Homestay Berpenunggu di Kuala Terengganu

Kisah nya start macam ni, tuan homestay ni kawan rapat kepada makcik aku, kitorang panggil dia Auntie Ros,

Background dia dengan family dia agak kabur sebab aku pun tak berapa nak involve sangat dengan kawan-kawan makcik aku. Dia pelawa makcik aku yang guide 4 family ni bermalam kat homestay dia konon-konon nya nak return the favor la selalu melayan dia bila dia datang KL, dan kitorang plan nak check-in Awana Kijal keesokan harinya. So, takde objection dari makcik-pakcik aku yang lain semua setuju la nak bermalam kat homestay dia.

Area homestay tu biasa la scenery kampung yang dekat dengan laut, pokok-pokok, semak kiri-kanan tepi jalan.

Dalam compound homestay dia memang luas, boleh muat 5 biji rumah. Family kami ni ada 4 family, 6 lelaki

10 perempuan. Sampai je homestay Auntie Ros ni around 6 petang, terus dia divide kaum lelaki duduk rumah depan main gate (main house) dan perempuan plak kat bahagian belakang (house no.2), kalau nak menapak tu kira-kira 500 meter gak. Aku tak cakap banyak terus bakar rokok jalan-jalan tengok area homestay dia tu, sampai kat rumah no.3, aku terbau hanyir, bau bangkai skaligus, aku rasa cam biasa je mula-mula, pastu dengar 2,3 orang berdengkur kuat kat dalam rumah no.3 tu, padahal takde orang lain pun sewa homestay tu. aku terus berlari pegi kat family aku balik. ingat tak ada apa-apa la, maybe sebab berdesing telinga lagi duduk dalam kereta dengar radio lama-lama.

Tuan homestay ajak la tengok-tengok rumah yang kitorang nak tido nanti, masuk rumah lelaki, aku tengok cam biasa je, not bad untuk tido ramai-ramai. Masa tengah tunjuk-tunjuk toilet semua, aku gatal tangan buka pintu dapur, masuk je dapur tu aku terus bau benda sama macam tadi, hanyir dengan bau bangkai, elok je auntie Ros ngan uncle Mahmud (husband dia) cakap dapur tu rosak.

Aku dah rasa pelik dah, padahal tengok elok je bersih, berkilat. takde hal la, malas pertikai rumah orang.

Start lepas Maghrib, tuan homestay ajak barbeque dekat area rumah perempuan, nak house-warming kata nya,

Masa tengah makan ramai-ramai tu, aku dengan pakcik aku perasan uncle Mahmud ni mata meliar tengok kawasan semak luar compound homestay dia, pastu every 10 minutes dia akan letak daging-daging barbeque dengan tulang-tulang dalam dulang pastu hilang ke belakang rumah, pakcik aku cilake terus tegur “bagi hantu raya makan ke mud?” dia sengih je orang tua tu.

Dalam tengah beramai-ramai menjamu selera, sedara perempuan aku panggil naik beranda rumah diorang nak borak-borak, masa berborak tu dengar orang berlari atas bumbung rumah, aku dengan sedara aku tengok muka masing-masing dah cuak habis, pastu tengok family kat bawah cam takde respond bunyi tu, terus diam kitorang, turun bawah mingle dengan family konon-konon nak abaikan apa jadi. Lepas tu, situasi normal sampai Isya’.

Lepas family kitorang settle barbeque & Isya tu semua dah balik rumah masing-masing, dah ready nak tido je sebab penat whole day kat luar. Elok pukul 10 je semua dah flat kecuali aku, why? sebab malam tu ada game UCL Manutd vs Rangers, aku stay up la nak tunggu 2.45 pagi, elok pulak rumah tu ada Astro. Dalam baring-baring main phone tu aku rasa nak merokok, aku pegi kat dapur tu, buka je bau sama lagi, rasa tak sedap aku pegi la keluar beranda depan bakar rokok, baru 2,3 pump aku rasa angin laju berdesup kat muka aku, meremang gak, aku buat dont know je.

Pastu aku perati luar macam pokok bergerak-gerak, aku perati sekali lagi, sekali dua kaki besar pokok, hitam berbulu lebat, siap dengar benda tu merengus macam struggle nak langkah, mau berderau aku terus padam rokok baling luar masuk dalam balik, mengucap terus baca ayat-ayat Quran yang aku tau.

Disebabkan Manutd punya pasal, aku sanggup tak tido gak, takut tolak tepi dulu, lagipun sedara aku adik-adik aku ada tido ramai-ramai depan TV. Aku stay la sampai 2.45 pagi, on TV je aku perasan macam ada orang perati aku dari katil, aku pusing belakang tengok takde plak, aku relax lagi layan game, elok pukul 3.00 a.m. witching hour orang kata.

Aku rasa macam ramai pulak orang berdiri belakang aku, aku pusing sekali lagi, memang ada 3 lembaga ni, tinggi sampai ke siling rumah, perati aku. terus menjerit aku, semua adik beradik aku ngan pakcik aku bangun blur-blur tanya kenapa, time aku nak cerita, terus melanting kerusi kat sebelah TV tu, pastu angin macam tornado dalam rumah, betul-betul mengamuk benda tu. Tak cakap banyak terus berlari kitorang dari rumah tu pegi rumah perempuan.

