ISTERIKU ZULAIKHA

Assalammualaikum dan terima kasih pada Admin FS menyiarkan post saya #east:KANDUNGANKUSAYANG. Lama sangat bercuti dan kali ini terimalah kisah saya #east yang bertajuk ZULAIKHA ISTERI KU .
Berlokasi di kawasan hutan menuju ke tol pedas. Kisah benar yang di ubah untuk tatapan pembaca .

Jam berdetik perlahan menunjukkan pukul 10 malam, Izham memandu dalam kepenatan sebab baru pulang dari kampung nya di melaka. Izham memilih balik malam kerana suasana yang nyaman dan tidak sesak dengan kereta tambah pulak hari raya. Perlahan kereta meluncur ke stesen minyak petronas, Izham mengisi minyak RM40. Isteri nya sudah pun tidur di sebelah, Izham tersenyum sendiri

Comel jugak isteri aku ni katanya dalam hati. Sedang Izham mengisi minyak, bahu nya tiba Tiba di tepuk kuat

“Assalammualaikum abang, tayar abang lembik tu. Isi angin dulu malam malam bahaya kalau kereta rosak tengah jalan ” kata pekerja petronas yang masih bekerja

“Waalaikummussalam, oh baik. Nanti abang isi. Ingatkan siapa la tadi ” kata Izham
“Abang dari mana nak ke mana ? Letih je saya tengok ? ” kata Pekerja Petronas
“Abang dari Kampung Tengah kuala sungai baru nak balik Kuala Lumpur ” kata Izham
“Abang hati hati balik malam malam. Tambah pulak kalau ikut tol pedas ” kata Pekerja petronas itu
“Kenapa pulak ?. Ada kes samun ke ? ” tanya Izham dalam gentar
“Bukan kes samun je abang. Kes jumpa hantu pun banyak abang. Kawasan nak ke Tol Pedas tu kan hutan banyak abang ” kata nya .
“Uish bahaya ni . Tak pe nanti abang hati hati . Terima kasih sebab bagi ingatan ye adik ” kata Izham

Sesudah selesai isi minyak, Izham masuk ke dalam kereta. Kebetulan isterinya terbangun .
“Kenapa itu abang ” kata Zulaikha
“Tak ada apa. Awak tidur jangan risau, saya ada ” senyum Izham

Pekerja petronas itu memerhati dengan pelik. Matanya seakan terbeliak. Saat Izham melambai tangan ke arah nya, pekerja itu melambai kembali dengan tangan yang menggigil. Izham agak pelik dengan keadaan itu .

“Awak perasan tak ? Pekerja tu nampak pelik je ” kata Izham pada isteri nya
“Tak ada apa la. Mungkin malam sejuk rasa nya ” kata Zulaikha

Saat kereta Izham melalui balai polis , Izham tidak perasan sepasang mata memerhati dari atap balai polis . Perlahan lembaga itu terbang tanpa di sedari Izham. Izham membelok ke arah papan tanda yang menghala ke Astana Raja untuk menuju ke Tol Pedas. Lampu keretanya tepat mengenai papan tanda dan Izham terlihat lembaga putih tengah duduk di atas tembok. Izham terdiam seribu bahasa , peluh dingin mula mengalir. Perlahan Izham menaikkan tingkap nya .

“Kenapa abang ?. Jangan bawa laju sangat kawasan kampung ni ” kata Zulaikha

Izham mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat diam pada isteri nya. Izham melihat cermin pandang belakang. Allahuakbar makhluk berbaju putih terbang melayang dan BAMM!!
bunyi hentakan di atas kereta nya. Suasana sunyi sepi, lagu raya seakan akan tidak berbunyi kerana masalah frekuensi yang tidak jelas. Isteri nya hanya sambung tidur. Tidak mengendahkan nya mungkin merajuk kerana Izham suruh berdiam diri. Basah baju Izham bermandi peluh walaupun sistem penghawa dingin kenderaan di buka sehabis boleh. Entah kenapa meter kelajuan dari 90km/h perlahan turun ke 30km/h. Jangan buat hal kereta oi bisik hati Izham. Lagi Izham tekan minyak, lagi perlahan kereta nya menyusur. Terasa seakan bahagian belakang kereta nya ada yang menumpang . Tambahan pulak, Izham terdengar suara budak menangis di belakang .

Izham memberanikan diri untuk tengok cermin pandang belakang. Terlihat wanita berlumuran darah , di pipinya ulat terkuit kuit bergerak memangku bayi berwarna hitam. Tiba Tiba wanita itu senyum menampakkan taring nya yang panjang. Kereta yang di pandu Izham secara tiba tiba berhenti sendiri dan mati di tepi jalan tepat di tiang lampu jalan. Cepat cepat Izham keluar kereta. Enjin nya juga mati . Izham menarik isteri nya keluar dari kereta, Izham mula cemas

“Awak ni dah kenapa ? Kenapa kereta rosak tiba tiba ? ” kata Zulaikha membelakangi Izham
“Ada benda ikut kita ” kata Izham
“Benda apa ? . Apa yang awak merepek ni ” marah Zulaikha yang masih membelakangi Izham dan memandang ke arah hutan di depan jalan
“Hantu ikut kita . Awak tidur bukan sedar apa pun . Muka dia menyeramkan ” kata Izham menggigil takut.

Tiba tiba radio berfungsi semula dan terdengar lagu Zulaikha. Izham bertambah pucat. Zulaikha ? siapa Zulaikha? eh nanti kejap sejak bila pulak aku ada isteri nama Zulaikha bisik hati Izham. Aku duda bisik Izham. Saat itu terasa bagai jantung nak pecah tapi Izham memberanikan diri. Izham mengatur langkah untuk memasuki keretanya kembali . Tiba Tiba

“Menyeramkan sangat ke ? Maaflah kalau seram hihihi ” kata Zulaikha dan tergelak sendiri .
Izham membuka pintu kereta tapi pengerakan nya seakan terkunci untuk terus masuk ke kereta
“Awak dah tahu ke ? Muka seram macam saya ke ” jerit Zulaikha sambil berpaling pada Izham .

Izham mahu menjerit tapi suaranya seakan terkunci . Zulaikha yang cantik dan comel berubah wajah menjadi buruk. Sesekali lidah nya menjilat ulat yang terkiut kiut di pipi nya. Izham memejam kan mata nya .

“Alah jangan lah malu malu bukan hari itu awak nak sangat kenal dengan saya ke ? Hihihi ” gelak Zulaikha

Izham teringat sewaktu pulang ke kampung Izham terlanggar seorang wanita mengandung. Izham bukannya menolong tapi berkata dalam hati nya, ish cantiknya wanita ini kan seronok kalau jadi isteri aku. Dan Izham meninggalkan wanita itu di dalam kesakitan. Izham mulai menangis saat tangan wanita itu yang terkulai perlahan membelai lehernya. Maafkan aku maafkan aku kata Izham perlahan menahan kesakitan. Izham hanya mampu berdiam diri dan menahan sakit sewaktu tangan ‘Zulaikha’ menggengam leher nya . Tiba Tiba

Allahuakbar Allahuakbar
Terdengar laungan azan dari penjuru tiang lampu. Terlihat pekerja petronas melaungkan azan , makhluk itu menjerit kesakitan dan perlahan lahan menghilang di bawa angin .
Pekerja petronas mendapatkan Izham yang mengalami sesak nafas.

“Terima kasih adik ” kata Izham sambil mengesat air mata
“Sama sama ” kata pekerja petronas tapi wajah nya seakan menahan marah
“Kenapa macam marah saja adik ? ” soal Izham
“Abang ada buat salah dengan Zulaikha ? ” soal pekerja petronas itu
“Siapa Zulaikha adik ? Abang tak kenal ” kata Izham
“Zulaikha isteri saya. Kami menanti cahaya mata sulung tapi sayang dia telah pun meninggal di langgar lari. Kelmarin saya baru kebumikan, abang ke yang langgar lari isteri saya ? ” soal Pekerja petronas

“Macam mana adik ada kat sini ? ” soal Izham ingin kepastian
“Sebab saya nampak Zulaikha dalam kereta abang. Jadi saya ikut abang sebab inginkan jawapan ” kata Pekerja petronas itu.

Izham menangis semahu mahu nya dan memohon maaf kepada pekerja itu. Pekerja itu menggenggam tangannya tanda geram , tetapi pekerja itu memeluk Izham.

“Saya maafkan kesalahan abang. Abang serahlah diri pada polis jangan di rumitkan lagi keadaan ” kata pekerja petronas

Tertera nama Ismail pada tag nama  di baju nya. Izham merayu di maafkan dan akan menyerah diri secepat mungkin

“Maafkan aku Ismail . Maafkan aku , Aku berdosa tinggalkan Zulaikha ” kata Izham
“Tak mengapa . Segala yang pergi itu telah tercatat sebagai takdir . Saya terima dengan hati yang redha ” kata Ismail sambil memikul Izham ke dalam kereta .

9 thoughts on “ISTERIKU ZULAIKHA”

  1. serammmm bacaa.. dah laa nama Zulaikha jugekkk.. huhu..seriouslah org kg tengah kuala sungai baru? kg i tuuu. huhu ..

    Reply
  2. adesss… kes langgar lari patut nya dah buat salah sila bertanggungjawap apa yang dah berlaku, ni lari plak.. apapun pun dah melalui dan kemunculan semula membuat kan kita insaf dan bertanggungjawap apa yg dh berlaku.. kata zulaikha mana mau lari sila bertanggungjawap…hahaha

    Reply
  3. Tulahh lain kali kalau dah terlanggar seseorang tu jgn biarkan dia walaupun dh mati….. Bwk gi hospital baru dia akn tahu yg awk tu bertanggungjawab atas kesalahn yg awk dah buat… Takut roh dia x tenang and akn kacau seumur hidup awk (kalau biarkan dia)

    Reply

Leave a Comment