Geng Kuat Makan

Salam dan hi semua warga FS. Aku Is. Ini cerita aku.

“Huargghhhhh!”. Menguap dah macam badak air tapi mata masih tak lepas dari skrin komputer. Aku memalingkan kepala dari meja belajar ke jam dinding. Tepat jam 12 tengah malam. “Haish, assignment ni nak tak nak wajib siap jugak malam ni. Tak kira. Esok aku nak keluar dengan budak2 KM hahah..!”. KM singkatan untuk Kuat Makan. Kitorang ni memang food lover! Semua jenis makanan kitorang akan try. Makanan Thai sawadikap, Jepang , Korea ala2 kpop Lee Min Ho, Jowo Wak Doyok, Mamak Siapp, western ala2 kopi Pasta. Semua laa YOU-NAME-IT asalkan halalan toyyiban kitorang serbu je.

Tapi satu je, semua tak boleh nafikan air tangan ibunda la yang paling sedap sekali! Aku rasa dah lama tak konvoi food hunting ni sejak final exam dah nak dekat. Craving pulak! Ada appetite besar ni dugaannya pun besar jugakkan haha. Walau perut aku ni kecik tapi makan banyak. Kawan aku suspek aku ade cacing kerawit kot dalam badan. Hmm mungkin, haha. Tapi minat punya pasal, aku sanggup kumpul duit buat bisnes online kecik2. Savings aku simpan untuk pelajaran dan separuh lagi spend untuk aktiviti KM ni.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Pagi tu macam biasa, kitorang semua berkumpul di pondok depan pak guard .Selalu akan ada briefing siket dari leader group ni , Wan. Dia la “founder” KM ni.

Wan: So, guys total kita semua ada dalam 10 orang. Konvoi bawak 3 kereta, Myvi, Kancil dan Saga. Cukup kan.

Acap: Muat le tu. Tapi balik nanti konfem x muat hahahah. Ade yang tumpang!

PAP!! Sebijik penampar hinggap di pipi mulus Acap. Mulut celupaq baqhang! Padan muka.

Aku: Ops. Ada nyamuk tadi broo..

Acap: Sori sorii. Maksud aku yelah nanti ade yang menumpang perut kite bile dah penuh haha. Aku dah dapat rasa dah kambing bakar mengembek dalam perut ni. Embekkkk, embekkkkkk! HAHAHA.

Wan: Dah la, korang ni memacam pulak. Jadi plannya kita akan pi pekena kambing bakaq legend dekat area ****** . Aku dah wassap location kat co-pilot semua. Sile on data. Since, trip kali ni macam agak jauh, kalau jadi pape roger kayhh!

Semua: Ai ai cip!
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Aku naik kancil dengan Wan dan Acap. Kereta Myvi ada 4 orang, Ayi, Joi, Memen dan Ciko. Saga pulak lagi tiga orang si Jep, Lan ngan adik Lan, Epul. Alkisahnya bertolak la kitorang menuju ke destinasi berbekalkan perut kosong. Huhu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah jugaklah. Dengan bantuan Waze suare Yuna yang merdu x sesat pulak kali ni haha. Agak dalam jugak nak sampai sini. Dari luar nampak meriah. Not bad ramai pengunjung. Ala-ala jungle punye style design di tepi hutan. Luas jugak dikelilingi flora dan fauna gituu. Cume xdek rimau jek (celupaq betui). Gerai ni asalnya si Lan yang rekomen. Time otw balik kampong dia pernah lalu sini, nampak macam meriah that’s why dia ajak KM semua pi try .

Kami pun apa lagi. Mati je enjin terus serbu gerai. Order la kambing bakaq legend kedai tu. Dah tu yang femes katanya kat situ. Makan sampai kembung perut. Burrpppp! Alhmadulillahh, takdela mengidam dah pasnii. Tiba-tiba si Acap ni buat muka pelik. Dah macam ayam berak kapur.

Acap : Geng, aku rase perut aku ni pusing-pusing dah. Nak tercirit je gayenyeee. Ni kes termakan sambal basi semalam la kot ! Aku gi tandas duluu!

