Assalamualaikum pembaca FS. Masih ingat kisah mengenai Harimau Jadian? Disebabkan ada yang minta sambungan, jadi dengan berbesar hati aku sambung perceritaanku mengenai keturunanku. Sebelum tu, aku ada baca komen2, ramai rupanya yang dah tahu aku dari keturunan mana, jadi yang dah tahu, tahulah, yang tak tahu anggaplah keturunan apa sekalipun.
Kisah yang ingin aku kongsikan masih berkait dengan ‘penjaga’ keturunan kami. Percaya atau tidak, anggap saja sebagai hiburan. Aku memang sukakan aktiviti2 lasak terutama sekali yang melibatkan hutan. Boleh dikatakan dah banyak kali aku masuk hutan, dari hutan riadah orang ramai sampailah ke hutan yang tidak dilalui oleh orang.
Demi mendapatkan bahan kajian, aku ajak seorang rakan dan seorang pak cik untuk bantu kami naik ke satu gunung ni untuk aku cari bahan mengenai kajian yang tengah aku jalankan. Aku berikan nama kepada pak cik ni sebagai Pak Lat Sebelum kami bergerak, pak Lat ada pesan bahawa di kawasan ni sudah lama manusia tidak lalu, mungkin kawasannya sudah menjadi hutan tebal. Pak Lat pernah pergi ke kawasan ni sekitar 10 tahun lalu. Sudah pasti banyak yang sudah berubah. Pak Lat sempat berpesan lagi, kemungkinan kita akan berhadapan dengan binatang buas seperti harimau belang dan mungkin juga hantu. Tanpa berfikir panjang, kami yang memang tengah excited ni tak kisah semua tu. Sebab kami tahu Pak Lat ni bukan orang biasa, orangnya penuh ilmu di dada mengenai hutan ni.
Sampailah kami di kaki gunung, kami bertiga terus berjalan menuju masuk ke dalam hutan yang tebal tu. Tiba-tiba Pak Lat suruh kami berhenti. “Tunggu dulu, ada yang memerhatikan kita!” kata Pak Lat. Terus meremang bulu roma aku. Kami terkejut gila tiba2 pulak kami kena stop. Dah lah Pak Lat cakap macam tu. Apa benda pulak yang tengah perhatikan kitorang. Pak Lat guna isyarat mulutnya untuk menunjukkan sesuatu. Allah!!! Bersaksikan mata dan kepala aku, aku nampak samar-samar suatu makhluk yang sungguh besar seperti burung sedang membuka kepaknya di sebatang pokok yang terletak betul2 di laluan kami. Warnanya hitam, badannya sungguh besar. Makhluk apakah ini.? Emm. Tapi yang menghairankan aku, hanya aku dan Pak Lat saja yang nampak, Abu kawan aku ni tak nampak apa2. Dan yang lebih menghairankan aku, aku rasa seperti ada sesuatu di sebelah aku masa tu. Seperti ada sesuatu di sebelah aku yang mengikuti aku sampai ke puncuk gunung ni. Tapi aku buat tak tahu je. Mungkin hanya perasaan aku.
Masa aku dan Pak Lat nampak makhluk tu, kami berdua terkedu. Pak Lat pandang tepat ke mata aku sambil Pak Lat berkata “Ada yang melawan di sini”. Aku makin hairan dengan apa yg Pak Lat cakap. Apa benda pulak ni. Benda apa pulak melawan. Pak Lat pandang aku, dan suruh aku jalan dulu. Sebelum tu Pak Lat suruh aku baca ayatul kursi dlu sebelum memulakan langkah. Aku makin pelik, asal aku pulak yang kena jalan dlu. Dah lah benda tu kat depan kot. Aku takut jugak. Sebab ada 3 orang je aku berani lagi. Pak Lat sempat lagi berpesan, “Jangan risau, kamu bukan berseorangan”. Haaa?? Apa maksud Pak Lat ni!! Belum sempat aku bertanya, Pak Lat pandang aku dan suruh aku jalan saja. Dengan ketar lututnya aku jalan saja. Aku tak pandang benda tu. Aku tunduk saja. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan masa ni. Aku takut tapi aku perlu beranikan diri jugak. Sebab aku jugak yang buat idea nak hiking ni. Masa ni Pak Lat dan kawan aku masih tunggu di kawasan kami berhenti tadi, biarkan aku jalan sorang2. Aduhhh, nak terkencing aku takut punya pasal. Bila semakin hampir dgn makhluk tu, jantung aku berdegup macam nak pecah dah. Nak pengsan dah aku. Masa tu jugalah angin kuat tiba2 saja lalu. Aduhhh. Aku baru nak start hiking ni, dah kena mengadap dengan benda2 ni.
