Histeria Di Sri Iskandar

Assalamualaikum Admin, terlebih dahulu terima kasih kerana menyiarkan kisah aku. Walaupun ia tak seram mana tetapi kita ambil iktibar sama-sama daripada kisah aku. Kejadian ni berlaku ketika aku menuntut di UiTM Sri Iskandar, ketika itu aku sudah di semester 4 (tak silap aku). Nak dijadikan cerita, sem tu kami ambil subjek Event Management, so kira satu kelas kena plan nak buat event apa. So kami satu kelas plan nak buat ceramah kat fakulti. Yang bestnya ceramah tu kami buat pada waktu malam dalam pukul 8:00 yelah malam je budak-budak boleh datang kan.

Fakulti aku ni dahlah kat hujung lepastu dalam hutan, UiTM biasalah kan.
Aku terus lompat ke cerita lepas habis event lah ye takut korang bosan pulak. Lepas tetamu semua dah selamat pulang. Tinggal kami satu kelas stay kat fakulti sebab nak kemas apa yang patut susun apa yang patut so esok takdelah kelam kabut nak kemas lagi. Dalam pukul 1:00 pagi macamtu, ada certain budak kelas aku nak balik la sebab dah habis kemas termasuklah aku. So ketua projek kami pun benarkan kami pulang sebab semua orang dah nak settle kemas.
Aku pun balik la kolej jalan kaki dengan 4-5 orang member aku ni, semuanya perempuan beb. Bayangkan dari fakulti nak ke kolej 15 minit jauh pastu kiri kanan penuh hutan pukul 1:00 pagi engkau rasa? Okay, kami pun mulalah jalan kaki. Masalah dorang ni pulak suka ketawa tak ingat dunia. Pukul 1:00 pagi lepastu kau gelak-gelak macam satu hutan boleh dengar, aku geleng kepala jer kat belakang malas nak ambik port.

So kami kena melepasi fakulti akaun untuk ke kolej, dan kami masih di area fakulti kami belum jauh lagi. Tengah syok jalan kaki tiba-tiba salah seorang dari kelompok kami pengsan, aku panggil dia Ila la. Aku tak boleh nak fikir sebab panik, ditambah dengan budak-budak perempuan yang lain dok cuba kejutkan dia dan ada yang menangis, otak aku time tu fikir suruh pergi kat fakulti balik mintak tolong budak lelaki. Aku pakai heels taw masa tu, ahh pikir apa aku lari je dengan heels tu ke fakulti, nasib baik tak jauh sangat fakulti akaun dengan bisnes. Aku jeritla kat budak-budak lelaki yang tengah lepak kat luar fakulti tu, “wehh korang Ila pengsan kat akaun sana”. Kelam kabut semua budak lelaki lari pergi fakulti akaun. Aku pulak lepak kat luar fakulti aku dengan budak-budak lain. Ohh rupanya ramai lagi tak balik.

Aku scan muka setiap sorang, tiba-tiba aku gabra! sebab apa? Budak ni aku panggil Mon dan dia perempuan. Mon ni jiran bilik aku tapi kami tak rapat pun, Mon ni pernah histeria masa sem 1 dulu, kes dia tu pun aku terlibat jugak sebenarnya. Kalau korang nak aku citer kisah Mon tu boleh je kalau kisah ni banyak views hehe. Okay serius! Aku nampak Mon macam tak senang duduk, tiba-tiba aku nampak 2-3 budak lelaki lari kat kami. “Ila kena rasuk, korang jangan balik dulu” pesan salah sorang dari dorang. Masatu jugak aku dengar Ila menjerit kat fakulti akaun, berderau darah aku. Seram yang amat. 0Tiba-tiba Mon jerit, ah sudah! Semua budak-budak kelas aku mencicit lari masuk fakulti. Budak lelaki yang lain cuba nak kawal Mon. Aku tak tahu kenapa hati aku macam kering masatu aku pergi tolong dorang. Tapi beb Mon lari laju gila, kami pun kejar la sebab dia nak lari masuk hutan takkan nak biarkan! Anak orang tu. Aku pun tak tahu apa yang merasuk aku pergi berani kejar orang kena rasuk haishh.

