Gadis Berbaju Merah di Bali

Ramai yang tahu apabila melihat kelibat yang berpakaian merah adalah kelibat yang penuh dengan dendam atau roh-nya yang tidak tenteram. Sebelum saya memulakan kisah saya , saya ingin memperkenalkan diri . Nama saya Fifi , berasal dari Kuching , Sarawak. Saya sedang belajar di sebuah institut kerajaan.

Semua kisah seram ini bermula apabila saya dan keluarga pergi melancong ke satu tempat di Indonesia. Seperti yang kita tahu , Indonesia ialah tempat yang sangat cantik , akan tetapi , tidak semua tempat yang kita harus kunjungi. Pendek cerita , saya dan keluarga pergi menginap di sebuah resort di Bali. Resort ini sangat cantik dan sangat unik. Ukiran di sekeliling resort ini sangat cantik dan pemandangan di kawasan ini pun sangat cantik dan juga dipenuhi dengan gunung-ganang yang kehijauan. Maaf saya tidak boleh mention nama resort tersebut atas permintaan ramai. Back to the topic , ada satu bilik di hujung resort ini telah ditutup oleh pemilik resort tersebut . Entah saya pun tak nak ambil tahu mengenai bilik itu sebab saya pergi ke sini untuk menenangkan fikiran dan spend time dengan keluarga saya. Jadi saya pun buat tak tahu.

Keesokkan hari , keluarga saya ingin pergi makan di sebuah restoran yang terletak di sebelah resort ini. Mereka mengajak saya sekali tetapi saya menolaknya dan prefer untuk stay dalam bilik ini sahaja. Maklumlah saya sudah sarapan awal pagi tadi. Mereka pun berlalu pergi meninggalkan saya keseorangan dan rasa menyesal pula tidak ikut..

Sunyi mula melanda apabila saya rasa kebosanan di bilik. Kebetulan di bilik ini ada koridor yang bertentangan dengan pemandangan dengan sangat cantik dan juga bilik kosong yang tidak jauh dari bilik saya ( bilik ini di depan bilik saya dan belakangnya adalah gunung ). Saya pun menatap bilik itu lama-lama dengan perasaan yang sangat hairan dan perasan ingin tahu. Sebab setahu saya bilik itu dikunci rapat dan memang tiada pehuni tetapi kali ini saya melihat seorang wanita cantik yang memakai baju tradisional berwarna merah. Dia seperti sedang menyisir rambutnya yang panjang di luar koridor itu sambil mulutnya berkumat-kamit seolah-olah sedang menyanyi. Dalam masa yang sama , saya pun bersangka baik , mungkin wanita ini penari upahan yang akan membuat persembahan pada malam ini dan menyewa bilik itu untuk sementara. Saya pun terus masuk ke bilik dan terlelap.

Saya pendekkan lagi cerita , keluarga saya bersiap-siap untuk persembahan yang diadakan di panggung resort pada malam ini. (Resort ini sangat besar dan mempunyai panggung persembahan khas). Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Persembahan akan bermula dalam masa 30 minit lagi iaitu pada pukul 9.00 malam. Kami sekeluarga pun turun ke panggung yang disediakan oleh pekerja resort ini.

Setelah sampai di ruang panggung ini , kami sekeluarga terus duduk di kerusi kosong yanh disediakan. Kami duduk di baris yang sangat depan sekali dan rasa teruja itu memang ada. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat seorang wanita cantik yang saya lihat di bilik seberang petang tadi berada di atas panggung itu sambil berdiri di belakang penari-penari yang lain. Saya pun bertanya dengan ibu saya ” Ibu , cantikkan perempuan yang pakai baju tradisional warna merah tu ?” . Ibu pun berkata ” Kamu mimpi apa ni , mana ada perempuan yang berpakaian baju tradisional berwarna merah dekat atas pentas tu “. Saya pun gelak dan berharap ibu pun turut gelak sekali ( tetapi sepertinya ibu tidak bergurau dan kenapa hanya saya yang dapat melihat perempuan itu ). Saya berasa sangsi dan mempunyai perasaan ingin tahu mengenai wanita itu. Sepanjang persembahan tersebut , saya hanya melihat wanita itu menari dan menari.

Selesai sahaja persembahan tadi , wanita itu terus pandang saya sambil memegang sebuah buku yang bercorak kepudaran ( buku atau diari lama ) dan terus menjatuhkan buku itu dipentas tadi. Seolah-olah dia menyuruh saya untuk mengambilnya. Ruang ini mula kosong dan keluarga saya menyuruh kami sekeluarga untuk makan malam di restoran sebelah resort ini. Sebelum pergi , saya sempat mengambil buku yang ditinggalkan atas pentas tadi. Saya pun berlalu meninggalkan kawasan itu tanpa menoleh ke belakang.

Setelah selesai menjamu selera , kami sekeluarga terus pergi ke bilik masing-masing untuk berehat. ( oh lupa , ibu dan ayah sama bilik dan manakala saya dan dua orang kakak saya satu bilik ) Selesai sahaja mandi , saya terus mengambil beg galas sebab nak ambil telefon bimbit. Korek punya korek , telefon bimbit saya hilang dan saya pun menuangkan semua isi di dalam beg saya di atas katil. Buku diari lama menarik perhatian saya untuk membacanya.

Saya tidak peduli lagi mengenai telefon bimbit saya dan terus membuku halaman pertama di dalam buku itu. Saya pun membaca buku diari itu tanpa saya sedari waktu telah berlalu. Alangkah terkejutnya saya apabila membaca isi-isi diari itu. Rupa-rupanya resort ini ialah sebuah perkampungan orang jawa dahulu kala. Ada kisah yang terjadi kepada kampung ini dan akhirnya dijadikan resort. Dipendekkan cerita , pemilik tempat ini ialah seorang wanita yang berjiwa tradisional dan berkahwin dengan seorang pemuda yang miskin dan akhirnya dibunuh di dalam sebuah bilik bersama dengan suami begitu juga anaknya. Saya pun terus memandang ke luar koridor itu ( pintu koridor terbuka luas ). Saya melihat seorang wanita sedang mengendong seorang bayi kecil dan seorang pemuda yang sedang memeluk wanita itu dari belakang. Saya pun terkejut dan kaku seketika. Saya disedari oleh tiupan angin yang sangat kuat. Saya terus menutup pintu koridor itu dan terus meletakkan buku diari itu di atas meja dan berlari ke arah katil sambil berdoa agar saya tidak diganggu dan tidur dengan tenang. Saya pun terlelap seketika.

Saya terbangun apabila mendengar bunyi siulan dan nyanyian yang sangat merdu di luar koridor itu. Saya cuba untuk mengelakkan perasaan takut dan terus mengambil selimut lalu menutup bahagian kepala saya dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku. Sudah 10 minit saya berada di bawah selimut. Saya pun membuka selimut tadi dengan perlahan dan pusing ke arah kakak saya. Saya cuba melelapkan mata namun sekali saya diganggu. Selimut yang saya pakai tadi ditarik dengan sangat kuat sehingga menampakkan bahagian kaki saya. Saya pun terus berdiri dan membangunkan kakak saya. Kakak saya pun agak terkejut kerana melihat muka saya yang sangat pucat. Kakak saya bertanya ” Dik , dah kenapa ni ? ” , saya pun menjawab ” Saya diganggu kak !” sambil menangis teresak-esak.

Kakak saya pun terus memeluk saya dan membawa saya untuk pergi ke bilik ibu dan bapa saya. Ibu dan bapa saya terkejut melihat saya menangis dan melihat muka saya pucat. Saya menceritakan kepada mereka kejadian yang menimpa saya. Mereka agak terkejut tetapi menganggap bahawa saya hanya bermimpi dan berimaginasi. Saya kembali ke bilik saya untuk mengambil buku diari itu tadi namun buku itu sudah hilang. Saya jatuh tersungkur diatas lantai sambil mendengar bunyi perempuan mengilai dan ketawa dibilik itu. Saya terus berlari dan pengsan diluar pintu bilik saya.

Dipendekkan cerita , setelah kejadian pada malam itu , saya pindah ke bilik lain atas permintaan saya dan salah seorang pekerja disitu seolah-olah faham kenapa saya ingin pindah ke bilik lain. Setelah pindah ke bilik lain , saya berasa lega tiada gangguan di bilik baru dan menikmati percutian di Bali , Jakarta . Setiap kali melalui bilik kosong itu ( maklum lah untuk pergi ke bilik , saya kena melalui bilik itu kerana bilik itu berada di tengah-tengah resort ) saya akan mendengar bunyi bayi menangis , perempuan mengilai dan begitu juga bunyi yang menakutkan tetapi saya hanya buat tidak tahu.

Selepas 5 hari 4 malam saya di resort ini , akhirnya kami sekeluarga pulang ke tanah air . Sampai sini sahaja lah kisah saya sepanjang berada di Bali.
Sekian terima kasih.

5 thoughts on “Gadis Berbaju Merah di Bali”

  1. Ayat sebijik sebijik. Luhur jiwa penulis nih. Hehe. Anyway, Bali is Bali dik. Jakarta tu Jakarta. Tapi pompuan ni bukan yg dlm cerita Dukun tu kan? 😂

    Reply
  2. Byk perkara meragukan… hmmm… antaranya… camana anda tahu bilik tu sengaja dikunci n dibiar kosong? Takan resort bgtau lak.. rahsia bussiness tu… pastu anda orang kuching… anda mmg genius kalau paham diari orang jawa.. jawa kuno lak tuh… hahaha.. ke diari tu dalam bahasa omputih?
    Disimpulkan… pemilik diari adalah wanita baju merah yg mati dibunuh kan… errr… kalo dia mati dibunuh.. camana dia bleh tulis dalam diari pulak… atau pas mati dia sambung hobi tulis diari? Hahaha… niway… good story…

    Reply

Leave a Comment