Blackout HOME ALONE

Assalammualaikum dan hai semua readers FS. First, aku nak minta maaf kalau dalam story aku ni aku ada TERcarut, typo, kesalahan tatabahasa, ayat tunggang langgang dan sebagainya. Mungkin story ni agak panjang. Jadi mohon tabah. Sorry kalau cerita ni boring dan tak capai expectation korang. Jangan expect tinggi-tinggi naaa nanti jiwa sendiri yang merana haha. Okay dah la mukadimmah ni, kang panjang sangat aku dikecam pula oleh pengomen tegar FS serta keyboard warrior bertauliah.

Kisah ni terjadi setahun lepas waktu tu aku cuti semester sebulan. Malangnya waktu aku balik tu aku tak dijemput pun oleh keluarga aku sebab dorang pergi bercuti ke Negara muka plastic selama 2 minggu. Mereka jalan seminggu sebelum aku balik tak tunggu aku pun, tak belikan aku tiket pun haha. Jadi aku di rumah seorang sahaja selama seminggu sementara tunggu dorang balik. Okay skip pada hari kejadian setelah dua hari aku kat rumah sensorang. Tengahari tu aku ajak kawan aku, Akong untuk jenjalan memecah bosan aku kat rumah. Dapat guna kereta abang aku muahaha.

So dipendekkan cerita, kami pulang lepas maghrib. Tapi yang peliknya jalan highway tu lengang tak seperti selalu. Sebelum masuk taman perumahan aku dan Akong (kami satu taman lain blok) mesti lalu satu tanah perkuburan. Hmm cliché kan. Waktu masuk simpang taman, aku bernasib malang lagi bila tiba-tiba pintu kereta belakang sebelah kiri (belakang Akong, aku drive) terbuka seperti direntap dengan dengan keras dari luar. “Apakah b**i hijau!”, si Akong melatah sebab terkejut dengan angin kuat yang menderu masuk sebaik saja pintu tu terbuka. Muka dia paling seram dan huduh tu buat aku lagi takut.

“Bakekang betul la!”. Aku rasa nak stapler je mulut si Akong ni, memaki tak habis-habis. Kami dah gelabah, dah lah tempat tu gelap tapi sebab kami dah takut sangat aku drive je sampai masuk taman dengan pintu tu terbuka haha. Terlambai-lambai pintu tu lol. Aku syak kereta abang aku ni dah nazak kot. Dah sampai perkarangan rumah Akong, baru la aku tutup pintu tu. “Hati-hati kau balik nanti even sebelah blok je. Kalau kau jumpa hantu yang kacau kita tu kau jangan minta tolong sama aku. Anggap kita tak pernah kawan”, gurau Akong.

”Cilaka kau. Musibat punya kawan”, jawabku. Lepas Akong masuk rumah dia sambil tersengih aku pun ciao la. Sampai rumah dah pukul 9 malam lebih. Rumah gelap sebab aku lupa on lampu sebelum jalan. Malam tu belum ada gangguan lagi, enjin belum panas kot haha. Keesokan harinya hari ketiga aku sensorang kat rumah, malam tu hujan lebat, kilat sambung menyambung beserta guruh yang kuat. Dengan berbekalkan makanan ringan aku gigih on tv tapi yang seramnya aku lupa kuali astro ni tak berfungsi kalau hujan. Haram jadah tul.

Aku ambil keputusan nak tidur kat ruang tamu je. Aku ambik port atas sofa depan tv. Lebih kurang 5 minit tu aku berselubung dalam selimut sambil tutup mata tiba-tiba ‘’pang!’’. Blackout la jib. Aku capai phone aku tengok jam 11 malam. Aku capai powerbank aku untuk guna lampu, waktu tu aku menghadap dinding jadi aku toleh belakang sambil suluh keadaan sekeliling yang gelap bak kicap cap ayam.  Dan di sini la detik hujung nyawa si malang, aku tersuluh ada satu makhluk yang sah-sah bukan manusia, aku tak tau kak pon atau kak lang, yang penting satu spesis, berdiri tegak sebelah tv dekat satu sudut dinding.

Sorry tak tau nak explain layout ruang tamu kami ni sebab aku pun tak faham dengan ruang tamu kami ni. Dan part paling best syial aku suluh tepat muka dia. Bulls eye! Muka dia memang aku ingat sebab jelas sangat. Mata dia koyak tapi takda mata putih, semua hitam, mulut dia takda bibir, gigi je nampak. Gigi dia macam lidi tau. Tajam, banyak dan panjang. Hidung dia aku tak ingat sangat, rambut dia tak pernah sikat. Pastu botak sikit. Baju(?) dia lusuh warna lumpur. Dia transparent youuu.. aku suluh tu aku still boleh nampak dinding kat belakang dia. Jarak kami tak lah jauh sangat, lebih kurang 6 langkah dari tempat aku ke tempat dia.

