Humming Cik Ponti Bukit Tinggi

Assalamualaikum FS dan readers sekalian. Hari ni aku nak kongsi kisah benar yang aku pernah lalui di sebuah IPTA berdekatan Sungai Pusu. (Ada sesiapa yang tak kenal ke…ehehe)

Beberapa tahun lepas, ada satu program leadership dekat Bukit Tinggi, Pahang. Aku tak berapa ingat nama dia. Mclead kot? Seakan-akan. Program tu 3 hari 2 malam, bertempat di Pusat Latihan Bukit Tinggi milik kerajaan.

Ok, kisah bermula… Jumaat kitorang bertolak ke sana. Aku beserta Hana, Mimi, Zuzu. Aku dah terbayang, mesti dekat2 Bukit Tinggi yang ada castle tu….rupanya hanyalah bayangan gurauan… Sobss…. Pusat Latihan tu jauhhh nun di puncak satu bukit. Sekeliling hutan. Cuma Pusat Latihan tu je satu-satunya bangunan kat situ. Lepas tu, semua peserta diberikan bilik. 1 bilik dua orang. Malangnye, aku dapat bilik yang paling hujung., yang mana sebelah sana dah tak ada bangunan. Lagi malang, aku dapat katil sebelah tingkap. Tingkap tu besar gila.dia macam tingkap hotel kot, lebar dan memanjang ke bawah, jenis bole buka tutup. Bertambah sadis, tiada langsir kat tingkap besau tu. OMG! Camna la aku nak tidur malam nanti.

Malam pertama, kitorang balik bilik jam 12 malam. Aku cuma tarik langsir tu, tapi masih tak dapat tutup keseluruhan tingkap. Sebab tingkap tu besar kan saiz dia. Berbekalkan doa-doa serta bantal tutup muka, aku dapat tidur lena malam tu. Hari kedua tu, aku cam rasa takut untuk malam menjelma. Takut nak tidur kat tepi tingkap besau tu. Dan…malam pun menjelma………jeng jeng jeng.

Jam 12 lebih malam, aku dan zuzu masuk bilik lepas kepenatan beraktiviti. Aku cuci muka dulu, dan kitorang on TV. Dapat siaran KBS tu, pergh merecik hawau. Haha. Tengah syok berborak dengan zuzu, tiba-tiba siaran TV jadi gelap dan tak dapat siaran. Bunyi macam signal rosak. Serentak dengan tu, aku terdengar bunyi suara perempuan humming. Aku tau tu lagu lama, tapi tak pasti lagu apa. Lagu tu sangat seram didengar malam-malam. Aku pandang zuzu, Zuzu pandang aku. Sah! Kitorang dua memang dengar! Kitorang senyap je dalam beberapa saat. “zuzu, aku tukar channel lain ye”, aku cakap dan tukar terus channel tv. Pelik, tiba-tiba saluran tv dah ada balik. Aku terus selubung badan, membelakangkan tingkap besar. Kena tidur awal dari zuzu, pasal aku yang paling dekat dengan tingkap. Apa-apa yang muncul kat tingkap, aku jugak yang kena dulu. Hahaha.

Besoknya, hana dan mimi bagitau, katil diorang kena goyang. Tanpa sebab, tanpa sesiapa buat. Mistik kan? Dalam jam 7 pagi diorang kena. Aku senyap je, malas nak cerita benda malam tadi, kang diorang takut. Bila dah balik hostel/mahallah, aku tanya kawan pasal humming tu. Dia cakap, lagu pontianak dengan anak dia (sorry tak berapa ingat tajuk). Siap kawan buat humming tu. Sebijik macam hantu bukit tinggi tu. Adakah ia cik Ponti? Besoknya, waktu kuliah, ada Lecturer ni ikut program kat bukit tinggi tu. Dia cerita, bawa anak kecil. Bila balik rumah, anak dia cakap, mimpi nenek muka kerepot nak ikut balik rumah. Jumpa nenek tu kat bukit tinggi. Hai nenek kebayan ni, duduk jelah diam-diam kat sana.

Ok lah, tu je cerita mistik aku dari Bukit Tinggi Pahang. Terima kasih pada yang sudi membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Yayah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 thoughts on “Humming Cik Ponti Bukit Tinggi”

  1. bagi abang, cerita adik ni sangat menarik perhatian untuk bedtime story. anak2 belum tidur suka dengar. bagus, teruskan untuk menulis slot di majalah ujang dan manga. anyway beware of dog. estemalasiano merde kuntuha salemen

    Reply
  2. bkn susah. ambk lah kain batik yg kau pakai masa mandi tuh sangkut dkr tingkap tuh. arghh xkn bnda tuh mcik kna ajr

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.