Salam sayang warga FS sekalian. Naskah ini merupakan coretan pertama aku di dalam laman ini. Tujuanku hanya satu, berkongsi cerita tentang kisah aku si gadis twilight. Kisah yang susah untuk diceritakan dengan kata-kata. Kalau diceritakan pun, tak akan ada yang percaya.
Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung nun jauh di pedalaman Pahang. Daerah mana dan kampung mana, biarlah menjadi rahsia aku sampai bila-bila. Apa yang pasti, kampung aku tu terlalu jauh di pedalaman sehinggakan keluarga aku hidup berbekalkan lampu minyak tanah dan air perigi sahaja.
Bila waktu malam, mak selalu ceritakan kepada aku tentang hikayat seorang puteri yang lahir ketika bulan mengambang penuh lalu diperkenankan satu sumpahan yang membuatkan dia tidak dimamah usia. Pada mulanya hidup puteri tu sangat bahagia, dikelilingi orang-orang yang penuh dengan sifat sayang dan tolak ansur sehinggalah satu demi satu dari mereka pergi dimamah usia tua. Yang kekal cumalah dia.
Dan kini, aku macam terkena sumpahan yang sama. Usia aku sekarang sudah menjangkau ratusan tahun. Setiap 25 tahun, akan ada satu sumpahan baru yang akan aku terima. Bermula dengan usiaku tidak dimamah usia ketika umurku 25 tahun. Rupa aku akan kekal nampak muda seperti gadis berusia 25 tahun. Cantik, mungkin aku dapat kecantikan aku ni dari mak.
Kemudian, aku mula ketagihkan darah di usia 50 tahun. Pada mulanya, aku cuma menghirup darah dari sembelihan ayam untuk memuaskan nafsu hina aku itu tetapi semakin lama, aku jadi tidak tentu arah. Darah manusia mula menjadi minat aku. Itupun permulaannya disebabkan aku menghisap darah dari jari anak jiran aku yang terkena pisau ketika mengupas bawang di kenduri kampung. Sejak dari itu, aku dahagakan darah.
Rupa paras aku yang tak mengerepot semakin lama menjadi bualan hangat orang kampung. Diorang kata, aku pakai susuk.
Aku takut aku akan diapa-apakan oleh orang kampung, aku lari keluar dari kampung tu. Aku berhijrah ke Pulau Pinang. Di sana, aku bekerja mencari rezeki untuk hidup aku. Dan, di sanalah aku mula mengenali Rasid. Jejaka berusia 30 an yang berjaya membuatkan hati aku berbunga-bunga.
Percintaan kami cukup hangat dan romantis sehinggalah Rasid ajak aku berkahwin. Disebabkan dia nak jadi laki aku, maka aku putuskan lah bahawa tiada rahsia antara kami. Maka, aku bagitahulah dia yang aku ni sebenarnya sudah hampir mencecah 75 tahun ketika itu. Rasid macam tak percaya, jadi aku pun ceritakan satu persatu apa yang berlaku ketika mak aku bersalinkan aku dulu dan apa lagi yang berlaku pada aku selepas itu.
Rasid kaget. Dia macam terkejut. Tapi, dari raut wajah dia tu, nampak lebih takut berbanding terkejut.
“Kau pontianak rupanya Seroja! Kau pontianak!!” Rasid tengking aku.
“Bukan Sid. Bukan! Kau salah faham ni.”
“Ah, sudah lah. Aku taknak dengar apa-apa lagi alasan kau, Seroja. Sanggup kau tipu aku selama ni. Bomoh mana hantar kau kat aku ni, ha?!” Rasid marah aku lagi.
Air mata aku masa tu semakin tumpah. Dan ketika itulah sumpahan ketiga aku pertama kali berlaku. Air mata yang mengalir di pipi aku berwarna merah. Merah darah. Apabila Rasid ternampak sahaja air mata merah aku tu, apa lagi, dia terus cabut lari. Itulah kali terakhir aku bertemu dengan Rasid.
Sejak dari itu, aku mula bencikan lelaki bernama Rasid. Dia tak berikan aku peluang langsung untuk berterus terang. Senang hati dia menuduh aku secara membabi buta macam tu.
100 tahun usia aku, aku mula alergic dengan cahaya matahari. Kalau kulit aku kena cahaya matahari, aku akan cair seperti lilin. Dan untuk sembuh semula, memakan masa berbulan lamanya. Disebabkan itu, rutin kehidupan aku bertukar 360 darjah. Waktu tidurku adalah siang. Malam pula waktu untuk aku bekerja. Malam waktu aku menghiburkan diri. Rumah aku, aku tutup dengan langsir hitam. Aku tak mahu sebarang cahaya matahari masuk ke dalam.
Dari detik itu aku gelarkan diri aku gadis twilight. Hidup selepas matahari melabuhkan tirainya di ufuk barat. Hidup selepas senja mula menyapa.
Aku hidup berpindah randah. Ramai yang mula cakap-cakap belakang aku apabila melihat kelakuan aku yang anih. Tak kurang juga yang gelarkan aku bohsia liar. Suka keluar malam-malam pakai pakaian seksi. Nak buat macam mana. Kerja waktu malam kalau bukan jadi pelayan kelab malam, apa sahaja kerja yang aku boleh buat. Biarlah. Untuk periuk nasi aku, bukan periuk nasi diorang.
Aku suka kerja di kelab malam. Pengunjungnya suka berkhayal. Ketika mereka lemah inilah aku akan dapatkan darah diorang. Tak susah pun. Gigit je leher diorang tu, hisap sampai puas. Diorang pun gelak-gelak suka.
Bila berpindah randah selalu, aku gemar menukar nama. Originalnya nama aku adalah Seroja. Kemudian aku tukar ke Zaleha. Selepas itu, aku tukar nama aku kepada Mariana, itupun kerana aku tergila-gilakan penyanyi dan pelakon terkenal ketika itu, Ziana Zain. Sekarang, untuk nampak urban, aku tukar nama aku kepada Shasha.
Tahun 2016 adalah tahun usia aku mencecah 125 tahun. Body aku masih lagi mantop dan bertenaga seperti gadis 25 tahun. Yang aku pelik, ketika hari jadi aku yang ke 125 dulu, macam tiada apa-apa sumpahan baru yang berlaku. Semuanya normal. Aku ingatkan semua sumpahan dah nak habis, aku akan mula jadi tua. Tapi, nampak macam tak ada perubahan pun.
Sehinggalah satu hari, aku sedang bekerja. Rakan setugas aku, Maya, dah nak balik ke rumah. Shif nya dah habis.
“Aku balik dulu Sha.” Ujar Maya sopan.
Entah macam mana, bila habis je ayat Maya tu, tiba-tiba aku lihat pemandangan sekeliling aku bertukar. Aku berada di tengah-tengah jalan raya yang aku sendiri tak tahu dekat mana. Ada sebuah kereta meluru laju ke arah aku. Aku dapat lihat muka pemandu tu terkejut dan menjerit sebelum dia langgar aku.
Tembus.
Dan dia terus menujah ke bahu jalan dan melanggar papan tanda yang ada dekat situ. Mujurlah kemalangan tu tak teruk sangat.
“Aku balik dulu Sha.” Maya tiba-tiba bersuara sambil lalu depan aku dan pemandangan sekeliling aku jadi di tempat kerja semula.
Esoknya, aku dapat berita mengejutkan. Maya kemalangan. Mujurlah dia cuma cedera ringan. Bila aku kaji, apa yang diberitahu oleh Maya ketika aku melawat dia dekat hospital, jalan ceritanya hampir sama dengan apa yang aku lihat malam semalam.
Banyak lagi “vision” yang aku dapat tengok sejak dari hari tu. Cuma kadang kala, apa yang betul-betul berlaku itu, agak lain situasi sebenarnya. Jadi, aku tak berapa yakin dengan sumpahan kali ini. Aku anggap lah sumpahan terbaru ni adalah, boleh tengok vision masa depan tapi tak berapa tepat.
Hidup di zaman moden ni membuatkan aku kena peka dengan perubahan teknologi. Aku mula jadi ketagih dengan media social. Facebook, Twitter, Instagram, Wechat, Whatsapp, Youtube account semua aku ada. Cuma itulah yang mampu buat aku happy tatkala berkurung di rumah di siang hari.
