Dunia Lain Atok Part 4

Dunia Lain Atok Part 4 (last)

Assalamualaikum. Terima kasih pada admin kerana sudi siarkan part terakhir cerita aku dulu. Aku janji nak sambung lepas habis final. Ye sekarang aku sambung. Untuk pengetahuan semua, aku dah submit cerita aku dari tahun lepas. Cuma mungkin admin baru up. Apa apa pun, terima kasih admin. Dan aku janji takde sambungan lagi untuk cerita Atok ni. Nanti aku beritahu sebabnya.

Jadi aku bahagikan cerita ni jadi 2 part. Satu part pasal kerambit tu. Ya, aku pergi ‘trace’ pasal kerambit tu. Lagi satu part aku cerita pasal separuh lagi kitab atok.

Asal usul Kerambit Atok

Korang yang pernah ada peluang jumpa Atok/Nenek korang pernah nampak tak, orang tua tua ni selalunya akan buat satu ‘address book’ kenalan-kenalan diorang. Lepas final exam haritu, aku pun singgah rumah Atok kejap, selongkar apa yang ada.

Aku terjumpa buku address ni. Motif aku sebenarnya nak selidik sikit-sikit pasal asal usul Kerambit tu. Tapi lain pulak yang aku jumpa. Dalam buku tu, ada banyak nama dengan alamat. Tapi serious, takde satu pun alamat tu ada dalam Waze. Nampak nama jalan-jalan dalam tu macam nama-nama biasa kat Malaysia. Tapi satu pun tak keluar direction bila aku try waze. Mungkin sebab Waze ni Yahudi. Orang alam sana boikot Yahudi maybe

Tapi ada satu nama ni, satu tu je nama dia ditulis dalam Romawi. Yang lain semua tulis Jawi. Oh and nak cakap jawi aku dah bolehlah main sambung-sambung walau tak cekap sangat. Tapi bolehlah. Jadi tanpa berlengah, aku save nama dan alamat tu, aku terus ‘chow’ dari rumah Atok. Seram sejuk je aku kat dalam rumah tu sorang-sorang. Tak kunci ke? Rumah tu berkunci. Tapi ada cara lain nak masuk. Pernah nampak rumah kampung yang ada tingkat bawah bersambung dengan tingkat atas? Rumah kampung dulu dulu banyak macam tu. Kat tangga dia tu boleh tolak papan, and sebab aku ni slim, boleh la masuk. Muat-muat la tapi.

Tapi ni rumah Atok aku jela. Rumah atok orang lain aku tak tahu. Cara ni pun dapat tahu masa main sembunyi-sembunyi masa kecik-kecik dulu. Berbalik pada alamat tu, kambing betul la memang takde langsung kat Google. Waze apakan lagi. Bila aku pergi daerah tu, takde orang langsung yang tahu nama jalan tu. Jalan Kambing 1/2. Korang pernah dengar? Tak kan? Bubur lambuk. Last-last aku dapat tahu pun lepas jumpa ketua kampung kat situ. Rupanya jalan tu dah tukar nama. Lagipun kat jalan tu ada satu rumah je. Dan ketua kampung cakap tak payah la pergi jalan tu.

Tak payah? Aku dah bermusafir jauh. Takkan tak singgah kot. Singgah lah kejap. Sampai sampai je kat jalan tu, baru aku tahu kenapa tok ketua tak bagi datang situ. Memang ada satu je rumah, besar, berpagar dan sangat terurus. Cat dia cantik lagi, pagar batu bersih, semua elok. Pelik kan. Macam rumah baru. Berani tak berani, aku ada kerambit dalam beg. Apa apa jadi, aku wing chun je aku pikir. Masa mula-mula langkah masuk rumah tu, peh, rasa macam aku jasad aku ada kat bumi, tapi roh aku terpisah kat dunia lain. Aku tak tahu lah kenapa. Pendinding mungkin?

Sampai je depan pintu, dah kena tengking (kambing betul lah baru nak bagi salam)

“Ini bukan tempat kau !!! Balik !!”.

