GELANG LOCENG

GELANG LOCENG

Assalammualaikumwbt..
Ni kali pertama aku menulis & berkongsi cerita di ruangan ini..
Sebelum ni aku just menjadi pembaca setia ni ruangan FS ni je..banyak kali juga aku cuba nak taip cerita kpd FS, tapi bila On je laptop di rmh, (waktu malam) tak taw ngape, rase x selesa nak taip..macam diperhatikan..mungkin hanya perasaan sendiri..

So aku gunakan waktu lunch hour kat opis utk menaip kisah ini..huhu..
Andai ada rezeki di publishkan…terima kasih banyak2 ya Admin & semua yg sudi membaca…maaf la kalau tak seram ye…tapi ni berdasarkan kisah sebenar.

Sebelum memulakan cerita, aku memohon maaf terlebih dahulu jika cerita ini ada mengguris hati sesiapa kerana ia melibatkan sensitivity sesetengah kaum..no racist ya..just want to sharing some story..chill..

Cerita ni terjadi pada seorang member..tapi untuk memudahkan process penceritaan, aku menggunakan ‘aku’ sendiri sebagai orang yg mengalami pengalaman ini..

Kisah ni terjadi suatu ketika dulu, sewaktu aku menginap di sebuah resort ketika outstation di sebuah negeri ni..(tak payah la nak mention negeri apa). Oh ya, aku bertugas sebagai seorang anggota beruniform..dan memiliki senjata api (pistol) sendiri.

Sewaktu mendaftar masuk ke resort tersebut, aku lihat senibina & hiasan di sekeliling resort tu berciri seperti Bali, byk patung2 & lukisan monument (mcm berhala)..sebenarnya aku tak brape selesa dgn perhiasan & perabut2 berciri seperti ni. Tapi apakan daya..no choice, ni je yg ditaja (opis)..hantam la labu…

Sewaktu mendaftar masuk tu, hari sudah malam dalam jam 8:30pm camtu.. so selesai mendaftar di kaunter, aku di bawa mendaki sebuah tangga untuk sampai ke bilik penginapanku.
Di kawasan tangga tu, aku melalui dinding yg mempunyai sebuah lukisan mural gambar penari tarian klasik Hindu yg lengkap berpakaian tradisi & gelang perhiasan yg kelihatan sangat real..terutama di bahagian mata..lukisan itu seakan timbul (3D)..cat khas kot..

Sewaktu melalui kawasan itu, aku terpegun sebentar melihatnya..dan secara spontan mulut aku berkata “ wah…nampak macam real..cantik…”
Pekerja itu hanya tersenyum nipis..dan sewaktu berlalu dari situ, aku merasakan seperti ada sepasang mata yang melihat aku..tapi aku tak ambil kisah, mungkin hanya perasaanku saja.
Setelah mengemas barang2 dari beg & menyiapkan pakaian untuk urusan pada hari esok..aku membersihkan diri & berehat2 di katil sambil menunggu mata mengantuk..

Tiba2 aku berada di sebuah kawasan yg lapang dan kosong….ruang itu hanya mempunyai sebuah lampu yg malap..aku mencari2 pintu untuk keluar dari bilik tersebut..tapi tak jumpa..
Setelah agak letih mencari & berada agak jauh dari lampu malap tu..tiba2 aku mendengar seperti bunyi loceng..mula2 slow2..tapi semakin lama..semakin kuat..
Loceng itu seolah2 bunyi loceng gelang kaki & tangan wanita..

“Cing…Cingg..Cingggg…..”

Aku menoleh & mencari ke arah bunyi loceng tersebut..dan melihat sayup2 seperti bayangan seorang wanita sedang menari (tarian klasik Hindu)..
Aku terpaku dan hanya diam memerhati dari situ..wanita itu semakin galak menari & semakin lama seolah2 semakin mendekati aku..aku tak pasti samada aku yg mendekati wanita itu atau sebaliknya..tapi seolahnya wanita itu masih dibawah sinaran lampu yg malap itu.
Adakah aku yg mendekatinya tanpa menyedari kakiku sendiri yg melangkah mendekati..
Hati aku berdebar2 apabila kami semakin hampir..

