Salam admin dan pembaca semua. Agak lama aku tidak hantar karya di sini. Moga pembaca terhibur dengan kisah kali ini.
Perayaan Hantu Lapar ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia pada 11 Ogos – 9 September. Menurut kepercayaan mereka bulan inilah pintu neraka akan di buka dan hantu-hantu serta ruh-ruh akan keluar dari alam ghaib. Kita dapat melihat colok-colok dan makanan-makanan di letakkan di tepi jalan untuk di persembahkan kepada hantu-hantu lapar dan persembahan pentas untuk menyambut perayaan ini. Semuanya untuk hantu-hantu lapar. Itulah kepercayaan orang cina. Biasanya pada waktu ini mereka akan cuba elak dari membawa keluar anak-anak kecil.
Amira merupakan seorang anak kecil yang berusia 7 tahun. Bagi Anum iaitu ibunya, Amira merupakan seorang anak yang dapat melihat sesuatu yang orang lain tidak nampak. Kadang-kadang ketika berada di rumah, Amira akan menegur ibunya
“ Mama..Mama. Dalam rumah kita ada orang tua rambut panjang di dapur.” Anum hanya ketawa kecil walaupun dia sendiri sudah merasa seram tapi bila matanya sendiri tidak melihat maka di biarkan saja. Bila melalui kawasan tempat perayaan hantu lapar, Amira mesti meminta ibunya berhentikan kenderaan. Katanya nak berjumpa kawannya.
“ Kawan Mira tu cina ke.” Tanya ibunya namun Amira hanya diam saja.
“ Ibu..ibu…Itu kawan Mira. Dia sedang lambai Mira.” Kata Amira sambil melambai ke arah kawasan perayaan. Ibunya sudah mula merasa seram.
“ Mana kawan Mira. Ibu tak nampak pun.” Tanya ibunya
“ Ibu. Mira nak turun kejap. Nak jumpa kawan.” Kata Amira lalu ibunya menghentikan kenderaan dan keluar bersama anaknya. Hairan ibunya bila melihat Amira berbual dan ketawa seorang diri seolah-olahnya dia sedang berbual dengan seseorang.
“ Mira jom pulang nak.” Panggil ibunya. Amira terus berlari dengan girang dan masuk ke dalam kereta. Sekali sekala Amira ketawa.
Ibunya menyedari tingkah laku anaknya. Sambil memusing stering kereta, matanya asyik melihat anaknya melalui cermin
“ Mira berbual dengan siapa tu.” Tanya ibunya
“ Dengan kawan Mira.” Ringkas jawapan Amira
“ Mana kawan Mira.” Tanya ibunya inginkan kepastian walaupuan dia sudah mengesyaki sesuatu
“ Ni sebelah Mira.” Bagaikan nak luruh jantung ibunya mendengar jawapan Amira. Satu yang di sedari ibu Amira terhadap anaknya ialah Amira suka bercakap sendirian seolah-olahnya sedang bercakap dengan seseorang. Kadang-kadang bergelak ketawa dan kadang-kadang sehingga berkejaran. Pernah mereka ke pasar malam dan Amira asyik menoleh ke belakang
“ Mira…Jalan elok-elok. Apa yang suka toleh belakang ni.” Kata ibunya
“ Mama..Budak ni asyik ikut Mira saja. Telinga dia pula panjang. Dia suka jelir lidah dekat Mira. Jahat dia mama.” Kata Amira. Ibunya hanya tertawa kecil mendengar kata-kata anaknya. Bagi ibunya kanak-kanak begitulah. Suka berhalusinasi. Semua ini hanyalah untuk menyedapkan hati diri sendiri saja.
Bila mereka tiba di rumah, Amira terus bercakap sesuatu dengan seseorang. Apa yang mengejutkan ibunya ialah Amira dengan fasih dapat berbahasa cina sedangkan Amira bersekolah di sekolah kebangsaan melayu.
“ Mira. Siapa ajar Mira bahasa cina. Mama tak ajar pun.” Amira tidak mengindahkan pertanyaan ibunya dan berbual dengan seseorang dalam bahasa cina.
“ Mira..Mama tanya ni. Mira belajar dengan siapa.” Ibunya sudah mula panik.
“ Hishhhh.” Bentak Amira yang membuatkan ibunya terkejut. Terus Anum menalipon suaminya Muhsin dan cerita apa yang telah berlaku.
Bergegas Muhsin pulang dan di dapati anaknya Amira tidak langsung memperdulikannya. Dia begitu asyik bermain dan ketawa dengan rakan yang tidak dapat di lihat. Sesekali Amira berlari di belakang Muhsin.
“ Papa..papa. Kawan Mira kejar Mira.” Kata Amira sambil berlari girang di ruang tamu. Dia seperti berada di dunia lain.
“ Assalamualaikum En Budiman. Boleh tolong datang tak tengok anak saya. Dia bermain dan bercakap dengan seseorang yang kami tak nampak. Katanya itu kawannya.” Aku menerima panggilan talipon dari Muhsin. Selepas maghrib aku kerumah Muhsin. Bila berada di luar, aku sudah terdengar suara Amira bergelak ketawa. Aku memberi salam lalu di jemput masuk.
Sekali pandang aku dah nampak Amira sedang bermain dengan siapa. Seorang anak cina, bedak memenuhi mukanya sedang bermain dengan Amira. Tiba-tiba anak cina itu berhenti lalu matanya menjeling kearahku. Dia seperti tidak suka kedatangan aku.
Terus Anum cerita segalanya punca yang menyebabkan anaknya berkeadaan begitu.
“ Lepas kami singgah di kawasan perayaan tu, Amira jadi macam ni.” Kata Anum. Aku meminta diri dulu. Aku berjanji akan menghubungi perawat.
“ Pak Anjang pi tengok dulu tempat tu. Apa-apa nanti kita jumpa di rumah ni.” Kata perawat kepadaku. Terus aku ke tempat yang di cerita Anum. Bila sampai memang begitu banyak makhluk berada di kawasan tersebut. Ia bagaikan pesta untuk mereka. Ada yang berada di atas pentas menari bila artis sedang menyanyi. Ada yang menjamah makanan yang di jual dan di hidangkan. Aku bagaikan berada di suatu kawasan tempat ceramah. Pakaian mereka penuh dengan warna warni dan muka di penuhi bedak umpama opera cina.
Aku menalipon perawat dan cerita apa yang aku lihat. Masing-masing kami bergerak ke rumah Anum dan Muhsin. Bila kami masuk ke dalam, tiba-tiba Amira menjerit.
“ Mama….Takut..” Sambil menuding jarinya ke arah perawat
“ Bukan Amira yang takut, tapi benda lain yang takut.” Kataku kepada mereka. Amira mula menangis dan menghentak-hentakkan kakinya.
“ Mira…Kenapa ni Mira.” Pujuk ibunya
“ Tak apa. Bukan Mira tapi benda lain yang menguasai Mira.” Kata perawat. Ustaz terus mengeluarkan peralatannya. Di letakkan di sebelahnya
“ Ustaz nak tibai budak tu ka.” Maksudku ialah makhluk budak kecil
“ Ishh…Tak sampai hati pula. Nampak kecik. Kita tengok keadaan macam mana.” Kata ustaz.
Amira hanya mendiamkan diri. Sekali sekala dia bertutur dalam bahasa cina. Dia seperti merungut akan sesuatu.
“ Siapa kamu.” Tanya ustaz dan Amira terus bertutur dalam bahasa cina
“ Baiklah. Saya akan berdoa kepada Allah agar kamu dapat bertutur dalam bahasa malaysia.” Lalu ustaz membaca ayat quran
“ Siapa nama kamu.” Tanya ustaz
“ Jia Li.” Kata Amira
“ Kenapa kamu ke sini.” Tanya ustaz
“ Aku suka dia. Dia baik. Tak kacau orang.” Kata Jia Li
“ Kenapa kamu tak kawan dengan budak-budak lain.” Tanya ustaz
“ Aku tak suka mereka. Aku suka dia.” Kata Jia Li
“ Tak boleh. Ini bukan tempat kamu. Kamu kena pulang ke tempat kamu.” Kata ustaz
“ Aku tak tahu jalan nak pulang. Aku nak tinggal sini.” Kata Jia Li
“ Saya akan hantar kamu pulang tempat kamu. Nak tak.” Jia Li hanya mengangukkan kepalanya. Ustaz terus membaca ayat quran lalu menarik seuatu dari Amira dan membuangnya.
“ Saya hantar balik dia dekat tempat perayaan hantu lapaq. Tak sampai hati pula nak bunuh dia. Dia nak berkawan saja. Pakjang. Macam mana rupa dia.” Tanya ustaz
“ Muka dia putih. Dia pakai baju warna kuning air. Agak gempal sikit tapi comel.” ustaz tersenyum mendengar kata-kataku. Akhirnya Amira telah di pulihkan dan tidak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya. Bagiku perayaan hantu lapar bukan perayaan kosong. Ia sama seperti apa yang aku alami semasa berada di Danao Toba. Ketika berjalan-jalan dengan isteriku, tiba-tiba terdengar bunyi loceng dari kuil sebelah menandakan ada upacara keagamaan., Itulah upacara memuja ruh. Bila loceng di bunyikan tiba-tiba berbondong-bondong makhluk keluar dari merata ceruk terus ke kuil sehinggakan aku menjadi begitu pening. Sebab itu perawat tidak mengizinkan kita membawa pulang perhiasan dari barangan kayu. Kalau nasib kita tidak baik ia akan mengikut kita naik kapal terbang free pulang ke rumah. Sebenarnya kita tidak bersendirian. Sekian.. InsyaAllah ada masa aku akan kongsikan lagi cerita dekat fikyen shasha…
#AriffBudiman
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Best… cerita las lagi PakJang…