Gangguan Belum Berakhir

Gangguan demi gangguan sudah aku tempuh. Sakit dan perit aku telan semuanya. Lantaklah apa yang akan terjadi selanjutnya, selagi aku hidup kerana Allah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Aku kena kuat hadapi ujian ni.

Kawasan perumahan aku sudah menjadi laluan dan tempat persinggahan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, senang aku katakan sebelah tepi luar pagar rumah aku tu terdapat kawasan hutan, semak dan paya. Di kawasaan tersebut mungkin tiada apa-apa yang menarik perhatian orang, namun yang menariknya bagi aku, apabila mengetahui ada kewujudan makhluk lain selain daripada manusia. Apa yang menariknya disana? Yang menariknya disana ialah terdapat sebuah perkampungan bunian.

Aku kerap bermimpi bertemu dengan orang-orang yang sangat cantik dan tampan serta kerap kali aku bermimpi singgah ke perkampungannya. Pada mulanya aku cuma menganggap mimpi ni hanya mainan tidur, namun yang buat aku sedar tentang mimpi ni ialah selalu kerap bermimpi dilokasi yang sama. Aku selalu abaikan mimpi-mimpi tersebut sehinggalah suatu hari aku mengalami gangguan dan kemunculan kelibat seseorang di dalam rumah aku.

Aku cuba bertanya seorang ustaz yang arif tentang ilmu perubatan islam. Ustaz atau lebih senang aku gelarkannya sebagai tok guru yang aku temui ini mempunyai salahsilah keturunan ulamat yang terulung suatu masa dahulu. Berwajah tenang dengan ilmu penuh didada hanya melihat pesakit sudah mengetahui sikap kelakuan, kebolehan dan gangguan yang dialami. Katanya ada makhluk dari alam bunian nak berkawan dengan aku dan nak bawa aku tinggal bersama dengannya tapi dalam pada masa yang sama ada juga gangguan lain dari luar.

Aku cerita serba sedikit mungkin ianya kurang menyeramkan. Jadi sebelum tu, jangan kecam kisah yang aku nak kongsikan ni! Aku selalu perasan setiap kali aku bersendirian dalam rumah mesti akan ada kedatangan makhluk ghaib ni muncul menunjukkan rupanya. Tak kira perempuan atau lelaki. Muda atau tua. Dari luar aku nampak kelibat orang berjubah putih melambai-lambai tangannya kearah aku. Kekadang berlari-lari terus ghaib dicelah-celah pohon.

Seperti biasa aku abaikan semua tu. Langsung aku tak ceritakan pada sesiapa. Aku ingat lepas buang saka, semua akan jadi sedia kala, maksud aku dah bebas dari gangguan luar. Tapi semuanya makin teruk! Hijab mata aku, makin galak menunjukkan rupa setiap makhluk yang cuba mendekati aku. Sehingga kini aku masih lagi boleh lihat dengan jelas dan berkomunikasi dengan benda ni tapi aku lebih senang menjauhi dan berdiam diri kalau terserempak.

Malam itu aku bermimpi masuk ke alam perkampungan diorang. Kerap kali aku ke sana menerusi mimpi. Aku terangkan serba sedikit keadaan kat sana. Di alam diorang sedikit sejuk serta berkabus dan langit dialam diorang keakan-akan mendung tetapi tidak hujan (redup). Diorang ni hidup berkeluarga sama seperti kita.

Yang menganehkan, keadaan kampung mereka itu seperti perkampungan tradisional Melayu. Malah suasana di perkampungan diorang sangatlah tenang dan damai. Mereka juga mempunyai banyak pokok buah-buahan. Pokok buah diorang buat aku jadi bingung, kalau kau petik buah dari pokok tersebut kemudian kulit serta biji kau campak di atas tanah dengan tiba-tiba tumbuh pula pokok yang baru. Pokok buah-buahan yang ada, tanpa disedari lepas aje kau petik buahnya, ia akan hilang. Mungkin korang sukar nak terima kisah aku ini. Tapi inilah kenyataan yang aku alami di alam diorang.

Rupa paras serta fizikal diorang boleh dikatakan sama seperti manusia macam kita, malah lebih cantik dan kacak berbanding dengan manusia biasa. Kaum wanita dikatakan amat cantik, berkulit putih lagi halus dan semuanya mengenakan tudung yang labuh. Kalau di sini kebanyakan manusia yang kau nampak, mesti akan ada salah sorang yang tergolong sebagai wanita yang paling cantik yang mendapat gelaran ‘miss world’ tapi kalau di alam bunian pula secantik-cantik rupa manusia, itulah seburuk-buruk rupa bunian di alam mereka. Maksudnya, ada lagi wanita yang lebih cantik lagi dialam mereka. Manakala kaum lelaki pula bertubuh sasa dan tegap serta berkulit kuning langsat.

Tulisannya pulak, boleh dikatakan agak unik. Dari kesimpulan aku, aku merasakan diorang ni menggunakan tulisan jawi purba. Agak sukar untuk aku baca. Aku sendiri pun tak berapa faham tapi aku selalu perhati dan cuba ingat setiap tulisan diorang. Ada masa aku catat setiap tulisan jawi yang terbayang dikepala (Maaf, catatan tu aku terpaksa rahsiakan). Benda yang selalu aku perhatikan bibir atasnya di bawah hidung diorang semuanya dalam keadaan rata, tidak ada lekuk mahupun garis seperti kita. Mungkin inilah perbezaan bunian dengan kita.

Masa aku balik rumah kerap jugak aku nampak budak kecil berlari-lari dalam kawasan rumah aku. Bila aku perhati balik, tak nampak pula kelibat budak yang main lari-lari tadi. Masa ni aku tak hiraukan lagi kewujudan makhluk ghaib ni, walaupun sering kali terserempak dengan benda ni. Lagi misteri gangguan yang aku terima bila mak dan abah aku pergi mengerjakan umrah hanya aku, angah, achik dan usu je yang ada kat rumah. Pagi-pagi lagi aku dengar ada suara orang mengaji. Aku ingatkan salah sorang adik-adik aku yang mengaji, namun semuanya meleset bila aku tengok diorang membuta lagi diatas katil masing-masing. Aku cuba cari radio barangkali budak-budak ni pasang keset ngaji tapi radio langsung tak on.

Aku cuba cari suara tersebut, masyaAllah merdunya bacaannya buat aku teringat pada abah yang sedang mengerjakan umrah masa tu, yelah biasanya pagi-pagi lagi abah mengaji, aku pula waktu tu baru nak buka mata dari tidur. Akhirnya, aku tahu dari mana suara tu muncul, rupanya dari bilik hujung kat bawah, tempat abah selalu mengaji selepas solat subuh dan maghrib. Bila aku buka pintu bilik bawah itu, gelap. Buat aku rasa tak faham lagi, kenapa bilik ni semerbak bau minyak attar? Lagi mengejutkan bila buka lampu bilik, aku nampak ada sorang lelaki tua yang lengkap berjubah dan berserban putih. Tergamam sekejap bila lihat lelaki tua tersebut dan tak semena-mena orang tua itu hilang secara tiba-tiba dan bau minyak attar pun terus hilang.

Aku tutup lampu bilik itu dan terus pecut dapatkan adik-adik aku. Sampai kat bilik diorang, tak sempat nak brek dengan selamba aku lompat naik atas katil diorang. Aku tak kira dah kalau terhempap manusia yang tengah syok tidur atas katil ini. Aku cuak dan cemas. Kecoh bunyi adik-adik aku bising barangkali diorang rasa kesakitannya. Siapa suruh bangun lambat. Rasakan azab lambat solat subuh. Ahh. Terketor-ketor kepala lutut kau. Skru lutut aku barangkali semua tercabut. Kepala dah kembang mengembang dah. Apa yang diorang membebel aku tak hirau yang aku nak tahu sangat siapa lelaki tua berjubah putih dan berserban tu? Khadam ke tu? Jin islam ke? Atau. Penghulu bunian? Risau gila aku masa tu.