“Aku berada di mana ni?”
“Siapa perempuan ni?”

Aku meraup muka berkali2..dan beristighfar..
Lampu terpadam dgn tiba2..gelap gelita..aku agak gelabah seketika kerana terkejut berada di dalam gelap..

“Cing…Cingg..Cingggg…..”

Bunyi gelang loceng itu seolah2 berada di sebelahku..aku menoleh dan di dalam kesamaran itu aku dapat melihat dengan jelas wajah penari wanita itu..berada sungguh dekat sekali dengan wajahku..Matanya sangat besar seperti yg sedia umum tahu..tarian klasik India memang menekankan solekan celak yg kuat di bahagian mata..dia merenungku tajam..dan memberi senyuman yg agak seram bagiku… aku sangat terkejut & terjerit ‘Allahuakbar’ !

Pandangan yg kabur, perlahan2 menjadi terang dan aku memerhati sekeliling, aku berada di dalam bilik penginapan ku sendiri?

Rupanya aku bermimpi…aku beristighfar beberapa kali..

Dan sayup2 mendengar bunyi gemercing gelang loceng itu pergi..
Dalam keadaan mataku yang masih layu..Aku cuba mengamati bunyi gemercing gelang loceng itu…sayup2..dan hilang..senyap, sunyi….dan aku mengandaikan bahawa itu hanya khayalanku kerana aku terbawa2 mimpi tadi ke alam nyata.

Aku melihat jam sudah menganjak ke jam 5 pagi..Rupanya semalam aku tertidur awal..dan bermimpi yg pelik2..aku terus bergegas ke bilik air, membersihkan diri, solat & bersiap2 untuk keluar breakfast..

Sewaktu keluar dari bilik menuju ke Lobby..aku harus melalui ruang tangga mural itu..

Aku dapat rasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikan aku..
Tiba2 secara spontan mata aku melihat tepat ke arah mata lukisan wanita di mural dinding itu..alangkah terkejutnya aku, kerana wanita itu lah yg aku mimpi malam tadi..mata itu seolah2 seperti hidup..melirik tajam ke arahku..

Pakaian, wajah…memang saling tak tumpah..sebijik der..terus meremang bulu roma..

Aku dengan pantas meninggalkan kawasan itu dan menuju ke ruang restoran untuk bersarapan..dapat aku rasakan ‘pandangan mata ‘ itu mengekori langkahku sehingga hilang..
Selesai bersarapan aku bergegas ke tempat kerja untuk menyelesaikan segala urusan/tugasan pada hari itu..kesibukan kerja membuatkan aku lupa pada segala hal2 lain..

Setelah tamat urusan kerja..aku berjumpa dengan seorang rakan lama yg memang menetap disana..
Kami makan malam bersama & bercerita hingga tak sedar hari pun dah malam rupanya..
Aku meminta diri untuk pulang ke resort kerana berasa sangat letih & nak rehatkan diri kerana esok masih ada tugasan lagi di sini..

Sewaktu sampai di resort jam telah menunjukkan pukol 11pm..
Aku berasa sangat letih & tak sabar untuk membersihkn diri & berehat di bilikku..

Sewaktu melalui tangga yg menuju ke bilikku itu..
Aku terbau seperti bau setanggi/pathy yg dibakar (seperti bau colok)
Aku berjalan laju & tak mengendahkankan semua itu..tapi perasaanku berasa tak sedap & aku masih dapat rasakan pandangan mata seseorang yg merenungku tajam.

Sesampai di bilik, aku pantas membersihkan diri, solat & tidur.
Sewaktu hampir memejamkan mata (antara sedar & tidak) aku mendengar sayup2 bunyi gelang loceng tu lagi..aku mengambil bantal & menekup telinga agar tak mendengar bunyi loceng itu..

