Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman semasa saya melawat ke Kellie’s Castle di Perak .
2 tahun lepas,sewaktu saya tingkatan 3 , saya dan kawan kawan ikut rombongan sekolah ke Perak . Kami pun singgah di Kellie’s Castle . Tempatnya sangat cantik Dan unik. Ia merupakan bangunan yang seperti rumah agam tapi tak berjaya disiapkan kerana terjadi beberapa kejadian .
Sewaktu berada di halaman bngunan itu, kawan saya ambil gambar bangunan itu.Setiap sudut ruang yang kami pergi, kami potretkan di dalam kamera sebagai kenangan .saya Cuba masuk ke bilik arak di bawah tanah . Tempat tu sangat gelap . Tiba tiba bulu roma saya meremang semacam ja . oleh itu ,saya pon keluar dari situ .
3 hari kemudian , kawan saya Nana telefon saya . ” wei , mai rumah aku . nak tunjuk something ni .Penting sangat ni .” Saya pun terus bersiap nak ke rumahnya . Kami berkumpul beramai ramai di rumah Nana . Saya dan 5 orang rakan saya dah bersedia nak dengar cerita yang kononnya penting tu . Lepastu , Nana pun tunjuk gambar yang diambil dalam telefonnya semasa kami di sana . Guess what . Waktu kat luar bangunan tu , kami ada ambil gambar berkumpulan . Kat belakang kami , Ada cermin tingkap bangunan tu yang terbuka . Bila kami zoom gambar tu,kami nampak ada lembaga berpakaian hitam betul betul merenung ke arah kami . Mukanya yang amat tegas . Then , kami tengok pula gambar seorang kawan saya , Wan namanya . kami tangkap gambar dalam bangunan tu . Dekat dengan dapur kalau tak silap . Belakang kawan saya tu , Ada seorang perempuan berpakaian hitam semua lalu di belakang kawan saya . perempuan itu seolah olah berpakaian seperti paderi dengan topi yang tajam di kepalanya . Bila saya Tanya kawan kawan saya , ” Hampa Ada nampak ka orang pakai baju hitam dalam tu ?” dan mereka kata takdak .
Beralih pada gambar seterusnya . Gambar ni diambil oleh rakan saya sewaktu di tangga bangunan itu . Kami menyuruh rakan saya Teuk ambil gambar kami berenam . Gambar tu diambil sebanyak 2 Kali . Pada gambar pertama , gambar tu elok ja . Bila sampai gambar kedua , kami lihat Ada satu jari yang berkedut Dan panjang di belakang kawan saya . Kami pun apalagi . Rasa pelik . Kami pun tilik gambar tu betul betul. Tangan kami semua lurus kebawah . Gambar yang penuh formal.So , yang tu jari siapa ? Ok . Gambar yang next ni , kalau difikirkan memang tak logik. Tau sebab apa ? Gambar ni pemandangan kat rooftop istana Kellie tu . Bila dizoom gambar tu , ada sorang lelaki pakai baju macam baju askar British siap dengan topi lagi . Yang paling hairan sekali , lelaki tu berdiri atas tebing bumbung tu . memanglah boleh jalan Kat rooftop tu . tapi kalau nak naik kat tebing tuu amatlah mustahil . sebab tinggi kot tebing tu . Kat belakang lelaki tu ada jugak tourist yang berjalan . Tapi takla nampak tinggi kedudukan tourist tu macam lelaki tu berdiri . Dan askar mana la pulak yang wujud tengah tengah panas tu .
Gambar next . Gambar Kat bendera Malaysia yang betul betul di atas istana tu . Sebelah bendera tu Ada something warna putih . Tapi kami tak nampak jelas sebab gambar Kat benda tu jadi kabur . Bila dizoom , nampak ada lembaga putih macam tengah terbang . Dengan rambut panjangnya , memang nampak seram .
Untuk makluman semua , gambar tu kami pernah zoom dah sebelum ni, tapi takdak pon . Tapi bila kawan saya si Nana ni zoom , tetiba semua tu nampak jelas oleh kami semua . Nana ni memang boleh nampak certain benda ni tapi hijab dia bukanlah terbuka pon . Tapi,mungkin keistimewaan yang Allah bagi kot . Waallahulam la. Sebenaqnya ada banyak lagi gambar yang ada identiti tu , tapi buat masa ni yang tu jala .
Terima kasih sebab sudi membaca . Assalamualaikum .
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lain Kali tepekla gambar sekali. Nak jugak tilik hehe.
Kau ni nak explain gambar je pun, habehkan je lah satu entry. Adooiii FS dah makin bosan sebab cerita2 bosan camni.
aku pun pernah pegi Kellie’s Castle tu.. mmg serius ada rasa seram2 sejuk bila pegi some areas.. ada 1 bilik kat bwh tu tak ingat bilik apa.. tu kot bilik arak tp mmg super gelap and tangga sempit.. aku jejak je terus rasa something, terus ajak husband keluar dr bilik tu.. tp aku bergambar tu xde pulak nmpak apa2.. atau mungkin sbb aku mmg xleh nmpk2 benda so aku xtau pun la kalau sbnrnya ada benda.. tp mmg seram la..
kimak cite ko
Dah la balas nickname aku pastu mencarut pulak. Xcukup kasih syg gamaknya 🙂
tukang tilik gmbr ke dik ooii