Aku ceritakan kepada angah, achik dan usu tapi diorang tak percaya. Katanya mana ada hantu, lagi pun dah pagi kot. Aku terdiam, ada betul juga tapi nak kata aku mengigau ehhh, aku sedar masa tu. Ish, aku hempuk juga diorang ni! Susah betul diorang nak percaya apa yang aku cakap! Terbayang-bayang balik bila terserempak dengan lelaki tua tersebut. Disebabkan rasa cemas belum lagi reda, mana diorang pergi aku ikut. Aku tak kira apa pun alasannya, aku tak nak bersendirian dirumah. Kalau kena ganggu biar kena sama-sama.

Selain itu pernah juga aku ceritakan pada jiran aku tu, si brader jong (bukan nama sebenar) zam merry aka zambri si pari-pari dan akak kembar (kak nina dan kak nani) pasal terserempak dengan orang tua ni. Lagi pula diorang pernah kongsi pengalaman diorang pada aku, masa tu aku baru je tinggal kat sini. Teruk juga diorang ni kena kacau. Sekarang dah kalis dah katanya. Korang nak tahu tak apa dia kata? “Apasal, kau dik tak mintak sesuatu kat orang tua tu?” Soal Zam Mery tu. Bila aku dengar je, terus berdesing telinga aku. “Dah kenapa pula aku nak kena mintak sesuatu dengan orang tua tu?”, soal aku. “Alah, nanti boleh tarik harta karun marun dari alam ghaib!”, selamber badak je budak ni sembang. Kalau makk, makk pergi kejar pakcik tua tu, tau!”, beria-ria si Zam Mery ni bercakap.

“Apa kau ingat dengan mintak sesuatu tu senang ke, hah?” Nanti tak pasal-pasal aku terikat dengan makhluk ghaib ni. Bukan kau tak tahu setiap yang diberi mesti akan ada pertukaran sebagai balasannya balik. “Tak nak!”, laung aku pada Zam Mery. “Sedehh!”, balas Zam Mery dengan pergerakan tangan diatas bahu. “Ceh, cakap besar. Ada hati nak kejar pakcik tua tu! Silap hari bulan pakcik tua tu kejar kau balik! Baru terkencing kau kat situ!”, sindir brader jong sambil akak kembar gelakkan si Zam Mery tu. “Sibuk je ko nyah!”, bidas Zam Mery pada akak kembar si Nani dan si Nina, terus hentikan gelak mereka.

Aku kalau boleh nak jauhi semua benda ni. Mata pun kalau boleh, tak nak lihat langsung benda ni! Aku nak jadi seperti orang lain yang bebas dari gangguan luar! Tapi dah macam cara aku cuba, masih jugak nampak! Engkau kalau nak harta karun, marun berusaha kumpul harta tu sendiri. Lebih-lebih lagi dengan hasil titik peluh kau sendiri. Barulah rezeki tu diredhai oleh Allah. Ada jugalah keberkatan harta kau itu. “Bukan cara kotor (syirik) macam ni!”, terang aku panjang lebar sebelum aku pergi tinggalkan mereka semua kat situ.

Kebelakangan ini aku terlalu sibuk dan selalu balik lewat sikit dari rumah. Aku pesan kat adik aku si angah ni lepas habis kerja terus ambik achik dan usu bawak balik rumah. Sampai je rumah si angah ni seperti biasa bagi salam bila nak masuk rumah, manakala adik-adik yang lain sibuk angkat beg dan beberapa barang dapur yang si angah ni beli, tiba-tiba ada orang balas salam si angah ni. Katanya suara yang balas salam dia tu suara orang lelaki tua yang sedikit garau. Apalagi terus diorang tak jadi masuk rumah. Mereka bertiga singgah ke rumah atuk. Walaupun atuk dah tiada, rumah tu dihuni oleh mak long dan anaknya si Zad.

Aku pula tak tahu apa-apa terus balik rumah. Sampai hati tak kasi tahu kat aku. Hairan juga rumah bergelap je. Mana pula diorang pergi? Masuk rumah siap kasi salam tak ada pula yang jawab. Aku m**i-m**i ingatkan diorang bertiga balik lambat sebab keluar makan dulu ke apa. Tunggu punya tunggu diorang tak balik-balik. Aku try call angah.

“Angah, apahal tak balik lagi ni? Ko ada kat mana?”, soal aku.

“Aku tak balik malam ni, tidur rumah atuk sebab ada something happen sampai aku and the gengs cabut lari ke rumah tuk.” jawab angah padaku.

“Angah, apahal ko tak bagitahu aku, sampai hati ko biar aku sekor-sekor kat sini. Ko tunggu sana, ko tunggu aku! Aku on the way ke rumah atuk.” balas aku pada angah sambil tu tangan aku ligat capai kunci dan galas beg.

Baru je nak turun tiba-tiba aku nampak kain putih seakan-akan selendang, tergantung elok diatas siling. Kemudian ghaib. Aku yang tadinya masih ada perasaan berani, terus jadi tak keruan. Maklumlah aku sendirian di rumah. Seluruh jasad bagaikan terasa kejutan elektrik. Bila terlampau takut dan campur pula perasaan terkejut, sememangnya aku akan berasa begitu dan dalam masa yang sama, dalam kepala aku ligat nak cabut lari serta keluar dari rumah ni.

Dah laa aku sorang-sorang je dalam rumah ni. Hati kecil aku berdebar kencang. Cepat-cepat aku turun dari tangga dan berlari ke pintu. Masa ni bau wangi makin lama makin kuat dan dekat dengan aku. Bau macam mana? Bau macam bunga yang ada kat atas kubur tu. Ishh, aku tak tahu sangat nama bunga tu, tapi lebih kurang bau dia macam tu laa. Kekadang bau seakan-akan kapur barus pun ye juga.

Lampu aku biar terbuka nampaklah ada penghuni kat dalam. Tutup pintu. MasyaAllah! Dah kenapa dengan aku ni..?? Silap pula, tercapai kunci motor. Nak masuk balik memang tak laa. Helmet mana? Ahh, sempat pulak aku cari helmet. Baru nak ke belakang rumah, aku terdengar suara garau orang lelaki tua berdehem (dua kali berdehem) aku terpandang pulak lelaki tua berjubah putih, berambut panjang beruban, sedikit membongkok dan kelihatan menunduk kepala ke bawah (seakan-akan berzikir).

“Orang tua ni buat apa dalam kawasan rumah aku ni..?? Macam mana dia masuk sini..? Tiba-tiba orang tua tu pandang tepat pada aku. “Ahh..sudah..” lintang pukang aku lari dari situ. Takut punya pasal, rasa nak pengsan pun ada juga. Tapi aku tahan dulu, jangan laa pengsan kat sini, tunggulah sampai aku dah landing atas katil kat rumah atuk nanti.

Tak fikir panjang, cepat-cepat aku start motor bawak keluar dan mangga pagar. Merempit laa aku malam ni dengan motor tanpa helmet dikepala. Biarlah nak kena kejar dengan polis pun, aku tak kisah dah, dengan polis-polis aku herat sekali pergi ke rumah atuk aku (tahap darurat gitu). Nasib aku kali ni baik, tak terserempak dengan polis malam tu. Redah kawasan kampung, selamatlah tapi yang tak tahan, apasal banyak sangat bonggol jalan? Akhirnya, sampailah aku kat rumah atuk aku. “Argh, sakit pinggang aku, lama betul tak tunggang kuda ni!”

Cepat-cepat aku naik atas rumah dan berlari mencari angah, achik dan usu. “Berani ko tinggal aku sorang-sorang kat rumah tu! Sebelum tu, aku mintak ko rahsia je hal ni dari pengetahuan sesiapa, sampai mak dan abah balik umrah, faham!” tegas aku sebelum diorang semua aku WWE kaw-kaw punya! Geram betol aku masa tu, berani dia tinggalnya aku kat rumah sorang-sorang!

Malam tu aku terserempak dengan 2 orang budak. Si abang dan si adiknya pula perempuan, berlari-lari dalam rumah aku. Aku tanya diorang dari mana sebab tak pernah aku nampak sebelum ni. Sudahlah comel. Si abang bagitahu yang dia dari perkampungan sebelah. Datang nak bermain kat sini. Aku terfikir sejenak. “Aik, bila masa pula ada perkampungan kat sebelah tu? Setahu aku tempat tu, kawasan hutan yang dipenuhi semak samun dan paya. Baru aku nak tanya, budak-budak ni dah hilang. Bila aku intai kat luar rumah melalui tingkap, aku lihat si abang ni berpimpin tangan si adik perempuannya sambil sebelah lagi melambai-lambai kat aku yang tengah skodeng diorang ni. Terus aku terjaga dari tidur. “Ehh, mimpi rupanya macam betul-betul je terjadi!”