20 minit kemudian…

Acap terkedek-kedek berlari dari toilet. Kitorang semua dah siap prepare dalam kereta tinggal nak gerak jee. Lagi dua kereta dah gerak dulu sebab diorang nak kejar masa. Muke Si Acap nampak pucat. Sambil masuk dalam kereta diusap-usap perut kesayangan dia tu. Teruk sangat gamaknya cirit tu. Asal jangan cirit dalam kereta ni sudah laa. Dekat tangan dia bawak satu beg plastik. Cis  sempat lagik duk tapaw kambing bakar. Dah la cirit.

Sepanjang perjalanan tu agak sunyi. Semua dah kekenyangan senyap la jawabnyaa. Dah tetiba sampai di satu simpang ade bunyi sesuatu meletup. PUMMM!! Tayar kereta kee?

Aku: Haiiii kete ni sindir kite berat sangat ke. Ko la ni Cap. Semua benda ko telan kan dah letup tayar kete.

Acap: Hmm. Sampai sini pun takpe dah. Terima kasih tumpangkan.

Eh, eh mamat ni. Buat cerita sedih pulak. Wan apa lagi cepat-cepat dia berhentikan kereta kat bahu jalan. Kat situ tak banyak kereta lalu lalang. Risau jugak tayar meletup ke hapa. Aku dengan Wan keluar untuk cek tayar. Si Acap dah tergolek dah kat seat belakang. Belek punya belek, takda pape pon. Garu kepala dibuatnyee.

“Jomblo happy memang pilihan hati
bukan karena tak mampu untuk cari kekasih”

Bergetar phone aku. Ada call masuk. Terpampang nama si Acap dekat skrin phone. Haish dia ni buang tebiat ke duk call. Jerit je lah dari dalam kereta tu. Aku slide skrin untuk matikan panggilan. 2 saat lepas tu phone aku berbunyik lagi. “Acap”. Aku bengang la dah la tak tau punca hal kereta ni Acap pulak main-mainkan aku. Aku apa lagi bukak pintu belakang ingat nak bebel dekat budak cirit ni.

Sekali alangkah terkezutnya aku bila takda sesiapa pun kat seat belakang. Aik takda pulak nampak mamat ni keluar. Bau busuk memenuhi ruang hidung aku. Kembang kempis lubang hidung aku dibuatnya. Aku cuba buka beg plastic yang Acap bawak tadi. Daging kambing mentahhh!! Siap berulat lagik! Erkkkk! Aku dengan Wan rasa loyaa. Sekali lagi lagu Jomblo happy memecah kesunyian.

“Acap”. Aku angkat. Terdiam.

Acap:  Woi! Sampai hati ampa semua tinggalkan aku sorang kat sini!! Aku nak balik macam mana ni woi. Nak patah jari aku call sorang2 takda yang berjawab!
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

-Joe Minah Bunga-

30 comments

  1. Aku tak kiralah, Joe Minah Bunga ke, Is ke, apa ke, janji citer dia gempak!
    Bro, lu sambung la lagi citer lu, ni macam tesentak wa baca.
    Jangan lupa sambung, wa tasabaaaaaaaaa……

  2. si acap tu jangan2 #sicelupar yang share cite dia x hahahaa…oit kenapa cite ni xde kesudahannya….takat tu je ujung dia….bila last kene santet?

    1. Kesudahannye ituler…
      Si acap tertggl kt restoran…
      Kenalah patah blk…
      Acap yg celupor, kengkwn die yg kena usik…

      1. Same gaklah dgn perasaan pegawai penjara yg duty memlm pastu beria berborak rupenye tu jelmaan kwn jer…
        Haruusss trauma kot…
        Kompem pastu klu nk bwk keta kena soh mengucap dlu br blh bwk…

        1. Berlenggang dia berjalan, si gadis desa yang manja, jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangannya penuh bunga di hati, penuh cinta says:

          ada cerita tu dalam ni? kalau ada tajuk apa kak

          1. Berlenggang dia berjalan, si gadis desa yang manja, jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangannya penuh bunga di hati, penuh cinta says:

            ahakahak, disebabkan nama ni dibubuh jugaklah cerita sy x dipublish kak.. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *