Hijab

Assalamualaikum pembaca FS. Aku nak ceritakan kisah adik aku sendiri yang ada kelebihan untuk nampak dan rasa kehadiran makhluk Allah ni. (Aku) mewakili adik aku okay. Sebelum tu adik aku seorang perempuan.

Kisah pertama. Masa kecik kecik dulu umur aku dalam lingkungan 6tahun, setiap malam aku akan pergi mengaji dengan kakak dan abang aku. Masa tu aku ada sorang kawan, dia selalu jalan dengan aku kat belakang sekali.aku ingat semua nampak, rupanya aku je yang nampak. Dia selalu teman aku.

Sampai bila aku dah makin membesar, sudah bersekolah dalam umur 10 tahun aku pelik kenapa dia tak membesar macam aku, dan akhirnya aku faham yang dia bukan manusia macam aku. Nak kata takut sangat tu, tak lah sebab dari kecik aku dah kawan dengan dia,dia tak kacau aku pun cuma berkawan. Haha.

Kisah kedua. Okay, arwah atuk aku ni ada saka, jadi aku boleh nampak saka dia. Benda tu pun tengok je aku sebab dia tahu aku nampak dia. Sepanjang arwah hidup dan kami tinggal sekali, mcm mcm jenis hantu aku nampak dalam rumah. Ada yg main rambut adik aku. Ada yang duduk cangkung hujung kaki kakak aku masa dia tengah tidur, aku diamkan je sebab tak nak diaorang takut. Cuma bilik mak aku je terasa sejuk sebab mak aku ni boleh dikatakan mengamalkan segala dinding( contohnya ngaji).

Arwah atuk aku ni hidup lama walaupun dia dah nyanyuk. Kadang bila makan sekali tu bukan dia yang makan, tapi saka dia. Rumah kami sentiasa diawasi benda tu, kira macam dia jaga keturunan atuk lah. Sampailah atuk meninggal, aku nampak benda tu ada dekat sisi arwah sampailah orang berkumpul baca yassin, atuk meninggal malam. Dari malam sampai ke subuh sementara tunggu nak dikebumikan, emak dan kakak aku tak henti bergilir mengaji sebelah arwah.sebab nak elak. Lepas pagi tu dikebumikan, macam macam gangguan dalam rumah, dengar bisikan, ditindih, orang kampung pun takut nak lalu depan rumah aku sebab nampak arwah atuk. Sampailah pakcik aku waris saka tu, gangguan pun terhenti.

Aku nak ceritakan kejadian kejadian semasa arwah masih hidup, tapi takut macam panjang sangat pulak. Hahah.

Kisah ketiga. Masa aku mula sekolah menengah, aku tinggal kat asrama. Asrama dengan sekolah agak jauh jaraknya menyebabkan terpaksa jalan kaki sedikit.
Satu hari ni aku punya kelas habis lambat sikit, so aku pun balik jalan sorang sorang sebab kawan kawan lain semua dah balik dulu. Nak ke asrama aku kena lalu satu rumah yang dah lama ditinggalkan, masa aku lalu tu aku nampak sesuatu berwarna hitam mengintai aku berjalan dekat tingkap. Aku punyalah laju jalan sebab takut. Giler tak ngeri, sekali pandang taknak dah pandang dua kali. Hahaa
Masa aku teruskan perjalanan, ada seorang budak perempuan cina putih melepak tiba tiba dari belakang saing dengan aku. Dia kata nak ajak borak sebab dia jalan sorang. Aku pun okay jelah sebab aku pun sorang, sekurangnya adalah juga kawan tak lah sunyi sangat nak jalan.

