Segala nama bagi watak di dalam cerita ini merupakan nama samaran kerana ingin menjaga identiti orang yang terlibat di dalam kisah ini. Merupakan kisah benar penulis sendiri.
cerita ini boleh sahaja dibaca jika tidak membaca ‘Hutan di Tasik Chin Chin’. Tidak bersangkut paut. Tetapi digalakkan baca bagi menyokong penulisan saya. Teheee ~~~
Selesai sahaja roll call malam, kami terus menuju ke bilik air bagi membersihkan diri untuk tidur. Aku ketika itu agak lama membersihkan diri. Kawan aku, Nur, mungkin sudah tidak tahan mengantuk meminta diri untuk pulang ke khemah terlebih dahulu. Aku mengiyakan sahaja kerana terlampau kasihan dengan kawan aku yang dah tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Usai aku membersihkan diri, aku terus menuju ke khemah aku yang terletak berhampiran dengan tasik Chin Chin.
Masuk sahaja aku ke dalam khemah, Nur terus menarik aku sehingga aku terduduk di sisi dia. “Aku takut.”, ujar Nur. “Alahai, dah kenapa kau ni ? Ada apa-apa berlaku ke ?”, tanya aku. Di dalam hati aku sudah mengagak mungkin ada sesuatu paranormal berlaku. Masakan masuk khemah terus tarik aku sampai terduduk aku dibuatnya.
Nur mula bercerita. “Tadi, aku masuk je khemah ni tadi, aku ucaplah salam. ‘Assalammualaikum’ macam tu. Tiba-tiba ada orang jawab dari dalam khemah. ‘Waalaikumsalam’ tapi suara dia garau.”. “Kau pasti ke ni. Ke kau salah dengar.”, aku cuba mendapatkan kepastian. “Aku dengar Tini. Betul-betul dekat suara tu dengan aku. Macam dalam khemah pun ye. Macam dari belakang khemah pun ye.”, jelas Nur. “Kalau dari arah belakang khemah tak mungkin sebab khemah kita betul-betul sebelah tembok.
Jadi mustahil orang boleh berjalan di belakang khemah kita.”, ujar aku sambil mengusap dagu. “Tahu pun !”, jerit Nur. Aku cuba tenangkan dia. Aku memberitahu dia mungkin rezeki dia pada malam itu berhadapan dengan situasi sebegitu. Memandangkan abang Am, ketua fasiliator kem tersebut memberitau bahawa kawasan kem tersebut merupakan perkampungan bunian dan diketuai Haji apa entah. Aku sendiri lupa namanya. Abang Am cerita, jika bertuah, boleh melihat dia dan orang-orang dia berjalan menuju ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Sahih atau tidak, Tuhan je yang tahu. Aku membuka lagu-lagu berentak lembut bagi menenangkan situasi dan membantu kami tidur. Sepatutnya buka ayat Quran. Tepuk dahi sendiri bila ingat balik.
Malam pun berlalu pergi. Diganti dengan hari esok. Pagi itu tiada aktiviti lasak sangat. Setakat bersenam sebelum sarapan pagi. Aktiviti pada hari tersebut termasuklah berakit di tasik. Matahari pergi. Bulan ke mari. Pada malam tersebut akan masuk hutan juga. Tetapi untuk aktiviti survival. Dengarnya kena masak telur dengan menggunakan apa yang ada dalam hutan sahaja. Aktiviti tersebut akan dijalankan selepas solat Isyak.
Aku yang uzur ketika itu di tepi dewan terbuka sambil menunggu yang lain siap sembahyang. Mereka sembahyang berjemaah di dewan terbuka. Ketika menunggu, mata aku melilau memerhatikan sekeliling. Aku menikmati pemandangan tasik Chin Chin pada waktu malam. Sedang aku melayan perasaan, tiba-tiba mata aku tertangkap satu sosok tubuh. Seperti seorang perempuan. Berkebaya ala-ala baba nyonya sedang membetulkan rambutnya yang disanggul rapi. Di dalam hati aku, dah siapa pula duduk kat tepi tasik pakai kebaya kerana pada ketika itu hanya rombongan kami sahaja yang menjalani kem di situ. Aku telan air liur. Aku tahu itu bukan orang tapi mata aku masih memandang perempuan tersebut.
Habis sahaja mereka solat, aku terus melompat bangun dari kerusi aku dan duduk di sebelah Nur untuk membaca doa. Aku toleh kembali ke tasik, perempuan itu sudah tiada.
