Assalamualaikum semua pembaca FS, aku sebenarnya pertama kali baca semua cerita-cerita dekat blog ni , dan disebab tu jugak aku rasa nak ceritakan kisah aku dekat sini . Harap admin boleh publishkan kisah aku.
Aku dikenali sebagai Yaa oleh kawan kawan aku, dan sekarang aku tengah menjalani latihan industri. so sekarang ni, aku nak ceritakan kisah aku masa aku tengah belajar waktu diploma tahun lepas. Masatu aku dah habis kontrak dengan hostel so aku decide untuk menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat aku belajar.
Dalam rumah sewa aku tu, ada 15 orang termasuk aku. So nak dijadikan cerita waktu aku mula2 pindah rumah ni, ibu aku dah baca kan doa untuk empat penjuru sebab rumah sewa aku tu owner dia cina and dah lama tak ada orang tinggal. Untuk permulaan semua nya baik-baik sahaja. tak ada sebarang gangguan dan rumah kitaorang ni adalah rumah paling bising kat situ. yelah 15 orang kot tipulah tak bising hahaha.
Dalam rumah tu aku sorang je pakai gelang yang ada loceng. Jadi kawan-kawan aku ni dah tahu dah kalau dengar bunyi loceng , memang aku lah jawabnya. Aku dengan 3 lagi kawan tidur di ruang tamu. dalam rumah tu ada 3 bilik . so kitaorang decide nak tidur luar sebab dalam bilik dah tak muat. Waktu aku tidur luar setiap malam, memang takda apa apa yang berlaku , sampailah kawan aku sorang ni , atul ( bukan nama sebenar) dia selalu dengar bunyi gelang aku waktu malam. Setiap pagi dia akan tanya aku “yaa kau tidur pukul berapa semalam?” lepastu aku katalah aku tidur awal . Memang hampir setiap malam dia dengar bunyi loceng aku tu padahal aku memang dah tidur pun masatu. Lepastu pula, dia selalu dengar suara aku macam bersembang, ketawa dalam waktu yang sama. Kiranya setiap pagi dia akan tanya aku tidur pukul berapa semalam.
Si atul ni , dia dah mula jadi penakut start waktu tu. Dia asyik dengar bunyi loceng aku tu setiap malam sampailah dia jadi paranoid terhadap sesuatu bunyi . Asal ada bunyi pepelik je dia akan fikir “benda” tu kacau dia dan dia jadi takut tidur sorang2. Aku selalu bagitahu yang aku tidur awal . Dalam pukul 1 macamtu memang aku dah tidur lagi2 bila kelas pagi. Si atul ni jenis tidur lambat pula sebab layan kpop drama.
Disebabkan aku macam tak kisah sangat cerita atul setiap pagi tu, aku macam apalah minah ni mengarut. Actually aku ni penakut juga tapi aku tak tunjuk so aku macam chill2 je bila dia cerita pasal loceng aku tu. Ada one night ni, aku tersedar waktu tidur. Selalunya orang bangun dari tidur rasa mamai mamai kan ? tapi aku tak . Sedar2 je segar terus mata aku . And masa aku tersedar tu, kebetulan aku menghadap ke kiri dimana aku akan ternampak meja makan kitaorang. Dekat situ, aku ada nampak lembaga putih and berambut panjang menutupi muka tau , menghadap aku. Waktu tu aku fikir ‘apa benda tu?’ lepastu aku tengok lagi lama tau sebab nak pastikan tu apa . Aku tengok je sampai aku sedar benda tu. Seriously waktu tu aku speechless gila nak mati sebab aku terkejut sampai tak terkeluar suara. Cepat2 aku tarik selimut baring balik time tu aku tidur peluk Aida kawan yang setia tidur sebelah aku dari hostel. Mata dah segar memang dah tak boleh tidur dah . Aku paksa juga sampai aku tidur. Esok pagi tu kepala aku rasa berat je rasa nak demam . Dahlah kelas aku pagi waktu tu. Tak larat tapi gagahkan juga pergi kelas. Aku cerita kat kawan2 aku yang aku nampak kat meja makan. Tiba-tiba ada kawan aku ni Epah dia ada cakap “weh kau tahu tak, masa aku masuk pindah rumah ni haritu, aku macam dapat rasa ada something wrong kat situ” maknanya dari dapur sampai la ke bilik air belakang. Lupa nak bagitahu yang ada 1 lagi bilik sebelah dapur.
Dalam beberapa hari lepas aku kena tenung dengan lembaga tu, waktu tu hari cuti so ada yang dah balik dan ada yang tak balik . Aku memang selalu balik lambat kalau cuti sem sebab aku kerja part time . So malam tu aku tinggal bertiga je dengan kawan2 aku yang tidur luar tu . Dorang tak balik sebab jauh . Kitaorang punya cuti sem seminggu dua camtu je so dorang ni malas nak balik. Waktu ni kawan aku Aida dia kata kakak dia nak tumpang rumah sekejap sementara tunggu besok pagi. So waktu dalam pukul 3 atau 4pagi macamtu kakak aida ni datang rumah . Dia tanya dekat aida “adik, kawan kamu bilik belakang tu warak ke?” . Si aida ni dah pelik dah siapa pulak yang warak dalam rumah ni. Actually kitaorang ni biasa-2 je tak de yang warak .. Lepastu aida ni macam dah dapat tangkap tau apa yang kakak dia cakap, sebab waktu tu budak yang stay bilik belakang semua dah balik kiranya bilik tu kosong lah. “Biasa lah tu kak.. rumah sewa”. Kakak aida kata dia nampak orang perempuan pakai jubah hitam keluar bilik tu menuju ke tandas. Serius seram wei . Lepastu kakak aida ni macam termenung je, dia fikir siapa yang dia nampak tadi tu.
Benda ni kerap jadi bila ramai antara kitaorang tak solat dan punca gelang loceng aku juga sebab loceng ni sifat dia membawa sesuatu. Aku taktahu lah betul ke tak benda ni. Kitaorang dah start untuk solat sama-2 benda tu jadi berkurang dan keadaan pulih seperti biasa. So ini sahaja cerita yang aku dapat kongsikan dekat FS ni. Terima kasih.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yeay first….comment
Tahi
aah tahi lumba2 nak first komen 😒. first komen diamdiam jela
Dah kenapa nak jeles, bio le die nak first ke hape ke? bukannya usik ko pon kan…
Chill la, hidup sik nak kecam orang je.. hish… Cuba kalau dia yang first komen, kemain suke lagi.
Third haha
Klu menganggu kawan², sebaiknya buka lh gelang kaki tu dan simpan..
Boleh tahan la story dia
Sebab tu.mama ana klau beli gelang ad loceng die titis kan lilin dalam loceng tu supaye xbunyi
Best…
best sgt ke?
hati siapa yg di kejar nye?hihi
wuuu seram cite tuu…siap main tenung2..nsib baik dari mata xturun ke hti
hehehhe
seramnya. nanti please cerita lg
giler ramai housemate…sampai 15 org…hurmm..tp ok la citenye
tumpang happy utk org yg first komen
bile kite dok 1 rumah gan org y pakai gelang ade loceng 1 bile org tue tade tapi kite dengar bnyi loceng tue yang buat seram..
huhhu aku penah rase kan nye.
boleh tahan agak seram jugak lar…
Last
org Hindu je yng pakai loceng² ni, nabi pun cakap loceng tak bagus yang ko pakai tu buat APA Cari penyakit?
yg jubah hitam tu apa??? aaaa seram weyy
jubah hitam terbayang cite siccin 2. wuuu sherammm
Kadang2 benda2 macam loceng ni disalah anggap sebagai penarik….. Padahal apa2 barang pun boleh jadi (tarik depa) kalau depa nak…. ini suma tipu muslihat….
👍
Ala.. dahla pakai gelang loceng2 gk
Sy pun sgt suka pakai gelang kaki loceng…sampai skrg. Tp last week da mula x pakai bila anak ckp xsuka bonda pakai ni sbb ada org ikut bonda….mmg terus buangla….
Kpop is kpop. Drama is drama. HAHAHHA. BEZA. okay takde kaitan😂. Creepy la cite ni lagi lagi kait dengan bunyii adehh. Cha bagi 8/10 yyaa💕
Dulu saya pun pakai tapi org tua kata boleh tarik perhatian jin.. tros saya x pkai
Serius weiii, loceng boleh jadi penarik
seramnya . nak buang ah gelang loceng . serammmm