Masa berlari ke rumah perempuan, adik aku perasan ada orang kejar, dia toleh belakang, benda besar pokok tu berlari sekali sambil meleleh air liur, situation time tu memang havoc, nasib baik takde yang kena tinggal. Sampai je kat rumah perempuan, makcik aku buka pintu je terus cakap “korang kena kacau gak?”, rupanya belah perempuan kena kacau dalam bilik air.

Makcik aku cerita, lepas pukul 12 tadi, semua tengah nak tido, tiba-tiba ada orang mandi dalam toilet tu, padahal dah head count semua kat luar tempat tido. Bunyi orang mandi tu terus stop masa diorang dengar kitorang menjerit-jerit kat luar. Old heads dalam family aku semua decide stay dalam rumah perempuan, buat bacaan Yassin ramai-ramai, sebab nak blah dari tempat tu kereta kitorang park dekat area main house, plus benda yang besar alam tu kami still dengar dia tengah keliling rumah no.2 pulak.

Dalam keadaan takut,semua pun baca ayat-ayat Al-Quran sampai ke subuh pagi, none of us slept that night, traumatized dengan disbelief sebab benda jadi real.

Masuk waktu subuh je, baru rasa semua bunyi slowly hilang, makcik aku terus call auntie Ros suruh datang, semua dah panas hati time tu, takde nak mintak explain apa-apa, cuma nak dia lepaskan kami keluar dari homestay dia.

Auntie Ros ni sampai la homestay tu 30 minit lepas tu, dengan husband dia. Diam tak berkata sepatah pun, kami pack, start kereta terus tinggalkan homestay puaka tu.

Sampai je kat Awana Kijal tu, makcik aku cerita auntie Ros call dia explain yang belaan-belaan uncle Mahmud tu mengamuk sebab tetamu iaitu kitorang tak bagi dia makan, dengan sembahyang, dia tak suka dan dua orang perempuan dari family aku datang bulan.

Clincher cerita ni, belaan uncle Mahmud tu bela 4 ekor hantu raya untuk jaga kawasan homestay dia. Since then, makcik aku avoid berkawan dengan family diorang.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
chuck

23 thoughts on “Homestay Berpenunggu di Kuala Terengganu”

  1. “kaum lelaki duduk rumah depan main gate (main house) dan perempuan plak kat bahagian belakang (house no.2), kalau nak menapak tu kira-kira 500 meter gak…”

    Bior benor 500m…???
    500m tu jauh tu…
    Setgh kilometer kot…
    Itu bru jarak dr umah pertama ke umah kedua…
    Semua ade 5bijik umah…
    Besor tanahnye Pak Mud tu, berkilometer mau…
    Patotler byk nooo ‘pengawal’ nye, siap besor pokok pon ade…
    Bgtauler homestay mane wei…
    Kot ler kang termenginap kat situ, kughuih teman dibuatnye…
    Nk kena lari2 jauh cenggitu…

    Reply
  2. Homestay dlm cerita ni di daerah Kuala Terengganu kan, so xde kena mengena dgn daerah Kemaman yg ade Awana Kijal tu. Awana tmpt diaorg stay selepas kejadian di homestay.. Tp xtahulah kot org keliru antara nama daerah & negeri ?

    Reply
  3. Suruh jaga homestay sekali halau org dari duduk homestay. Tak paham logic orang membela ni. ??‍♀️ Bela anjing pun lagi bagus, tak syirik. Ish.

    Reply
    • Ape yg akk nampak, seolah2 guests tu adalah habuan utk menjamu belaan die…
      Sbb tu gamaknye bersungguh soh kwn tu stay situ…
      Serem banget lhooorrrr…

      Reply
      • Erkkkk! Demmit. Menakutkan lah. Dah baca macam2 kat sini jadi takut semua. Haha! Takut nak sewa rumah, nak kawen, nak berjalan sewa homestay, eh takut semua la. Hahahah. Tak hidop la toqqqq.? Allah ada.

        Reply
  4. Saya rasa saya tahu tempat tu dengan watak yang disebutkan semua betul tapi alhamdulillah menginap 3 hari kat situ, memang best sangat-sangat. Owner homestay sangat baik. Anak dan maid dia pun baik. Breakfast sangat sedap dan banyak. Dorang tak kedekut. Saya & family tak kena kacau pun. Saya pun ada anak kecil. Syukur ok semua. Anak semua minta repeat menginap kat situ. Malam pertama say tidur di family room, bilik tidur yang besar. Second day saya minta tidur di bilik menghadap laut. Homestay tu ada anjing kat belakang untuk jaga rumah. Pagar batu kat belakang rumah pun penuh kaca. Rasany kalau pencuri nak try masuk maybe akan tercacak dengan kaca tajam dulu kot. 🤣🤣

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.