Aku pun borak borak kenal nama semua, dia kata dia tinggal dekat area asrama aku juga. Dia kata dia tak ada kawan dekat sekolah, dan dia suka berborak dengan aku.
Masa aku tengah syok borak, kawan aku datang tegur kenapa cakap sorang sorang, aku dah telan air liur sebab aku tahu yang kawan aku tak nampak ‘kawan’ aku kat sebelah ni. Aku pandang budak perempuan cina tu, dia senyum dengan bibir pucat dia tu. Aku terus ajak kawan aku yang datang tegur tadi balik masuk asrama cepat cepat. Patutlah putih dia lain macam. Nasib baik dia tak kacau teruk dan cuma nak berkawan ?. Tengah tengah hari weh.

Okay nanti inshaaAllah aku sambung kisah kisah lain dekat asrama selama lima tahun sampai lah aku berubat sebab aku dah tahap tak boleh dengar azan. Nanti panjang berjela sangat pulak. Haha. Terima kasih sudi baca.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

19 thoughts on “Hijab”

  1. Hashtag #hijabadik …
    Hehehehehe…

    Mesti familynye pon sllu rase berdebar ble adik tu jenis boleh nampak2…
    Huhuhuhuuu…

    Kakyong dedek dh xde, skrg dh ade pengganti sudaaa…

    Reply
  2. citer tak feel….seakan rekaan ….sorry la…mendatar jer cerita..kalau camni, aku pun boleh cerita;

    aku ada kelebihan tengok benda-benda ni… satu malam aku nampak lembaga berbungkus putih terpacak depan rumah sambil renung ke arah hutan, bila aku gosok mata, kepala dia berpusing melihat ke arah aku. terus aku tutup pintu lari masuk bilik.

    belum masuk lagi makhluk rambut panjang mengintai aku dari celahan kayu rumah aku.. makhluk tu kadang-kadang muncul dalam rumah menyorok di sebalik pintu dapur waktu malam.

    ada juga aku nampak bla bla…..makcik aku membela, bila dia sakit, aku nampak berok makye besar makan sebelah dia waktu pakcik aku bagi nasi dan lauk.setakat itu saja. nanti aku free, aku cerita pengalaman aku berlumba lari dengan pocong dekat padang sebelah kubur; pun dekat rumah aku..pendek kata banyak lah hantu kat rumah aku tu.

    see, mendatar jer….kalau boleh, permulaan cerita latar belakang, dalam isi masuk unsur suspen; dan kalau boleh humor..dan klimaks (dalam penceritaan,bukannya ‘maksud’ satu lagi tu)..pastu kalau ada sambungan, epilogue

    refer pada cerita terdahulu yang mendapat banyak feedback positif

    Reply
    • Maafkanlah die Langsat…
      Ni bkn pertandingan menulis cerpen pon…
      Apatah lg skema menulis karangan anjuran DBP…
      Die cume Nk share pengalaman, bkn sbb nk populariti apatah lg meraih royalti…
      Tak gituuuu…
      Tapi ade betolnye ckp Langsat tu…
      Once dh citer kasi detail sket…
      Sbb pembaca dh excited nk tau ble mule bace tu…
      Heheheheheh…peace yoo…!!!

      Reply
      • Huhu… marah btul langsat kecik haty dia, btul la tu kata kak yulie, maafkn dia..

        Dia pn bkn penulis, main tulis je ikut suke dia, bnyk ayt trgntng tp ok la ni.. dia mmg nk bgtau y dia blh nmpk ‘mende’ tu.. so far ok la, blh fhm pengalaman dia tu…

        Reply
  3. x kisah la kalau panjang sbab citer ni best sangat. double thumbs up! ?? you’re writing it good. ni kisah adik awak tapi awak buatkan saya terfikir ni kisah awak. awak pandai menghayati watak. hebat la ?

    Reply
  4. Berapa ribu kali aku nak mention dlm setiap komen pencerita yang perasaan sixth sense ni satu kelebihan..puiii

    Pk logik la oiii..kalau kelebihan semua org nak…so ko nak ke kelebihan tu??.xnk kan?.
    Then…itu kemalangan bukan kelebihan..
    Mind set tu betui kan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.