Kaki dia memang takda la, hilang ditelan kegelapan. Boleh tahan lama aku bertentang mata dengan dia dengan mukanya yang tak logik tu. Bila dia senyum sambil buat bunyi ‘’heh’’ banyak kali aku terus toleh balik dan selubung dalam selimut. Segala peluh jantan betina aku keluar tanpa malu, tulang-tulang badanku menari-nari ketakutan. Phone aku tak tau kat mana entah. Jadi sepanjang aku selubung tu dia boleh pula menangis, mengilai, buat unexplain bunyi dan sebagainya. Dalam aku baca ayat-ayat yang aku tau, aku tak sedar yang aku tertidur. Bila aku terbangun sebab panas, aku dah rasa lega sikit . aku syak benda tu dah takda. Tapi bila aku toleh ke belakang dengan muka yang berpeluh dan berbekalkan bantuan cahaya lampu powerbank yang aku tercampakkan di atas lantai tadi aku dah dapat agak benda ni seekor yang sangat setia merecik hawauu, terharu siak. Dia still kat posisi yang sama, tenung aku dan tersengih sambil buat bunyi ‘’heh’’ tu ulang kali. Meluat pula aku.

Aku dah tak sempat nangis, ak toleh balik sambil cakap, ‘’janganlah tenung lama sangat, u blah la’’ dengan suara terketar-ketar, badan menggigil aku cakap macam tu. Takut juga la aku nanti dia jawab ‘’okay shayang..’’.. kalau dia jawab macam tu, pada waktu kejadian juga aku cirit sambil baring tanpa segan silu. Lepas aku cakap macam tu dia mengilai nangis. Lepas 15 minit aku ignore dia, aku toleh belakang, Alhamdulillah dia masih ada di sana cibai. Tapi kali ni dia membelakangi aku. Dia merajuk kot. Aku dah takut sangat aku ignore sampai la aku tertidur dan terbangun dengar azan subuh dan seraya itu rumah aku dah ada api balik. Dan benda tu pun dah takda. Perghh basah kot sofa. Basah sebab peluh ye bukan air kencing.

Aku tak tau sama ada kejadian pintu kereta terbuka tu ada connection atau tak dengan benda tu. Pastu aku kol Akong dia cakap dia tak kena kacau apa pun, bahagia je dia kat rumah. Aku bawa lepak dia tak nak takut benda tu kacau dia pula. Ewahhh mangkok jamban punya kawan. Kenapa la aku tak ajak dia tidur rumah aku malam tu. Nyesal tak ke sudah. Lepas tu dah takda gangguan lagi. Selamat la aku mereput dengan jayanya sampai family aku pulang. Tapi malang aku berganda-ganda bila aku dapat ole-ole sebungkus Maggie ramen yang ada jual kat kedai tu je. Sekian.

Cokelat-san

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.8]

38 thoughts on “Blackout HOME ALONE”

  1. Hahaha…bole pulak ber ‘u’ dgn dia…yg penting..fhm plak u tu dituju utk dia…siap request jgn tenung lelama lg..pandai plak dia toleh tempat lain lps di request..anyway..enjoy bc cerita ni..dan jgn takut utk di kecam k..

    Reply
  2. Kalau menaip pun kau termencarut, agak dalam kehidupan seharian pun kau lagi dahsyat mencarut. Patutla awek takde bibir tu berkenan dan kekal setia.. hahaha

    Reply
  3. Serious cerita ni mmg Super duper best sbb walaupun cerita ni asalnya cerita hantu tapi tetap ada unsur humor yg mengelikan hati bila baca… ???…keep it up

    Reply
  4. hahhahahahaha jadah ngan aku sekali gelak sambil baca….ko xlayan dia kan so betol la dia membelakangi ko jib merajuk letew…. ayat akong tu win…“Hati-hati kau balik nanti even sebelah blok je. Kalau kau jumpa hantu yang kacau kita tu kau jangan minta tolong sama aku. Anggap kita tak pernah kawan”….jilaker

    Reply
  5. “Lepas 15 minit aku ignore dia, aku toleh belakang, Alhamdulillah dia masih ada di sana cibai.”
    msa ni bergegar pejabat ak gelak..kah3

    Reply
  6. Bestla cte camni. Kelakar, sempoi, sume ad…kalau dgr cte ni depan2 mesti trburai isi perut gelak. Post up la lagi cte cmni

    Reply
  7. seram dlam kelakar ka..kelakar dlm seram.>
    anyway..best..walaupun ada pencarutan.. ingore tepi..xtahap nazak sgt

    Reply
  8. Ko mang klaka seram…aku harap antu tu & antu2 lain kan setia mengaco ko slalu …dapat la aku baca citer ko lg…
    Aminnnn.,.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.