0Tengah dok berlari tu aku nampak pakcik polis bantuan tengah meronda, aku tegurlah pakcik tu “pakcik kawan kami kena rasuk!” pakcik tu turun motor aku ngan pakcik tu pergi dekat dengan Mon, aku heran mana jantan-jantan ni pergi. Tiba-tiba Mon ketawa sambil berlari, aku terus berhenti kejar. Gila seram meremang tengkuk aku. Pakcik tu suruh aku masuk fakulti, dia takut aku pulak kena. So aku masuk fakulti. Aku nampak muka budak perempuan yang lain mata semua merah sebab menangis. Tak silap aku kami stay situ dalam 30 minit then masuk sorang budak lelaki. “sapa nak balik boleh, ada budak pinjam kereta boleh hantar sampai kolej!” ujar budak tu. Mencicit budak-budak perempuan keluar fakulti sebab nak balik, sampai tinggal kawan pun ada. Punyalah nekad nak selamatkan diri kan.

Aku tengok kereta sebiji boleh naik 3-4 orang jer. Geleng kepala jelah. Aku malas nak berebut. Kami melangut je kat luar fakulti. Aku nampak dua perempuan ni nangis sebab kawan dah berambus blah kan, aku datang dekat ngan dorang cubala cool down kan dorang. Aku dalam hati, kawan boleh tikam kau dalam sekelip mata jer ikut keadaan, ni lah jadinya.
Tiba-tiba aku dengar suara orang menjerit-jerit, lagi kuatlah dua kawan tu peluk aku takut. Aku tak tahulah, aku kena cuba kuat jugak demi kawan walaupun kami tak rapat. Tiba-tiba aku nampak budak-budak lelaki tengah papah Mon tak sedarkan diri. Dorang baringkan Mon kat atas lantai luar fakulti, exactly depan mata kami. Yang terharunya aku nampak ada budak dari kelas lain pun tolong kami uwuuu. And one of them tahu sikit-sikit cara nak ubat orang, sementara nak tunggu ustaz datang kami guna khidmat dia sekejap hehe.

Kami terkaku je kat situ tengok Mon sebab kata budak tu benda tu tak keluar lagi, bila-bila je dia boleh sedar balik. Aku genggam jela tangan dua kawan tu cuba nak bagi dorang kekuatan. Tiba-tiba Mon sedar, di jerit. Suara dia garau weh. Budak tu Tanya dia “sapa kau!” tapi aku tak ingat Mon jawab apa tapi yang aku ingat dia tengah duduk macam orang tengah bertafakur, ingatan aku agak lost time tu aku ingat sampai budak tu baca satu surah dan Mon menggeletik kat atas lantai macam cicak nak mati, huish lentik badan dia. Tiba-tiba ada budak lelaki ni datang “jom aku hantar korang.” Aku pun terpaksalah ikut dua kawan tu balik kolej, sebab salah sorang tu dah lain macam aku tengok.

Aku temankan dorang sampai kat bilik, yang tak bestnya aku kena redah blok aku sorang-sorang. Jam dah pukul 3:00 pagi, aku kena titi satu jalan nak ke bangunan kolej aku. Tapi cubalah beranikan diri, memang masa tengah lalu satu jalan ni aku rasa ada angin kuat taw tiup macam nak terbang kain aku, tapi aku buat-buat kental la hati ni sampai aku naik bilik ketuk pintu macam nak pecah. Nasib baik roommate aku tak tidur, semua pakat gossip pasal kes kami ni, amboi cepat betul cerita tersebar. Aku ingat nak tidur terus je, esok jelah aku cari info pasal kes Mon ngan Ila. Tapi dorang “eh sya, pergila basuh muka kalau tak nak mandi pun, ambik wudhu ke.” Aku pun “boleh la kalau korang nak temankan.” Ucap aku. Lepastu memang kami beramai-ramai pergi toilet kat luar huhu.