Tiba2 Pak Lat jerit dari belakang, “Tunggu kami, dia dah lari”. Aikk. Aku pusing kepala aku ke arah makhluk tadi, dan… hilang. Tiada apa2 melainkan hanya dahan2 dan dedaun. Aku pelik kenapa Pak Lat suruh aku jalan dulu. Dan kenapa Pak Lat bagitahu aku tak berseorangan. Mungkinkah Pak Lat tahu mengenai ‘penjaga’tu. Dia boleh nampak ke. Emmm. Dipendekkan cerita, aku sempat bertanya kepada Pak Lat, mengenai kejadian tu. Dan Pak Lat hanya tersenyum sambil berkata, “itulah rahsia keturunan, ada tanpa sedar”. Kata2 Pak Lat benar2 menghantui aku beberapa bulan selepas kami masuk hutan tu. Apa sebenarnya yang Pak Lat maksudkan.
Kisah kedua. Terjadi ketika aku menjadi guru pengiring perkhemahan unit beruniform di Janda Baik. Itu merupakan kali kedua aku pernah ke sana. Aku dah siap bawa joran aku utk nak memancing malam tu. Masa pelajar semua tengah berkumpul nanti, aku nak ke sungai sekejap. Test sungai ni. Dari tanah lapang aku menghala ke chalet aku. Aku dah berat hati sebenarnya masa ni, tapi aku gagahkan juga hati. Dah lah area sungai tu gelap gila. Walau aku telahpun mendapat hint akan kehadiran ‘sesuatu’ di situ, tapi aku gagahkan hati utk pergi memancing seorang diri malam tu. Pelajar semua tengah berkumpul dan ditemani guru2 yang lain.
Sampai saja aku di tebing sungai, tiba2 angin yang begitu kuat menerpa aku. Terkejut beruk aku. Macam ada orang libas kipas besar depan muka aku. Aku terdiam dan terkaku. Aku tahu ada yang tidak kena, tapi aku gagahkan juga untuk mengatur langkah turun ke sungai. Baru beberapa langkah aku buka, tiba2 aku terdengar bunyi harimau. Tidak jauh dari aku. Bunyi yang selalu aku dengar jika aku keseorangan. Masa ni aku betul2 dah give up dan terus berjalan dengan pantas menuju ke tanah lapang.
Bila aku balik ke tanah lapang, aku tengok ustaz tengah suluh torch light dekat satu pokok yang terletak tidak jauh dari tanah lapang tempat pelajar berkumpul. Aku tak nampak apa2.
Selesai aktiviti malam tu, aku ditugaskan untuk menemani pelajar2 untuk round keliling khemah. Aku duduk di salah sebuah pondok yang terletak di tanah lapang, kemudian ada 2 orang pelajar lelaki datang macam nak berborak dgn aku. Aku layankan aje lah. Bosan pulak duduk sorg2 ni. Kemudian baru aku teringat masa aku kembali ke tanah lapang dari sungai, aku nampak ustaz suluh torch light ke arah pokok. Aku tanya budak2 ni apa yang terjadi, dan budak2 ni bagitahu masa dorang tengah buat aktiviti kat tanah lapang, tiba2 ada bebola api lintas kawasan tu! Then aku tanya lagi. Bebola api tu menuju ke arah mana. Dan dorang jawab, ke arah sungai! Dan pada masa itulah aku berada di tebing sungai untuk memancing! Kemungkinan bebola api tu memang nak datang kat aku. Entah2 angin kuat tiba2 menerpa aku tu adalah bebola api ni. Wehhh, aku tak tahu nak tekejut macam mana masa ni. Seriuslah, apa benda yang aku buat tadi. Ya Allah, nasib baik aku tak jadi turun ke sungai. But wait, aku ada dengar bunyi harimau selepas angin yang kuat tu menerpa aku. Mungkinkah ‘penjaga’ itu sedang berlawan dgn bebola api tu? Emm
Entahlah. Aku pun tak pasti. Yang pastinya aku selamat.
Pukul 3 pagi masa tu sedang aku melepak sorang2 di tengah2 tanah lapang utk bersedia jika berlaku sebarang kecemasan, tiba2 ada seorang pak cik ni yg menguruskan kawasan tu datang. Serius lah pak cik ni tak tidur lagi sampai jam 3 pagi kot. Umur pak cik ni mungkin lebih kurang 70-an. Tapi masih kuat bekerja. But wait, apa pak cik ni buat kat sini tak tidur lagi dah pukul 3 pagi ni. Emm. Lantaklah, mungkin pak cik ni nak teman aku kot. Biarlah, ada jugak teman aku berborak. Panjang lebar kami berborak, semuanya kelihatan normal. Sebelum pak cik tu kata nak balik, dia sempat tanya aku satu soalan yang betul2 memeranjatkan aku. “Anak keturunan ******** ke?” Eh macam mana pulak dia tahu. Belum sempat aku menjawab, tiba2 pak cik tu cakap “lama sudah aku tidak melihat harimau ini”. Terkejut aku weh. Tiba2 dia cakap macam tu. Tadi kemain borak dgn aku, tiba2 serius pulak. Tiba2 angin kuat sekali lagi menerpa kawasan perkhemahan ni, dan bila aku menoleh semula ke arah pak cik tadi, dia HILANG!!!. Kemana dia!! Allah, aku bercakap dgn siapa tadi!
Keesokan harinya, Cikgu Zambri salah seorang guru pengiring tiba2 bertanya pada aku. “Cikgu borak dengan siapa pagi tadi, kemain rancak berborak”. Aku terkedu. Tak tahu nak jawab bagaimana. Disebabkan aku tak tahu nak jawab apa, terus aku tukar topik perbualan.
Apa yang pak cik tu cakap pagi tadi betul2 menghantui aku. Apa maksud dia “lama sudah aku tidak melihat harimau ini”. Dia boleh nampak ke? Emm. Dan soalan yang paling tidak dapat aku jawab, betul ke pagi tu pukul 3 pak cik tu datang berborak dgn aku. Kenapa tiba2 dia datang berborak dgn aku. Jam 3 pagi kot. Benarkah pak cik tu manusia atau jelmaan jin? Emmm. Aku biarkan segala persoalan tu tak terjawab. Aku malas untuk memikirkannya.
Inilah kisah terakhir mengenai perkaitan mengenai keturunanku. Masih banyak persoalan yang belum aku temukan jawapannya. Masih banyak kejadian yang tidak mampu aku ceritakan. Percaya atau tidak, anggaplah sebagai hiburan sahaja. Sesungguhnya kita hanyalah makhluk Allah, dan perlindungan hanyalah dari Allah SWT.
Mohon maaf jika mengguris hati mana2 pihak. Nanti kalau ada masa aku cerita lagi, tapi bukan berkaitan keturunan aku lagi. Sebab ‘ada’ yang tidak senang apabila aku berkongsi kisah2 ini. Nak siapkan satu penulisan ni pun berapa kali aku diganggu. Okay byeeee.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
ohh makna nye betul lah keturunan K*******…dapat rasa kan sbb same pernah lalui…
takcuba bertanya pada yang arif ke? maksud nya orang beragama ke? mungkin mereka ada jawapan nya. kalau dok biar jee sampai kesudah lah citer nya.
Kenapa x jumpa ustad2 utk penjelasan? Sekiranya mmg ada harimau yg mendamping baik lah di buang saja.. Adakah penulis mau ank cucu penulis mewarisinya nanti? Saya sendiri dulu pernah alami diikuti jin2 mmg x tenteram dibuatnya..usahalah selagi masih ada kesempatan.. Minta nasihat yg pakar..
Naik nyampah aku baca..tau ada damping tp wat2 cam x paham lagi..
Aku rasa dia pun tak pasti benda tu pendamping ke bukan, tu sbb dia share kat fs ni mungkin ada pembaca blh bg pendapat.
yup btl tue. .jgn asek nk negetif jerk kn. .
mmg best .ad kg cpt sambung k …