Gadis dalam LRT

Aku tak ingat kejadian ni tahun bila, yang aku ingat hari tu hari bekerja. Seperti biasa pulang kerja petang aku akan mengambil LRT ke KL Sentral sebelum sterusnya menaiki KTM ke Seremban. Ya, itu rutin harian aku 5 hari seminggu semenjak bertahun-tahun lamanya.

Kebetulan musim hujan, suhu dalam gerabak memang sejuk. Sejuk yang sampai ke tulang. Tapi sejuk yang aku rasakan berbeza. Nafas kuhela terasa membeku di dalam kerongkong dan dada. Terasa seolah badan aku sendiri tiada kehangatan. Aku sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini sejak beberapa tahun sebelumnya.

Yang pernah mengalami, maklum perasaan ini akan diiringi oleh gangguan. Merata arwah bapaku mencarikan orang mengubat. Kesudahannya aku sehingga kini tergolong dalam pesakit psikiatri. Membantu? Sedikit sebanyak. Seringkali aku tertanya sendiri, adakah ini gangguan seperti yang bomoh-bomoh kutemui katakan, atau imiginasi aku sendiri. Tapi kisah itu untuk waktu yang lain.

Cahaya senja mula menyimbahi kedalam gerabak, biru dan suram sebaik sahaja LRT mula mendaki keluar dari terowong. Ke luar tingkap di bahagian kiri kelihatan bangunan Central Market. Butir-butir hujan menghiasi kaca-kaca tingkap gerabak.

“Ah sudah,” getus hatiku. Hujan-hujan begini tak sah kalau KTM tak tergendala. Aku membayangkan menunggu di platform berjam-jam lamanya, sampai ke rumah lewat, keesokan pagi aku perlu bangun awal sebelum subuh untuk menempuh 2 jam lebih ke tempat kerja lagi.

Sampai di stesen Pasar Seni, pintu LRT terbuka. Berlakulah pertukaran penumpang keluar dan masuk. Aku terlalu penat untuk mengisahkan mereka. Aku ralit memandang sekililing, bukan pada mereka, tapi melewati mereka.
Tak berapa lama meninggalkan stesen tersebut mata aku terpandang sesusuk tubuh; gadis muda berbangsa Tionghua. Berambut lurus panjang. Wajahnya kusam, matanya cengkung. Kulitnya putih sehinggakan seolah-olah telus sampaikan menampakkan urat seluruh tubuhnya. Baju yang dipakai kotor dan terkoyak pada sambungan bahu. Leher baju longgar dan menggeleber seolah-olah telah ditarik-tarik.

Anehnya gadis ini bibirnya pecah di hujung sebelah kiri, pipinya lebam di kanan, sebelah keningnya luka, sebelah lengan lagi berbirat, lututnya melelas, tapi seperti tak seorang pun dalam gerabak tersebut yang perasan mahupun peduli.

Dia memandang aku. Aku yang dari tadi terpana melihat dia seolah-olah tersentak dari lamunan. Lalu aku memalingkan pandangan. Apa pun masalah gadis itu, aku tak mahu terlibat. Serta-merta dengan itu LRT berhenti mengejut diatas laluan antara stesen Pasar Seni dan KL Sentral. Lampu terpadam. Aku sendiri hampir terlepas genggaman dari tempat berpaut. Terasa jantung dalam dada berhenti berdenyut.

Suasana dalam LRT menjadi riuh rendah. Ada yang memaki hamun, pada siapa, aku sendiri tidak pasti sedangkan LRT tiada pemandu.

Mujur hanya sekejap. Cuma dalam beberapa saat. Namun dalam keadaan cemas, beberapa saat itulah dirasakan begitu lama.

Aku melihat semula sekeliling. Jantung aku sekali lagi terhenti bila menyedari gadis itu tiada lagi disitu. Mustahil dia boleh turun ditengah-tengah landasan. Perasaan seram sejuk sebelum tadi beransur hilang bersama kehilangan gadis Tionghua tadi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

17 thoughts on “Gadis dalam LRT”

  1. Nasib baik la masa keadaan pulih spt biasa, gadis tionghua tu xde kt sebelah tetiba mcm kisah² dlm movie seram tu kn…. huuuu… seram seyyyy….

    Reply
  2. gadis p sbelah depan kot, sbb malu kau perati dia. ada msalah dgn laki kot tuh yg lari naik lrt tuh. mkcik cuba positif
    #cumel

    Reply
  3. Waahhhh xpenah lagi lrt terpadam lampunya. Selalunya tergendala je. Seramnyaaa kenapa awak pandang perempuan tu .jangan usha2 dah. Bahay

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.