Sebulan yang lalu, aku mendekatkan diri dengan satu blog bernama Fiksyen Shasha. Aku tertarik sebab nama kami sama. Aku klik link pada google dan buka isinya. Wow, cerita-cerita seram. Menarik. Banyak cerita yang aku baca. Ada yang seram, ada yang lawak seram, ada yang komedi, ada yang sampah lahanat, ada yang bersiri seolah-olah apa kau ingat kau pengarah drama?, ada yang one hit wonder, ada yang acah-acah tunggu permintaan kalau reader suka ke tak dia akan sambung nanti, ada yang copy paste dari cerita lain, ada yang diragui reka atau betul, ada yang cerita tak sedap tapi bila orang komen bashed dia sentap like dunia bakal berakhir esok. Macam-macam jenis cerita.
Banyak yang aku baca sampailah aku terklik cerita Pontianak Di Depanku. Fikiran aku terus melayang kepada Rasid, cinta pertama aku. Kata-kata Rasid yang menuduh aku semacam tu masih berbekas dalam hati.
Tiba-tiba aku dapat vision. Sekeliling aku jadi gelap-gelita. Sehinggalah satu lampu dibuka. Aku nampak ada banyak orang sedang tertutup mata mereka dengan kain hitam. Ada beberapa orang lelaki dan beberapa orang perempuan. Ada gemuk ada kurus. Ada hitam ada putih. Ada macam-macam jenis orang. Semua tertutup matanya dengan kain hitam, duduk di atas kerusi sambil tangan dan kaki mereka diikat pada kerusi tu. Mereka membentuk bulatan besar menghadap antara satu sama lain.
Ada seorang lelaki duduk di belakang bulatan mereka tu. Lelaki tu petik jari. Tiba-tiba semua kain yang ikat mata mereka-mereka yang duduk ni tadi, terlerai.
“Magic show ke ni?” aku soal tapi aku pasti soalan aku tu langsung tak didengari.
Suasana jadi hingar dengan suara-suara mereka-mereka yang duduk tu.
“Kau ni siapa gila? Aphal kau buat kitorang macam ni.” Salah seorang dari mereka bersuara. Kedengaran marah. Ok, ni bukan magic show. Lain macam je ni.
“Owh. Ini rupanya Si Celupar acah-acah famous tu? hak hak hak hak hak” lelaki psiko yang sedang berdiri belakang diorang tu berjalan sambil pusing-pusing bulatan tu sambil ketawa jahat.
“Weh. Kau ke Si Celupar tu?” soal salah seorang lagi, lelaki berpakaian polis.
“Amboi, buat sesi berkenalan pulak dah.” Lelaki psiko mencelah sambil terus berjalan kemudian dia tarik rambut salah seorang perempuan yang ada dekat situ.
“Sakit lah!!” perempuan tu menangis.
“Hello Stella.” Lelaki psiko tu berbisik dekat pipi perempuan tu sambil main-mainkan pisau rambo yang ada dekat tangan dia tu ke pipi perempuan. Pipi perempuan tu ditorehnya. Perempuan tu menjerit dan menangis ketakutan.
“Lepaskan kitorang lah sial! Kau nak apa dengan kitorang ni?!!” seorang lelaki menengking pula.
Dengan pantas lelaki psiko tu baling pisau yang dipagang tu, laju ke arah lelaki yang menengking. pisau tu tercucuk pada lengannya.
“Arraaagghhh!!!” lelaki tu jerit bagai nak gilai naik garau-garau suara dia. Yang lain-lain pun turut sama juga. Meratap-ratap mintak dilepaskan. Tak kurang juga yang mencarut dan memakin hamun.
“Eh, tau meraung. Aku ingat kau tahu senyum je. Senyuman Perantau kan? Hahahahaha” lelaki itu semakin psiko.
Dia lepaskan perempuan bernama Stella tu, kemudian berjalan menuju ke arah perempuan seorang lagi. Ada sorang lelaki ni cuba untuk bangun dan menghalang tapi kaki dia kan terikat pada kaki kerusi tu, apa lagi, tersembamlah dia ke lantai simen.
“Kau jangan nak buat hal dengan aku. Cukup-cukup lah bos kau buat hal, anak saudara bos kau buat hal dan awek kebaya kesayangan kau tu buat hal. Kau jangan nak buat hal kat sini!!” lelaki psiko tu menyepak kuat kepala lelaki yang tersebam ke lantai tu.
“Hang ni gila tau dak. Hang ingat hang boleh selamat ka buat kami lagu ni. Puiihh!!” lelaki utara berbadan gempal tu marah siap meludah lagi.
“Sayang. You lapar tak? Kalau you lapar, si DeeFen ni sedia jadi dinner you.” Lelaki psiko tu tadi macam memanggil seseorang dari dalam gelap di belakang.
Dengan perlahan, seorang perempuan bermuka pucat dan tersenyum sinis, perlahan-lahan muncul ke depan. Rambutnya panjang mencecah punggung. Aku ketika itu, meremang. Bulu roma aku naik tegak. Yang ada di depan aku ketika itu adalah, AKU.
“Hm hm hm hm hm” AKU tergelak kecil, lebih kepada gelak perlahan yang menyeramkan.
Dengan pantas AKU meluru ke arah lelaki berbadan gempal tu.
“Budak DeeFen ni nampak sedap.” AKU bersuara. Suaranya kedengaran jahat dan serak-serak macam nenek kebayan. “Any last word?” soal AKU.
“Kirim salam aku pada Fattah Amin.” Ujar DeeFen sambil menangis ketakutan. Suaranya terketar-ketar.
Tak aku sangka, laju sahaja AKU patahkan tengkuk lelaki berbadan gempal tu. Kemudian, dia tarik mulut lelaki itu sampai terkoyak dua. Semua yang ada di situ menjerit-jerit ketakutan. Ada yang berdoa pada Tuhan, ada yang baca ayat Al-Quran.
“Aku tarik balik kata-kata aku tadi. Tak sedap lah daging DeeFen ni, macam daging low class quality.” AKU merungut kemudian dia memandang ke arah seorang budak lelaki yang ada dekat sebelah DeeFen tu. DeeFen sudahpun terkulai layu di kerusinya, tidak bernyawa.
“Kau ni penyanyi Rock ke? Meh aku rasa sikit bebola mata CaritoRocker ni.” ujar AKU.
“Carlito lah setan. Bukan Carito.” Lelaki tu bersuara. “Kau ingat aku peduli ke?” AKU menjawab sinis lalu dia mencungkil mata lelaki tersebut. Kemudian, dia kunyah perlahan. “Boleh tahan. Not bad.” Ujar AKU sambil menjilat-jilat jarinya.
Aku hampir termuntah di situ. Ngeri. Aku tahu aku ada habit minum darah. Tapi, tak adalah sampai nak makan mata orang.
“Kenapa kau seksa kitorang macam ni King? Lepaskan aku. aku ada anak. Kau tak kesian ke kat budak tu. Kalau kau bunuh aku, budak tu jadi yatim. Sanggup?” Seorang lagi lelaki bersuara.
“King?” Jay tersentap.
“King?” seorang lelaki bernama Rusydi pula menyoal.
“Siapa King?” seorang perempuan memakai gelang kaki berloceng pula bersuara sambil menangis.
“Kau King?”
“Sial la King ni”
“Ya, Allah King! Kenapa kau macam ni?”
“Laa, King ke?” lelaki bertopeng kamen rider bersuara.
Macam-macam reaksi dari mereka yang masih bernyawa.
“Fizi, fizi. Kau ingat aku kisah pasal anak kau tu. yang aku tahu sekarang, aku nak cantas semua writer-writer Fiksyen Shasha acah-acah bagus ni! Disebabkan korang, cerita aku dikecam hebat! Terutamanya kau, kau, kau dan kau! Sial!” herdik lelaki psiko bergelar King tu lalu dia menerajang kerusi yang diduduki oleh SiCelupar. SiCelupar rebah ke lantai. Kepala SiCelupar dipijaknya.
“Disebabkan hal kecik macam ni je kau sanggup culik semua writer ni, ikat kitorang macam ni. Macam psiko. Kau ni gila!” seorang perempuan melenting.
“Diam!!” jerit lelaki psiko tu lepas tu terus dia lempang perempuan tersebut. “Aku tak gila la bodoh! CikEdot bodoh!!” lelaki psiko tu goncang-goncang kepala perempuan tersebut macam orang gila. aku yang sedang memerhati ini Cuma mampu memerhati, tak mampu menolong apa-apa. Sebab aku tahu, aku buka di dunia nyata.
“Astaghfirullah Al-Azim. Stop lah encik. Please stop. Kenapa kena buat macam ni.” Seorang perempuan lagi menangis.
Lelaki psiko berhenti membelasah CikEdot. Dia berpaling ke arah gadis bertudung litup di sana. Senyuman King sinis.
“Wuu. Tak sangka suara you bercakap pun sedap cik Wafhiyyah.” Lelaki psio tadi terus berjalan perlahan-lahan menuju ke arah gadis itu.
“Done dua-dua mata. Next, aku nak makan siapa ye?” AKU tiba-tiba bersuara. Dia depannya, kedua-dua biji mata CarlitoRocker telah tiada. Mulut AKU masih terkunyah-kunyah.
Aku terasa nak muntah. Dengan serta merta pemandangan di sekeliling aku bertukar menjadi bilik aku semula. Tak sempat ke tandas, aku termuntah di atas katil.
Itu mimpi aku yang sebulan lepas. Aku tah tahulah itu mimpi atau tak. Atau itu akan berlaku di masa depan? Aku tak mintak korang percaya. Aku cuma nak kongsi cerita.
Hari pun dah malam. Hari ni ketika aku menulis ni, aku cuti tak kerja. Aku ingat nak jalan-jalan.
Lupa nak cerita, aku ada hobi baru. Aku suka jalan-jalan dari koridor ke koridor. Dari tingkap ke tingkap rumah orang. Ketuk tingkap atau cakar sikit lepas tu blah. Aku tak tahu apa motif aku buat macam tu tapi aku happy. Biasalah, dah tua-tua ni macam-macam hobi pelik aku nak try.
K lah. Aku caw dulu. Nanti ada cerita baru aku share lagi. Mana tahu vision aku tu datang lagi. (Masa aku tulis ni, aku macam dapat vision bawah tilam ada duit seringgit. Aku check bawah tilam aku ni tak ada pula, cuba korang check bawah tilam korang. Kalau takde seringgit, paling tidak ada pocong. Rezeki korang la tu. hihihihihihi)
-Bye-
Nota Kaki: Cerita ini hanyalah satu rekaan. Seram ke idok?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Olahan citer yg menarik…semua watak ada…imaginasi tinggi yg melampau…watak sesuai dgn kisah masing2…terhibur gak la…
psikonyer….tkut plak aku…???
Menarik tapi scary..nampakla kau mmg antara followers setia FS.
tapi… ia logic kot sbb de sumpahan serigala jadian kat negara dot2… x mustahil vampire wujud mcm Cik nie cerita ??
Berhati²…,meh semua geng writer berkumpul
Aku nak komen pun takut. Kang dlm vision ko tu nampak muka aku lak. Tapi kelakar seram…nak gelak tapi takut2. Tapi aku memang nak gelak..kesian deefen dpt watak lelaki gempal. Aku imagine deefen ni sekacak dan sesado fatah amin..alahai.
Naseb baek die x concludekan pengomen2 tegar, giloorrr cuak hakak dik…
Huhuhuhuuuu…
Mana tau ada part 2. Dia kumpulkan pengomen2 tegar plak. ??
Tidaaakkkkk…!!!
Akk left dik, akk left…
Hahahahahah…
Kalau ada watak pengomen tegar, nama kak yulie mesti ada punya lah!!! Hahahaha sorry kak, saya gurau je ??
Hahahhaha…
Pasni akk kasi tukarlah nickname…
Tukar nama BUKAN KAK YULIE, hahahaha…
Hahahah kalo x skali lg beratus komen mcm siri M tu kak…. sy rasa akak sendiri dh ade fan..
Hahah..bukan kak yulie ekkk..anyway rindu akak
Nadey…
Kipas susah mati xdo…
Kipas sate boleh????
Hahahhaha…
Cikedot…
Aritu tetbe akk xleh view FS…
Kena block kobar eiii…
Adeeehhh berdebar susah hati banget sih…
Ceeehhh poyo plak bunyik…
Jeng jeng jeng
Xyah nk jengjengjeng sgt ekkk…
Kang akk panggil Boss Botak baru tau…
Hahahahahah…
Tetap jeng jeng gak sbb bos botak pun cabuttt haha
Pasni soh Abg Cong sorok plak kunci motor die letak dlm ponjot…
Bior smpi sudah xleh jmpe kunci tu dah…
Aku ngeri ni. Mata aku gatal dah 2 hari. Adakah…Hmmm…Tangan kau masin ke hapa cik writer? Hahahahaha.
serius mati2 sy ingt awak tulis faiz sbb die dpt lure sy percaya cita tak logik smpai ke tahap nak husnuzon (tiada yg mustahil dlm dunia) bab2 dia tua beratus tahun dengan ketagih hisap darah tu. Tp ending ceh!!! Sorry la bro tersalah ckp gaya penulisan tu mcm awak nye style. ahaha sorry
btw writer good job, tulis lg!!
dia ingat ko jntan nadey…deeeyyyyy..hahhahhaha…
hahaha lelaki bertopeng kamen rider, dey nadey ni girl la
“waalaikummusssalam”
ok siyes best..tp knp ko gempalkan si deefen???
Woi king..yg sudah tu sudah lah..improve kan lagi cite ko..sian writers lain woi..haha
ini king buat come back ke macam mana?
hahaha
Perghhhhhh…….
wei yang kau tulis nama pakai tajuk cerita aku kenapa?
#penulisMenantiKekasih
Pelik betul..asal nye writer bkn name seroja ke..asal plak ending jd lelaki psiko..terlebih imaginasi btul oh writer nie..ke aku yg x pham cerita????
whattt?? aku sememangnya tunggu citer cengini. hahahahahaha.
Wan sc,king pm ag ka yg ag come back smpai cenggini skali.hahahahahahahahha.best best.
Kjap..ni kisah btul ke tak ? Confius sya dibuatnya
Gilo psycho…
Sampai hati ko king bodoh kan aku…sob..sob…btw,syok baca cerita ko..gelak aku sorg2
ni persatuan penulis2 FS bergabung tenaga ke ni? heee
laa.. rupanya rekaan.. hushhh terkejut i baca.. tak mungkin la perempuan berumur 125tahun hidup dan masih kekal muda kan..
First time aku bca fs smpai tergelak ?
taktau kenapa rasa macam seram baca sebab saya ada kenalan yang macamni. fikiran dia tinggi macamni. memula dengar macam lawak. sekarang dengar rasa takut sebab sekarang dia dalam penjara sebab cubaan membunuh.
Errrkkkk…
Camtu sekali ke…????
ye. cerita ni pun macam pysco sangat. kalau betul ni king yang tulis rasa macam dia berdendam sangat. tu bila baca habis cerita ni saya terus teringat kenalan saya tu.
Saya yang tulis ni. Jangan risau k. Saya waras lagi. Tak sampai tahap psiko. hahaha
penulisan awak memang terbaik sebab saya sampai boleh terkenang kawan saya tu. respect.
bukan King yang tulis… yang akak faham, writer ni wujudkan watak King dalam citer dia. King mengamuk sebab kena bashed habis-habisan dulu. tu yang dia muncul balas dendam kat semua writers yang best2 dan ramai peminat. ‘AKU’ yakni writer ni jadi macam ‘belaan’ King la. King jamu dia Dee Fen dan ‘Carito’rocker…. itu yang akak faham le….
Hahaha..giler la crita ni..first time komen rase nye ni..
mula mula macam seram..
ending dia tuh……
eh eh eh..knape dia sebut semua nme writer..haha
hahaha
game over .. huhu
Ganas2.Tertinggal 1 watak. Jeng jeng jeng
Daengkasturi
Tahniahhhhhh buat aku gelak terbahak bahak. Part semua sedar lelaki saiko tu king, otak terus rewind cite dia kt fs ni. Tersembur gelak aku. Hihihihii sorry king ? #SilentReader #KipasSusahMatiFS ?
Nasih rekaan je hahaha tapi kesian plk kat witter2 yg kena tu
seram dan psiko betul..semoga ape yg seroja shasha mimpi tuh x jd kenyataan la..kang hilang sume writer2 famous dlm page nih..
Lambat pulak sampai ke post ni. Tapi nak komen jugak sebab kau toreh muka aku >_< hahahaha
Kau tu yg psiko…kate org..puii
Knapa x letak #sicelupar..kan dah bingung dibuatnya..igtkn pnlisnya perempuan..rpanya wan sc..?
berkerut2 dahi bace awal2. kahkah!