Hasad Dengki Manusia

Hai warga FS, bertemu lagi kita. Masuk ni cerita aku yang ketiga. First story aku pasal “Rumah sewa berpenghuni di Tapah”. Ingat tak? Kalau ingat lagi story tuu baguslah, sebabnya aku pun ingat-ingat lupa sejak pulang ke negeri kelahiran sendiri, hihi. Story kedua tu taknak mentionlah, sebabnya ramai cakap tak faham. So anggaplah cerita kedua tak pernah wujud :’(

Okay sebelum start story, nak ucap terima kasih daun keladi dekat admin sebab publishkan cerita aku ni. Aku nak share story ni dari tahun lepas kot! Tangguh punya tangguh, sampai aku dah habis belajar, dah kerja pun, tadak masa nak buat karangan . Ni haa baru ada masa, sebab harini cuti lepastu aku taktau nak buat apa, makanya aku pun buat karangan. Hihi, aku akan share dua story tapi objektifnya sama.

Sebenarnya mak aku tak bagi cerita sebab takut mengaibkan, tapi aku tau mak aku tak akan baca FS ni, dia buka facebook semata-mata nak buat marketing baju dia ja, hmm, aku nak cerita gak. So, story ni aku nak share untuk kita ambil iktibar dan jadikan pengajaran okay. (Harap tak keluar kat newsfeed mak aku ). Amin! Terus terang cakap, tadak yang seram sangat sebab aku tadak dekat rumah waktu kejadian dan lebih kepada pengalaman.

Kejadian berlaku pada tahun 2015, waktu ni aku still belajar dekat Tapah. Secara tak langsung aku berjauhan dengan family aku. Kalau nak balik pun, kena tunggu waktu cuti panjanglah. Waktu aku dok belajar, aku jarang call mak ayah aku ( bukan taknak call tapi line dekat Tapah time tu macam apa ja, tambah pulak kalau kau pakai maxis. Harapan!) jadi aku kena cari kawasan yang ada line baru boleh call tanya khabar semua. Bermulalah sejarah hitam dalam family aku. Ni mak aku yang ceritakan balik, kalau tak sampai bila pun aku taktau. Sobsob 🙁

Time tu bulan puasa, mak aku baru berhenti kerja dekat law firm. Kononnya mak aku nak buat full time tailor. Kononlah kan, hahaha. Lepas dia berhenti kerja kat tempat lama, dia buat part time dengan kawan dia, law firm jugak. Cuma kawan dia ni office kecik ja sebab baru dua tahun buka, yang lama punya office company besar. Bila sebelah petang pula dia menjahit. Pada waktu yang sama, mak aku ni ada pegang jawatan dekat perumahan penduduk (kawasan? Tak payah tau lah, tak penting pun, huhu) mak aku jadi setiausaha, segala surat menyurat mak aku yang akan buat. Bapak aku pun sama, tapi AJK biasa ja.

Ada satu hari tu, ada buat meeting lah antara AJK semua, tanpa disengajakan or mungkin memang disengajakan, berlaku pergaduhan antara penduduk. Ok takpalah, memang kes ni sampai sekarang dah masuk tahun baru, kes still tak selesai. Adalah sorang AJK ni , dia punya dengki ++ sakit hati dengan mak dan bapak aku. Orang tu pula ketua kepala dalam group penduduk tu, sebab dia ni kepala jadi dia nak anak-anak ikan dia (AJK bawahan) ikut dia. Makanya anak-anak ikan dia bantahlah tapi dia tersangatlah busuk hati dengan family aku. Aku highlight eh, FAMILY AKU sahaja. Mungkin sebab mak bapak aku jenis melawan balik kot time meeting tuu huhu.

Bulan puasa tu terjadilah sesuatu dekat bapak aku, yang paling ketara, badan bapak aku yang boroi dah jadi macam cicak berkaki belalang(umpama ja tau). Sebelum bapak aku kurus macam cicak, bapak aku kerap sangat batuk. Batuk yang berpanjangan. Sampai nak pi kerja pun susah, tak boleh bawa moto p kerja. Pergi hospital check, takda apa2, batuk tak berhenti jugak. Kesian mak aku, sebab jaga bapak aku yang tengah sakit, bawa berubat sana sini, tempahan dia pun tak sempat siap. Customer pun dah bising, tapi ada yang memahami, Alhamdulillah. Kerja pun kadang tak boleh pi. Sampai sengkek lah p berubat, terputus mata pencarian, jadi terpaksa meminjam duit dengan maktok (mak kepada mak aku). Maktok pun baru sebulan lebih dah tinggalkan kami sekeluarga (al-fatihah).