Esok kelas, tapi aku terlajak perahu tak boleh undur. Aku ingat aku sorang yang ponteng kelas pagi, rupanya satu kelas tak datang kelas pagi. Penat weh. Kami datang kelas petang je, aku pun tanyalah budak yang stay fakulti lepas aku balik tu “apa citer Ila ngan Mon?” “lepas kau balik Ustaz datang, settlekan dua-dua kat situ.” Aku pun angguk jelah. Memang tak sangka kelas kami ni jadi bualan budak-budak kelas lain, rasa macam popular kejap. Lepastu aku balik kolej macam biasa, buka je pintu bilik, ambik kau! roommate aku tengah baca Yassin. Aku macam “korang kenapa?” soalku. “weh Mon kena rasuk lagi” jelas Lya. “cer citer.” Ujarku. “kak Su bilik sebelah bukak pintu bilik lepastu dia jerit. Si Mon dok bercangkung kat atas meja belajar dengan rambut panjang tutup muka.” Ceritanya lagi. Isy, makin teruk pulak dia kacau kali ni. Dan aku difahamkan Mon pulang ke kampung selepas dua hari kejadian tu. Aku pun tak tahulah cuma nak nasihat sikit pada adik-adik yang dapat belajar lagi-lagi tempat tu berhutan kan, jagalah mulut jagalah perangai. Bukan kita je ada kat dunia ni, banyak lagi makhluk ada kat keliling kita ni Cuma kita je tak nampak. Sekian saja daripada aku, terima kasih kerana membaca kisah aku ni.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com

7 thoughts on “Histeria Di Sri Iskandar”

  1. Ni mesti classmate aku yang cerita.. Sebab waktu ni aku pun ada kat kejadian tu dengan mon. Seriously benda paling scary jadi sepanjang hidup aku. Pengalaman takan dilupakan.

    Reply
  2. Sejak bila ada fac business dekat csi? Lama dh akak g sana. Akak budak account. Kiteorg dulu mmg jarang buat apa2 perjumpaan atau meeting fac acc kalo mlm. Biasa Kiteorg g area fspu je. Tumpang. Mlm mmg xberani la g acc gelap nak mampus. Kat lorong kelas2 tu xde lampu.xtau skang ada lampu ke tak. Fac acc ni mmg tertutup kawasannya.

    Reply
  3. Masa batch aku baru masuk… Ramai kena rasuk time minggu orientasi tu… Start kat dewan…lepas tu jadi kat Pusat islam pulak.. Batch kami batch pertama guna pusat islam tu… Katanya situ tempat penempatan makluk halus… Betul ke tak Allahualam… Nak jadi cerita, “mereka” marah sebab penempatan mereka kena kacau… Dulu uitm SI ni pernah guna khidmat macam Darul Syifa tu untuk selesai kan masalah ni… Aku ingat lagi.. Malam tu aku tengah study.. Bilik aku kt blok cemara.. Tingkap sentiasa terbuka.. Tak pernah tutup.. Dapat mesej rantaian.. Amaran jangan keluar bilik malam tu.. Sebab ustaz tengah buat pindahan makhluk halus kat pusat islam tu pergi ke kawasan hutan tepi tu.. Guna bas okay.. Aku nampak bas lalu banyak kali malam tu..

    Aku pernah jugak nampak ustaz datang tabur beras kat Fakulti acc tu.. Time tu aku ada kelas malam kat Fakulti tu… Aku bukan budak kos acc yer… Jadi aku tak tahu laa pasal kisah seram kat fakulti tu..

    Sebelah fac acc tu.. Ada tasik dulu. Dekat2 dgn fac budak art… Kalau tak silap aku… Uitm ada buat bangunan kat tepi tu.. . Situ ada kisah… Cerita pasal “ANIS”… cerita ni ada lecturer cerita kat kumpulan aku masa buat LDK.. Huhuhu scary wey

    Reply
  4. jgn ckp kat uitm si je ni ha perumahan s.i ni pon tempat bnde tu.. s.i ni dlu hutan banat.. hahaha.. mcm2 jdi sbnrnye.. bnyk kalau org luar dtg s.i tdo hotel msty akan kene.. kumpulan fourteen pon pnh kne hahaha punca sbb terlalu ketawa sgt la.. ni ha sblah rumah mak sistur ni pon rumah x de org tapi hari2 dengar org mandi ko rasa spe haha.. sbnr nk ckp s.i ni mmg tmpt die.. hormat je.. jgn terlebih suka sgt tu je pesan sis.. tq

    Reply

Leave a Comment