Hantu Perempuan siam (Samad)
Assalamualaikum para peminat fiksyen shasha dan juga salam sejahtera untuk bukan muslim.Moga semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Maafkan aku andainya sambungan cerita ini hampir tertangguh selama tiga tahun .Bagi yang mengikuti kisah hantu perempuan siam ini, semua ada tiga part. Boleh lah korang semua enjoy ya. Tapi maaf penulisan yang kurang baik dan carca merba pada ketika itu.
Penulisan ini pula adalah sambungan dari kisah pengalaman kerja aku dengan samad sepanjang kerja sebagai pembanci penduduk kawasan. Aku mulakan penulisan ini dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم.
Aku dengan Samad pun berpindah masuk ke rumah sewa yang baru iaitu rumah pak Makmur selepas rumah abg Pei kami terpaksa keluar dek tak tahan oleh hantu perempuan Siam yang dipuja abg Pei. Apabila dikenang kembali kisah seram tersebut memang agak meremang bulu roma tambahan lagi ketika waktu malam ditepian tingkap memang aura seram selalu hadir. Meskipun kami sudah keluar dari rumah sewa abang Pei, tapi adakala terserempak di tengah jalan kami tetap bertegur sapa seolah tiada apa yang berlaku walaupun hakikat nya duit deposit kami “burn”.
Hari Ahad, seperti biasa aku dengan Samad keluar pagi pulang petang adakala sampai malam ehh ternyanyi lagu ramlee sarip pula hehehe .Kebiasaan selepas kerja kami melepak di warung kopi sampai maghrib dan terus menuju masjid untuk menunaikan kewajipan hamba kepada Tuhannya. Yang seronoknya masjid ini selalu buat kenduri ala kadar , jimat duit aku dengan Samad . Memang aku tabik pada Pak Makmur seorang imam khariah yang warak dapat mendidik orang kampung dengan acuan adab dan akhlak yang tinggi disamping tidak meninggalkan adat orang melayu . Usai solat isyak, aku dengan Samad dalam perjalanan pulang ke rumah setelah penat seharian bekerja .
Aku : Oi Samad lusa kita dah kena masuk perkampungan orang asli untuk bancian, hang dah jumpa aku yang boleh guide kita untuk masuk kampung tu.
Samad : Hang jangan risau ! ni aku la Samad. Aku dah jumpa dengan guider kita . Dia pun asal dari kampung tu.
Aku : Cantiklah kalau macamtu, dia ambik upah berapa?
Samad : Aku bagi RM25 ja…Dia setuju.
Aku pun enggan meneruskan percakapan dek kerena penat. Tujuan aku bila sampai ke rumah hanyalah satu, rebahkan badan atas tilam dan terus tidur.
Hari isnin dan hari ini adalah hari terakhir bancian untuk kawasan kampung ini sebelum meneruskan bancian ke kawasan pendalaman orang asli . Hanya tinggal dua atau tiga rumah sahaja lagi . Dua rumah berdekatan dan satu rumah lagi jauh ke dalam dari kawasan perumahan orang kampung. Bila aku dan Samad tiba dipekarangan rumah tersebut . Aku dan Samad terkejut kerana terdapat kelibat moto honda 70an yang memang “familiar” di mata aku dan Samad.
Aku: Mad macam kenai moto ni.
Samad: Tak kan ni rumah Abg pei kot ?
Aku : Aku rasa dia dah ni, memang moto abg Pei. Macam mana ni ?
Samad : Buat relax ja, kita bukan buat salah apa pun.
Aku : Okay² , Mad hang bagi salam tengok.
Samad: Bagi salam apa nya abg Pei bukan Islam. Tapi kita berlakon pi lah.
Samad pun memanggil salam tapi tiada seorang yang menyahut . Berkali-kali aku dan Samad memberi salam tapi tiada seorang pun menyahut. Yang menyahut hanya burung melepak diatas dahan pohon. Setelah aku dan Samad ingin mengundurkan diri , Abang Pei pun membuka pintu . Rupanya baru bangun tidur orang tua ni haiyaaa.
Abg Pei : Kamu mari buat apa ni ? mintak deposit kamu ka. (slang thailand)
Samad : Tak, tak , abang Pei kami mai ni nak banci ja. Pasal deposit tu kami dah halalkan. Kami berdua yang salah.
Laju samad memotong tentang perbualan deposit rumah tersebut.mDan kerut dimuka Abg Pei pun kendur digantikan dengan senyuman . Bab duit senyum ya kau abg Pei. Kami pun dijemput masuk dan melakukan tugasan bancian . Maka selesailah tugasan hari ni . Tanpa berlengah aku dengan Samad bergegas balik ke rumah .
Keesokan hari nya iaitu hari Selasa, Aku dan Samad bersiap lebih awal kerana untuk masuk ke kawasan pendalaman orang asli tidak boleh menaiki kereta kerana jalan yang tidak diselenggara dengan baik .Jadinya hanya perlu menaiki motosikal. Kami singgah ke warung roti canai sebagai alas perut dan juga menunggu “guider” yang tidak kunjung tiba pada waktu yang ditetapkan. Janji 8.30 pagi 9.30 pagi pun belum sampai . Tepat pukul 10 pagi baru terlihat batang tubuh . Aku memanggilnya Abang Ropee.
Tanpa berlengah , aku menaiki moto seorang dan Samad menaiki bersama abg Ropee. Sebelum masuk ke kawasan orang asli , Abg ropee berpesan supaya jangan kaitkan percakapan dengan agama dan jangan ketawakan adat ataupun ritual yang mereka lakukan . Masyakarat orang asli dikawasan tersebut mungkin mengamalkan kepercayaaan “animisme” . Iaitu percaya semua benda yang bergerak mempunyai semangat atau roh yang baik dan jahat.
Kami pun tiba dikawasan tersebut dan Abg Ropee tanpa berlengah terus menuju ke rumah Tokku selaku ketua kaum untuk menyampaikan hajat kami untuk melakukan bancian dikawasan beliau. Tokku menyambut dengan senyuman bermakna tanda beri keizinan untuk aku dan Samad melakukan kerja. Setelah mendapat keizinan kamipun melakukan tugasan bancian . Tiba di rumah yang kelapan, tiba-tiba aku merasakan ada “something wrong ” dengan rumah ini .Di depan rumah penuh dengan barangan ritual . Tatkala aku dan Samad terdiam , Abg Ropee mulakan bicara “ini rumah pawang , jaga-jaga sikit ya”.
Aku pun mengetuk pintu dan pintu terbuka dengan sendiri lantas deruan angin sepoi-sepoi bahasa menerpa wajah. Aku pun mula membaca Ayatul kursi di dalam hati sebagai perlindung diri . Sesungguhnya Allah Mahu kuasa atas sesuatu.
Samad mula bicara “Tok kami datang nak banci sikit , Nak tanya tok ada anak atau bini ? (Diterjemah oleh abg ropee)
Tok pawang: Ada anak seorang dengan bini seorang. Ni kiri kanan aku korang tak nampak ka?( Abg ropee terjemahkan kepada kami)
Samad tertawa menganggap bahawa tok pawang hanya bergurau. Tok pawang berdengus lantas meninggikan suara . Terdiam kami bertiga .Dan aku meminta untuk abang ropee mengucapkan permohonan maaf andai tok pawang terasa hati dan meminta untuk mengundurkan diri. Usai bangun untuk mengundurkan diri tangan tok pawang menghala ke arah Samad lalu mengatakan sesuatu . Abg ropeee tersenyum dan mencuit supaya keluar dari rumah tersebut.
Setiba diluar rumah abg Ropee mengatakan apa yang dikatakan oleh tok pawang bahawa anak tok pawang suka akan Samad. Aku ketawa kecil, Dan memerli Samad “Mantap juga hang Samad boleh kawen dengan anak tok Pawang”.
Untuk makluman, Tok pawang ni aku tak tahu namanya apa . Aku sekadar beri gelaran “Tok pawang” sebab dia seorang dukun dan untuk memudahkan penceritaan. Selesai tugas aku dan Samad di kampung tersebut dan bermulalah perkara-perkara pelik yang dialami oleh Samad dan aku juga terkena tempias. Setelah selesai tugas, kami pun bergegas pulang ke rumah .
Setelah penat , Kami pun terlena di ruang tamu rumah. Aku terkejut apabila pintu rumah diketuk . Aku pun melihat jam ditangan dalam keadaan mamai jarum menunjukkan 2 pagi. Dengan rumah terasa bahang dan panas. Berpeluh aku dengan Samad . Aku kejutkan Samad yang tidur dalam keadaan berpeluh dan berkeringat. Samad pun bangun dengan muka terkejut lalu beliau membaca ayatul kursi sebagai perlindung diri.
Tiba esok pagi diwarung roti canai , Samad menceritakan perihal mimpinya . Samad mengatakan dalam mimpinya dia melihat tok pawang dan dikanan tok ada wanita tua yang hodoh dan disebelah kiri tok pawang pulak ada wanita muda gigi bertaring. Aku teringat kata-kata tok pawang bahawa dia ada isteri dan anaknya pada waktu kami bertandang kerumahnya . Apa yang dapat aku simpulkan bahawa Tok Pawang mempunyai isteri dan anak bukan dikalangan manusia.
Setakat sini dahulu . Jikalau kisah ini dapat sambutan, ya aku akan sambung untuk part berubat Samad yang dilamun cinta alam lain. Dibuat atau diperbuat . Aku pun tidak tahu. Cinta itu anugerah untuk sesiapa sahaja hatta sibuta juga mencintai seseorang tanpa melihat kepada rupa dan wajah, itulah kehebatan cinta tiada siapa dapat menghalang. Layak untuk dicintai atau mencintai atau terpaksa untuk bercinta. Terima kasih pembaca sekalian. Ada waktu aku akan sambung kisah ini…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
menarik..sembung cepat ye
sambung pls kisah ni
aduhai..lagi 3 thin nk besambung citer ni
.haha
lama tnggu ni . sambung cepat . dh jnji nk sambung kn