Last jumpa doctor, sebab taktau punca, doctor suggest berubat cara tradisional. Pastu jiran rumah merangkap kawan baik mak aku, aku panggil dia misi. Sebab dia kerja nurse dekat general hospital. Apa-apa berkaitan dengan hospital, dia akan tolong. Satu hari, misi kenalkan sorang ustaz muda yang kerja dekat hospital jugak. So buat appointment, ustaz pun datang rumah aku. Aku tadak tau, sepanjang kejadian aku kat tempat lain. Hm terasa tak berguna pula, haha. Tapi bukan salah aku, sebab aku pun taktau. Emm.

Ustaz datang, baca ruqyah semua. Mengaji (dia ada bawa budak tahfiz tiga orang). Habis ja, ustaz ni pun cakap benda sama, buatan orang. Tapi dia x bagitau detail, dia bagi hint ja. Katanya, santau angin. Orang kawasan perumahan ni juga yang hantar, tapi dia takda sini. Orang lain yang tolong tengok keadaan bapak aku. Macam nak pastikan yang bapak aku ni betul-betul sakit lah. Time ni baru mak aku percaya dan tahu siapa orangnya. Ustaz buatkan air penawar. Batuk makin berkurang. Tak sekerap dulu sampai tak boleh tidoq.

Sampailah satu tahap, bapak aku muntah d***h. Banjir hall rumah aku haha. Mak aku yang baru balik kerja terus bawa p hospital. Check punya check, doctor cakap TB. Sebab jangkitan paru-paru. Makin merebak. Kalau lewat rawat, boleh bawa maut, doctor kata. Jadi bapak aku bergantung kepada ubat doctor. Tapi bila ambil ubat tu, lain pulak jadinya. Bapak aku takleh nak gerak sebab effect ubat. Jadi lembik camtu. Tah aku pun taktau nak explain macam mana. So mak aku minta orang masjid, dan orang-orang masjid bawa lah mak bapak aku p dekat satu tempat berubat ni.

Bahan yang pakcik tu mintak buah limau dan buah kelapa kot kalau tak silap. Buah kelapa tu untuk minum. Buah limau tu aku terlupa nak tanya mak aku pakcik tu buat apa heheh. Hari first, bapak aku kena lunjur kaki dan kaki tu ditutupi dengan kain warna hitam. Bila buka ja kain hitam tu, nampak macam serpihan lampu Kalimantang. Berkilau, merelip mak aku kata. Lepastu tiga kali kena p berubat dekat pakcik ni. Katanya sebab kuat. Dan kali ketiga tu nak bagi pemati. Sebab ada khadam. Tau dak khadam tu apa? Tatau search google. Malaih nak explain bagi kat hangpa. Hoho.

Alhamdulillah, makin pulih bapak aku. Pakcik tu kata, orang tu hantar cuma nak bapak aku sakit. Tapi bila tak kuat, boleh bawa maut, tapi Allah panjangkan umur bapak aku. Syukur dia pun makin pulih. Cuma kena berpantang. Dekat setahun lebih bapak aku sakit kena buatan orang. Akhirnya, mak aku pun dah boleh kerja, buat rutin harian dia macam biasa. Ehhhh! Ingatkan dah habis, ada lagi haa.

Macam ni, aku ingat lagi 28/4/2016 (cuti sem, maknanya aku ada dekat rumah). Time ni bapak aku still dalam pantang, batuk ada laa lagi sisanya. Ditakdirkan mak aku sakit waktu tu, dia demam. Tapi demam dia ni sikit punya pelik lah. Esok tu dah la nak kena pi KL, ada kenduri. Digagahi jugak pi sebab dah janji dengan orang kenduri. Aku drive dari utara sampai ke KL. Sepanjang jalan tu mak aku kerja tidoq ja. Selalu ada co-driver. Tiba-tiba dia pulak sakit. Hm letih aku drive. Haha! Pergi rumah pengantin tido, dekat dewan kenduri tido, dalam kereta tido, eh memanjang lah tido. Dekat tiga hari jugak lah berlarutan. Sampai aku naik bebai lah. Ye lah waktu maghrib pun tido. Aku marah pun dia buat taktau, err bukan marah, geram jaa.

