Jaga-jaga, ada yang memerhati

Assalamualaikum. Terima kasih Fiksyenshasha.com kalau dapat siarkan cerita aku ni. Sebenarnya dah lama aku simpan cerita ni, takde orang luar yang tau kisah aku kecuali keluarga terdekat dan kawan2 sekolah. Sampai dah anak dua, suami aku pun tak tau cerita ni. Hehe.

Cerita ni pasal serangan histeria kat sekolah aku dulu. Sekolah aku ni sekolah berasrama kt Johor, siap ada kubur lagi kt tepi padang hehehe. Pakej lengkap. Sekolah mana la tu kan haha. Konfem kejap lg korang google cari sekolah mana.

Sebut je asrama mesti semua dh tau kan kisah2 seram typical budak asrama. Makcik karipap, hantu berus jamban, mati dalam loker, hantu dewan, mcm2 lg la. Selalu aku dgr cerita ni dari senior dan cikgu N. Cikgu N ni kaunselor sekolah aku. Masa tu aku dengan sorang kawan aku si D mmg selalu lepak bilik kaunselor time prep petang. Boring kot. Lepak bilik kaunselor boleh borak2 dgn cikgu N. Borak ilmiah la bkn borak kosong pn.

Cerita aku ni ada jugak details yg aku tak ingat dan tak tau. So aku cerita apa yg aku ingat dan tau je lah ye. Kisah bermula dengan serangan histeria kt asrama puteri (aspuri). Masa tu aku form 5, beberapa bulan lagi nak SPM. Aku ni jenis yg tak ambik kisah pn benda2 gini so bila jadi tu, aku tak tau apa reaction aku. Takut tak, berani pn tak. Sebolehnya aku elak atau buat tak tau je. Sampai lah suatu maghrib……

Mcm biasa bila masuk je waktu maghrib semua pelajar mesti turun musollah kt tingkat bawah blok. Termasuk yg tak boleh solat sbb akan ada usrah lepas solat baru pergi prep malam. Blok aku tu 3 tingkat, tingkat bawah musollah, tingkat 1 ada dorm dan bilik study, tingkat 2 semua dorm. Dorm aku kat tingkat 3.

So bila nak masuk maghrib tu, aku siap2 turun ke musollah tu mcm biasa. Bila masuk dlm tu dh ada mangsa kes histeria. Aku tak pasti berapa orang sbb aku kan jenis tak ambik port. So aku solat jemaah mcm biasa je la. Usrah masa tu dibatalkan sbb ada kes tu so lepas solat semua kena terus pergi prep.

Lepas solat aku naik dorm semula tukar baju ambik barang semua lepas tu turun nk pergi prep. Masa lalu musollah tu nk pergi blok sekolah untuk prep, aku rasa lain macam. Tetiba bulu tengkuk meremang gitu. Padahal masa solat tadi kt dalam tu takde rasa apa pn. So aku abaikan je la..aku pn bejalan pegi blok sekolah.. masa tu aku jalan sorang2 sebab member lain lambat siap. Dormmate aku pulak tak sama kelas.

Aku pn jalan kat laluan utama yg menghubungkan blok sekolah dgn aspuri, dewan makan dan aspura. Masa jalan sorang tu kebetulan pulak takde member lain yg lalu lalang. Selalu meriah je tapi hari tu sunyi pulak. Dah separuh jalan tiba2 meremang balik tengkuk aku ni. Tengkuk panas lain mcm. Mcm berbahang gitu. Aku dh syak ada something kt belakang aku ni. Aku tak toleh sebab ada orang kata, nk toleh jangan toleh pusingkan kepala je, kalau nk toleh pusingkan badan sekali. Kalau toleh pusing kepala je badan xikut pusing, semangat xikut so mudah benda2 ni masuk badan kita. Haha paham x? Harap korang paham la ye.

Aku pn jalan cepat2 dgn harapan cepat smpai kt kelas yg kt tingkat 3 dan paling hujung. Makin cepat aku jalan rasa mcm makin jauh pulak. Apasal tak sampai2 ni? Maka aku pun angkat kain sikit lepas tu aku pn berlari panjat tangga sekolah sampai tingkat 3.

Sampai je kt tingkat 3 ingatkan dah takde rasa apa2 dh. Konon2 bajet benda tu tak ikut laa kn. Mmg aku silap besar di situ. Masa ni aku kat hujung blok, kelas aku kat hujung satu lagi. Pehh!!…… Jauh lagi kelas aku ni. So aku pn sambung berlari nak cepat smpai kelas dengan harapan ada ramai orang kat sana.. sebab aku dapat rasa benda tu mcm makin dekat dengan aku sebab tengkuk aku mcm dah terbakar kepanasan.

Dah smpai kat kelas, tiba2 aku ternampak nenek tua mencangkung dekat koridor kelas tu. Typical nenek tua laa muka biasa je xseram pn. Rambut bersanggul, pegang tongkat. Terkejut, aku pn apa lagi sambil berlari sambil menjerit laa dgn harapan ada org dengar. Lepas tu tiba2 aku mcm pitam tak nampak apa2… tak ingat apa2…

PAPPP!!
Bunyi orang tepuk tangan sekali. Aku tersedar. Aku pandang keliling. Ohh aku kat dlm library rupanya. Eh bila masa pulak aku masuk library. Lepas tu aku tengok ramai orang kerumun aku. Aku gosok2 mata mcm org baru bangun tidur. Nampak cikgu R kat sebelah aku. Cikgu R ni cikgu lelaki, ketua warden masa tu. Apa yang dh jadi sebenarnya? Badan aku sakit gila mcm kena belasah separuh nyawa. Kat lengan aku ni habis lebam2 bengkak2. Kaki lenguh sangat2 tak boleh nak jalan. Sapa buat ni haaaaa..?

Cikgu R tanya, kenapa aku lari2 mcm orang gila? Aku cerita lah tengkuk aku rasa panas, aku jalan laju2, aku berlari cari org tak jumpa2, nampak nenek bertongkat. Lepas tu aku tak ingat. Tu versi aku. Versi org pulak…

Member ramai2 yg lalu laluan utama nk pergi prep pelik tengok kenapa tudung aku senget benget siap angkat kain gaya org nk pergi sawah. Ada naqib tegur aku kenapa pakai mcm tu pergi prep tapi aku xjawab. Aku keluarkan bunyi menderam.. mcm bunyi anjing tu. “Grrrr..” ha bunyi tu. Lepas dia tegur aku terus menjerit2 naik tangga, lepas tu berlari2 satu blok sampai akhirnya tiba2 aku pengsan sendiri depan org ramai2.

Nampak aku berlari2 kat tingkat 3 tu, 6 kelas yg penuh dgn orang tu semua berdiri luar kelas nak tengok kenapa aku berlari menjerit2 (masa ni aku menjerit sbb dh nampak nenek tua tapi aku tak nampak org lain langsung!!). Lepas aku terjerit2 tu aku pun terus pengsan. Maka beramai2 lah diorang angkat aku masuk library sebab tertutup sikit. Aku pn xpasti berapa org yg angkat aku, lelaki ke perempuan. Huhu. Aku meronta2 bila dibacakan ayat2 suci sampai ramai yang terpaksa pegang aku dengan kuat siap guna kepala lutut sebab masa tu kekuatan mmg luarbiasa katanya. Sebab tu la kaki tangan aku lebam2, dipijak dicengkam org rupanya.

Cikgu R cerita, benda dari mangsa histeria kat musollah tadi attack aku pulak sbb aku lemah semangat. Mcm biasa la kn org yg lemah semangat ni diorang mmg suka. Malam tu saja 7 orang yg kena termasuk aku. Lepas kejadian tu, ada beberapa kali lagi aku kena attack lagi sampai satu masa, pihak sekolah bawak org luar dtg untuk pulihkan keadaan.

Pada waktu yg lain, bila gangguan tu datang, dah tak kira masa dan tempat. Siang2 pun boleh jadi. Sebab selalu sangat jadi, aku mmg xdapat study apa la nak SPM tu. Bila kena gangguan tu nak menjerit mmg xboleh. Sakit. Sebab katanya tekak aku dicakar kuku tajam. Ada satu malam tu aku mimpi benda tu datang suduk kt katil aku. Aku nk jerit tak keluar suara. Bangun pagi kt leher, tepi mulut semua hitam2 mcm ada bekas parut luka. Siap pedih2 lagi.

Effectnya aku langsung tak boleh keluarkan suara nak bercakap. Ada la dalam sebulan aku jadi bisu sekejap. Nk borak2 dgn dormmate pn xkeluar suara. Nk kirim member belikan barang pn kena tulis kt kertas. Time tu ada makcik jual dadih jagung kt gazebo, so kertas dan pen memang jadi bestfriend kejap lah. Sampai makcik tu ingat aku pelajar bisu. Sobs.

Kadang2 aku tak boleh ingat langsung apa yg jadi masa serangan tu. Kawan aku si D pn tak nak cerita sampai lah skrg. Mungkin byk lagi tragedi yg jadi tapi aku xtau sbb aku mmg xingat apa2. Takde sorang pn nk cerita kt aku hmmmm.

Sampai satu tahap, sekolah dgn warden panggil mak bapak aku suruh bawa balik hantar berubat sebab mcm mengganggu pelajar lain nk study. Yelah dah nak SPM kan.. Mcm mana nak study kalau hari-hari ada gangguan. Kawan-kawan lain aku tak pasti diorang berubat ke tak. So mak bapak aku pun bawak aku balik berubat. Antara pantang larang yang aku ingat, kena minum pati kunyit setiap hari. Dan lepas berubat tu tak boleh tengok mayat/jenazah dlm tempoh 100 hari. Kebetulan dlm tempoh 100 hari tu la arwah opah aku meninggal. Mmg abah aku larang la tak bagi melawat langsung.

Masa nak SPM alhamdulillah dah xde gangguan. Biasa lah.. benda2 ni jadi asal nak exam je. Tapi masa tgh seat paper sejarah aku masih boleh detect kehadiran benda tu sbb tengkuk aku panas bahang. Mmg tak boleh fokus lah nk jawab sbb tak selesa panas. Lagipun aku mmg tak study pn, jawab yg mana ingat je la.

Alhamdulillah walaupun result spm aku xgempak, cuma dpt 3A je, aku masih dpt masuk matriks. Mgkin sbb A aku strong kot. Math dgn Add Math. Mgkin jgk penanda spm tu salah tanda kertas aku sbb sblm ni add math aku xpernah lulus pn wehhh huhu. Sendu sgt. Masa kt matriks dan U aku xde kena apa2 gangguan lg dh. Tp lepas kejadian tu aku mcm boleh detect kehadiran makhluk tu (melalui kaedah tengkuk panas) hahaha.

Kesannya sampai sekarang, sekolah tempat aku mengajar ni (ye aku dh jd cikgu) kalau nk berlaku histeria aku dah boleh detect dulu. Dahla budak yg selalu kena tu mmg aku ajar. So asal ada something wrong kat dia dan bila tengkuk aku panas je, aku dah inform awal2 kat ustaz utk prepare. Huhu. Alhamdulillah aku cuma dapat ‘rasa’, tak dapat lihat.

Dan bila aku masuk mana2 kelas aku akan round kelas dr depan sampai belakang utk ‘scan’ tengkuk aku panas ke tak. Mcm dh jadi habit pulak. Kalau tiba2 tengkuk dpt rasa panas, aku ckp je kt student aku “kosongkan kerusi ni”, “jangan duduk situ”, settle masalah. Ajar je la mcm biasa. Asal dia tak kacau aku, aku tak ganggu dia.

Kdg2 ada student aku tanya betul ke ada hantu. Aku just jwb benda yang kita tak nampak tak semestinya tak ada. Oklah tu je cerita aku. Jaga-jaga, ada yang memerhati.

– un

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Unn

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

9 Comments on "Jaga-jaga, ada yang memerhati"

avatar
Kak Yulie

Hashtag #cikgudetector …

Fuiyoooohhhh…
Udah mcm pengesan haba woooo…
Eeiiii xpueh ati nye boleh plak kwn2 tu xnak citer ekkk…
Klu den tu mmg ku desak deme2 tu sampai terbongkar semua…
Den mmg pantang citer separuh2 jalan nih…

Tatie

Haha.. bnyk2 hastag, ni y paling high tech skali dari kak yulie!

Tu la.. slalu.. bab2 misteri ni la y kawn2 besenya xblh nk smpn2 pndam bile slalu da didesak..

az

tk best la hashtg tu..

Lala

Samura eh..hihi

Lord Tanpanama

Kompom sains muar…

NannyCyber

Aah, Samura ada kubur tepi padang hihi

lynn

Hehehe…. best giler “gift” yg u dpt tue…

BucukTakMandi

baekk

hafuza

Macam samura je.

wpDiscuz