HANTU ATM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi, saja nak kongsi cerita disini. Selalu baca je, selalu seram sendiri haha. Kali ni nak kongsi keseraman bersama pembaca semua. Boleh tahan banyak juga lah peristiwa seram yang pernah aku alami. Ini di antara kisah yang aku tak dapat lupakan, kisah seram di kilang yang aku bekerja sekarang. Aku adalah di antara ribuan manusia yang mencuba nasib bekerja di perantauan demi mencari sesuap nasi. Alhamdulillah, diterima bekerja disalah sebuah kilang di Singapura adalah satu perkara paling manis terjadi di dalam hidup aku.

Hari gaji ialah hari yang paling ditunggu, semestinyalah kan haha. Peristiwa seram ini terjadi pada hari aku nak mengambil gaji. ATM ada satu saja dan jauh sikit dari kawasan kilang, kena berjalan lebih kurang 15 minit. ATM tu terletak di kawasan perumahan dan terdapat sebuah taman permainan disitu. “Tea break” aku bermula dari jam 4am-4.30am ( aku bekerja night shift ) dan aku buat keputusan untuk pergi masa “tea break” saja lah. Jalan sorang-sorang saja, malas nak susahkan kawan ajak teman. Selalunya ajak member teman, tapi hari kejadian tu macam berani sangat pula nak pergi sendiri. Sebelum sampai ke ATM, memang akan lalu taman permainan dahulu. Okay, aku lalu sajalah seperti biasa. Berbunga hati nak ambil gaji, dah terbayang apa yang aku nak beli nanti. Dah siap buat senarai tulis atas kertas haha.

Tiada seorang pun pada masa itu, rasa angin sejuk tiba tiba menyapa. Selalu ada juga orang ambil gaji. Ini tak ada langsung. Ke semua orang dah ambil awal-awal ye. Aku bermonolog dalaman. Tiba-tiba rasa meremang pula, terasa seperti ada mata yang memerhati. Dah kenapa kan. Aku cepatkan langkah, cepat-cepat keluarkan duit dan ingin cepat sampai di kilang. Rasa dah tak sedap hati sangat time itu. Sewaktu lalu di taman permainan itu aku terasa sangat macam ada orang memerhati. Aku dah fikir orang jahat nak rompak je, dah bersedia nak lari dah ni tapi sangkaan aku meleset. Mata aku meliar memandang sekeliling dan akhirnya mata aku tertancap pada papan gelongsor di depan aku tu. Macam mana nak bagi korang faham ye, papan gelongsor itu ada tangga dan kotak yang budak main “XOXO” itu kemudian papan gelongsor. Di celah kotak “XOXO” itu memang boleh nampak kalau ada orang duduk disitu sebelum nak turun ikut gelongsor. Mata aku terpandang seperti ada seorang perempuan berambut panjang yang mencangkung dan memandang aku. Dia mcam intai aku celah kotak tu. Aku berdiri lama, terpaku kejap. Siap gosok mata kot-kot lah salah pandang atau mainan perasaan tapi memang jelas apa yang aku lihat itu. “Benda” itu masih lagi memandang aku, nasib baik cahaya lampu terlindung dan aku tak dapat lihat rupa perempuan itu dengan jelas. Aku cuma nampak samar-samar sahaja tetapi memang dia sedang memandang aku. Lebih kurang 1 minit macam tu baru aku dapat kekuatan nak berlari. Aku berlari macam tiada hari esok, macam berlumba sorang-sorang. Masa aku berlari itu lah aku terdengar pula bunyi gelak perlahan, gelak yang mengejek. Ya Allah, naik lagi bulu roma aku. Macam nak terkencing pun ada weh, tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku time tu. Allah sahaja yang tahu derita aku. Apa dosa aku, aku cuma insan biasa yang lemah.

Sampai je kat kilang aku terus rasa lemah, rasa nak pengsan. Rasa tenaga hilang, yelah berlari bagai juara kan. Aku tak bertegur sapa dengan sesiapa pun. Rasa terkejut sangat dengan apa yang aku baru alami tadi. Syukur sangat esok dan lusa aku “offday”, boleh berehat sepuas hati. Sambil-sambil ambil masa nak pulihkan semangat. Aku memang demam panas selepas kejadian itu. Tak boleh tidur, demam panas, mimpi ngeri. Aku pergi ke Kulai, jumpa saudara aku disana minta dengan ustaz air Yasin untuk pulih semangat. Alhamdulillah, sembuh selepas dua hari. Taubat aku, memang tak akan berani lagi pergi seorang diri. Berhati-hati lah, jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut. Sederhana saja, jangan berlagak atau cakap besar. Percayalah hantu jin syaitan memang wujud dan sentiasa akan berusaha untuk menyesatkan manusia. Aku dah terkena, kalian bila lagi? Heeeeeeeeee~

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

theaicles

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

37 thoughts on “HANTU ATM”

  1. kat singapura mmg banyak hantu. tahniah kerana anda antara yang bertuah terserempak dengan mereka😊

    btw, singapura area mana ni? Chai Chee?

    Reply
  2. Dulu2 dlm thn 2013/2014, aku memang lyn misteri jam 12.. slalunya aku buka youtube, bajet2 dgr jaoh2 mlm sambil lukis komik.. tp atas beberapa faktor yg tk best lg misteri, sampai sekarang aku tk buka lg dh misteri jam 12.. bnyk jgk kisah angker kat singapore ni yer.. member aku yg stay kat sana pun prnh gitau, singapore ni mcm2 hantu ada.. ntah la tk tau fakta @ auta citer beliau..

    Reply
  3. Tapi betullah i dok dengar MJ12 setiap malam, esoknyer keja… tapi kdang2 terfikir jugak, byk jugak Hantu kat Singapore, Area Pusara Aman, Abadi, Toa Payoh…Kolong Block…hahahahaha…..

    Reply
  4. ok lah tue ‘die’ teman ko g amek gaji dah ko tanak ajak kawan ko kan…
    hahahahaha nasib lah ‘die’ tego gitu je kalo idok tumpo kome…hahaaha
    4/5 markah

    Reply
  5. Dia minta kongsi tu. Sebenarnya dia nak buat muka kesian tapi jadi seram pula. Hahaha k k gurau2… seram pula aku.

    Reply
  6. Dia nak kau belanja dia tu. hahahahahahhaha.. jalan penceritaan kau mmg best sebab ada lawak2. Jadi aq kasi 10/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.