“Ada kebarangkalian ke doktor, bila kita cedera di dalam mimpi, sakit itu muncul di alam nyata?”
“Apa maksud Encik Shahrin?” Doktor Munsyi memandang muka Ren kehairanan. Fail pesakit di hadapannya itu diletakkan di meja kopi di tepi.
“Bulan ini sahaja sudah tiga kali saya bermimpi, manusia yang sama muncul. Dan dalam salah satu mimpi, saya cuba selamatkan seseorang, Natrah namanya. Dia dikejar haiwan pelik. Anjing hitam berkepala manusia. Saya digigit oleh salah seekor daripada anjing tersebut.” Lalu, Ren menyelak lengan baju kanannya. Balutan luka dibuka. Jelas kelihatan kesan gigitan, masih belum kering.
“Untuk kes pesakit bermasalah secara mental, kebarangkalian mencederakan diri ketika minda tidak sedar, atau ketika dia dalam personaliti lain, adalah tinggi. Encik Shahrin bangun tidur ada kesan ini? Encik Ren pasti sebelum itu memang dalam keadaan tidur?”
“Ya, saya pasti saya tidur sebelum itu. Belum pernah lagi saya alami apa-apa luka sepanjang saya sleepwalking. Setakat terhantuk kepala di dinding, adalah. Itu pun tiada kesan apa-apa.”
“Hmmm, pelik,” getus hati Doktor Munsyi. Ditulisnya beberapa perincian berkenaan Ren ke dalam fail di atas meja. Lalu ditanya lagi kepada Ren,” Sejak bila encik mula sleepwalking?”
“Sejak dua tahun lalu. Selepas saya hilang di hutan ketika ekspedisi mendaki Gunung Tahan. Saya tidak syak apa-apa, cumanya baru-baru ni muncul mimpi-mimpi pelik. Saya gilakah doktor?”
“Di sini, pesakit tidak sesekali akan dipanggil gila, encik. Yang betul bermasalah, kami panggil pesakit mental. Untuk kes encik, masih banyak perincian yang perlu saya teliti. Sebagai contoh, apa lagi yang diingati daripada mimpi encik selain luka ni?”
“Doktor cuba baca ini. Diari ni jadi catatan saya semenjak saya bermimpi. Nama Natrah, Adam, dan Sarah. Kemudian, manusia berjubah, tuan kepada anjing-anjing, atau haiwan-haiwan pelik lain yang menyerang Natrah.”
“Ini pula apa?” Doktor Munsyi merujuk kepada lakaran dua pemandangan di dalam buku tersebut.
“Oh itu. Lukisan terhasil selepas saya sedar dari tidur. Mimpi pertama saya berjumpa Natrah dan manusia…maksud saya makhluk berjubah tu di padang pasir. Keesokannya, saya sleepwalking. Sedar-sedar, saya sedang duduk di hadapan meja, selesai melukis pemandangan di padang pasir tu. Lukisan kedua itu adalah tempat pertemuan kedua, di lot parking mana saya tak tahu, tempat saya selamatkan Natrah dan membawa dia masuk kereta. Mimpi inilah saya digigit anjing tersebut. Lukisan kedua ini saya lukis dalam mimpi ketiga saya, saya di lot parking itu semula, lengang. Bangun-bangun, macam saya sebut tadi, saya baru siap lukis lot parking tu.”
“Initial N?” Ren hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu maksud abjad di bawah lukisan itu. “Pelik doktor. Saya mana pernah belajar lukis-lukis ni. Paling kuat pun lukis orang lidi tendang-tendang masa sekolah rendah dulu saja. Cantik macam ini, memang dah buat jual dah ni. Tunggu tidur jer dapat karya, terus jual.” Mereka berdua tertawa geli hati dengan kata-kata Ren. Jauh di sudut hati Doktor Munsyi, ini adalah kes pertama sebegini yang dia lihat sepanjang kariernya sebagai doktor psikiatri.
“Boleh saya simpan buku ni? Sebagai rujukan?” ” Doktor buat copy sajalah. Nak jual ke apa lukisan tu?” Nada gurauan Ren tidak disambut. ” Baiklah Encik Shahrin. Saya buat salinan ya. Apa-apa perkembangan, kita cerita lagi bulan depan. Lagi bagus jika ada catatan sebegini lagi.”
“Baik, doktor. Saya gurau jer tadi. Jangan ambil hati pulak.” “Eh,tak delah encik. Buat masa sekarang, saya belum boleh beri apa-apa kesimpulan. Ubat yang sesuai untuk ini pun saya rasa belum perlu. Mungkin appointment kedua nanti, boleh saya beri ubat. Kalau-kalau teruk sangat mimpi encik. Luka tu kena refer tempat lain untuk ubat.”
“Tapi kan doktor. Dalam mimpi kena gigit anjing, bangun tidur kena sertu tak? Kalau dunia nyata kena gigit dan ada kesan air liur anjing, sudah pasti kena sertu kan? Ini?”
“Kena rujuk kepada ustaz lah kot. Setahu saya, mimpi ada dua. Mimpi mainan tidur, dan mimpi firasat atau petanda. Lagipun, Encik Shahrin cakap anjing tu kepala manusia kan? Anjing ke manusia yang gigit?”
“Ya tak ya juga kan? Haha.” Maka, pertemuan berakhir dengan tanda tanya buat Ren. Disangkakan ada jawapan daripada yang pakar, nampak gayanya masih perlu diperhatikan lagi. Sakit luka masih berdenyut-denyut walaupun sudah empat hari dirasa. “Mungkin aku perlu ke hospital untuk rawatan,”getus hatinya.
***
“Ma, Nat balik lambat harini. Ada meeting malam pula di office. Jangan tunggu Nat balik ya. Nat dah makan siap.” Panggilan telefon kepada ibunya, Puan Nasuha, disambut dengan rasa bimbang.
“Balik sendiri ke Nat? Risaulah mama nak bagi awak drive sendiri ni. Hati-hat…” Panggilan terputus. Natrah banyak berubah semenjak gangguan makhluk halus. Layanan dingin terhadap Puan Nasuha amat ketara. Hal itu menyebabkan si ibu banyak makan hati. Ditegur oleh ahli keluarga lain juga tidak berkesan. Hanya sabar ubatnya. Dan juga doa. Puan Nasuha tidak putus-putus berdoa agar Natrah cepat sembuh, dan kembali kepada sikap yang lalu. Anehnya, Natrah hanya dingin kepada Puan Nasuha, tetapi tidak kepada yang lain. Seolah-olah dia dibenci oleh ‘sesuatu’, bukan Natrah.
***
12 tengah malam. Natrah memandu dalam keadaan badan lesu. Mesyuarat berlangsung lama di pejabat. Esok bangun awal pula untuk bekerja. “Belajar lagi ada life gamaknya,” bebel Natrah sendiri. Jalan yang dilalui pula agak suram dan gelap. Lampu jalan hidup segan, mati tidak mahu. Perjalanan pulang dirasakan sangat jauh. Tidak kelihatan lampu kereta dari arah hadapan mahupun di belakang.
Antara sedar tidak sedar, kelibat sesuatu di tengah jalan melambai ke arah kereta Natrah. Panik, Natrah cuba mengelak daripada melanggar kelibat tersebut. PANGG! Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar pokok di tepi jalan. Darah mengalir laju di dahi. Natrah semakin hilang kesedaran. Sayup-sayup terlihat makhluk berjubah dari sisi cermin kereta yang retak. Gelap. Tiada apa lagi yang tinggal. Hilang pandangan dalam kegelapan malam.
***
“Assalamualaikum encik…” “…Shahrin. Boleh panggil saya Ren.” “Saya Inspektor Fakhrul, pegawai penyiasat bagi kes kemalangan Cik Natrah. Mangsa kemalangan yang Encik Ren selamatkan semalam. Boleh encik ceritakan apa yang berlaku.”
“Tak banyak yang boleh saya ceritakan inspektor. Saya dalam perjalanan pulang. Sampai di tempat kejadian pada pukul 12 suku malam. Nampak ada kereta berasap dekat pokok yang dilanggar tu. Saya buat-buat berani jer jenguk dalam tu. Ada dia. Inspektor cakap tadi nama dia siapa?”
“Natrah.” Bagai dipanah petir apabila nama itu disebut. Kenapa aku tidak sedar rupa dia? Atau ini bukan Natrah yang aku kenali dalam mimpi itu? “Selepas saya pecahkan cermin kereta dia dengan stering lock saya, saya tarik dia keluar. Nasib baik kecil. Kalau besar memang tengok sajalah. Fender remuk, saya tak boleh buka pintu,” aku terpaksa berdalih tuan inspektor. Kisah sebenar tidak akan dipercayai oleh pegawai seperti kamu. Nak tulis laporan pun jadi tidak masuk akal.
“Baik Encik Ren. Jika encik ingat apa-apa lagi tentang kemalangan ini, jangan lupa hubungi kami di nombor ini.” Aku terima kad nama tertera. Perincian kemalangan? Aku sampai di situ memang betul berasap kereta. Kebenaran hanya sampai di situ sahaja. Aku cuba mendekati kereta dia. Nun jauh di pokok berhampiran, aku terlihat kelibat yang aku kenali. Makhluk berjubah. Berdiri memerhatikan aku di tepi pokok. Aku mula tidak sedap hati.
Langkahku berzikir rapi. Sampai di hadapan pintu pemandu. Ngeri. Darah banyak memercik di dashboard hadapan. Aku cuba memegang pintu kereta. Ekor mataku menangkap susuk tubuh yang aku kenali. Makhluk berjubah betul-betul di tepi cermin sisi kereta! “Jauhi dia! Kau tidak diundang!” Telingaku menangkap jeritan asing. Jantung berdegup laju. Aku bagai terpaku. Di kegelapan malam, tiada taring yang aku nampak dari dalam hud kepala makhluk itu. Hanya mata merah menyala, menjengil seperti mahu mengapa-apakan aku.
“Pedulikan dia. Kau ada Tuhan yang Satu. Teruskan zikir, dindingi diri dengan 4 qul yang suci.” Tidak semena-mena satu lagi bisikan halus kedengaran. Aku turuti langkah tersebut. Pemegang pintu kucapai. Panas. Apa pula musibat. Lalu aku berlari semula ke keretaku, menggagau mencari stering lock di ruang kerusi belakang.
Tanpa berlengah, aku ketuk cermin pemandu sehingga pecah. Serpihan kaca yang tersangkut di pintu kereta juga aku buang. Mujur tali pinggang keledar tidak tersangkut. Makhluk berjubah masih kaku di sisi kami. Aku lantas mendukung dia dan membaringkannya di kerusi belakang kereta aku. Terus kupandu pergi. Sempat aku menjeling ke arah kereta tersadai. Tiada lagi kelibat musibat tersebut.
Perjalanan ke hospital yang sepatutnya tidak lama tiba-tiba kurasakan sangat jauh. Kereta seolah-olah tersekat di ruang dimensi yang sama. Simpang empat yang aku lalui berulang-ulang kali nampaknya aku lepasi. Aku laungkan azan sekuat mungkin. Kereta mula terasa ringan. Pemanduan mula lancar selepas azan ketiga.
Kes kemalangan ini dijadikan prioriti hospital. Peluh membasahi tubuh. Habis bermandi darah dalam kepeluhan itu. Azab sungguh malam ini. Asalnya aku merasakan menyesal pulang lewat semalam. Terpaksa ambil cuti mengejut. Namun, nama Natrah disebut tadi. Perasaan ingin tahu membuak-buak.
***
“Terima kasih nak, selamatkan anak kami. Entah apalah yang akan jadi kalau tiada orang lalu di situ. Kami terhutang budi sangat-sangat.” Puan Nasuha dipimpin oleh anak bongsu, Syaza dalam keadaan menangis hiba. Sapaan ayah Natrah, Encik Asmawi mematikan lamunan Ren.
“Kita doakan Natrah baik-baik sahaja ya pak cik. Memang tanggungjawab saya untuk menolong mana yang mampu. Tapi, saya ada satu soalan pak cik. Natrah ni student ke? Dia belajar di mana ya?” “Eh, tak. Dia dah kerja. Kita dah pesan jangan balik sorang-sorang malam buta. Degil. Dia dulu belajar di UiTM. Kenapa ya?”
“Course seni ke?” Dengan pandangan hairan, Encik Asmawi menjawab,”Ya, kenapa ya?” Sahih, inilah Natrah yang dicari. Tidak disangka, pertemuan Ren dan Natrah bertakdirkan darah. ” Saja tanya pak cik. Macam pernah nampak. Salah orang agaknya. Baiklah pak cik, saya minta diri dulu.”
Dihulur tangan kepada Encik Asmawi. Salam disambut. ” Eh, apa ni pak cik. Saya ikhlas ni. Salam kaut-kaut pula.” “Kami pun ikhlas, nak. Ambillah. Nilai ni tak setanding harga budi yang kami terima.” Ren mengambil sahaja tanpa banyak soal, demi menjaga hati. Dari ruang kecil cermin pintu wad, Ren mencuri pandang jasad kaku Natrah. Stabil, tetapi koma. “Hal ini tidak habis macam tu sahaja. Aku doakan kau sembuh, Natrah. Jumpa lagi,” getus suara hati Ren sambil berlalu pergi.
***
“JUMPA?! CELAKA!” Habis ditendangnya bekas kemenyan. Geram benar. Kebencian meluap-luap. ” Sihir apa sialan itu guna?! Kacau mimpi, tolong dia. Boleh pula jumpa di tepi jalan. Kenapa DIA?!!!” Satu lagi balingan gelas kaca ke dinding. Pecah seribu. Separuh gila marahnya Suri. Entah siapa-siapa yang datang mengganggu rancangannya. Turun naik nafas amarah.
“Kau degil ya budak hingusan. Akan kupastikan kau merana seperti dia! Biar mati! Mati! MATI!”
Kongsi cerita anda:Â http://fiksyenshasha.com/submit
10/10 adeh bro.. macam brenti skjp kehidupan aku baca story kau..
detail n cantik susunan plot tu semua..update cpt2 sambungan dia.. superb
kan.. ase tak bolh move on..
tu la.. kalau story mcm ini dia buat panjang pun den sanggup baca..
yg penting story cantek.
weh weekend aku xde. so tunggu next week lah eh.haha
haha ok2.. panjang sikit ehh
await berenti lagu tu ja?
tahniah cter best!!! next plissss.. cannnot wait 🙂
cissss…bersambung …
wah…jalan cerita semakin menarik..xsabar tunggu sambungan..kenapa ren boleh terpilih tuk bantu natrah??? jeng3x.. #gongpal cepat sambungan..xsabar
jap2 sebelom tu nak tanya, Ren dlm cita ney org yg sama dgn Rin #akurindukanMaya ke? #TanyaJee
macam x sama kot. sebab kisah maya 2 masih tergantung. Dah lama penulis sepi,kan.
citer yang menarik…x sabaq nk tnggu sambungan ctr ni…
jgn lama² sangat nooo
selama ni hanya jd pembaca je..xpernah nk komen pape..tp utk cerita ni mmg terbaik…cara pnyampaian mcm sy masuk skli dlm kisah ni..teruskn lg ye…xsaba lg nk bca sambungan die
Pergghhh tukang citer best..baca part komen pon best…terbaiikkkk
next baca samb..selamat hari raya adiladha
#Gongpal…awak dah ada fans…xsabar nak baca yg smbunganya and plus, ada yg komen tak faham cerita awak… cuba bg hastag crta pertama nye.. kesian dia….
Suruh dia search hashtag #Gongpal tu jer kat page search sini. akan kluar ikut urutan menurun dalam list apa cerita ada. baca dari paling bawah akan faham. Siri bercakap dengan sesuatu tu pun ada core cerita ni. Dendam Suri ni adalah fiksyen kepada cerita tu.
Next siri saya akan tambah nombor bilangan. Minta take note lah next saya letak nombor 3 terus, bahagian pengenalan tu kira nombor 1. Faham2 sendiri ya. Sorry tak terpikir pasal benda ni. Tulis ikut suka jer, takde pula fikir boleh ada fan. Haha.
Kalau nak baca yang lama-lama bukan pasal hantu, boleh pergi IIUM Confession. cari cerita pasal orang korea bunuh diri. Nama confessor saya letak Gongpal Hakbon.
Jazakumullah ya baca. InsyaAllah kalau rajin saya hantar update lagi harini untuk bacaan korg esok lusa. Sekian.
Saya pengikut karya awak.Teruskan berkongsi karya yg bagus mcm ni.
Best sangat … alaaa kena menanti sambungan dengan penuh kesabaran….mencabar betul
Best..thniah penulis..cepatkan smbungn yew..
Cite kau best bro , boleh setandng dengan cinta mirip joker .
Menarik Gongpal! Mcm baca novel RAM..cara penceritaan mcm sequel Laksamana Sunan..ada unsur2 mistik & islmik yg menarik ??
tak best pun….
pembetulan, mimpi ada tiga. pertama mimpi mainan syaitan. kedua mimpi kerana keinginan. ketiga mimpi dari sisi Allah (ilham, petunjuk, wahyu-hanya untuk nabi)
Best jer….. idea berlandaskan pengalaman