Isteriku Gila atau Rumah Berhantu?

Mengantuk yang amat sangat. Malam itu aku pulang dari tempat kerja macam hari-hari biasa. Kebiasaannya, aku akan makan dan mandi selepas itu, namum malam itu, suasananya berbeza sekali. Tidak terdaya kudratku untuk melangkah, meskipun jam baru menginjak jam 10 malam. Dengan badan yang berbau, gigi tidak berberus, aku mengambil keputusan untuk tidur pada malam itu. Sesaat aku meletakkan kepala ku ke bantal.

Dengan serta merta aku terus tertidur. Kedebuk kedebang!! Bunyi kuat kedengaran. Aku sangkakan bunyi jiran rumah sebelah berperang laki bini. Rupanya bunyi perutku yang kelaparan. Aku lapar, tapi penat untuk makan makanan yang terhidang di atas meja. Mata ku tertutup kembali. Banngg Bumm.!!! Bunyi yang agak kuat kali ni. Kaget dibuatnya, Adakah ini jugak bunyi perutku. Sungguh luar biasa. Mengalahkan orang tidak makan 10 hari. Rupa-rupanya itu hanyalah bunyi kentut isteri ku. Cukuplah sekadar huruf F sebagai nama gelaranya.

Baru ku sedar, semenjak aku balik dari kerja tadi, aku tidak langsung melihat kelibatnya, juga bayangnya, baunya mahupun suaranya yang nyaring itu. Selang sejam dari itu, aku terbangun. Baru aku teringat solat Isyak belum aku laksanakan. Mata terbuka namun badan keras kaku membatu. Isteri memeluk ku dengan erat sehingga aku tidak mampu bergerak. Aku biarkan seketika. Itu pelukan rindu. Perkara biasa kerana kami baru bernikah 3 bulan lepas. Semakin lama pelukan makin erat. Nafasku sesak, tercungap-cungap dan sedikit menyakitkan. Tangannya yang memeluk lapisan lemak diperutku terasa sangat gagah tenaganya. Umpama tangan lelaki. Ku toleh kebelakang. Keadaan agak gelap. Aku hanya dapat melihat sebujur tubuh dalam kesamaran.

Aku sudah hilang kesabaran. Aku menolak tubuh isteriku dan meleraikan rangkulan tangannya yang erat tadi. Dengan tidak semena-mena, dia terus menangis dan menjerit bagai orang di sampuk bunian. Aku pada ketika itu menjadi keliru, kacau bilau, dan sedikit cemas.

“Ini hanya mimpi”, ujarku dalam hati.

Namun tidak sama sekali seperti yang aku jangkakan.

Bila melihat muka isteriku sebaik sahaja aku membuka lampu, aku tergamam.

“Ini makhluk apa!!???.“

Tempelak di dalam fikiranku. Bibir ku tergaman. Diam membisu tidak mampu berbicara. Wajahnya tidak seperti kebiasaan. Wajah manisnya menjadi rupa seperti nenek kebayan. Lebih dari itu. Moyang Kebayan lebih sesuai yang dapat ku gambarkan. Bengis dan menakutkan. Mata merah berdarah, memandang tajam umpama panah yang menusuk dada, membuatkan aku kaku langsung tidak mampu menganjak. Rambut mengurai, mengerbang umpama pontianak yang biasa ku tonton di kaca televisyen. Senyumanya yang senis menunjukkan gigi panjang mencecah dagu dah jeliran lidah bercabang dua membuatkan hilang pertimbangan

“Ya tuhan, ini bukan isteriku, ini hantu!!.”

Belum mampu aku berbuat apa, makhluk terbebut berlarian di sekeling bilik mengelilingku. Pada ketika itu, aku tidak mampu berbuat apa-apa selain dari memandang wajahnya yang menyeramkan itu. Dalam mata aku terkebil-kebil dalam ketakutan, makhluk itu lenyap dari pandangan. Aku lega seketika. Bergegas aku mencari isteri ku di seluruh pelusuk rumah. Namun tidak ketemu. Dalam suasana yang suram dan sunyi itu, aku terdengar esakan seseorang. Seolah-olah seseorang sedang menangis.
Dihujung sudut dapur, kelibat isteri ku kelihatan. Menangis nangis umpama berada dalam kesakitan. Tangannya berdarah sambil memegang pisau dan garfu. Terus aku cuba mendekatinya namun langkah ku tiba-tiba terheti apabila dia memandangku. Abang jangan dekat, kalau tidak bie bunuh diri!! Suaranya agak keras, garau, menusuk jiwa. Hatiku berdebar-debar.

“Adakah ini isteri ku atau makhluk sebelum ni?.”
Tanpa berfikir panjang, aku terus memeluk tubuhnya dan berharap semunya akan berakhir dengan segera. Ku peluk erat tubuhnya, Sambil menutup mata berharap isteriku behenti menangis. Lantaran itu, aku membawa isteriku kebalik ke bilik tidur dan memintanya agar tidur. Pada ketika itu, hanya satu sahaja yang bermain difikiran ku.

“Adakah isteri ku gila? Atau mengalami gangguan iblis?.”

Dalam memikirkan persoalan yang tiada jawapannya. Tiba-tiba ada suara membisik sayu ke telingaku. Sejuk, lunak dan mengasyikkan, namun tidak seberapa jelas tetapi sangat bermakna. Abang masih sayang bie tak? Bisik isteriku. Aku terpaku. Tidak berani aku menoleh. Tetapi refleksi wajahnya dapat aku lihat di tirai cemin.

“Wajah makhluk tadi!.”

Mengelupur aku ketakutan mengigil. Kemudiannya, dalam sekelip mata semua kembali kepada normal. Tubuh isteriku terbaring disisiku, tidak bergerak, kadang kala terdengar selingan irama dengkuran kecil. Mungkin yang tadi itu hanya bayangan ku semata-mata. Sekali lagi aku berkata dalam hati. Kesesokan paginya, semua adalah seperti hari normal yang lain. Kami makan, mandi dan bermain macam biasa. Aku ingatkan perkara ini berakhir sini. Namun tidak seperti yang kuharapakan, perkara ini berlaku bekali-kali, dan yang lebih menakutkan ianya berlaku pada 9 haribulan pada setiap bulan, yakni tarikh perkahwinan kami.

“Isteriku gila? Atau rumah sewa kami yang hantu? Atau aku yang gila?”
Tiada jawapan yang aku ketemu sehingga ke hari ini.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Isteriku Gila atau Rumah Berhantu?”

  1. Saudara tak minta pendapat atau jumpa yg pakar dalam hal ni? Nak kata isteri saudara ada gangguan jiwa, pelik pulak saudara yg nampak makhluk tu? Jangan biarkan hal ni berlanjutan. Cari penyelesaian. Kasihan isteri dan juga saudara.

    Reply

Leave a Comment