“Cing…Cingg..Cingggg…..”
“Cing…Cingg..Cingggg…..”
“Cing…Cingg..Cingggg…..”

Tiba2 aku berada di tempat semalam…di dalam sebuah kawasan lapang & kosong bertemankan lampu yg malap..
Kejadian mimpi semalam berulang kembali dalam mimpi itu..Dan sama juga..aku tersedar dalam jam 5 pagi…dalam keadaan yg berpeluh & terkejut..
Aku membersihkan diri, solat & bersiap2 seperti biasa. Tapi pagi ni aku berasa agak letih..macam tak tidur je semalam..Bunyi gelang loceng, tarian klasik & wajah wanita bercelak garang itu seolah2 asyik berlegar2 di mindaku..

Sewaktu nak turun di tangga itu..hatiku rasa sangat tak sedap..tapi aku abaikan saja..dan berlalu dengan pantas..aku tak berani lagi memandang lukisan mural itu..tapi masih dapat aku rasakan seolah2 ada sepasang mata yg sedang melihatku..

Urusan kerja pada hari itu berjalan lancar seperti biasa. Petang tu, lepas lepak dengan member semalam..aku pulang ke resort pada jam yg hampir sama dgn waktu semalam.

Tapi hati rasa tak selesa dah nak lalu kawasan tangga tu lagi…lama aku bertelegu dalam kereta..Sebelum keluar & memutuskan untuk balik ke bilik penginapanku juga.

Sewaktu melalui kawasan itu..aku berjalan dengan sangat pantas..seolah2 berlari anak..tapi masih dapat aku rasakan lirikan mata dari mural dinding itu..

Selesai membersihkan diri & bersiap2 untuk tidur..Sekali lagi aku mendengar bunyi gelang loceng wanita itu..semakin lama, semakin hampir dengan bilikku…Wahhhhh…ini sudah lebih..sebelum ni dalam mimpi je..sekarang macam kat alam nyata je..aku menggosok2 mata & menampar2 pipi untuk memastikan ini bukan mimpi..

Ya..memang aku masih sedar..dan bunyi gelang loceng itu semakin kuat seperti berada di sebalik pintu bilikku saja…hatiku sudah berdebar2..

Tiba2 sayup2 aku mendengar bunyi alat2 muzik tarian klasik Hindu itu..satu persatu dimainkan hingga lengkap segala alat muziknya..tapi dimainkan dihadapan pintu bilikku..
Semakin berdebar2 aku..
Dari bawah pintu bilikku itu dapat kulihat dari kesamaran cahaya seperti ada kelibat yg menari dengan rancaknya di situ..

Ya Allah…apa ni..jangan ganggu aku..
Aku letih sangat…bunyi alat2 muzik, tarian rancak siap dengan bunyi gelang loceng penari wanita itu begitu jelas sekali kedengaran di sebalik pintu itu..sangat kuat membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata..
Aku membaca pelbagai surah2 yg dihafal & memagarkan diri agar tidak diganggu..Aku berserah & bertawakal segala2nya hanya kpd Allah..aku terus berzikir dlm suanana yg sgt bising tu..

Entah bila..rupanya aku terlena…
Seperti semalam2..aku bermimpi perkara yg sama lagi..Cuma kali ni seperti tadi, sudah lengkap dengan alat muzik tarian klasik nya sekali..aku berasa letih..aku tahu ini semua mimpi..aku harus sedarkan diri segera…aku menjerit kuat – ‘Allahuakbar’!
Dan aku tersedar dari tidur..aku meraup muka berkali2 & beristighfar beberapa kali..
Aku terus membersihkan diri & meneruskan rutin harian seperti biasa..
Setiap kali aku melalui kawasan ‘tangga’ tu..pasti aku berasa sangat tak selesa..dan masih merasakan seperti di ekori dari pandangan mata seseorang.

Malam tu aku balik macam biasa…dan terpaksa lalu di kawasan ‘tangga’tu jugak..Bau setanggi/pathy tu kuat sgt..seperti menyucuk2 hidungku…Aku melajukan langkah menuju ke bilik..dan membersihkan diri seperti biasa.
Malam tu, aku diganggu lagi oleh bunyi gelang loceng, alat muzik, bau setanggi & tapi ade penambahan baru iaitu siap dengan suara nyanyian lagu klasik India..dari jauh bunyinya sayup2..semakin lama semakin dekat, hingga ke depan pintu seperti semalam..
Tapi malam ni lebih dasyat!..sepertinya tombol pintu bilikku bergerak2 seakan2 cuba dibuka dari luar..kasar & kuat bunyinya..
Ya Allah…Dada aku berdebar macam nak pecah..
Aku meraut muka berkali2..cuba memastikan diri ini tak bermimpi..ya, aku masih sedar..belum tidur lagi..ini semua memang nyata..
Tombol berputar dengan lebih laju & kuat..dada aku berdebar semakin kuat memikirkan apa tindakan yg harus aku lakukan dlm situasi ini..
Tanpa berlengah..aku mencapai pistolku dan mengacukan tepat ke muka pintu…
Tiba2 terpacul penari wanita tersebut di muka pintu yg terbuka luas, dengan berpakaian lengkap & mempunyai tangan yg banyak (bercabang seperti gambar), lirikan matanya sangat garang & menyeramkan..dia menari rancak sambil cuba mendekatiku..
Tanpa dapat ditahan, ‘Bang! ‘ Allahuakbar! Aku melepaskan satu das tembakan tepat mengenai dahi si penari tu..berlubang & berasap…
Kemudian segalanya2 menjadi gelap gelita & semua bunyi alatan muzik, gelang loceng, nyanyian & tarian terhenti & menjadi sepi serentak dengan keadaan yg tiba2 gelap itu..
Gelap…pekat..hitam..tiada suatu cahaya lampu atau kesuraman malam pun untuk aku dapat melihat..
Tak berhenti aku berzikir & membaca apa2 surah yang aku ingat semasa ini..

Tiba2 alarm handphone ku berbunyi…sayup2 & semakin jelas..
Aku tersedar pada jam 5am.. ‘Astaghafirullah hal a’zim’..aku beristighfar beberapa kali..Rupanya aku sekadar bermimpi?..tapi ianya seperti sangat benar..Aku pun tak pasti sebenarnya..aku masih di alam mimpi..atau di alam nyata (sedar) ketika ini..Aku keliru….
Selepas membersihkan diri, solat..aku mengemas segala barang2 ku..tugasan luar aku telah tamat semalam..dan hari ini aku akan mendaftar keluar dari resort ini..tak sabar rasanya hendak pulang ke rumah..tak sabar nak pergi dari tempat berpuaka ni..

Semasa melalui jalan ke ruang ‘tangga’ itu..aku berasa ragu2 untuk lalu di situ..Tapi apakan daya..hanya itu saja jalan yg ada..untuk ke lobby resort..dan satu2nya jalan keluar dari bilik penginapan ku..

Ketika melewati kawasan tangga itu..aku tak memandang langsung ke arah mural lukisan tu, aku hanya menundukkan wajah memandang tangga saja dan berjalan dengan sangat pantas sambil mengangkat bagasi ku walaupun hati & perasaanku seperti degil, keingininanku sangat kuat untuk menoleh & memandang ke sana. Dapat aku rasakan sepasang mata memandang tajam ke arah ku..dan memerhatikan aku..tiba2 aku mendengar bunyi gelang loceng dari arah itu..

Secara spontan aku menoleh & terpandang mural dinding itu, bertapa terkejutnya aku kerana dapat ku lihat dengan jelas, bahagian dahi di kepala penari wanita itu, terdapat kesan berlubang hitam, sama seperti kesan tembakan yg aku lepaskan semalam ketika di dalam mimpi yg aku sangkakan benar itu. Kesan hitam itu juga mengeluarkan asap2 nipis..sebijik macam kejadian semalam..mata penari lukisan mural itu bergerak2 & bersinar garang seolah2 hidup..