Pagi-pagi lagi aku ajak adik-adik aku balik ke rumah. Motor, aku tinggal je dulu kat sana. Sampai je rumah, semua berkeras dalam kereta. Aku pandang angah, konon nak biar si angah masuk dulu, alih-alih dia cakap ladies first sambil keningnya terconget ke atas. “Cehh, ingat aku takut ke?” Aku bukan takut laa! Habis tu? Cuma tak berani je!” Nak tak nak terpaksalah aku beranikan diri masuk dahulu ke dalam rumah. Sebelum tu.. “Assalamualaikum”, sapa aku.. tiba-tiba.. “Waalaikumussalam”, balas suara garau sedikit kepit-kepit. Aku yang cuak, mula menggelabah sambil pejam mata rapat-rapat. Aku dengar si angah gelak sambil diikuti si achik dan usu. “Hmmm, terkena lagi aku dengan diorang ni..!”

Malam tu lepas solat berjemaah, abah call dari mekah tapi kat sana siang lagi. Aku dah pesan siap-siap kat adik-adik aku jangan bagi tahu abah pasal hal ni. Tak nak buat diorang susah hati. Selesai sahaja lepas rindu kat abah dan mak, kitorang berpakat tidur ramai-ramai kat ruang keluarga. Dalam pukul 3 pagi macam tu laa aku terjaga dari tidur. Aku bangun dan pergi ke tandas. Keluar je dari tandas aku nampak 2 orang budak kecil. Lelaki dan perempuan berlari turun dari tangga macam terkejut tengok aku keluar dari tandas. Tandas aku memang dekat dengan tangga. Itu pasal aku nampak dengan jelas. Lihat dari susut tubuh belakang budak-budak ni, aku m**i-m**i ingatkan si achik dan usu yang turun tangga barangkali achik mintak usu temankan dia turun ke dapur kut! Ini mesti sebab haus! Sesedap rasa aku buat andaian.

Tapi pelik pula aku rasa apasal lampu kat bawah tu diorang tak buka masa turun? Tak gelap ke diorang ni nak pergi ke dapur? Memang kat bawah tu gelap sangat sebab sebelum masuk tidur, kitorang tutup lampu tingkat bawah tu, kalau cerah pun melalui lampu tangga je. Namun sangkaan aku silap, bila aku lihat diorang masih tidur di tempat masing-masing. Terus keras mata aku tak jadi nak tidur sebab teringat mimpi malam semalam.

Aku tarik selimut sampai tutup kepala. Sembunyi laa aku dalam selimut. Baru aku perasan situasi ni sebiji macam mimpi aku tu. Dari atas aku dengar seperti orang berlari-lari dari bawah. “Mesti kerja budak 2 ekor tu. Anak makhluk manalah di biar merayap ke rumah aku pagi-pagi buta ni?” Kalau budak 2 ekor tu jadi serangga, dah lama aku pijak-pijak sampai mampus!” bisik hati geram aku. Mujur aku tak kejar dan turun sekali. Kalau tak, tahu laa macam mana aku nak hadap benda yang bukan manusia ni. Rumah 2 tingkat betul-betul buat aku tak selesa bila kena gangguan macam ni. Masa ni aku siap fikir alangkah eloknya kalau tinggal kat rumah teres yang lama dulu tu sebelum kitorang berpindah ke rumah ni. Biarlah nampak kecil dan sempit pun, aku tak kisah sebenarnya, bagi aku rumah tu tersangatlah selesa, asalkan aku tak kena ganggu dengan benda ni. Tiba-tiba terasa meremang.. “Gulp..”

Aku pura-pura tidur. Kain selimut yang aku tarik naik sampai dikepala, terasa ditarik perlahan-lahan ke bawah hingga wajah aku terdedah. “Ish, siapa pula tarik selimut aku ni?” bisik dalam hati. Bulu roma aku meremang bila aku rasakan pergerakan jari seseorang di tengkuk aku. Aku dah rasa lain macam, tak berani pula aku nak tengok sapa dia. Aku menepis tangan tersebut dan cuba baca apa yg patut di dalam hati. Sejuk seperti mayat dan lembut tangan yang aku tepis tu. Aku pura-pura menggaru-garu dan gerakkan badan aku merapati usu yang tidur disebelah aku.

Tiba-tiba aku terasa pergerakan tangan seseorang mengusap kepala aku dan bermain-main rambut aku. Aku tepis sekali lagi. Serius aku tak berani nak berpaling dan lihat siapa disebelah aku ni. Disebabkan rasa geram tidur aku terganggu, aku terus tengkingnya “Tak payahlah ganggu aku tidur, aku tak kacau hidup kau pun, kang!”, sindir aku dengan mata tertutup. Aku meraba-raba mencari selimut, dah dapat, aku capai, terus aku tarik selimut hingga dikepala dan sembunyi diri kat dalam selimut tersebut sehinggalah aku terlelap. Aku pun tak sedar bila benda ni blah dari situ.

Sedar-sedar dah pagi. Aku bangunlah nak ambil kain tuala dalam bilik tidur aku. Masa aku buka je pintu bilik tidur, terus aku nampak perempuan pakai telengkung solat serba putih, elok je duduk kat atas katil aku tu, siap mengadap kiblat! Sekali dia berpaling melihat aku, tetiba perempuan ni tersenyum. Perghh, senyuman dia kalau lelaki lihat mesti terkencing punya. Aku terus tak jadi nak masuk bilik. Aku siap tutup balik pintu bilik tu berlari dapatkan adik-adik aku yang tengah tergolek lena lagi kat ruang keluarga. Ingatkan nak kasi tahu kat diorang pasal hal ni tup-tup aku tak jadi nak cerita kat diorang. Kecut perut punya pasal laa ni. Tak terbayang aku, kalau kau buka mata, pusing je sebelah ada perempuan bertelengkung solat, duduk sekatil dengan kau. MasyaAllah..!! Meremang gilerr! Tak sanggup weyyh..

Ketukan pintu!

Malam keesokan harinya, selepas solat maghrib aku mengaji dan hafal beberapa surah, sementara nak tunggu azan isyak masuk, angah bagitahu pada aku yang dia nak keluar nak hantar achik ke kelas tuisyen manakala si usu pula, petang tu juga mak long dah ambik usu tinggal dengan diorang di rumah atuk. Aku izinkan usu tinggal di sana disebabkan masa tu musim cuti sekolah, bolehlah diorang lepak-lepak dengan sepupunya Mia, iaitu adik si Zad yang baru pulang dari asrama. Lagi pun sejak mak dengan abah pergi buat umrah, aku perhatikan si usu ni banyak termenung dan bermurang je. Tinggallah aku sesorang kat rumah. Selesai solat aku ke ruang keluarga.

Sedang ralit aku layan game crisis action di hp (kat ruang keluarga) sambil tu tunggu selesai download cerita di laptop tiba-tiba dari bawah, aku dengar pintu diketuk dengan kuat. “Ishh kacau betul ler, rasanya angah baru je keluar, takkan dah balik dah?” soal aku sambil off game di hp. “Kebiasaannya angah lepak dengan member dia dulu sementara tunggu nak ambil si achik tu balik.” agakku lagi. Aku cepat-cepat turun ke bawah dan bergegas ke arah pintu.

“Dum.!! Dum..!! Dum..!! Dum..!!”

“Sabarlah woiii..aku nak bukalah ni..!! Kejap..kejapp..!!!”, laung aku kuat-kuat.

Sebelum buka, aku intai terlebih dahulu kat pintu sliding kaca tu. “Aik, mana orangnya?” Dalam masa yang sama pintu masih lagi kuat diketuk tapi kat depan pintu tu tiada orang. Nak kata angah, memang taklah sebab kereta angah tak nampak lagi kelibatnya dan pintu pagar masih lagi tertutup rapat.

“Mana orangnya..? Tercari-cari aku kat situ.

“Dum..dum..dum..” ketukan pintu masih berbunyi..

“Takde orang pun….” tetiba naik seram.

“Habis siapa yang gatal tangan pergi ketuk pintu rumah aku ni..?” Fikir aku dengan perasaan risau dan cuak.

Aku abaikan ketukkan pintu dan berlari naik ke atas semula. Di laptop aku on bacaan al-quran dari mula. Tak cukup dengan itu, aku sambungkan dengan speaker dan kasi full volume dia biar 1 rumah boleh dengar. Ketukan dipintu makin kuat seakan-akan memberontak, mungkin disebabkan aku tak buka pintu tu atau marahkan aku sebab kuatkan speaker bacaan Al-Quran sampai tenggelam bunyi ketukan pintu dia. Tiba-tiba ketukan pintu tidak lagi kedengaran. Sepi. Aku pelahankan sedikit volume speaker. Dalam masa yang sama aku terhidu bau busuk dan hamis. Fahamlah aku ada gangguan dari luar yang cuba nak usik aku. Hentah mengapa perasaan berani, baran dan amukan yang selama ini membara dalam jiwa aku, makin lama makin hilang, malah digantikan dengan rasa takut, gugup, cuak dan berjiwa sensitif. “Mungkinkah kesan ni terjadi selepas aku buang saka dalam badan aku?”.

Aku dengar seperti ada orang naik tangga. Aku intai tapi tak nampak apa-apa pun. Aku dengar bunyi tapak kaki yang dihentak diatas tangga. Makin lama makin dekat. Ishh, disebabkan rasa meremang, secepat kilat aku berlari ke arah pintu bilik. Tak terpulas pula tombol pintu bilik sebab takut punya pasal. Bila pintu dapat je aku buka, aku pun segera masuk ke dalam. Aku menutup pintu dan menguncinya. Aku berdiri dipintu dan perlahan-lahan terduduk. Nafas aku yang diselimuti jasad berulang kali terhembus dengan laju dan kuat. Kelompak mata terpejam rapat dan membayangkan gangguan yang bakal aku hadapi nanti. Kenapa benda ni mengganggu aku? Apa salah aku? Aku cuba mengimbangi perasaan cemas dengan bersembunyi di sebalik pintu seperti seorang pengecut dan penakut.

Tak mampu lagi nak menahan rasa takut. Gangguan ni satu penyeksaan. Kedengaran teramat berat dan membebankan seluruh jasad dan emosi aku. Keluhan demi keluhan aku luahkan pada hati yang lemah ni sehingga menampakkan betapa terseksanya aku nak hadap benda ni sorang diri. Tak mampu nak diluahkan pada orang lain mahupun adik beradik. Bimbang ianya dipersendakan dengan pelbagai cemuhan yang boleh menjatuhkan semangat aku dan aku akan mudah tersinggung dengan sindiran orang.

Aku dapat rasa macam ada seseorang berlegar-legar depan pintu bilik aku. Saat ni aku rasakan nak menjerit mintak tolong. Tetiba-tiba sahaja pintu bilik aku diketuk dari luar dan bunyi pssttt..pssttt..pssttt..! Dalam keadaan sedar, aku menjerit panggil nama “makkk…” (belum tahap histeria, aku jerit disebabkan aku terkejut dan takut!).

“Ko nak apa, Hah? Aku tak kenal ko! Aku tak ganggu pun hidup ko..!! Berambus jelah..! Menggeletar rasa seluruh jasad aku. Menjerit aku tengking benda yang aku sendiri tak tahu, apa yang mengganggu aku masa tu. Mengigil-gigil aku kat situ sambil peluk Al-Quran. Sempat pula aku capai Al-Quran yang ada atas katil aku masa tu. Masa ni aku trauma gila, sesorang kena usik benda ni kat rumah. Menjerit keluar anak tengkuk pun tak ada orang nak tolong (jarak rumah aku dengan jiran jauh sikit)

Sepi! Tiada lagi ketukan pintu! Tiada lagi kelibat seseorang depan pintu bilik aku. Akhirnya jantung yang berdegup pantas kini beransur tenang. Rilek! Aku cuba hubungi angah tapi tak terangkat. Akhirnya aku cuba minta pertolongan jiran depan rumah. Mujur aku masih ada nombor telefonnya. Aku bagitahu ada orang ketuk pintu rumah tapi tak ada sesiapa pula kat depan pintu tu. Katanya tiada sesiapa pulak dalam pagar kawasan rumah aku ni. “Hmmm..meremang juga, cuba baca apa-apa surah yang ingat. “Kalau ada apa-apa bagitahu je nanti, orang jaga kat luar ni.” pesannya lagi buat aku sedikit lega. Akhirnya terlelap aku disebalik pintu menanti angah dan achik pulang. Memang jiran kat situ dah kalis dah gangguan macam ni.

Aku tersedar dari tidur pukul 7 pagi. Badan aku terasa sengal dan lenguh mungkin disebabkan tertidur di atas lantai. Selesai solat, angah panggil aku dan suruh aku bersiap. Katanya nak bawak aku jumpa ustaz. Barangkali boleh ubatkan apa-apa yang patut atau buat air tawar (air yang dibaca dan ditiup dengan bacaan suci al-quran) untuk aku. Semalam lepas je angah ambik achik terus balik ke rumah. Tetiba jiran depan rumah tu tahan kereta angah dan bagitahu pasal gangguan tu. Katanya ingatkan taktik pencuri nak masuk rumah, tapi bila periksa disekeliling rumah tiada sesiapa pula. Tapikan..! Ahh, suspen pula! “Tapi apa angah?” Ada lintasan cahaya putih bukan bebola api tapi cahaya putih. Macam mengawal rumah ni. Terus naik bulu roma aku masa angah cerita balik pasal hal semalam. Cahaya putih tu, apa benda angah?”,soal aku. “Hentahlah angah pun tak pasti benda apa!”

Malam ini, aku hanya berkurung sahaja didalam bilik. Seperti biasa seusai solat, aku habiskan masa dengan mengaji Al-Quran. Pesan ustaz, pendinding diri kita ialah solat! Jangan pernah tinggalkan solat 5 waktu sehari semalam dan tenangkan hati kita dengan mengaji. Kalau perempuan yang Allah bagi cuti tu boleh amalkan sikap suka berwuduk sebagai pendinding diri dan kerap berzikir. Aku cuba tanya ustaz kenapa aku dah buat semuanya tapi masih lagi kena ganggu? Apa lagi yang dia mahu dari aku? Al-Quran aku dah khatam berkali-kali dan solat aku tak pernah tinggal walaupun sakit macam mana pun, solat tetap solat kecuali uzur! Katanya orang yang selalu buat amalan memang jadi pilihan diorang untuk menguji korang. Anggap je ini ujian hidup untuk dekatkan lagi diri dengan Allah.

Esoknya, kitorang packing pakaian masing-masing dan tidur di office. Rumah, kitorang hanya balik waktu petang sahaja untuk buka semua lampu, supaya malam nanti tak adalah rumah kitorang bergelap dan belah pagi pula, kitorang balik untuk tutup semula semua lampu. Huh, begitu laa kitorang hadap sampai mak dan abah balik dari umrah. Dah macam pelarian je kitorang adik beradik masa tu. Bila mak dan abah pulang dari umrah. Waktu tu kitorang belum juga, bagitau hal sebenar. Almaklumlah, sibuk pulak nak buat persiapan si angah ni yang tak lama lagi dah nak kahwin. Aku masih lagi diganggu tapi berkat air tawar yang dibuat oleh ustaz dengan bacaan suci al-quran, sedikit sebanyak membantu aku memulihkan semula semangat aku (pendinding diri) untuk melawan rasa takut terhadap gangguan ini.

Yang hairannya kenapa aku sorang je yang kena ganggu..? Adik beradik dan mak aku kekadang je kena kacau. Kacau pun hanya dengar suara orang berbisik je pada waktu malam. Abah aku langsung tak kena kacau apa-apa. Kata ustaz semangat abah aku kuat. Patutlah kalau aku bagitahu pasal isu ni, abah kata aku ni ikut perasaan sangat. “Gangguan apanya lagi ni?” “Saka tu kan dah buang dah.” “Jangan dilayan sangat perasaan tu!”

Macam mana aku ini nak buang perasaan ni, kalau setiap hari aku duduk hadap benda yang sama je. Aku siap boleh sentuh, lihat, bau dan dengar apa yang diorang cakap walaupun kekadang kurang jelas sebutan yang diborakkannya, tapi serius bingit telinga bila kau nak tidur tetiba terganggu dengan bisikan diorang. Itu belum lagi part mimpi lagi. Kalau aku mimpi, mesti akan berlaku balik dalam kenyataan sebenar dan situasi keadaan sebiji copy paste dari mimpi aku tu. Sampaikan aku dapat rasa waktu aku tidur ni, mesti roh aku ni keluar merayap pergi ke tempat diorang, kang?

Usikan!

Hari demi hari aku biar je benda ni usik aku. Kalis dah setiap usikannya. Kena cuit tu perkara biasa bagi aku. Aku abaikan je sehingga benda ni dah berani tayang rupanya depan aku, sudahlah masa tu aku berkumpul dengan family. Yang pasti hanya aku je yang nampak. Korang bayangkanlah, aku ralit duduk sama-sama dengan family aku kat meja makan, tengah suap nasi tu, aku nampak kelibat orang berpakaian serba putih turun dari tangga dan lalu kat belakang adik ipar aku (wife angah) sepintas lalu dan menghaib menembusi dinding. Aku tengah kunyah makanan terus tersedak. Sakit perit aku rasa tapi lagi pedih bila diorang cakap aku gelojoh sangat makan. Woii, aku makan sipu-sipu kau. Kepit-kepit lagi. Huh, tang mana gelojohnya? Tapi takkan nak bagitahu ada mambang yang gitu-gitu bolos dinding rumah kita. Kalau aku bagitahu, nanti apa kata adik ipar aku pulak? Serba salah jadinya, so pengalah jelah jawabnya sambil bedal air sirap 2 jug nak hilangkan perit ni.

Belum lagi bab solat. Tengah solat berjemaah dengan keluarga aku, hentah dari mana laa kain putih tergantung elok kat atas siling rumah. Aku tengah solat tetiba terganggu dengan sesuatu yang lalu. Dari sisi tepi hujung ekor mata, aku terperasan ada kain putih seakan-akan selendang terjuntai kat siling, aku pun terus pejam mata dan habiskan solat sampai selesai. Dah selesai solat barulah aku berani buka mata dan tengok semula di siling atas tersebut. Namun kain putih yang menyerupai selendang tu dah tiada kat situ. Aku cuba tanya adik aku si usu dengan achik tentang kain ni. “Usu, achik, ko perasan sesuatu tak?”, soal aku. “Tak” jawab usu. “Tak pun!”, bidas achik. “Hmmm..sah, hanya aku jelaa yang nampak kain tu!” bisik hati kecil aku.

Ada sekali tu, mak mintak aku ambil daun kari dengan daun pandan kat belakang rumah. Aku pun tak membantah terus keluar nak pergi ambil apa yang mak mintak. Tiba-tiba ada ayam menonong je dalam kawasan rumah aku. Kalau tengok macam ayam hutan. Kemudian menonong masuk kat bawah pokok serai yang merimbun lebat hingga ke tanah. Aku hairan jugak, macam mana ayam ni boleh ada kat dalam kawasan rumah aku ni? Sedangkan pagar tinggi dan tertutup rapat kot. Takkan terbang?

Tunggu punya tunggu langsung tak keluar-keluar dari bawah pokok serai tu. Last-last bunyi suara mak yang laung dari arah dapur sebab lambat ambil daun yang dimintaknya. Cepat-cepat aku pergi petik daun kari dengan daun pandan. Tapi serius ayam tu tak keluar-keluar pun dari bawah rimbunan serai tu! Jangan-jangan ada lubang kut? Lubang apa pula tu? Bimbang betul aku kalau-kalau itu lubang ular! Tak berani aku nak pergi selak serai merimbun atas tanah tu. Ikutkan akal cuak aku ni, nak aje aku bakar serai yang abah tanam ni! Pastu kita tanam serai yang baru gantikan serai yang lama. Tunggulah ada masa nanti aku bakar!

Ada satu kisah dari sepupu aku. Masa tu rumah aku ada majlis kahwin si angah ni, jadi dia pun tumpang tidur kat rumah aku. Malam dia tidur rumah aku tu, dia ada bermimpi ada orang lelaki tua lengkap berjubah dan berserban putih, datang menegur dia. Dia ni pun cuba tanya orang tua tersebut, buat apa kat sini (rumah aku)? Kata orang tua tu dia datang singgah sebentar dan siap bagitahu orang kat dalam rumah ni semuanya baik-baik. Katanya lagi, dia tertarik melihat hubungan rapat kami sekeluarga dan mahu menjaga keselamatan penghuni dalam rumah ni (keluarga aku).

Bila sepupu aku ni terjaga dari tidur. Tengok hp baru pukul 3 pagi. Dari luar dia dengar suara orang lelaki berdehem-dehem kat depan pintu biliknya, padahal dalam rumah aku masa tu semua orang lelaki tak tidur pun kat rumah aku. Diorang sewa rumah tumpangan kat hujung belah depan rumah aku. Jadi semua lelaki termasuk pengantin lelaki (si angah) semua pakat tidur dirumah tumpangan. Rumah aku pula, hanya kaum wanita je yang tinggal.

Terus sepupu aku ni tanya aku ada hantu ke kat rumah aku ni? Tapi aku cuba bagitahu dan sedapkan hatinya yang mimpinya itu hanya mainan tidur je. Tak ada apa-apa pun dalam rumah aku ni. Walaupun kenyataannya rumah aku ni tempat laluan makhluk ghaib ni. Jadi aku dah terbiasa dah kalau terserempak atau mimpi pelik-pelik. Kalau kau solat, tetiba terasa macam ada orang ikut kau solat dari belakang, kau buat tak tahu sudahlah. Kalau kau tengah mengaji tetiba dengar ada suara lain yang turut membaca, kau biarkan ajelah. Abaikan semuanya.

Bukan abah tak pagar (pendinding) rumah kitorang dari gangguan luar, dah banyak kali buat tapi semua tak tahan lama. Dalam seminggu je ianya bertahan, lepas seminggu, gangguan ni akan start balik mengacau. Tapak rumah aku ni laluan diorang. Banyak lagi kejadian pelik yang tak pernah habis. Kalau abah jual rumah ni..ada tak yang nak beli?

Buatan orang!

Rasulullah saw bersabda, “Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (HR Abu Daud).

Pernah sekali angah balik rumah dan bagitahu badan dia miang gatal-gatal. Dah pergi klinik tapi tak menjadi. Malam tu aku suruh angah mandi dengan air ustaz yang selalu aku buat minum ni. Katanya lepas mandi, badan dia keluar benda habuk hitam-hitam banyak sangat. Kemudian bila dah habis keluar habuk hitam-hitam ni, naik pulak bintik-bintik kecil seakan meremang. Aku dah syak lain macam kat angah ni. “Ko ada pergi mana-mana ke sebelum ni?”. “Hah, ko ada pergi memancing kat mana-mana tak?”, Soal aku pada angah. Angah terdiam dan geleng kepala. Hentah kenapa aku tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan terjadi. Bila dekat je dengan angah, aku rasa macam ada aura jahat yang lain macam ada disekeliling angah. Aku tak pandai nak terangkan macam mana rasa dia. Seram sejuk je masa tu.

Tengah soal angah tetiba bini angah menjerit, menangis macam kena histeria. Aku nampak mak panik kat tepi bini angah sambil tu mintak abah cepat-cepat azankan kat bini angah ni. Menjerit pula bini angah sambil tutup telinga. Terpaksa angah pegang tangan bini dia. Menjerit sambil menangis bini angah mintak hentikan azan tu. Semua panik dah jadi kelam kabut campur huru hara. Aku cepat-cepat bawak air ustaz dan jirus terus atas kepala bini angah. Fuh! Selamat. Habis basah, satu botol aku jiruskan. Semua terdiam. Situasi yang kelam kabut dah kembali reda. Bini angah dah sedar dari histeria. Aku punya stok simpanan air tawar yang ustaz buat ni berguna jugak bila ada kecemasan macam ni. Aku buka botol satu lagi dan tuang air ke dalam gelas. Aku suruh bini angah minum air ustaz ni. Mak gosok belakang bini angah suruh tenang dan baca apa-apa yang patut. Achik dan usu pula yang tadinya menggelabah tak tentu pasal sekarang hanya jadi pemerhati jarak jauh (takutlah tu).

Bila dah ok tetiba pintu rumah kitorang diketuk. Bila buka family bini angah datang rumah. Rupanya angah mintak achik call ayah mertuanya dan suruh diorang datang segera sebab biasanya kalau bini angah histeria, ayah dia ni pandai juga mengubati dan pulihkan balik sesiapa yang kena histeria atau terkena gangguan luar ni. Kata ayahnya, banyak betul halangan nak boleh ke sampai di rumah aku ni. Patutlah diorang lambat sampai. Bila isteri anggah sedar dari histeria, baru diorang sampai kat rumah kitorang. Aku setakat ni belum pernah kena histeria lagi. Harap-harap tak kenalah ekk! Risau aku. Lagi risau bila tengok live depan mata, orang yang kena histeria ni. Seram siot aku rasa. Melolong, memekik dengan pandangan mata tajam perhatikan sesiapa yang cuba mendekatinya.

Aku tanya dia apa yang berlaku sebentar tadi? Semasa dia tengah borak dengan mak, dia nak ambil barang dalam bilik kejap tetiba dia rasa meremang je. Dari dalam bilik dia nampak lembaga hitam besar sangat keluar dari almari pakaian. Disebabkan rasa takut sangat, dia menjeritlah dan berlari pergi dekat mak. Terus rasa gelap mata. Tak sedar apa yang berlaku lepas tu. Aku tanya dia masa abah azan kenapa tutup telinga pastu jerit-jerit? Dia cakap benda hitam besar ni nak tolak abah kat tangga! Disebabkan risau campur takut terus jadi tak leh nak kawal. Dia nak bagitahu ada benda kat belakang abah tapi tiba-tiba mata jadi gelap balik macam buta sekejap terus dia tak sedar. Yang dia sedar balik bila air yang aku jirus tu, kena pulak kat mata dia, itu pasal dia sedar semula. Mata dia dari gelap (tak nampak) dah cerah (dah boleh lihat). Cepat-cepat dia mintak maaf kalau-kalau dalam tak sedar tu dia ada jerit-jerit kat kitorang. Aku faham situasi tadi jadi tak salahkan dia. Benda yang ganggu dia tu mesti benda yang sama kacau angah.

Esokkan dalam pukul 10 pagi kitorang pergi ke rumah ustaz. Ustaz tu cakap buatan orang. Siapa tu? Ustaz taknak bagitahu tapi anggap je semua yang berlaku dugaan dari gangguan luar. Tengah ubatkan si angah tiba-tiba tangan ustaz naik bintik-bintik kecil yang terjadi sama macam angah kena. “Tengok ni, saya pula kena serang!”, kata ustaz pada angah. Ustaz buat air tawar untuk angah dan bininya sambil tu aku tumpang sekali mintak ustaz buatkan air tawar untuk aku jugak disebabkan air tawar yang ustaz buat dulu tu aku dah kasi angah mandi semasa angah miang gatal-gatal tubuh badan dan baki selebihnya lagi dah selamat aku jirus pada bini si angah ni masa kena histeria.

Dua hari sebelum angah dan bini dia ni kena buatan orang, ada rahsia yang aku tak bagitahu sampai sekarang ni. Cuma dalam ni je aku bongkarkan rahsia yang selama ni aku simpan. Pada waktu maghrib sebelum tu, aku nak pergi ke tandas, bila buka pintu bilik air tu, aku nampak ular hitam kat atas lantai bilik air. Bila ular ni nampak aku, terus dia ghaib, hilang macam tu aje. Meremang aku rasa masa tu. Terus aku rasa tak sedap hati pasal ular hitam ni. Tak tahu laa aku ular ni tergolong dalam makhluk apa. Buniankah yang menyamar? Atau.. jin kafir yang dihantar penyantau? Malam tu aku buat solat hajat dan tahajjud untuk minta petunjuk dan mohon melindungi kami sekeluarga dari sebarang ancaman bahaya.

Keesokan sehari sebelum diorang kena, aku ada mimpi lagi (petunjuk) ada sorang perempuan yang pegang rambut panjang sangat kat tangan kanannya sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu (mentera kot!). Jujur aku cakap, aku tak kenal siapa perempuan ni. Selidik punya selidik, rupanya budak ni satu office dengan bini angah ni. “Hmmm, mesti kes dengki kat bini angah ler ni!”. Tapi aku tak cukup bukti nak tuduh budak perempuan ni. Jadi aku diamkan aje. Patutlah ustaz tanya aku kenapa aku tak cuba rawatkan. Disebabkan aku tahu siapa yang buat ni.

Bukan aku tak nak pulihkan dan merawat mereka ni dari gangguan luar. Aku bukan power ranger. Aku tak kuat dan masih baru lagi. Kalau aku buat juga, aku bimbang benda ni serang aku pula. Aku tak kuat nak lawan benda ni sorang-sorang. Aku pernah cuba tapi aku pula yang sakit balik (kena serang) dan untuk pulihkan balik diri aku ni, makan masa yang cukup lama…

Aku kongsikan sikit, jika rumah atau pejabat korang dipercayai terkena sihir atau santau, baca surah Al-Kautsar ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi petunjuk pada kita dimana letaknya sihir itu. Petunjuk mungkin melalui mimpi atau korang tergerak hati nak lihat sesuatu kat tempat tersebut. Surah ni paling pendek dan mengandungi 3 ayat sahaja. Tak salah kalau kita amalnya selalu bukan hanya baca setakat 10 kali sahaja, baca berkali-kali pun tak mengapa, kerana surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin boleh hiburkan perasaan korang lepas ni yang berasa sedih atau yang selalu komen marah-marah tu, biar stabil sikit emosi tu!

Yang terbaru sekali, aku nampak lelaki berpakaian serba hitam keluar dari bilik office angah dan ghaib macam tu je. Masa tu aku tolong angah kira stok. Pastu angah tinggalkan aku sorang-sorang sekejap, nak beli air katanya. Aku pun biarkan jelah, sambil tu sambung kira stok sampai habis. Tiba-tiba aku nampak kelibat lelaki berkulit cerah pucat dan berpakaian serba hitam keluar dari bilik office angah sambil cerlung matanya pada aku dan ghaib tak tahu pergi ke mana. Aku hairan jugak siapa pula lelaki tu, sedangkan aku sorang-sorang je kat sini dan angah pula tak balik-balik lagi dari beli air. Meremang seluruh jasad sampai kepala aku rasa kembang mengembang. Pasal ni, aku tak dapat nak kongsi banyak-banyak sebab angah dalam berubat lagi. Tulah mata aku ni cepat sangat nampak, kang? Kekadang berasa lemah juga sekali nampak benda-benda macam ni.

Pocong!

Korang tahu tak apa yang aku perasan kat hujung semak kat paya tu? Ada pocong! Kejung je kat situ. Banyak kali aku dengar jiran-jiran kat situ bergosip pasal pocong ni. Pocong ni tak adalah kacau orang kat sini, tapi tak amanlah kalau kau nak keluar rumah nak ambil barang dalam kereta. Tetiba terpandang makhluk berbungkus serba putih macam mayat kat bawah pokok tepi paya tu. Masa tu dalam pukul 12 lebih dah (malam) tengah kemas apa yang patut. Kitorang baru selesai buat BBQ dengan keluarga dan jemput juga jiran-jiran terdekat. Yang aku sedar si pocong tu kat situ, bila jiran aku ni duk borak kat luar sambil hisap rokok, tetiba je diorang duk buka topik hujung tu ada pocong! “Ko nampak tak?”, soal Zam Mery pada Nik! “PO..berani kau CONG aku ni?”, sindir Nik. Aku bila dengar diorang riuh kat luar, cuba intailah! Sekali aku hendap dan skodeng “Mak oii..” kejung je benda ni kat bawah pokok.

Hairan aku diorang siap bergurau lagi dengan benda ni. Nampak sangat dah terbiasa kena gangguan sampai dah kalis rasa takut. “Yuhuu, tak lenguh ke berdiri lama tu? Makk ada kerusi kat sini, yuhuu” ,laung Zam Mery sambil gelak. Si Nik pula menyambung. “Nah, puting rokok aku ni, ambil ko hisap, sambil-sambil ko berdiri tu, ada benda laa nak dibuatnya!”, campak puting rokok sambil laung ke arah pocong tersebut. Aku pun tak tahu ler nak kata apa kat Zam Mery dengan Nik ni. Selamber badak je diorang kacau pocong tu, bukan pocong tu yang kacau diorang. Tak tunggu lama aku terus masuk ke rumah dengan adik-adik aku dan bersihkan diri. Bila aku tanya ustaz katanya dari perkampungan bunian, tempat pocong tu muncul. Aku pun tak tahulah apa kaitan pocong dengan bunian! “Adakah bunian ni menyamar menjadi pocong?”.

Sampai sekarang makhluk ni ada lagi kat situ, dalam kul 1 ke atas mesti si PO ni muncul. Aku bukan jenis reka-reka cerita! Sumpah demi Allah aku tak tipu! Kalau terserempak terus kaku nak baca surah yang ingat. Last-last aku hanya mampu sebut A’uzu billahi minashaitanir rajim dan terus pecut masuk ke dalam rumah.

Mimpi aneh (berjaga-jaga)!

Yang terbaru sekali malam jumaat! Aku tidur lewat sikit dalam 12.30 malam. Aku bermimpi sesuatu yang buat aku jadi bertambah risau dan takut! Risau kalau-kalau mimpi kali ni jadi nyata. Takut juga aku kalau aku dah tak tinggal kat dunia nyata ni! MasyaAllah, minta dijauhkan! Mintak dijauhkan! Makbulkanlah doa aku ni! Aaminn. Mimpi apa ni woiii..???

Aku bermimpi berjalan dikawasan semak kat dalam hutan paya tepi rumah aku ni. Dalam mimpi ni, aku dibawa oleh seorang perempuan tua. Aku hanya ikut je tanpa banyak soal dan kitorang pun sampai di sebuah perkampungan lama. Sungguh indah sekali dan nyaman udaranya. Kedengaran suara orang yang sedang membaca Al-quran dengan suara yang amat merdu sekali.

Aku perhatikan kaum wanita mengenakan tudung yang labuh dan ada yang memakai purdah. Kanak-kanak perempuan pula rambut panjang paras pinggang. Mereka semua memandang aku dengan ramah dan senyuman. Banyak kali aku mendengar mereka memberi salam pada aku. Pakaian mereka semua sungguh cantik dan unik. Rumah mereka pula beratapkan nipah dan dinding pula diperbuat dari buluh-buluh yang besar. Sejuk mata memandang..

Kat sana aku lihat kaum lelaki sedang mengukir sesuatu pada kayu-kayu yang dipotongnya. Urat-urat kayu yang cantik diukir dan diolah membuatkan ukirannya kelihatan seperti dilukis. Halus dan berseni ciptaan tangan mereka.

“Ah..cantiknya permandangan sini..macam perkampungan islam sebenar..” bisik hati kecil aku seakan melonjak riang.

Aku dibawa ke salah sebuah rumah disana. Teragak-agak aku hendak naik ke rumah tersebut. Nenek tua ini, menjemput aku masuk ke dalam rumahnya. “Ini rumah nek..” katanya sambil tersenyum memandang aku. Mesti dia dapat mengagak apa yang aku tengah fikirkan. Aku melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dindingnya dihiasi dengan pelbagai seni tulisan ayat-ayat suci Al-Quran dan beberapa tulisan jawi purba. Sungguh indah sekali. Sesekali aku terasa seperti berada di zaman klasik yang lama.

Aku disuruh memilih bilik untuk berehat. Masa aku tidur lena diatas lantai buluh tersebut, aku dikejutkan dengan satu suara. Aku membuka mata dan memandang suara garau tersebut. “Bangun… bangun cu solat subuh..” kata nenek tua itu pada aku. Kemudian aku dibawa ke sebuah tempat untuk mengambil wuduk dan bahagian depannya pula ruang solat namun aku terasa terganggu dengan kelibat ramai perempuan yang memakai telengkung solat dan berbaris memenuhi ruang saf. Sungguh ramai! Nenek tua itu menegur kelakuan aku yang memerhati setiap orang disitu. “Ramainya..?”, bisik aku. “Cu..ambil semula..!!”, tegur nenek tua tu pada aku kerana aku bercakap semasa berwuduk. Hentah kenapa aku jadi bingung melihat orang-orang kat sini. “Aku ni dah m**i ke..??”, soal aku pada nenek tua tersebut. “Cu..ambil semula..”, pesan nenek tu lagi. “Aku nak balik!” “Hantar aku balik!” Nenek tua tersebut memandang tajam ke mata aku. Aku cuak. Kemudian nenek tersebut tersenyum dan berkata “Kau belum bersedia lagi cu…satu hari nanti, nek akan bawa kau kesini lagi..” terus nenek tua tersebut hilang seperti kepulan asap. Terus aku terjaga dari tidur!

Masa aku terjaga tu, aku dapat rasa seperti roh aku dicampak ke jasad aku yang tengah syok berbaring diatas katil. Bangun je dari katil, aku terasa tulang belakang aku sakit. Sejak tu aku terbatas nak buat sesuatu. Sebulan lebih tulang belakang aku sakit. Dibahagian tengkuk pula terasa sakit berdenyut-denyut. Kemudian rasa sakit tu menular hingga ke bahu belah kanan hingga tangan kanan terasa kebas. Azabnya aku menahan kesakitannya sehinggakan aku terpaksa menelan ubat saraf setelah disarankan oleh doktor. Selama tu juga aku demam panas dan sakit kepala hingga ke mata. Mata aku macam kena cungkil je.

Sementara itu juga aku tak putus asa menahan rasa sakit ni dan buat solat hajat dan solat tahajjud supaya kesihatan aku ni pulih kembali. Serius aku tak tahu macam mana nak pulihkan balik. Macam mana nak jauhi benda ni. Aku bimbang pesanan terakhir nenek tua tersebut. Aku tak nak pergi kat tempat diorang. Tak nak ada apa-apa kaitan langsung dengan benda ni. Kenapa aku yang dia pilih? Tapi setiap kali aku masuk bilik tidur aku, kat belakang pintu mesti aku rasa seperti ada orang berpakaian serba putih dengan rambut panjang beruban. Aku harap bukan orang tua yang aku mimpikan itu. Sejak tu aku kurang balik rumah dan banyak tidur di office abah.

sebelum tu, ada sedikit ilmu yang aku nak kongsikan. Nanti kalau sakit kat anggota badan atau tak sedap hati bolehlah amalkannya!
•Letakkan tapak tangan kanan pada tempat yg sakit.
•baca bismillah (3x)
•baca:-
“A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru”
(Akuberlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)
(HR Muslim)

Bekam (sunnah nabi)

Kini aku dah hampir pulih sepenuhnya setelah aku bermimpi didatangi 2 orang lelaki berpakaian jubah putih yang menyuruh aku mencari “air yang tidak jatuh ke bumi” . Pada mulanya aku bimbang nak ikut, tapi kata ustaz anggap je sebagai ikhtiar bagi merawat rasa sakit aku ni. Air tersebut dibaca dengan bacaan suci Al-Quran.

Kemudian aku ikut abah pergi berbekam. Aku pula pada mulanya nak temankan abah je, tapi bila akak (kak Ja) yang berkhidmat di bahagian wanita (bekam). Dia inilah mensyorkan aku untuk menjalani rawatan urutan badan. Setelah aku bagitahu tulang belakang, bahu, dan tangan belah kanan aku sakit sangat. Setelah rawatan moden tiada jalan penyelesaian. Sampaikan ubat habis aku telan tapi masih lagi terasa sakitnya.

Jadi aku ambil jalan mudah untuk berurut. “Urutan ini mampu melancarkan peredaran d***h didalam badan kita!”, terang kakJa pada aku. Selepas rawatan urutan badan dilakukan, kata KakJa pengaliran d***h kotor jadi lebih banyak. Jadi langkah seterusnya aku ikut pula sunnah nabi untuk berbekam. “Berbekam ni juga, boleh mengenalpasti samada pesakit mengalami gangguan makhluk halus atau tidak”. “Macam mana KakJa?”, soal aku seakan tertarik dengan topik ni. “Biasanya mereka yang disyaki mengalami gangguan, tapak bekasan bekam akan ada tanda-tanda tompokan hitam dan d***h mereka juga d***h bertali.” Betullah kewujudan jin dan syaitan ini sendiri ada ditulis didalam al quran. Makhluk Jin ini sangat suka mendiami dalam d***h manusia.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, torehan pisau bekam dan bakar dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay”
Hadis sahih Al-Bukhari

Kata KakJa lagi, titik bekam di kawasan tengkuk adalah lokasi yang terbaik di mana pembuluh d***h utama badan memang melalui titik tersebut, dan apabila proses bekam dilakukan kesemua d***h kotor, racun, toksin mahupun sisa sihir atau gangguan luar yang ada diseluruh badan pastinya dapat disedut kerana tengkuk dan bahu adalah laluan utama yang menghubungkan otak kepada sistem peredaran d***h. Akhirnya aku rasa badan lebih ringan dan segar. Sakit tak berbekam? Syok! Macam kena gigit kerengga.

Setiap ujian yang Allah turunkan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Kesabaranlah menjadi teman kesakitan aku. Dalam kesakitan ini baru kita sedar diri kita hanya hamba yang menumpang hidup dimuka bumi ini. Begitu juga ketabahan aku hadapi cemuhan korang. Aku sedar kesilapan aku tapi agak melampau kata cela korang untuk aku ambil sebagai pengajaran. Alhamdulilah! Maka bersyukurlah dengan apa saja yang Allah kurniakan pada kita. Kita akan melalui pelbagai-bagai dugaan untuk menguatkan keimanan kita dan memahami diri kita sendiri. Allah menentukan ujian buat kita, tetapi kita yang menentukan arah pilihan kita. Andai kata kita menghadapinya dengan redha, maka ujian berlalu dengan ringkas dan lancar. Namun, kiranya kita memberontak dengan ujian yang ada, maka ujian akan menjadi sukar dan berpanjangan. Sebelum tu ada sesuatu aku nak berpesan seikhlasnya. Korang jangan sentap pulak ye..!!

Menghukum daripada beri penyelesaian!

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas” (al-Baqarah : 190)

Apabila korang asyik mengkritik, korang lupa nak memberi penyelesaian. Tidakkah ianya dipanggil kecelaruan? Apabila korang menjumpai sedikit kesilapan, korang terus menghukum sekeras-kerasnya! Seharusnya korang sedar setiap apa-apa yang dipersembahan, pasti akan ada cacat celanya. Tapi! Perlukah korang memulaukannya? Jadi berfikirlah dengan baik bagaimana nak menggunakan ilmu yang kita ada. Bersikap rendah dirilah biarpun kita berilmu tinggi kerana ilmu kita hanya secebis saja. Bersopan dan berbudi bahasalah dengan sesiapa saja. Aku sedar ada masa aku ada buat salah dan silap tapi seeloknya teguran tu biarlah berhemah secara berjemaah, tidak perlulah terlampau menolak terus bagaikan sampah (sampah pun kalau dikitar semula ada juga nilainya), jangan pulak korang menghinanya tanpa sebarang penilaian lanjut dan jangan korang terlampau obses secara berjemaah menghentam atau memperlekehkan kesilapan serta kesalahan orang lain tanpa memberi penyelesaian.

InsyaAllah aku perbaiki sebaik mungkin. Terima kasih tak terhingga buat admin FS sudi siarkan kisah aku kali ni dan sudi paparkan pelbagai kisah menarik untuk dijadikan pengajaran. Mohon maaf sepuluh jari buat admin andai kata aku sudah menimbulkan pelbagai masalah sebelum ni. Terima kasih juga #SiCelupar atas tip yang diberikan untuk aku betulkan balik kesalahan aku tu. Buat sahabat FS, terima kasih banyak-banyak kerana cuba menghayati kisah yang tak seberapa dari budak mentah seperti aku. Jika kisah aku kali ini masih ada lagi yang terkurang, mohon maaf semuanya atas kelemahan aku. Sekian..

Aku ZERO (legasi pusaka & si baran-papah)
~Tamat~

Zero

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

28 thoughts on “Gangguan Belum Berakhir”

  1. Assalamualaikum.. pjgnya cerita. tapi best. ada pengalaman boleh dikongsi. dan nasihat berguna utk semua.

    Reply
  2. 1jam lbih kot crta ni. Aku suka cerita ni klw crita ni kisah benar aku blh bayangkan begitu indahnya perkampungan bunian. Mmg pttla org yg d bwa bunian ni, klw djumpai smula org tu mati2 dan smpi gila nak pergi tmpt kpg bunian tu blik..

    Reply
  3. Maaf nak tanye, bunian ni bangsa melayu juga ke? sebab kalau baca kisah bunian mmg selalu kat nusantara je dan melalui banyak penceritaan yg saya baca gaya hidup mereka semua berkisar dalam rumpun melayu sahaja. Ada juga kata bunian sama macam bangsa manusia tapi lebih maju betul ke? Kalau betul bunian wujud dan disebut dlm Al-Quran kenapa mereka tak berbangsa Arab atau berbilang bangsa? (ingin tahu)

    Reply
  4. Umak aaiiii…
    Panjang weeeiii…
    Akk bace pagi ni sambil msk, pastu smng bace pastu terlelap pastu bekpes pastu melayan tetamu pastu pack beg sek ank pastu tetamu dh balik smbg bace baruuuuu abis…
    Memule akk x cam ko #sibaran…
    Tp dok terpikir ni mcm #sibaran…
    Bile kate tdo kat office abah tu, sah mmg kompem ko ar kakak yg baran tu…
    Hahahahahahha…
    Lameeeeee ko tenggelam dik…
    Mano poie eeiiii…
    Ko ni dh mcm Mastika Bergerak, byk bebenor pengalaman mistiknye…
    Heheheheheh…

    Reply
    • Salam..kak long kawasan..ahahah..
      rindu kita ke nie..???
      sory baru rply..sibuk skit..
      nie timbul kejap nk rply komen kak long kawasan laa ni…maaf deh panjang pulak jalan ceritanya..sekali sekala teringin jugak nak pencen terus dari jadi mastika bergerak nie..tak putus2 berubat..nk ikhtiar kasi baik semula..yg bestnya setiap kali berubat dgn mana2 ustaz kita dpt ilmu…jdi tak nak laa ada sikap tamak..nk jugak share ilmu yg ustaz kasi ni kat org lain jugk..biar saling membantu..?

      Reply
  5. “baca surah Al-Kautsar ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi petunjuk pada kita dimana letaknya sihir itu”

    bilakah waktunya untuk membaca Surah Al-Kautsar ni?? selepas solat ataupun hendak tidur atau bila2 masa sahaja…

    Reply
  6. love your story.
    panjang n berunsurkan nasihat.
    tak de nak cerita seram tahap gila tapi sudahnya reader xphm.
    share la lg

    Reply
  7. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan nasihat.. jln cerita mudah difahami, tidak meleret dan tidak membosankn walaupun panjang berjela.. semoga kamu cpt sembuh dr segala penyakit dan boleh menjalani kehidupan aman spt insan lain.. aamiin…

    Reply
  8. Wpon panjang tpi ada info berguna. Good job. Anda insan terpilih dgn ujian sebegini. Semoga Allah lindungi anda sekeluarga. Aamiin.

    Reply
  9. kenapa panjang sngt niii…. tgk pnjang sgnt jd tk selera nk bace.. lainkali terbitkan je lh mggunakan medium buku ke, novel ke….

    Reply
    • “kenapa panjang sngt niii…. tgk pnjang sgnt jd tk selera nk bace.. lainkali terbitkan je lh mggunakan medium buku ke, novel ke….”

      …. Deyyy… tak suka baca kasi skip, baca cirita lain la deyy…

      takyah baca FS la jon… g baca twitter sana. pendek.

      Reply
  10. Aku pun pernah jugak mimpi pegi alam bunian. Mmg stiap kali lepas mimpi, badan jadi sakit2 lepastu penat. Rasa mcm dh seharian berjalan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.