Assalamualaikum wbt kepada pembaca fiksyen shasha. Aku harap hampa semua dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih kepada admin jika sudi post cerita aku yang penulisannya ke laut dan cerita sebelum sebelum ni hehe. Oh ya, hampa pernah dengar tak orang yang kena Histeria ? Mestilah pernah kan. Kali ni aku nak cerita kan pasal pengalaman aku. Cerita ni fresh lagi sebab tak sampai seminggu benda ni terjadi.
Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran untuk satu kem ni yang dinamakan sebagai Inap Ilmu. Kem Inap ilmu ni untuk form 3 yang 80 orang yang dapat no 1-80 orang dalam tingkatan serta budak asrama form 3 bagi fasa pertama dan juga budak form 5 yang terdiri dari budak yang tidak berapa pandai untuk fasa kedua (maknanya budak kelas belakang la) kalau dan nama pun budak kelas belakang, tau tau saja perangai mereka. Kalau yang baik budi pekerti pun sesetengah je yang ada. Yang paling best sekali adalah kena duduk asrama sekolah. Ya bagi aku memang best sebab first time aku akan bermalam di situ selama 3 hari 2 malam even selama 3 hari itu aku akan belajar, belajar dan belajar.Dan bermulalah kisah aku di sini…
15 Julai 2017 (hari kedua, 4:30 petang)
*vibrate phone. Aku yang sedang belajar tidak berasa selesa. ‘Siapa pula yang call-call aku ni’. Hampir banyak kali juga telefon milik aku bergetar di dalam poket. Aku berfikir positif mungkin alarm aku (walaupun aku tak kunci jam pada pukul 4:30 pm). *vibrate again. Aku tak sedap hati, mungkin ayah atau mak aku yang call. Kesian pulak tak angkat sebab duit mak atau ayah aku nanti yang jalan.
“ina jom teman aku pergi tandas jap” ujar aku
“asal Izz?”
“telefon aku duk bunyi dari tadi, takut pulak mak atau ayah aku yang call”
Oh ya mesti hampa tertanya tanya, kenapa tak angkat call je masa tu? Jawapan aku adalah sebab aku bawak benda terlarang la. Ya henfon dilarang bawa sama sekali. Tapi kami pandai cover time ada spotcheck dekat beg.hehe. Lagipun aku bawak telefon yang ada button tu ja sebab aku nak kunci jam. Back to story…
Masa perjalanan ke tandas, aku mengeluarkan henpon aku dari poket. Aku terkejut kerana
henfon aku off. Sekali lagi .henfon aku Off…di situ aku sudah meremang bulu roma.
“ina, henfon aku off weyh. Siapa yang call?” ujar aku. Aku lihat ina sudah pun berubah wajah.
Apabila henfon aku on sepenuhnya, aku mencari di missed call. Tiada siapa. Kosong..
Aku tidak mengalah sebaiknya aku berfikir positif. Mungkin alarm aku. Apabila aku check di alarm, semuanya off. Aku start meremang dan aku off kembali henpon aku.(dalam hati, nak je buang henfon ni tapi takkan sebab ni pun nak buang kan)
Sepanjang perjalanan ke tandas, aku dan Ina asyik bercerita pasal tadi. Tiba di tandas, sedang aku dan Ina bersembang tiba tiba Ina terdengar bunyi dari tandas seperti orang tersebut tengah membuang hajat besar dan kemudiannya dia mencorok air. Ina mengisyaratkan aku supaya senyap.aku juga turut mendengar. Kemudiannya aku lihat Ina sudah keluar mendahului aku aku juga turut mengikutinya.
“hampeh, keluar tak bagitahu aku.” ujar aku
“weyh takkan hang tak dengar tadi.”
“shhh. Jangan tegur. Kita cita kat atas nanti” ujar aku. Ina hanya mengangguk sahaja. Sampai sahaja di atas kami tidak buka cerita kepada sesiapa,hanya kami sahaja tahu.
