#FateStayNite – SEWA ITU PERJANJIAN…!!

Assalamualaikum kepada semua reader,mungkin ada yang kenal aku dan mungkin ada yang tidak…Terima Kasih FS jika cerita ini dipublish..Dengan kesempatan ini aku nak ucapankan Tahniah pada FS yang semakin maju dalam Menapis setiap cerita yang akan dipublish.Ok lah cerita nya bermula begini……

Hari ini seperti hari biasa,aku dan Hamka melakukan rutin harian bangun pagi pergi kerja,dan petang balik kerja malam duduk depan computer main game.Itulah tabiat sesetengah remaja yang macam kami.Tetapi hari ini sewaktu aku dan hamka baru melangkah kedalam rumah tiba-tiba handfone aku berdering,pantas aku keluarkan dari poket seluar dan melihat siapakah yang membuat pangilan disaat aku baru hendak merehatkan diri.
“TUAN RUMAH”..Nama yang tertera membuat panggilan kepada aku.Aku menekan “JAWAB”
“Assalamualaikum,aiman…”-Tuan rumah memberi salam setelah pangilannya di jawab.
“Waalaaikumusalam,ye tuan,ada apa ye..duit sewa minggu depan saya bayar macam biasa.”-aku menjawab salam sambil memberitahu waktu selalu aku membuat pembayaran sewa,kerana pada sangkaanku tuan rumah ingin meminta duit sewa bulan itu.
“Eh…bukan pasal sewa la..saya ada nak bagi tahu bad news sikit..”
“apa dia ye tuan?”
“saya nak bagi tahu,bulan depan rumah encik duduk tu perlu di kosongkan,atas sebab untuk dinaik taraf”
“Ohh…ok tuan saya faham..insyallah saya akan cuba dan bincang dengan kawan saya ni.”
“Ok encik…maafkan saya ya..”
“Tidak mengapa….”-jawab aku ringkas lalu mematikan panggilan telefon.
Aku mencampak lembut handfone ke tepi sisi aku sambil tersandar keletihan,hamka pula sedang siap untuk mandi.Aku malas bincang waktu ini kerana aku dan hamka baru balik dari kerja dan perlukan keadaan yang tenang utnuk memikirkan masalah yang sedang mengetuk pintu kehidupan aku.
Selepas solat magrib dan hamka sedang duduk melayan gamenya di computer.Aku cuba membina ayat untuk memulakan perbincangan.Kerana aku tidak mahu kami jadi tension kerana benda kecil,walaupun sebenarnya itu adalah antara masalah besar juga.
“Hamka….tadi masa baru sampai rumah..tuan rumah call aku.”-Aku memulakan perbicaraan,walaupun masih tidak tahu bagaimana ingin aku mula kan.
“haa..yang tadi masa balik tu ye..laa tuan rumah ke yang call..aku ingatkan cinta hati intan payung ko yang cal..pelik juga aku..hahahaha”-Hamka sempat lagi bergurau sambil menyakat aku,dia tahu aku tiada masa untuk bercinta.
“Ish kau ni…dia kata bulan ni kita last,bulan depan kene kosongkan rumah..”-pantas aku memotong ayat hamka sebelum dia semakin mengarut.
“haaaa”
“apa haaa…haaaa….? Tadi kemain gelakkan aku…”
“eh kau biar betol,dengan ekonomi sekarang dan kos sewa semakin tinggi kat sini…macam mana kita nak cari dalam masa terdekat..?”
“itulah aku nak ckap…aku pun dari petang tadi pikir..aku rasa esok kita start cari rumah lain la.”
“okay gak tu,..esok balik keja kita cari area-area bawah sana tu dulu lah,senang sikit kalau pundah barang dekat.”
“ok..”balas aku ringkas,sambil masih termenung dan memikirkan pada siapa aku ingin bertanya tentang rumah sewa terdekat,dan harga yang berpatutan.
Aku lihat hamka seperti tiada apa-apa yang dirisaukan,seakan sudah ada rumah yang menanti untuk diduduki.”Arghhhh,baik aku layan game aku”bisik hati aku sendirian,sambil aku bangun dari kerusi dan terus menuju ke meja computer aku.Tanpa aku sedar,aku juga sudah leka dan lalai dengan dunia game aku.kelalaian itu berlarutan hingga ke pukul 2.00/3.00am.Begitulah kehidupan seharian aku dan hamka jika sudah menghadap game.
Pagi itu aku dan hamka kerja seperti biasa,masalah rumah bukan halangan untuk kami tidak bekerja.Waktu balik yang dinantikan telah pun tiba aku dan hamka bercadang untuk meronda dikawasan perumahan yang terletak tidak jauh dari kawasan kami duduk sekarang,Kawasan itu agak pendalaman sedikit dan mungkin harganya lebih murah dari kawasan yang berhampiran jalan besar.Dengan hanya menunggang motor,lagi memudahkan kami utnuk masuk kelorong-lorong kampung.Sedang aku menikmati suasana tenang kampung tiba-tiba hamka menjerit…
“Berhenti….berhenti…….!!!”-jerit hamka mengejutkan aku.
“Kenapa??”-tanya aku panic sambil menekan brek motor dengan mengejut.menyebabkkan sedikit tersentak.
“kau tengok tu,.”-hamka menunjukkan kesebuah rumah yang agak tersorok dan terpencil tetapi agak besar.
Aku memandang kearah yang ditunjukan hamka dan melihat jelas perkataan “UNTUK DISEWA..+6012736****”.Aku mendail nombor yang tertera.
“Assalamualaikum…saya aiman,saya ada nampak rumah untuk disewa,ada lagi ke?”-Aku memberi salam setelah pangilan aku dijawab dan terus mempersoalkan rumah yang diiklankan.
“Oh..ada…kamu jalan je masuk tepi rumah tu ada lorong kecil rumah saya belkang tu,saya tunggu depan rumah”-Seorang lelai yang agak uzur menjawab,aku tahu dia uzur kerana suara nya bersulam kan batuk-batuk dan nafas yang berat ketika bercakap.
“Ok tuan,saya datang sekarang”-jawab aku semngat terus mematikan pangillan tanpa menunggu apa-apa jawapan dari penyewa baru itu.

