Dunia Lain Atok

Salam.
Jadi aku tak tahu nak start dari mana. Sebenarnya aku baru layan page ni dan confession bro Mus tu macam ‘trigger’ balik memori memori lama aku. Dia takdelah se complicated cerita bro tu tapi bila ingat balik rasa ngilu la jugak. Kita start dengan watak dulu la bagi senang..

Abang Rez : Anak Pak Ngah aku
Mak Ngah : isteri Pak Ngah aku
Abang Z : Anak Pak Long aku
Atuk : Arwah atuk aku
Abah : Bapak aku

Jadi cerita ni aku bahagi kan kepada 3 part biar senang orang nak faham. 3 benda lah. senang cerita. Kalau korang rasa jenis tak percaya dengan ‘benda-benda asing’ feel free not to read.

1) Kerambit

Kerambit tu apa? Aku tahu rata-rata ramai yang tahu pasal benda ni. Masa aku kecik, adik aku (masa ni umur dia 4 tahun, aku 6 tahun) jumpa benda alah kerambit ni masa main sembunyi-sembunyi.

Bila aku nampak benda ni, aku pun rasa seronok la nak pegang. Aku rampas dari adik aku, then aku buka sarung kerambit tu. Masa ni adik aku dah nangis pi cari bapak aku. Masa aku buka sarung kerambit ni, macam ada rasa ‘a sudden urge to stab someone with it’. Aku nampak atuk aku macam ayam yang ready untuk disembelih.

Makin aku rapat dengan dia, aku nampak kaki atuk aku mengigil. Bila aku dah betul-betul dekat, aku rasa tangan aku kena cubit. Abah terus rampas kerambit tu. Masa dia nak sarung kerambit tu, dia baca selawat dengan ayat-ayat lain yang aku tak berapa nak ingat. Dan seingat aku, atuk dengan abah aku ada argue.

Abah : Kenapa benda tu ada lagi dalam rumah ni?
Atuk : Abah dah tua. Nanti jadi apa apa..
Abah : Aku boleh tahan lagi…

Dan apa benda perbualan diorang lepas tu aku dah tak ingat. Itu kali pertama dan terakhir aku nampak kerambit tu. Cerita berlaku masa aku cuti raya kat kampung atuk. Okay fast forward benda seterusnya..

2) Ular sisik emas

Aku tahu mesti ada yang tengah Google ‘Golden Snake’. Dan aku boleh jamin yang Golden Lancehead tu bukan apa yang aku nampak.

Ular ni sisik dia macam smooth sikit kat badan dia. Kalau kau tak nampak kepala dia, memang kau akan ingat benda tu rantai emas. Tapi kepala dia ada sisik kasar, sisik macam buaya. Warna emas. Mata dia hijau. Pandai-pandai lah berimaginasi.

Dua kali aku jumpa ular ni. Kali pertama, masa balik sekolah, darjah 6. Masa ni atuk stay kat rumah aku. Aku lupa bawak kunci rumah, jadi aku masuk dari belakang. Aku nampak macam ada rantai emas kat lantai tempat atuk duduk (duduk kat kerusi malas), jadi aku pun nak ambiklah. Gila boleh beli tamagotchi baru kot dapat emas.

Tapi.. kambing betul la.. Bila aku nak hulur tangan, terjulur kepala ulor tu. Gila jumping jack aku. Aku lari pergi dapur. Ambik garam, kayu penyapu paling panjang semua lah. Nak halau kan. Tapi bila aku datang balik, ular tu dah takde. Seiring dengan itu, dengar atuk cakap..

‘Dia dah pergi..’

Kambing lembu itik betul la. Tu first time aku jumpa ular tu, second time kalau tak silap masa cuti sem. Tahun berapa aku tak ingat. Atuk sakit. Jadi abah bawak atuk stay rumah kami. Atuk ni pun kerjanya memang tidur je sepanjang hari.

Skrip sama. Aku balik cuti sem. Takde orang ambik aku. Aku jalan balik dari perhentian bas, kunci pintu depan takde, masuk dari pintu dapur. Bila aku lalu depan bilik atuk, rantai emas baring atas lantai. Hawau betul lah. Ikut hati aku nak blah je tapi takut ular tu patuk atuk ke apa..