“weyh kalau orang tu dah lama keluar ikut. Ni tak lepas corok air duk dalam tu lagi. Apakah ?”ujar aku
“tah la Izz, aku rasa macam tak sedap hati je hari ni”ujar Ina
“Asal Ina?”
“ntah, macam ada sesuatu nak jadi”
“dah la, jangan fikir bukan bukan. Ingat Allah. Insya-Allah tak dak apa apa”ujar aku. Kami kembali menyambung kerja yang tertangguh sebentar tadi. Hati aku juga mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
Ya Allah, apa yang akan terjadi ?
15 Julai 2017 (10:30 Malam )
“Aspuri turun! Turun ke bawah sekarang juga! ”
Pada waktu itu, Aku sedang bersiap siap di dalam bilik dorm untuk ke bawah bersama seorang kawan aku. Tiba tiba seorang kawan aku masuk ke dalam bilik tersebut. Aku menanyakan kepada kawan aku.
“Asal weyh?” Tanya aku.
“depa suruh turun bawah. ” ujar Ayna
“kenapa ?” Tanya aku tak puas hati
“entah, yang aku dengar depa suruh turun..”Ujar Ayna
“weyh cepatlah turun !” Ujar Ayna,kelam kabut..
“ya la sabaq la sat”ujar Isya
Ketika itu semua kelihatan gelabah, mana taknya cari tudung, sorok henpon.
“aku rasa budak budak form 5 nak buat spotcheck la” ujar Ina semasa menuruni anak tangga.
“aku pun rasa macamtu.Barang depa hilang. Salah kan form 3 pulak. Entah entah batch depa sendiri yang ambil”ujar aku.
Sampai sahaja di bawah ,aku melihat semuanya kelihatan seperti cemas. Di bawah mereka mula besembang sesama kawan mereka untuk mengetahui apa yang berlaku. Aku menghampiri salah satu kumpulan yang tekun bercerita.
“kenapa ni ?”Tanya aku kepada salah seorang batch form 3.
“Tiha kena histeria “ ujarnya
Aku beristighfar seketika. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika ini. Lemah segala sendi aku ketika ini.
“macamana dia boleh kena?”Tanya seseorang.
“aku tak tahu. Aku baru je balik dari dewan makan tiba tiba nampak dia tengah menjerit dekat dekat situ. Terkejut juga aku”ujar nya
Aku pergi beredar dari kumpulan tersebut menuju ke geng aku. Aku melihat muka mereka sudah mula ketakutan termasuk aku . Yang aku ingin buat adalah membaca segala ayat yang aku ingat buat pendinding aku.
“Semua tenang dan jangan takut.baca apa yang patut. Duduk dalam kumpulan dorm masing masing. Kira ahli dorm sama ada cukup atau tak.” Ujar seorang budak asrama bernama Suha. Dia dan geng geng asrama yang lain meng’handle’kan kami yang budak budak luar. Mungkin mereka sudah biasa dengan perkara begini.
Masing masing mula mengikut arahan. Tiba tiba aku terdengar seorang kakak form 5 menangis.
“Weyh Ana jangan la menangis.” Ujar kawannya cuba memujuk. Namun perbuatan kawannya itu sia sia sahaja kerana Ana tidak mahu mendengar. Malah semakin kuat tangisannya. Semua kawannya di situ sudah buntu. Tiba tiba Ana rebah. Semua disitu mula menjauhi kemudiannya mereka kembali mendekati. Kawan kawan Ana memegang tangan dan juga kaki Ana yang ketika itu sedang meracau-racau. Beberapa orang mula menangis..
“budak asrama, pergi naik atas ambil yasin “ ujar Sya.
“weyh Far, aku ikut hang eh , aku ada bawa al-quran tapi ada kat atas”ujar aku, memohon supaya dia membenarkan aku naik sekali. Dia kelihatan teragak agak untuk membenarkan aku sebelum mengangguk. Aku sebilik dengan dia, jadi senanglah kerja aku.
Sampai sahaja di atas, aku segera mengambil alquran. Manakala Far sedang sibuk mengambil yasin.
“Eh jap jap aku ada bawak manzil. Jap Far aku nak ambil”ujar aku. Dia hanya mengangguk sambil menunggu di luar. Semasa menuruni tangga, Far membuka mulut.
“maafla menyusahkan hampa ja .”Ujar Far
“tak pa, benda kita tak jangka nak jadi” ujar aku. Sampai di bawah aku lihat mereka keadaan sama seperti tadi.
“ yang tak boleh baca dan rasa macam lemah semangat duduk tengah tengah. Yang boleh baca dan ada yasin tu buat bulatan lepastu baca yasin “ujar Wiyah.
Kami mula mengikut arahan Wiyah. Selesai kami membuat bulatan. Kami memulakan membaca yasin berramai ramai.
“arghhhhh !” Jerit Ana dengan suara yang dalam. Beberapa orang yang berada di dalam bulatan mula menangis. Kami meneruskan bacaan yasin walaupun ketika itu masing masing sedang melawan rasa takut.aku juga terasa seperti ingin menangis tetapi aku tetap menguatkan diri aku dengan mengatakan.
‘ingat Allah Izz, Dia akan selalu ada untuk kita….’
“Ustaz takdak weyh !” Ujar sya, dia juga kelihatan seperti ingin menangis.
“pergi panggil budak budak aspura.”Ujar Mar
Ana meronta ronta minta dilepaskan. Tiba tiba cikgu dan beberapa cikgu yang lain sudah memasuki ke dalam asrama aspuri diikuti budak budak aspura. Mereka memulakan bacaan yasin. Ketika sedang mengazankan melalui mikrofon, mikrofon tersebut bagaikan tersekat sekat. Ketika aku sedang membaca yasin mata aku teracap kepada bilik prep. Sku lihat sesorang yang berwarna hitam sedang memerhati sebelum pergi dari situ.
‘astaghfirullahalazim..’ aku beristighfar. Aku menghirup udara sebelum menghembus semula untuk menenangkan diri aku.
“weyh uda…Izz pergi dekat Uda cepat.”Ujar Ayna
“asal dengan dia ?” Tanya aku.aku melihat Uda yang berada dalam bulatan sudah pucat.
“aku takut jadi apa apa dekat dia”ujar Ina
“Aku pergi eh “ujar aku
“kalau hang kuat hang pergi la”ujar Ayna
Dengan lafaz bismillah, aku bangun dengan kekuatan yang ada dari tempat duduk aku menuju ke arah Uda. Aku segera memegang Uda.sejuk dan masih mengigil. Aku mula merapatkan mulut ke cuping telinganya dengan membaca ayat ayat kursi serta ayat –ayat manzil yang aku bawa sebentar tadi.
“Haip!”Cikgu Zai menjerkahkan kepada Ana yang tidak sedarkan diri untuk menguji sama ada dia berbohong atau tidak. Ana masih dalam keadaan meracau. Maknanya, dia tidak berbohong.
Aku melihat kelompok bendera merah ditemani oleh orang yang sedang membaca ayat ayat al-quran. Ada antara mereka menangis tapi dikuat oleh kawan kawan mereka. Mata aku melilau di setiap sudut. Tiba tiba mata aku teracap di dalam satu bilik. Hampir luruh jantung aku apabila ‘dia’ sedang memerhatikan kami di sini. Aku melarikan pandangan mata. Di dalam hati, aku sudah membaca segala ayat al quran yang terlintas di dalam fikiran aku .
“arghhh!”Kali ini suara Ana lebih menyeramkan ketika menjerit. Aku melihat Uda di sebelah aku sudah mengeluarkan air mata. Aa sudah…
“Uda jangan menangis. Hang kena kuat semangat. Lawan benda tu. Kalau tak boleh baca, zikir .”Ujar aku, cuba menenangkannya walaupun diri sendiri ketika itu sama seperti dia.Dia mengelap air matanya.
“aku kesian dekat Isya”Ujar Uda. Aku melihat ke arah Isya. Isya dibaca surah oleh Wiyah. Ayna yang berada di situ hanya tersenyum. Aku tahu dia juga ingin menghilangkan rasa takutnya itu. Aku melihat kawan aku yang lain, kesian Ida dia menangis teresak esak.(*Ida ni ada sixth sense, sama juga dengan Isya )
Aku meneruskan bacaan ayat suci al-quran di telinga Uda. Ana diangkat oleh 10 orang termasuk cikgu untuk ke surau. Hampir separuh budak aspura pergi dari sini untuk menolong mereka di surau asrama.
Hanya tinggal beberapa orang sahaja di asrama puteri. Kami beramai-ramai membacakan yasin sehingga keadaan kembali tenang. Apabila keadaan kembali tenang kami diminta oleh cikgu untuk kembali ke dorm masing masing tetapi Suha dan kawan kawan asramanya tidak setuju kerana bimbang akan lebih parah.
“kamu tidur dalam keadaan wuduk. Insya Allah tak dak apa.” Ujar cikgu tersebut. Puas kami memujuk cikgu untuk tidur di bawah (dorm form 5). Cikgu tersebut hanya teragak agak untuk memberi keizinan.
Selepas cikgu beredar, kami mula menunjuk tidak puas hati. Ye la baru kejadian histeria berlaku, takkan nak tidur dekat atas. Cikgu tak faham. Kami mengendahkan cikgu tersebut kerana kami lebih pentingkan keselamatan kami. Apabila kami tiba di dorm form 5. Kami membersihkan dulu dorm tersebut. Kumpulan 1 Budak Form 3 mendapat dorm form 5 yang tidak tahu erti kebersihan. Memang salah satu faktor terjadinya benda macamni. Terpaksa dibersihkan dahulu sebelum tidur. Selesai kami mengambil wuduk, kami bersama sama mulakan bacaan doa tidur dan surah surah tertentu untuk pendinding kepada kami.Kami tidur pada pukul 1:30 Am dengan lampu separuh terbuka.
Bersambung……….
Inilah kisah aku yang aku lihat real life di depan mata aku sendiri. Maaf kalau terpaksa bersambung kerana banyak cerita yang aku akan tulis dan kurang seram bagi korang.ini adalah pengalaman pertama aku. Dan hampa nak tahu sepanjang seminggu ni bermacam macam gangguan terjadi kepada kami. Kalau aku rajin, aku akan sambung cerita Histeria (punca) , Terbukanya Hijab dan Histeria II .
Histeria (punca-) aku akan cerita macamana terjadinya dan keadaan orang histeria tersebut serta cerita cerita seram dari kawan-kawan aku.
Terbukanya Hijab– aku akan cerita macamana boleh terbuka dan kisah aku menghandlekan Isya yang diganggu makhluk halus (sampai demam aku dibuatnya)
Histeria II- Benda ni masih marah lagi, jadi ‘dia’ serang pula satu sekolah. Aku akan cerita keadaan sekolah masa tu.
Aku menganggap ini adalah sebagai satu dugaan kepada aku ketika menuntut ilmu lebih lebih lagi selepas hijab aku sudah mula terbuka. Maaf jika penulisan aku banyak kekurangan dan tidak menarik kerana aku hanya berkongsi cerita sahaja. Apa apa pun semoga Allah s.w.t melindungi kita dari kejahatan Jin dan Iblis dan dekatlah diri kepada Allah .insya-Allah, Allah akan jaga dan lindungi kita.wallahu’alam..
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sekadar mahu kongsi pengalaman, tempat belajar lama dulu selalu jugak ada hysteria, so utk jadikan pendinding diri kami amalkan al-mathurat lepas subuh n lepas maghrib, ia juga penawar bgi yg lemah semangat.. Yg penting Jaga kebersihan, lagi 1 bila time malam dengar ayunan angin sayup² macam nyaring ke apa better xyah kuar, sebabnya kalau angin sebegitu ‘ dia’ada sekali.. Selalunya yg duk asrama kawasan luas selalu dgr angin mcm ni..
Usaha yg bagus dik. Asahkan lagi ye