Igauan di Selayang Mulia

Assalammuailakum semua. Terima kasih admin fiksyen shasha sebab siarkan cerita aku ni. Cerita aku ni taklah seram mana tapi aku berminat nak story sebab nak jadikan pengajaran untuk semua. Jangan kita mudah sgt percaya dengan harga rumah sewa dan ‘down payment’ yang agak MURAH!. Elakkan cari rumah dalam keadaan terdesak.

Ceritanya bermula hujung tahun 2017 pada bulan Disember, abah aku cari rumah sewa dekat area Selayang. Waktu tu ade sorang hamba Allah ni tunjukkan satu rumah yang nampak agak cantik, murah dan selesa (tapi sayang tu semua dalam gambar je). Lepas tu kami pun berpindahlah ke Taman Selayang Mulia.

Minggu pertama kami pindah, takde pape yang jadi tapi minggu kedua ‘dia’ dah buat hal. Setiap hari pukul 7 petang atau maghrib, akan timbul bau busuk yang amat kuat!. Bau ni aku tak reti nak describe sebab busuk nak mampuih bak ang. Tapi kami abaikan, mungkin sebab bau longkang atau tangki kot. Yang lagi pelik, baru minggu pertama masuk boleh dikatakan setiap hari ada je suis rosak. Habis suis tak boleh pakai sampaikan kipas ruang tamu pun tak boleh On tiba-tiba.

Bila aku ingat balik, ‘benda’ ni makin berani kacau kami sekeluarga sebab satu malam tu aku,mak dengan adik buka citer Wujud. Citer ni macam Seekers,pasal cari hantu gitulah. Korang search je tajuk Wujud dekat google, nanti keluar lah kot. Dalam citer tu, ada ritual panggil jin dengan baca mantera jawa yang kuat. Mungkin disebabkan bacaan mantera tu, kami buatkan ‘dia’ kembali aktif. Kenapa aku cakap kembali aktif? Kejap lagi aku story.

Mula-mula ‘dia’ kacau adik aku tapi taklah teruk mana, setakat main buka tutup pintu, bunyi main guli lepastu panggil manja je. Adik aku ni perempuan, dia jenis jiwa kental sikit. Oh ya, aku pun perempuan. So dalam rumah ni ada 3 orang perempuan dan sorang je lelaki iaitu abah aku. Abah aku selalu balik lewat malam sebab kerja so tinggallah kami bertiga je.

Orang kedua yang kena kacau ialah mak aku. Satu hari mak aku citer, waktu mak aku tengah basuh pinggan kat dapur, kedua-dua bahu dia rasa ditepuk oleh sesuatu. Bila toleh kiri kanan takde sesapa pun kat situ. Mak aku tak sedap hati so dia buat ‘penyiasatan’ kat seluruh rumah. Mak aku perasan kat setiap penjuru bilik, dapur dengan bilik air ada secebis kain warna hitam yang ditampal.

Kes kain hitam tu pun jadi tanda tanya so abah aku nakkan kepastian tanyalah tuan rumah dan akhirnya dia cakap “Dia datang balik eh?”. Abah aku tanya “Sape yang datang?”. Dan tuan rumah tu pun citerlah yang rumah tu pernah ada gangguan dan dia pernah panggil ustaz tolong pulihkan dan buat pendinding rumah guna kain hitam tu.

Dekat situ kami tahulah yang rumah tu pernah ada sejarah dan kami mungkin telah mengaktifkan kembali ‘benda’ tersebut dengan bacaan mantera dari DVD Wujud tu.

Kemuncak yang menyebabkan kami dah tak sanggup duduk kat rumah tu lagi sebab satu malam tu adik aku dipukau sampai keluar dari rumah pukul 4.30 pagi weii. Adik aku citer yang malam tu dia gayut telefon lepastu dia dengar macam ada orang tengah cakap-cakap dekat luar rumah. Dia pun pergilah tengok dekat tingkap tapi takde pape. Antara sedar atau tak, dia ambik kunci pintu lepastu buka pintu rumah terus keluar depan laman. Nasib adik aku agak baik sebab kucing aku yang dikurung dalam sangkar bunyi kuat sangat ibarat memanggil nak sedarkan dia. Akhirnya adik aku tersedar, dia rasa pelik kenapa dia dekat luar. Adik aku pun nak masuklah dalam rumah tapi dia rasa macam ada ‘sesuatu’ tengah pandang dia, dalam samar malam tu dia nampak dekat pagar rumah ade lembaga yang amat besar tengah diri sambil pandang dia.

Disebabkan kami semua perempuan, abah aku amik pendekatan suruh kami bertiga tinggal dengan abang di Nilai sementara cari rumah lain. Aku syak ‘benda’ tu tahu yang kami dah sedar kewujudan dia kat rumah, makin rancak dia kacau kot. Dekat rumah abah aku tinggal sorang sebab kami dah duduk dengan abang, abah citer yang dia pernah kena kacau waktu tengah solat dekat ruang tamu pukul 3 pagi. Dia bole perasan dengan ekor mata ada lembaga pakai serba putih dan sangat besar tengah tengok dia solat. Tak cukup macam tu, tiap kali abah aku duduk dekat ruang tamu, mesti akan dengar bunyi orang kemas mengemas dekat bilik bawah.

Sebenarnya banyak lagi gangguan abah aku kena tapi dia taknak citer sebab taknak kami takot. Sekarang kami dh pindah tempat lain dan dengar citernya ade orang lain nak masuk rumah tu. Nasib kau lah. Lagi satu aku nak pesan, kalau korang tengok movie (siccin ke dabbe ke) atau citer pape yang ada scene bacaan mantera, tolong tutup je suara (mute) tu okay sebab kita tak tahu apa yang ada dekat sekeliling kita. Sekian, Terima Kasih.
Assalammuailaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Diyana Razak

37 comments

  1. AAH… skunk aku lah duduk umah tu…. ngan tombol pinu kitchen belah atas mcm problem… ngan suiz kipas tingkat 2 rosak. dahla mase pindah umah india sebelah keco keco, perabut kami terlanggar apentah gate die.. erm….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *