapa?” tanya roommate aku ini sambil mengelap rambutnya yang basah.

“Semalam kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang diatas?” aku menyoalnya

“Semalam? Diatas? Maksud kau?” mengerut dahinya.

“Semalam kau tak ingat ke kita berdua naik atas basuh baju? Lupa?”

“Eh! Mana ada kita naik atas basuh baju? Tu baju aku masih dalam bakul lagi ha.” Menjuih mulutnya arah bakul bajunya.

Aku memandang arah bakul bajunya. ‘ha? Semalam bukan ke dia bawa baju basuh diatas dengan aku?’ Aku sudah mula tidak sedap hati.

“Kau kenapa? Kau okay ke ni?” roommate aku menegur aku.

“Eh? Aku okay! Lupakanlah apa aku tanya kau tadi.”

“Kau ni? Haish!” terus menuju ke arah almari bajunya.

‘Kalau dia bukan dengan aku semalam, tapi… siapa pulak dengan aku semalam basuh baju dengan aku? Dan… siapa pulak yang tampar bahu aku masa aku tengah tidur?’

Bulu roma diatas tengkok aku sudah mula meremang, seram sejuk badan aku terasa. Mata aku masih memandang roommate aku dan sesekali aku melihat baju-baju kotornya dalam bakul baju.

“Dengan siapa aku ikut semalam diatas?” mataku masih memandang bakul baju roommate aku.

-TAMAT –

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SNAperlis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.9]

21 thoughts on “Ditemani Roommate Aku?”

    • Bagi saya ini xlah berapa nak seram sangat… tapi next2 kjdian gangguan lepas tu yang terpaksa beberapa org budak hostel kena overnight kat luar. Saya sdri pon trpksa mnta my bro hntar umah mak teh saya hahhaah

      Reply
    • its ok…. pepatah mngtakan terlajak perahu boleh undur balik, terlajak taip admin dh post xleh nak create balik dah hahahah. Mohon maaf kalau ada setiap patah perkataan dalam cerita ni ada kurang sikit ke banyak ke… harap maaf hehehe

      Reply
    • misteri bhgian itu je… tp oklah misteri tu… tapi gangguan strusnya tu yg buat lagi hidup dslubungi misteri lagi hahahah

      Reply
    • hahahaha kan…. al mklomlah student2 lagi masing2 pon ada 18 – 19 tahun time tu hehehe…. mana smpat nk naik atas basuh baju…bz kelas lagi, assgn lagi heheheh kalau smpat bawa kluar dobi je. rajin sikit basuh je dlm bilik air dalam hostel.

      Reply
  1. slmt sempat cium bau baju belum basuh.kalo confident dah basuh terus lipat dlm almari… takut kene bahan ngan member jer bila terpakai balik.hehe

    Reply
    • hahahah yg tu tk trfikir, bila trfikir mcm tu mmg taklah! haru kena bahan dek mmber bilik hahahah…. dah lah pakai bju xbsuh pastu kena sakat pulak hahaha

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.