Hamka hanya mendiamkan diri melihat gelagat aku,manakala aku terus menunggang motor sambil dibonceng oleh hamka menuju ke jalan dan rumah yang diberitahu sebentar tadi.setelah masuk dilorong itu aku dapat melihat rumah yang agak kecil sedikit dari rumah yang bergantung iklan utnuk disewakan dan seorang lelaki tua sedang duduk di anjung rumah nya sambil tangan memegang tongkat.Aku turun dari motor terus menuju kelelaki tua itu atau mungkin sesuai digelar atuk.
“Assalamualaikum pak cik,saya yang call tadi nak sewa rumah…”-aku memberi salam sambil menghulurkan tangan kearah lelaki tua itu.

“haa,,bila nak masuk?”-lelaki tua itu bertanya setelah aku memberitahu niat berjumpanya.
“Insyallah kalau boleh bulan depan ni,sebab rumah lama kami nak dibaik pulih,jadi kami kene kosongkan cari rumah baru”
“ok,deposit sebulan tambah sewa terus sebulan,sewa rumah rm500”
“ok pak cik,setuju….”-jawab aku ringkas sambil terus meminta diri untuk pulang.
Hamka hanya duduk dimotor sambil bermain handfonenya,selepas selesai itu kami terus pulang ke rumah dan pada hari itu aku dan hamka menghabiskan masa membungkus barnag-barang kami,walaupun tidak banyak tetapi perlulah dibungkus supaya senang dibawa nanti,kereta hamka lah jadi mangsa untuk mengangkat barang-barang nanti.
Hari yang dijanji tiba,barang-barang kami telah kami pindahkan ke rumah baru,walaupun agak penat kerana perlu berulang 4 kali,maklumlah kereta kancil sahaja.Duit deposit lama kami dapat balik dan dengan duit itu jugalah kami bayar deposit rumah baru serta sewa untuk bulan itu dengan penyewa baru.Tiada apa yang pak cik itu pesankan pada kami hanya dia mengatakan jangan membazir elektrik dan air,selepas dia memesan begitu terus dia pulang kerumahnya yang tidak jauh dari rumah sewa kami.

Malam itu aku dan hamka terlantar kepenatan selepas sehari suntuk kami menganggkat barang dan menyusun barang dirumah baru kami,yang bagusnya rumah sewa baru ini kami masuk sudah bersih dicuci dan dijaga.Sunyi malam itu membuatkan aku dan hamka terlena awal,maklumla sebelum ni ada dengar kenderaan lalu lalang,tetapi bila pindah jauh kedalam ,tiada lagi bunyi kenderaan tu semua.
“Tok…tok…tokkk….”-bunyi pintu rumah diketuk membuatkan aku terjaga,pantas aku bangun,dalam keadaan mamai aku terus buka pintu.kerana bimbang tuan rumah datang untuk memberi tahu apa-apa.Setelah pintu dibuka,tiada apa hanya angin sahaja menerpa.
“ishhh siapa la main-main ni..ganggu betol lah.”-aku terus menutup kembali pintu dan terbaring semula lalu lenaa…

“Assalamualaikummmm….”-terdengar suara memberi salam.
“Hummmmm”-aku seakan mengeluh kerana ada yang menganggu waktu tidur aku,terasa baru sahaja aku melelapkan mata,
“Waalaikumusalam”balas aku sambil bangun dan membuka pintu.
“maaf ganggu saya khairul,anak kepada tuan rumah.nak bagi tahu kereta encik boleh je parking dekat bangsal tu,sebab tak ada orang paking pun.”
“owhh..ok bang..nanti saya alihkan ke situ”-balas aku sambil tersengeh,dengan muka serabai belum mandi.Aku lihat cuaca seakan sudah tengahari,tetapi hamka masih terlena.Aku ambil handfone dan lihat jam sudah pukul 11.00am..
“Ishhh dah pagi rupanya”-hati ku berbisik sendirian
Perutpun dah berdendang sayang,selepas mandi aku terus kewarung yang tidak jauh disitu,hamka pula aku biarkan masih terlena dibuat mimpi.Seperti biasa sarapan pagi aku roti tampal goyang bersama air milo O suam,sedang aku menikmati,aku perasan beberapa orang disitu memerhatikan aku agak pelik.kemudian seseorang dari mereka menegur aku.
“Adik baru pindah sini ke?”-lelaki usia lebih kurang 30an menegur aku.
“iya bang,dekat rumah hujung sana yang dekat ngan kebun getah tu”-balas aku sambil menerangkan tempat aku duduk.
“owhh,,hati-hati ya.”-pesan lelaki itu.
“insyallah bang.”

Terus aku menyambung menjamu selera,sambil tu aku bungkuskan hamka dua roti kosong dan air Nescafe kegemaran dia.sampai dirumah aku lihat hamka sedang duduk menghadap gamenya.Tanpa menoleh hamka hanya ucap terima kasih,mungkin kerana aku belikannya makanan.baru aku melabuhkan punggung dikerusi tiba-tiba hamka bangun dari kerusi meja komputernya dan berkata.
“Wei man,kau tak rasa pelik ke?”-hamka memulakan perbualan,sambil dia duduk disebelah aku.
“laaa..pelikk apa nya?-aku Tanya kebinggungan.
“yela…semalam asikk ada orang ketuk pintu je.aku berapa kali bangun bukak tak ada orang.”
“alahh budak-budak kot main,tak pon binatang terlanggar.”
“budak-budak apanya,malam tadi pukul 2.40am kau tau tak…!-hamka cuba menyedarkan aku,bahawa waktu itu tiada kanak-kanak yang bermain.