Aku mula la rasa pelik, aku dengan yakin yang mak aku kena buatan orang. Aku buka bacaan ruqyah. Weh tak jadi apa pun! Aku dah m**i akal kot. Nak p berubat dekat tempat pakcik tu, pakcik tu pun sakit sebab kena buatan orang juga. Maka aku pun berhuhu. Hahaha tadak ah. Gurau jaa. Mak aku start tak masuk kerja balik, sebab dia sakit. Nasib boss dia faham. Mak aku cakap dia sakit dekat belakang badan dia. Dia taktau nak bagitau macam mana, yang dia tau, dia sakit sangat. Lepas tu makcik aku tau pasal mak aku, ajak p berubat dekat Parit Buntar. Dengar cerita pakcik ni kalau orang tu mai sebab duit hilang dan pakcik tuu tolong, percayalah esok tuan yang hilang duit tu dapat balik dan orang yang curi tu sendiri yang akan pulangkan. Err boleh ke percaya? Entahlah, sekarang ni aku cuma harap mak aku sembuh jaa.

Sepanjang mak aku sakit tu, adalah pelik-pelik jadi, contohnya tiba-tiba bau d***h period padahal tadak siapa kat rumah ni period, lepastu tetiba macam ada orang perati. Kalau aku dekat dapur, aku rasa macam orang usha dari tingkap dapur. Sorry! Aku bukan jenis yang boleh nampak, rasa tu bolehlah. Haha, sebabnya tetiba bulu roma aku terpacak sendrinya sampai keluar berbiji tuu. Punya meremanglah, hahahha. Macam yang aku jangka, memang mak aku kena buatan orang. Cuma kali ni, santau tuju. Dia hantar melalui makanan. Pakcik yang ubatkan mak aku cakap, ni angkara dengki dan dia satu tempat kerja dengan mak aku sekarang.

Mak aku pun peliklah, takkan boss sendiri nak santau kan. Bila fikir balik, sorang ja yang selalu bagi makanan dekat mak aku. Mak aku syak agent boss tempat kerja dia. Aku gelarkan dia Mamu. Hm Mamu ni pandai masak, jadi apa ja makanan yang mak aku bawa balik aku orang first rembat dulu. Haha, lebih baru mak aku makan. Tapi Alhamdulillah aku tak kena apa. Sebab santau tu dah dituju kot. Bila mak aku makan, mak aku kena. Tapi mak aku dapat detect awal, sebab baru dua bulan orang tu buat santau. Pakcik tu kata, sebab boss lagi percayakan mak aku buat kerja, dan dia kurang dapat job sejak mak aku masuk kerja kat situ.

Alhamdulillah, dua-dua mak bapak aku sihat. Mak aku masih kerja dekat situ cuma pada hari tertentu sahaja. Yang paling penting, dua-dua orang yang busuk hati tu sampai sekarang ada. Macam-macam diorang dok buat lagi, bagi jatuh mak bapak aku. Kalau cerita lagi tak habis lagi ni. Cukup lah sampai sini ja, aku cuma nak cakap jangan nak dengki sangat. Kerana satu titik hitam di hati, habis busuk berkulat hati tuu. Ingatlah, Pangkat dan harta tak boleh bawa masuk kubur pun. Baik mengaji, zikir, dekatkan diri dengan Tuhan kumpul pahala, sekurang-kurangnya kurang sikit dosa hmm astagfirullah. Ok tata!

Kyra

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Hasad Dengki Manusia”

  1. Cerita ni terkesan gak kat hati…
    Tapi…
    Ade part HAHA yg x kena pd situasi…

    Terase mcm x berguna plak HAHA…
    Bapak muntah d***h banjir satu hall HAHA…
    …emmm…tu rasenye part sedih kot…

    Papepon tq and nnt share lg kay…

    Reply
  2. Benci lahh org yg busuk hati nihhh.
    dia buat makcik saya sampai dapat penyakit barah.
    Tapi makcik saya dah meninggal.
    al-fatihah.rindu arwah..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.