Dalam acah-acah berani, aku baca ayat kursi. Dan aku cakap, kami tak kacau kau, “kau datang cara baik, keluar cara baik”. Ular tu pusing setempat 2 kali, lepas tu dia jalan slow je nak keluar pintu. Aku dengan menggelabahnya lompat atas meja. Aku nampak ular tu keluar ikut celah-celah pintu depan ( jangan tanya aku macam mana ular tu boleh muat kat celah-celah pintu, aku pun taktau).

Bila nampak ular tu keluar, aku pun dengan nak memastikan keadaan terkawal, aku bukalah pintu nak check. Sekali bukak-bukak, ada benda terjuntai depan pintu. Jumping jack tanpa henti aku. Ingat ular tadi, rupanya ular plastik adik aku.. kambing gorang betul la boleh m**i sakit jantung aku macamni..

Atuk

Jadi atuk aku ni.. tak tahu lah nak cerita macam mana. Nak cakap ada saka, dia ni sembahyang elok je cukup semua. Masa dia masih nampak, dia baca quran selalu. Lepas dia dah rabun teruk tak baca dah. Jadi aku assume benda yang dia ada tu, macam penjaga dia kot.

Pernah satu hari raya ni, biasa la kita kena salam orang tua minta maaf semua kan, masa aku salam atuk aku, dia cakap..

‘kau nak tak benda ni..’

Kuat woi dia grip tangan aku. Dan dia ulang-ulang cakap, tangan taknak lepas. Mula mula aku rasa dia cuma nak salam kaut tapi bila dah cakap macam tu. Nak je aku tanya,

‘benda apa tok..’

Tapi aku ada feeling yang kalau aku cakap macam tu, pum benda tu keluar depan aku. Taknak aku. Aku nampak dodol, aku nampak kuih almond london. Lantas aku reply kat atuk

‘sedap dodol ni tok. Lagi sedap dari kuih London’

Atuk buat muka tak impress.

Dia terus lepaskan tangan aku.

Selamat woi. Kambing betul la raya-raya buat horor movie. Asdfghjkl. Cerita dia jadi lagi horror bila atuk dah sakit kuat. Time frame dia maybe dalam setahun la.

Mungkin atuk dah tahu, dia akan pergi. Jadi macam biasa lah, sebelum orang yang ada ‘benda’ ni nak pergi, mestilah kena pass kat orang dulu kan. Kalau tak pass, mungkin jadi macam kat tanah kubur tu kot. Aku tak tahu la.

=============================

Salam.

Maafkan hamba kerana menulis cerita separuh jalan.

Maaf lah aku bukan nak jadi attention seeker. Aku stay kampung arwah atok sekarang. Dalam study week ni aku stay rumah arwah atok sebab ada urusan. Pasal tanah ke apa entah katanya aku kena dengar jugak. Nak dapat line E pun payah. Upload speed lagi slow dari siput ni. Jadi aku tulis dulu dalam notes.

Aku tak expect semua orang percaya cerita aku. Ada yang pernah nampak. Ada yang tak. Kalau kau yakin benda tu ada tapi dalam masa yang sama, kau juga yakin Allah tuhan mereka, ok la. Tapi kalau kau tulis cakap benda ni takde semata mata nak sedapkan hati kau.. susah sikit la..

Jadi aku sambung dengan Abang Rez. Kali ni aku cerita serious dah taknak tambah tambah lawak kambing. Abang Rez ni jenis orang yang panas baran. Dia bukan jenis yang cukup solat semua dari pengamatan aku. Masa atok sakit tu, aku pernah dengar Abang Rez dengan Mak Ngah bergaduh. Lebih kurang macam ni la :

Abang Rez : Tapi atok janji nanti aku boleh dapat apa je.
Mak Ngah : Kau jangan memandai. Kau tu panas baran. Kalau ilmu tu kau salah guna, m**i anak orang.
Abang Rez : Alah mak, belum cuba mana nak tau. Baran boleh kawal.

Itu je yang aku dengar. Gaduh besar diorang. Aku curi-curi je dengar. Lepastu tak ambik port dah.

So dari perbualan mereka, ada dua benda aku boleh simpulkan. Pertama, atok dah offer kat Abang Rez ‘ benda’ tu. Kedua, benda tu.. ilmu??

So aku teruskan pada calon ke 3, Abang Z. Ada yang tanya sepupu aku 2 orang ni hawau macam aku tak. Jawapan dia Abang Z ni lagi hawau dari aku. Dia ni smoker. Dia suka curi Surya atok aku. Kadang-kadang dia ajak aku skodeng jiran aku ( jubake punya perangai).

Jadi ceritanya satu masa ni, masa atok sakit, atok ni memang kuat sangat hisap rokok. Sehari habis sekotak. Dia selalu mengomel sorang-sorang. Cakap nampak rumah banyak semut la. Nyamuk semua. Tapi takde pun sebenarnya. Dia sorang je nampak rumah tu bersemut. Kami tak pun.

Dia cakap hisap rokok banyak-banyak, asapnya tu boleh halau serangga. Jadi Abang Z aku ni, dengan perangai hawau dia, dia ajak aku teman dia rembat rokok Surya atok aku. Atok aku panggil benda tu kretek.

Aku masa tu sebab takde benda nak buat aku layankan je. Lagipun ada 7 kotak lebih kot benda tu. Ambik satu je tak luak mana lah kan. Jadi kami pun senyap-senyap bukak laci atok. Bare in mind masa ni atok dah rabun teruk dan dia dah macam tak awas. Kalau kita cakap pun nak kena jerit walaupun kat sebelah telinga dia.

Bukak je laci tu, atok cakap,

“kau ambik benda ni dari aku. Kau tak payah curi kretek aku lagi”.

“kau ambik benda ni dari aku, kau nak duit, kau nak cantik. Semua kau dapat..”

“kau ambik benda ni dari aku, kau tak payah takut kat orang lagi..”

Kata kata tu diselangi dengan senyuman sinis dari atok.

Kambing betul lah. Kami lari macam tak cukup tanah lepastu. Abang Z dengan muka pelik dia tanya aku apa benda atok cakap. Aku geleng kepala je. Padahal aku tahu apa jadi. Aku bagitahu dia mungkin atok mengomel. Aku tak pasti atok tuju kat aku atau Abang Z.

Semua benda ni berlaku kat rumah kampung atuk. Masa cuti. Jadi aku rasa itu kali terakhir aku jumpa atok sebelum dia meninggal. Sebab itu kali terakhir aku balik kampung.

Ada satu lagi peristiwa aku ingat kat rumah atok. Tapi aku tak ingat bila. Korang pernah tengok TV3 bukak cerita Pontianak Harum Sundal Malam. Tak ingat part 1 ke 2. Dah lama tak tengok cerita tu. Dan aku tak ingat raya puasa ke raya haji. Cuma aku ingat ada satu scene tu.

Masa tu semua orang dah tidur. Dan aku tak boleh tidur. Dengan selimut hampir menutup muka aku curi-curi je tengok tv tu. Aku nak tutup tapi remote dia hilang entah ke mana. Korang yang pernah tengok filem tu, korang ingat tak ada scene yang bunyi alat muzik tu? Ala benda yang ketuk-ketuk ramadhan tu. Bunyi ting ting ting.

Masalahnya, scene tu dah habis, tapi alat muzik tu, bunyi dia tak habis habis. Kambing betul la.. tak tidur aku satu malam. Spam ayat kursi je. Hadoi..

Jadi aku sambung balik cerita lepas atok meninggal. Lepas atok meninggal, aku ada dengar abah cakap yang benda tu dah takde. Dia cakap dia tak boleh ‘trace’ benda tu dah. Dan masa atok meninggal, takde benda benda pelik jadi.

Well obviously we are very grateful that nothing bad happened during atok’s funeral. Tapi masalahnya ini buat aku berfikir

Benda tu ada kat siapa sekarang?

Jadi bila aku recall balik, suspek ada dua orang. Abang Rez, atau Abang Z. Atau worse case scenario, benda tu dah transfer kat aku tanpa aku sedar. Aku tak tahu sama ada atok pernah offer benda tu kat Abang Z atau pun tak, jadi suspek utama aku ialah Abang Rez.

Ada satu cara je nak tahu sapa yang ‘pegang’ benda tu sekarang. Kerambit abah. Kalau aku pegang benda tu, try kat salah seorang sepupu aku ni, lepas tu tengok sape yang takut. Maknanya dia ada benda tu.

Tapi kerambit tu kat mana. Last time aku nampak masa umur aku 6 tahun. Dalam rumah aku. Lepas ayah perang mulut denga atok, ayah naik atas bawak kerambit.

Mencari bukan main payah, aku jumpa, dekat bilik stor tepi bilik air rumah aku. Benda tu ada kat siling. Tekan pakai penyapu, satu part siling tu terbukak. Tak pro betul simpan barang ceh. Bila aku buka sarong dia, tak rasa mengigil apa apa, so bukan aku.

Jadi apa aku buat next? Aku simpan kerambit ni. Aku tak rasa abah kisah dah pasal benda tu. Dia tak pernah pun masuk stor tu.

Masa nak balik kampung, aku bawak sekali kerambit tu, sebab aku tahu masa ni lah semua orang akan berkumpul.

Semalam bila semua orang berkumpul, aku bawak kerambit, buka sarong dia, letak dalam beg galas aku. Jadi aku pergi kat sorang sorang suspek aku. Pura-pura berbual. Dan kau tahu siapa yang menggigil?

Abah aku.

“Mana kau jumpa benda tu”, kata dia.

Jadi macam mana sekarang?

 

===================

Kenangan bersama atok part 3

Salam.

Jadi ini mungkin part terakhir aku menulis. Takde apa dah sebenarnya aku nak cerita. Lepas aku tahu abah yang jadi waris benda tu, dan abah tahu aku yang simpan kerambit tu, kami macam dah tak ngam sangat. Tapi okay je. Berbual macam biasa. Pow duit dia. Semua still normal. Cuma ada awkward sikit.

Banyak benda sebenarnya aku nak tahu. Nak tanya abah. Tapi takpe lah. The cycle will goes on right? Satu hari nanti Abah akan cari jugak pengganti dia. Abah cari aku jugak nanti. Aku tak pasti benda tu boleh dibuang ke tak.

Masa confession pertama, aku bagi tahu ada 3 benda. Ni aku nak cerita benda ke tiga. Tapi aku tak rasa benda ni ada signifikan sangat dengan apa yang aku cari. Benda ke 3

3) Kitab pelik atok

Jadi aku tak pandai sangat baca jawi sebenarnya. Aku tahu tulisan jawi tapi aku kureng sikit bab sambung-sambung ayat.

Tajuk depan buku tu “kaf” “ya” “ta” “ba” which is kitab kan. Sebelah dia huruf “ga”? Dia macam kaf ada titik. Lepastu huruf. Macam huruf wau tapi ada titik atas dia. Sambung dengan “ra” “nun” “wau” “ra”. Apa benda tah. Dalam kitab tu ada 2 tajuk je. Yang lebihnya dah tanggal.

Tajuk untuk bab 1 maybe, dia tulis “pa” “nun” “nga”? “Ha” “ya” “dal” “wau” “pa” “nun”. Pan nga Hidupan? Well mungkin. Entah. Dalam bab 1 ni ada gambar jambatan antara 2 gunung. Well itu apa yang aku nampak la, macam jambatan dengan gunung.

Aku boleh jamin itu bukan dacing BN. Gunung sebelah kiri ada bangunan macam. Villa kot. Sebelah kanan gambar macam fortress. Tulisan dia macam tulisan jawi tapi ada baris. Jawi lama maybe. Dan bab kedua cuma ada 2 muka surat je. Muka surat 1 ada tajuk dengan tulisan sikit.

Muka surat 2 ada gambar orang pakai topeng kambing? Or orang berkepala kambing? Maybe. Ada lembing, serigala, burung? Maybe bukan burung. Naga? Mungkin itu Zoo kat alam bunyian kot.

Entah la. Tajuk muka surat 2 ni “dunya sebelah”. Yang ni takde huruf pelik2. Typical jawi. Lepas tu macam ada bahagian terkoyak. Aku tak nampak kesan stapler or benang ke apa yang mengikat. Tak tahu la macam mana dia still ‘intact’

Assumption aku buku ni pasal alam lain. Maybe alam bunyian. Dalam buku tu ada sehelai duit. Macam duit seringgit lama. Kalau kau ingat seringgit dalam tahun 90an menuju ke 2000. Tapi bukan gambar agong. Gambar. Orang pakai serban. Ulamak maybe? Takde sain governor. Ada tulisan Allah dengan Muhammad. Tulisan 1 dalam roman number. Entah la wallahua’lam.

Buku ni (or kitab mungkin) ada dalam laci arwah atuk. Mungkin buku orang-orang lama. Takde kena mengena dengan benda dia simpan kot. Bahan membaca di waktu lapang mungkin.

Jadi tu jelah kot. Aku pun dah malas nak explore. Thanks Mus. Thanks banyak banyak. Sebab kau lah aku jadi curious selongkar balik semua ni. Tapi sekarang aku dah give up. Banyak sangat aku tahu. Kalau lagi banyak aku tahu, susah nanti.

Or should I?

Well mungkin aku boleh teruskan pencarian. Mungkin aku boleh kaji asal usul kerambit. Bukan ke setiap senjata ada identiti? Maybe ukiran sarong, atau ukiran dekat pemegang dia tu. Maybe cara alur kerambit tu. Boleh je trace kan kalau kaji betul betul.

Mungkin aku boleh cari sambungan buku tu. Dan cari sesiapa yang boleh terjemahkan buku tu. Atau trace asal usul duit tu. Tapi nahh.. too much work. Nak jaga kambing lagi.

Curiosity kill the cat kot. Nasib baik aku bela kambing je bukan kucing. Kalau tak m**i kucing aku.

Kalau yang pernah baca, aku orang yang sama tulis power ranking dalam group projek tu. Macam aku cakap, first time aku layan page ni, sebab aku ada banyak masa. Sebelum aku masuk ‘real world’. Aku tulis la sikit. 3 part pun kira banyak la kan.. cukup la.

Macam menuju ke satu benda yang mengerikan je kalau aku sambung cari..

Atau patut ke aku teruskan mencari?

Kalau dulu aku ambik saka tu dari atok, then aku attack guna saka kat budak budak group project aku, apa jadi agaknya kan. Lagi lagi pak arab tu hawau betol la (gurau, jangan jadi kambing semua benda nak serious)

Salam kambing semua. Berjalan, bukan mengembek.

P/s : part 4 lepas aku habis final. Aku dah jumpa separuh lagi buku

Tuan Kambing

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

30 thoughts on “Dunia Lain Atok”

  1. bnde pertama nk tanya..ko mmg suka kambing eh..asik kambing je memanjang..haha..gurau2, overal mmg puas hati..bila baca tu mcm ak sekali masok dlm penceritaan..simple n mudah hadam..klu ada sambungan, jgn segan2 utk sambung..

    Reply
  2. Wowowooooo….
    Sgt sgt saspen ble ekau bukak kerambit nk traced sape pewaris jari hantu kooo…
    Serius sgt terkejut dan berdebar ble abah plak yg respons, huwaaa…
    Rase mcm cinta dikhianati gituuuu…

    Citer ekau yg sblm ni yg mne ekk????
    Sesape peliiisss bg link…

    Silaaaaaa sambung pencarian dan teruskan share penceritaan…
    Sgt sgt nak tauuuu…!!!

    Reply
  3. tajuk buku tu kitab governor (gabenor). tengok tahun penerbitan dia klu ada. tak pun tengok kaedah cetakannya. nanti tau la teknologi tu dari tahun berapa.

    Reply
  4. Just nak bagitau yg tulisan jawi tu…perkataan selepas kitab tu….gavenor(wau bertitik tu sebutan dia ‘v’

    Reply
  5. Just nak bagitau yg tulisan jawi tu…perkataan selepas kitab tu….gavenor(wau bertitik tu sebutan dia ‘v’

    Reply
  6. seriously aku suka gaya penceritaan penulis ni sbb dia hurai one by one….senang paham & boleh la aku nk imagine situasi tersebut…kipidap !!

    Reply
  7. Aku terasa macam sebelah ko je start dari perenggan pertama, sampai akhir. Misteri betul.
    Selalunya dengar harimau putih, kali ni ulau emas. Gila cuak.
    Ko jgn lupa sambung nanti. Bikin mcm yg Kak Yulie ckp tu, letak #sikambing ke apa ke.
    So kami tau trademark ko dek non.
    To be continued…..

    Reply
  8. macam dia tau je aku trus g suh pakcik google cr ulau emas tu camne…. camne gaya la ko gelabah lompat atas meja tu…..nant aku bygkan

    Reply
  9. aku tak tahu tapi bila di cantumkan ‘ga’ ‘va’ ‘ra’ ‘nun’ ‘wau’ ‘ra’ itu dapat bunyi ‘gavarnur’.
    ( read : GABENOR ) so masuk akal tak if i said its KITAB GABENOR?

    Reply
    • and that is why ada jumpa duit lama tu..
      wait, what if that ‘pa’ ‘nun’ ‘nga’ tu bunyi panang or penang.
      tapi if relate kan dengan gambar jambatan tu, boleh jadi tak,
      kita sebut panang (read : benang ) kehidupan means jambatan itu menghubungkan kan? wallahu alam. sorry i over exited hahaha

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.