“binatang kot”-kata aku lagi cuba bersangka baik.
“ishh kau ni,pikir la logic kepala ko.binatang pun tak akan la pandai ketuk pintu.”
“Hurmmmm,,,ntah la..”-balas aku tanpa jawapan.
Sebenarnya aku juga terfikir apa yang hamka fikirkan,tetapi aku tidak boleh menunjukkan rasa curiga aku terlalu sangat,kerana bimbang hamka akan takot.Aku tekad malam itu aku tidak mahu tidur awal dan cuba mengintai apa yang mengetuk pintu rumah.
Hamka sudah pun lena,mungkin kerana esok sudah mula bekerja.dua hari cuti ni kami hanya banyak mengemas dan menyusun barang rumah.Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 12.30am tetapi masih tiada bunyi ketukkan dari pintu,semakin lama mata aku juga semakin layu baru sahaja ingin terlelap….”Bammmmm” pintu bilik belakang terhentak tutup kuat.Jantung aku bagai terhenti seketika kerana terkejut bunyi hentakan.”Astafirullah”tanpa berfikir apa-apa aku bangun dan pergi ke bilik belkang dengan niat untuk melihat ada tingkap yang tidak tertutup ke,sehingga menyebabkan angin menolak pintu dengan kuat.Apabila sampai sahaja aku lihat pintu bilik tidak tertutup malah dalam posisi diam dan tingkap semua tertutup rapi.Keberanian aku semakin luntur,terus teringat cerita-cerita seram yang pernah aku tonton sebelum ini.Tanpa berfikir apa-apa aku terus menuju keruang tamu dan baring disebelah hamka yang sedang lena.dan aku tertidur tanpa aku sedar…
Kringgggg……..krinnnngggggg…kringggggg jam loceng aku mula berbunyi,aku lihat hamka sudah tiada disebelah,gelabah aku bangkit bimbang jika aku terlewat ketempat kerja,aku masuk kebilik dan mencapai tuala terus kebilik mandi.selesai mandi keluar dari bilik air aku lihat hamka sedang lena terbaring di ruangtamu.
“Allahh….”itu uncapan yang mampu terkeluar dari mulut aku.aku sangat yakin tadi aku tidak melihat hamka,bagaimana saat ini dia sedang terbaring tidur lena.Aku menghampiri hamka dan mengejutnya.Hamka bangun dalam kemalasannya,tetapi amsih berupaya mandi dan bersiap.Ditempat kerja aku lebih banyak termenung memikirkan apa yang terjadi tadi pagi dan semalam,dan tiada pun aku ceritakan kepadanya.
“Wei..menungkan apa tu?-tiba-tiba hamka menegur,
“hahah tak ada apa la.”jawab aku cuba menyembunyikan sesuatu.
“alahh aku tau,kau mesti fikir pasal dekat rumah tu kan.?”
“eh mana kau tahu?”
“aku tau la,,sebab aku dah kena macam-macam,”
“iya la tu kau..”

“tak percaya sudah,”-jawab hamka sambil berlalu.
Aku jadi pelik kerana hamka nampak tenang sahaja,hari ini aku masih ingin mencari punca bunyi-bunyi bising dirumah itu,balik dari kerja aku mengemas sedikit lagi saki baki barang kemudian aku tutup semua tingkap bilik dengan rapi.Azan magrib sudah pun berkumandang,manakala aku sudah pastikan semuanya berkunci,hamka pula nampak lebih tenang bagaikan tiada apa-apa yang terjadi.
Malam pun semakinlarut,hamka pula sudah tidur.Aku pun pelik kerana dia susah untuk tidur awal,tapi sejak duduk dirumah baru ini hamka tidak pernah tidur lewat.
Tokkk…Tokkk..Tokkkkk bunyi pintu diketuk,tetapi kali ini aku tidak akan terus membuka.perlahan-lahan aku bergerak melihat disebali tingkap tepi.jelas aku lihat seakan pocong yang dibalut dan berkain kotor menhentak pintu mengunakan kepalanya.Kaki aku lemah,tubuh aku sejuk lalu aku rebah,semua jadi gelap.aku pengsan dibalik tingkap.pada keesokan harinya aku keklinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti selama satu hari,Kejadian yang menimpa aku malam itu telah aku ceritakan pada hamka dan Aku mengharapkan hamka akan mengajak untuk mencari rumah sewa lain.tetapi lain pula yang hamka katakana pada aku.

“Kita dah sewa sini,maknanya kita yang nak terima semua ini..ini kan perjanjian…”-kata kata hamka membuatkan aku terdiam dan kene laluinya semua ini sendiri……….Tetapi aku tak akan biarkan…..
*P/S -> SOLAT JANGAN TINGGAL..!! kerana itu antara tiang keimanan kamu…

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mr_Mask

14 comments

  1. laaaa..ada sambungan lagi tak kalau ada tu tolong sambung cepat sikit..tapi cerita ni okey laa..cuma rasa macam tiada kesudahan..tuptup JANGAN TINGGALKAN SOLAT memang laa dh nama pun tiang agama kan benda wajib kot..okey sekian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *