Hanya Dua Malam

Assalamualaikum, salam kenal buat pembaca dan pencinta Fiksyen Shasha. Aku Heza, seorang perempuan. Ini pengalaman aku. Hanya dua malam.

Dari aku kecil, aku tak pernah berambut panjang. Mesti mak aku cut ala2 lelaki. Atas alasan aku tak pandai jaga rambut (memang betul) dan aku ke sekolah pon bertudung. So bila berambut pendek senanglah aku nak urus sendiri. Selalu jeles dengan kawan2 perempuan bile tengok dorang bertocang bagai, bersepit rambut yang cantik. Namun aku abaikan demi kebaikan aku sendiri.

Sehinggalah aku berusia 25 tahun, aku nekad untuk simpan rambut panjang. Mungkin sebab aku tak biasa, aku sering sakit kepala. Walaupon rambut aku baru paras bahu. So aku decided untuk potong pendek. Setahun lebih kemudian, aku bela rambut panjang hingga paras pinggang. Seronok tak terkata dapat miliki rambut panjang walaupon susah nak jaga.

Tapi keseronokan aku tidak berpanjangan….

Pada satu malam tu, seperti biasa lepas mandi aku biarkan rambut aku lepas bebas. Bila dah kering aku ikat ponytail. Sebelum tidur, aku baring atas katil sambil layan FB dan aku biarkan rambut aku terurai bebas berjuntai-juntai tepi katil. Sedang asyik melayan FB, tiba2 aku rasa macam ada orang tarik rambut aku, satu-satu hingga tercabut dari akarnya. Aku letak hp ketepi, kemudian aku meniarap mengintai bawah katil. Takde sape2, pastu bila aku tengok lantai kemain berhelai2 rambut aku terkumpul di situ. Aku ambil dan aku gumpalkan. Positif, mungkin rambut aku gugur.

Aku sambung lagi bacaan di FB posisi yg sama berbaring sambil rambut terjuntai. Aku memang suka bersantai posisi macam ni sejak rambutku panjang, taktau lah kenapa. Tiba2 entah datang dari mana ntah angin kuat menerpa aku hingga rambut menutupi muka. Bila aku selakkan rambut, PERRRRGHHHHH wangi betul rambut aku. Hehehe. Lantas aku bangun dan duduk dibirai katil setelah berasa penat dengan posisi yang sama. Ketika tu baru aku perasan terdapat bayangan hitam disudut pintu bilik seperti tengah asyik memerhatikan tingkah laku aku. Aku tak sempat buat apa2. Pandangan aku terus gelap!.

Aku sedar2, tengok jam di dinding, “eh pukul 3 petang dah? Tadi baru pukul 9 malam, hmmm”, aku bermonolog sendirian. Paling best masa aku sedar tu separuh badan aku berada di bawah katil. Ketika tu aku lupa tentang bayangan hitam yg aku nampak sebelum aku pengsan. Aku bangun, menuju ke tingkap. Gelap. Baru aku faham, 3 PAGI rupenye. Aku ingat aku terlajak tidur sampai ke petang. Masa tu aku memang tak terfikir benda2 yang pelik ke, mistik ke apa. Aku rileks je macam biasa.

Sehinggalah pada malam berikutnya, jam menunjukkan pukul 10 malam. Mata masih segar, esok hari Ahad pulak. Memang uummphh la kan berjaga malam. Aku on laptop, sambungkan external hd kemudian aku layan Running man episod demi episod. Penat meniarap, aku berbaring, penat berbaring aku duduk bersandar di kepala katil. Aku lunjurkan kaki dan letakkan laptop atas peha. So korang dah dapatlah bayangkan posisi aku camne kan.

Ketika inilah kejadian yang buat aku seram sejuk terjadi…..

Aku tak ikat rambut, since rambut aku paras pinggang even aku duduk pon masih begitulah kan parasnya. Tapiiiiiii, masa aku tengah syok layan RM tu, berlaku sesuatu yang sape2 pon tak nak alami. Ketika tu mata memang fokus kat skrin laptop, tangan aku je meraba2 atas katil keliling aku mencari hp. Menggigil tangan aku bila masa meraba2 tu aku tersentuh rambut betul2 tepi lutut aku. Serius kemain lebat rambut tu sampai tak rasa cadar katil. Korang bayangkan suasana bilik aku yang gelap, hanya cahaya dari laptop je itu pon terhad hadapan aku je. Memang aku tak nampaklah kan empunya si rambut tu. Takkan lah rambut aku?? Tengah gigil2 tu jugak aku tabahkan hati baca ayat kursi dan surah2 yang aku ingat. Bersepah bacaan aku dibuatnya. Mata aku pejamkan sambil berdoa dalam hati supaya si empunya rambut tak menunjukkan wajahnye. Perlahan2 aku tarik tangan aku, takut aku kalau bende tu buat gila dok silang simpulkan rambut dia kat jari2 aku karang langsung terikat! Matilanak!

(Jangan rasa aku tabah sebab mampu tarik tangan perlahan2, mungkin kalau korang, terus korang sentap tangan korang kan? Tapi aku masa tu tak tau dari mana ketabahan itu datang. Kalau ikut logik akal aku pon akan sentap tangan aku laju2.)

Setelah tangan aku dapat selamatkan, bacaan masih meniti dibibir terus aku pusingkan laptop ke arah tempat rambut tadi dan sekeliling bilik. TAKDE wehh rambut tu. keadaan katil dan bilik aku pon normal! Seriau rasa, berderau darah menyerbu ke muka. Peluh toksah cakaplah, padahal bilik beraircond. Tengah2 aku mengigil tu la tetiba kedengaran bunyi ketukan. Ditingkap 3 kali. Kemudian beralih ke pintu bilik 3 kali. Mulut masih terkumat kamit membaca ayat2 AlQuran. Laptop dah tertonggeng dah (terOFF sebab wayar charger tercabut since aku tak pasang bateri). Gelap Gelita. Bila terdengarnya ketukan datangnya dari bawah katil, aku tak tabah dahhhh!! terus aku melompat bagaikan atlet lompat jauh capai tombol pintu terus keluar, lari ke tingkat bawah.

Dekat bawah masa tu adik aku tengah asyik dengan hp dia. So bayangkan aku berlari ke bawah, melangkau beberapa anak tangga dalam satu2 masa dengan rambut yang mengerbang! kebetulan time tu aku pakai Tshirt putih pulak. Aku menerpa terus ke arah adik aku yang tengah berbaring kat sofa (Ruang bawah tu cuma diterangi cahaya dari TV). Melompat beliau melarikan diri dari aku, hp dia dah tercampak ke mana2 ntah. Aku terduduk atas lantai terkebil2 tengok adik aku yang dah terperosok kat dinding tepi sofa merintih, “jangan ganggu aku, jangan ganggu aku huu huuuu” sambil tangan dia goyang2 kan.

“weh ko pehal dik?! Ni aku lah Kak Za!”, perlahan2 adik aku buka mata, tengok aku dengan wajah yang curiga.

“betul dik, Kak Za ni, ko kenape dik?”, sambil aku pergi kat dia dan sentuh tangan dia. Barulah dia menarik nafas lega sambil genggam tangan aku semula. Tapi tak lamA….

“ko bodoh ke kak? dengan rambut camtu, terjun tangga macam orang gila pastu ko terpa aku macam nak cekik aku. Tok imam pon hilang serban kalau kena camtu! Jahatlah ko kak kalau nak gurau pon agak2lah terkejut tau!.. ^#%#%!!,” berbakul aku kena maki dengan adik aku, amboi kemainkan mulut kau dik.

“dik aku bukan sengajalah dik, aku kena kacau kat atas!”. airmata dah meleleh dah. Takut + sedih kena maki.

Adik aku pandang muka aku. Baru dia tampak risau bila tengok keadaan aku yang tak terurus. Dia bangun kemudian on kan lampu ruang tamu. “Kakkk, muka kau pucat! istigHfar kak, mengucap, jom ikut aku g dapur”. Sambil adik aku pimpin tangan aku ke dapur. Kami duduk di meja makan. Adik suakan segelas air pada aku lepas dia bacakan sesuatu. Lepas tu dia ambil getah oren (yang selalu orang ikat bungkusan makanan tu) dia ikatkan rambut aku. Sakit tau ikat rambut guna tu, ciss punye adik. Kemudian dia duduk depan aku sambil pegang tangan aku.

“Kak, meh citer meh kat adik sape kacau akak tu?”, adik mulakan bicara.

“entahlah dik, akak tak tau. Dia main ketuk2, dia bagi akak pegang rambut dia. Akak takut, uuu, uuuu”, aku menangis tersedu2. Aku sambung lagi, “malam semalam akak nampak bayang hitam kat bilik pastu akak pengsan. Dia tak kacau dah sampailah tadi”.

“Hmm kak kan adik dah cakap, jangan biasakan juntai2 rambut kat katil macam tu. Adik rasa akak ni dah kena sakat. Ape yang adik tau bende tu memang suka camtu, dia ingat akak ‘kawan’ dia agaknye”. Muka adik serius. Ye memang adik aku selalu pesan jangan buat camtu, tapi aku degil dan selesa dengan posisi santai camtu. Adik tuangkan lagi segelas air. Terkumat kamit mulut dia membacakan sesuatu kemudian serahkan gelas air tu pada aku.

“Nah, minum ni abeskan. pulihkan semangat, baca bismillah, alfatihah dan selawat”, katanya. Adik aku pandai sikit bab2 camni. Mungkin dia bersekolah di sekolah agama dari form 1 sampailah form 5. Sekarang dia sedang mengambil Diploma dan berada di tahun akhir. Semoga berjaya dik.

“Kalau akak leh solat, akak solat dulu baru tido ok”, sambil memandangku. Aku gelengkan kepala.

“akak nak tido kat bawah, temankan pleaseee”. adik aku mengangguk. Kami bentang comforter depan TV. Selambaklah dua beradik malam tu beradu kat ruang tamu. Sedang kami berbaring, adik aku bersuara. “kak, adik rasa hp adik macam dah jahanam je. Macam mintak baru pulak, lagipon bukan salah adik kan kak?”. Aku toleh pandang adik aku. “Yela, sok akak gantilah. Sorry”, terus dia senyum sambil pejam mata. “aih dik, ko tido dalam iman ke?”, senyap. Malas nak layan lah tu.

Esoknya, aku buat keputusan untuk potong pendek. Paras bahu. Pengalaman dua malam tu cukup untuk buat aku serik. Tiada alasan untuk aku bersantai dengan posisi favourite itu lagi. Mungkin aku lalai, mungkin aku terlalu teruja, dan aku manusia yang tak pernah ambil tahu hal2 mistik ni sehingga kejadian ini menyedarkan aku bahawa wujud makhluk lain di dunia ini.

Selepas tu aku tak kena kacau dah. Hanya dua malam tu je. Adik aku kata, mungkin dua malam tu kebetulan bende tu tengah ‘lalu’ agaknya kat bilik aku. Allahualam. Adik aku pon dah dapat hp baru. Rabak purse aku wehh. Sekian saja pengalaman aku. Maafkan aku kalau ade kekurangan dalam penulisan aku ni. Aku bukan penulis hebat, cuma nak kongsi pengalaman yang mungkin bagi korang tak seberapa.

Heza
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. Rambut ape dlm masa setahun lebih bleh tumbuh sampai paras pinggang?! Rambut makbapak ko!!! Kalo nk bohong tu, biarlah logik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.