Kakiku kaku seketika di situ..aku ingin lari..tapi seakan dipasak ke bumi..
Tiba2..aku melihat tangan2 penari yg banyak itu seakan2 sedang bergerak…
Terasa seperti hendak pitam dibuatnya..

Aku segera membaca surah2 yg aku ingat & berzikir tanpa henti..seketika kemudian kedengaran suara pekerja resort di situ menghampiriku..mereka memberikan senyuman & menawarkan bantuan untuk membantu membawa bagasiku..
Alhamdulillah..kakiku terasa ringin semula & dapat melangkah..

Aku segera mendaftar keluar dari resort tersebut & memecut laju kenderaanku meninggalkan tempat itu..
Dadaku masih berdebar2 memikirkan segala kejadian yg berlaku tadi..
Sampai di RNR aku terfikir untuk melihat pistol ku, terkejutnya aku melihat bahawa kurang satu peluru dari kelonsong peluruku..maknanya kejadian semalam bukan mimpi..ia benar2 terjadi & aku benar2 telah melepaskan tembakan tepat ke dahi penari wanita itu dan ianya berlubang seperti apa yg aku lihat di lukisan mural di dinding tangga pagi tadi..

Aku bersyukur dan bernasib baik kerana urusan tugasan telah selesai semalam dan aku telah check out dari resort tu pagi tadi..tak dapat aku bayangkan jika malam ini aku masih disana..entah bagaimana pula bentuk gangguan yg bakal aku hadapi..
sebab semalam aku telah bertindak kasar dengan menembak kepala penari wanita itu.

Beberapa tahun kemudian aku melawat kawanku yg tinggal di negeri tersebut..semasa melalui jalan di hadapan resort itu, terimbas kembali peristiwa yg terjadi kepada dulu..
Teringin pulak rasanya melihat & menjengok2 kembali resort itu..aku pun tak tahu mengapa..seperti diseru2 pula, padahal aku tak pernah suka pun pada senibina & hiasan di resort itu..

Sesampai di rumah kawanku, kami berbual2 sebentar & aku menceritakan tentang kejadian misteri ini kepadanya..kawanku juga teringin untuk melihat sendiri lukisan mural itu dan memujukku untuk pergi sekali.
kami pergi bersama2 untuk melihatnya..memang kerja gila kan?huhu..

Sesampai di sana, aku lihat banyak perubahan senibina & hiasan di resort itu yg telah dibuat..yg buat aku macam sedikit frust, lukisan mural dinding penari wanita itu juga sudah tiada (ade ke patot nak frust?) Ianya telah diganti dengan lukisan alam semulajadi yg lebih cantik..walaupun begitu, kemudiannya hatiku terasa lebih lega…
Kami pun balik ke kereta untuk pulang ke rumah..
Semasa meninggalkan kawasan itu,sayup2 seperti dapat ku dengar bunyi..

“Cing…Cingg..Cingggg…..”

Ah! Sudahhhhhhhhhh….

Sampai sekarang aku cukup tak gemar kalau terdengar bunyi2 loceng samada gelang tangan or kaki..
Adik2 & kakak2 yg suka pakai gelang loceng bunyi2 tu, renti2kan la..mcm seru2 pulak rasenya benda tu datang.
meremang sehh…

ok,sekian saja, maaf kalau tak seram..
tapi cuba bayangkan kalau jadi kat batang idong sendiri..seram ke tak seram gamoknye?

#thanksforreading
#sorrykalautakseram
#berdasarkankisahbenar
#ditulispada_13042017
#bymizlavender

8 thoughts on “GELANG LOCENG”

  1. Dalam Islam haram pakai perhiasan yang berbunyi kerana menyerupai pelacur zaman jahiliyyah yang menggunakan perhiasan begitu untuk menarik perhatian lelaki. Tapi kawan penulis yang menghadapi cerita ini memang berani kerana terus menginap di situ hingga habis program. Kalau aku? Malam pertama je la kot…..

    Reply

Leave a Comment