Macam suara Sarjan misai lah pulak bila ingat balik. Tapi aku cakap baik-baik. Aku datang ada hajat. Dan hajat aku bukan berniat nak lukakan orang lain. Susah jugak sebenarnya nak yakinkan orang tu bagi aku masuk. Last-last aku tunjuk kerambit aku, dia diam. Lama jugak aku tunggu baru dia buka pintu. Sebenarnya banyak lagi dialog yang tak enak, yang malas aku cerita. Biasa lah orang veteran kan. Jadi biarlah aku gelarkan si veteran ni ‘Yang Arif’.

Masa dia buka sarung kerambit tu, kerambit tu mula berasap. Aku macam terperanjat jugak sebab selama ada dalam beg galas aku, takde rasa panas ke apa. Masa buka sarong tu, aku nampak Yang Arif terkumat kamit baca something. Lepas tu dia ambik limau nipis, dia belah dan dia curah kat kerambit tu. Makin kuat asap dia keluar. Then, dia celup benda tu kat air. Keruh jadi warna air tu tapi asap masih keluar. Last sekali dia curah satu cecair yang bau macam cuka barulah hilang asap tu. Sambil tu dia cakap;

“Bertenang. Bukan aku musuh kau”.
“Sahabat lama, aku cuma tolong waris kau”.
“Ingat pantang larang dunia sama, d***h bukan percuma”.

Mak dia lah. Kambing betul dia boleh bual-bual dengan kerambit tu. Aku masa tu dah tak sedap duduk. Jadi aku tanya lah;

“Tok, saya datang ni dengan hajat. Boleh tok bagitau asal usul kerambit ni?”

Dia senyap (macam maroh aku menyampuk dia tengah berbual). Tak lama lepas tu dia cakap;

“Senjata ni dari 3 penjuru Alam. Sarong aku yang buat, pangkal Atok kau, bilah dari ‘sana'”.
“Mesti kau dah jumpa kitab tu..”
“Kitab tu tak patut ada kat sini..”

Lepas tu dia macam insist aku suruh bagitahu mana buku-buku tu (kitab Atok). Well kalau korang kat tempat aku? Korang nak bagi ke? Macam ada benda yang tak kena. Tapi ada satu benda cool pasal kerambit tu, yang aku nampak Yang Arif buat. Sebenarnya bilah kerambit tu boleh pusing pusing. Tekan sikit bilah tu ke dalam, pusing, tarik ke depan. Pum berpusing lah ia. Bila bilah tu terbalik, satu je benda yang aku dengar dari mulut yang Arif – kunci.

Tapi tulah. Jumpa Yang Arif merupakan satu kesilapan aku rasa. Aku rasa he will come to bite me later. Tapi tu cerita nanti lah. Sekarang biar aku cerita pasal sambungan kitab Atok tu.

Kitab Atok

Jadi sambungan sebelah lagi kitab yang hilang ada 3 chapter. Dan jujur aku cakap, kau, aku, mahupun semua manusia biasa tak boleh baca dan huraikan benda ni secara senang. Ada tulisan yang kita ‘tak boleh nampak’

Macam mana aku tahu?

Sebab aku jumpa sorang lagi veteran. Yang pandai baca buku-buku macam ni. Biar aku namakan dia ‘Tuan Penterjemah’. Jadi Tuan penterjemah ni aku terjumpa masa aku pergi kedai buku old school. Kalau yang pernah pergi mungkin tahu lah. Yang buat aku perasan yang dia macam pandai ‘baca’ bila aku nampak dia baca buku tulisan jawi lama.

Jadi mula-mula aku bagi bahagaian kedua buku Atok tu, tuan penterjemah ni ketawa sinis. Dia cakap

“M**i hidup balik pun kau takkan nampak ‘tulisan’ ni”.

Aku dalam pelik-pelik tu aku iyakan je. Jadi sebab dia pandai baca buku tu, aku ringkaskan apa yang dia bagitau aku.

Chapter 3 ni tajuk dia pintu masuk dua dunya…

Basically dalam chapter ni bagitahu masa yang precise untuk pergi dunia sebelah. Contoh masa : satu pertiga matahari dilindung bulan. Selain tu, ada jugak dia cerita tempat kat mana ‘pintu’ tu dibuka. Contoh tempat : dua hujung jambatan emas. Sounds familiar tak jambatan emas? Aku pun rasa jambatan yang tu jugak.

Chapter 4 tajuk dia kunci. Aku sebenarnya tak faham sangat penjelasan tuan penterjemah pasal tajuk ni. Kunci kunci ni bukan kunci untuk masuk dunia lain. Tapi kunci untuk ‘benda benda lain’. Something like that lah. Dah sefaham aku, kunci kunci ni ada kat ‘tempat tempat lama’ yang berbentuk ‘senjata senjata lama’.

Chapter 5 cerita pasal pantang larang dunia sana. Pantang larang dan hukuman tajuk dia. Yang ni pun ada benda-benda pelik jugak. Contoh jangan berundur ketika jalan kat dunia lain. So basically kalau kau dunia lain ni takde gear reverse lah kan. N P D terus skip jadi D2.

Chapter 5 tu chapter last dalam buku tu. Tapi korang nak tahu apa ayat paling cool dalam tu. Kat hujung sekali dia tulis;

“Tegah janji Tuhan mata satu. Janjinya palsu. Bahasanya palsu”.

Tuan penterjemah ada cakap, biasa buku-buku macam ni, part yang ada kat aku tu cuma mukadimah je. Dan dia cakap juga ada library yang kita tak nampak, tapi sebenarnya dia ada. Kat dalam tu mungkin ada sambungan.

Mengarut? Ya. Deep down inside me, aku harap semua benda ni aku tak pernah tahu. Sekarang bila aku dah tahu banyak, rasa menyesal pun ada. Dan cerita ni merupakan part terakhir. Kenapa? Apa korang expect aku nak masuk dunia lain semata-mata nak tulis cerita ni untuk korang? Memang tak le.

Mbekkk

kambing

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

16 thoughts on “Dunia Lain Atok Part 4”

  1. Wah…dahsyat bnyk lagi pasal alam lain yg Allah cipta kita x tahu. Nmpk di situ kebesaran Illahi. Subhanallah…
    Part last lawak…ingt nk meneroka smpai alam sna so sejarawan…ah trace asal usul lah pulak. Haha.
    N btw boleh sya tahu yg sya nmpk part 1 n 4… Ada ke part 2 & 3 yg sya terskip? Ka admin cantumkan trus. Can anyone who know about it explain this to me?

    Reply
    • Okey guys….sorry. No need to explain because I forgot that part 1,2,3 bersambung. Sorry ya. Sbb baca tu dah lma so terlupa. Jngn marah daaa

      Reply
  2. Mmmbbbeeeeekkk mmbbeeekkk..!!!
    (Mksdnye:yeeeaaaa ade smbgn…!!!)
    Hahahahahahah…

    Beraninye ko pegi jumpe Yang Arif Sarjan Misai tu sensorg…?????
    Seb bek idop lg dn blh tls smbgn citer ni…
    Lengkali bwk geng atau roger2 Detektif D9 Mac Amin…
    Anything happen sng nk trace…
    Nnt MA blh buat smbgn citer baru plak dlm menyelesaikan kes #kambing ni…

    Klu x cukup persiapannye, x lengkap ilmunye jgnler memandei nk g SANA yer…
    Sedih ktorg nnt kurang dh sorg penulis klu ekau xleh blk sini dah…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  3. Wait! Apa maksud yang arif pasal 3 penjuru. Dia, atok mbek, dan yang dari ‘sana’.
    Persoalan nya dia dari penjuru mana pulak? Fo sho la atok mbek dari dunia kita, yang ‘sana’ tu well, dari ‘sana… jadi ‘yang arif’ ?

    Dia cakap dengan kerambit tu “Ingat pantang larang dunia SAMA” jadi dia dan kerambit tu berasal dari dunia yang sama?

    Reply
  4. Perghh…usaha btul dia cr sejarah kerambit n smua tu …huhu..tp kan ada satu karya penulis(jgn tanya lupa)…pasal 1 group(student) ni mintak sorang abg ni bwk diorg masuk ke dimensi lain (tmpt iblis/syaitan/benda ghaib tu lah) …tmpt tu kelam…langit merah..udara jgn ckp lah…pastu ada benda ikut diorg kuar sbb ada sorang budak ni amik satu benda…serius bila bc citer ni terus ingt kt novel tu..kp x de buat novel kan dik hehe…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.