Usai solat, kami bergerak beramai-ramai tapi teratur menuju ke hutan. Aktiviti tersebut menyeronokkan kerana menguji bagaimana keterusan hidup kita jika dicampak ke dalam hutan. Habis sahaja aktiviti, jam sudah menginjak ke angka 12. Kami pun berjalan balik ke tapak kem.
Dalam perjalanan balik, fasiliator-fasiliator yang ada menakut-nakutkan kami dengan gelak dan mengilai seperti pontianak. Aku agak tidak berapa gemar kerana mereka seolah-olah mengejek dan mencabar ‘benda’ itu. Aku tahu mereka berani, tetapi masih dianggap kurang ajar dengan perlakuan macam itu, apatah lagi kami masih berada di dalam hutan. Aku dengan secara tiba-tibanya mempunyai satu rasa amarah di dalam diri aku. Aku mencarut-carut tetapi dengan suara yang perlahan dan berjalan menuju ke kem dengan laju tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Aku cepat-cepat membersihkan diri tanpa menunggu Nur yang sudah terjerit-jerit di belakang aku. Menyuruh aku untuk tunggu dia dan saing ke bilik air. Selepas membersihkan diri, aku duduk di tepi dewan terbuka. Cuba menenangkan perasaan aku. Selang beberapa minit, Nur datang. “Kau ok tak ni, Tini ?”, tanya Nur. “Aku ok, kenapa ?”. “Kau tu jalan laju, tak pedulikan orang lain, tahu-tahu kau dah hilang. Sampai je kem, aku tengok kau dah bawak barang pergi bilik air. Aku panggil kau tak sahut. Kau ada masalah ke ?”, Nur bertanya seraya duduk di sebelah aku. “Entah lah Nur. Tadi dalam hutan, masa abang-abang fasi gelak, aku tak suka. Tiba-tiba je, aku rasa marah. Rasa macam nak tumbuk abang-abang tu.”. “Eh serius lah. Habis tu, kau dah ok ke belum ni ?”, tanya Nur takut-takut. “Aku ok lah. Dah tenang sikit. Insha-Allah takde apa.”, aku cuba menenangkan Nur.
Habis sahaja berborak, aku dan Nur kembali ke khemah untuk berehat. Sebelum tidur, aku memikirkan tentang apa yang berlaku di hutan tadi. Adakah ada benda yang cuba manipulasi emosi aku ketika itu untuk mengekspresikan rasa tak puas hati mereka terhadap abang-abang fasi. Aku pun tidak tahu. Tetapi nasib baik tidak melarat dan aku berjaya kawal perasaan tersebut. Risau sahaja aku, dengan keadaan kotor begini, banyak benda boleh menumpang.
Esoknya merupakan hari terakhir. Kami bertolak balik ke UiTM pada tengahari itu. Kem ni memang seronok tapi macam-macam benda yang sukar untuk aku jelaskan berlaku. Aku tak nafikan benda sebegini wujud, lebih-lebih lagi kami berada di hutan. Sehingga sekarang kem tersebut merupakan kem yang aku akan ingat sampai bila-bila. Lalu sahaja kawasan Jasin, aku akan terkenang kembali apa yang berlaku pada diri aku ketika itu.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
x best cite ko ni. xpyh buat part2 la.cite pndek dan x best.admin,tolong filter sikit ye.x perlu aku maki ok.thanks
ingatkan ending dia suara mengilai fasi tue mmg suara kak ponti. hahaha. 😂
Ok je cita ni.. Napa ko nak maki pulak.. Ingt senang nak tulis cita ke.. Ko hebat ko tulis la cita ko pulak boleh?
ko ke Arthur cite ni lahanat..ptt la bodo..penilaian pon bangang
Ha ha ha setuju, tak best. Sampai dua part ko, ingat cerita gempak tadi. Sekali aku rasa ni semua memang dia gi camping tapi imaginasi dia je lebih. Lagi satu kadang2 camping macam ni sbnarnya fasi banyak yang buat cerita dan set up scenes (mcm kain terbang).
Kalau tak best takyah baca bodo
seronok. senang paham.
seronok. senang paham.
Ok tak best. Sebenarnya takde hantu pun dalam cerita ni. Part marah2 tu emosi sendiri je. Sampai dua part, aku expect cerita gempak jadi aku save the best for last. 🙁
Part 1 aku baca smpi habis, naik part 2 nasib baik aku baca komen dlu xde la buang masa sgt. Mohon jgn sambung lg cerita ko.
Zulkajang mcm lu hebat sangat..bajet hero.ptuih
Saya pun orang jasin tapi cerita awak tak best lha 🥴 igt angker kat tasik chin chin tu. Takde apa lha
Cite tak best… menyesal baca sampai part 2… tak klimex langsung… geli geli pun tak rasa