Jalan Kulai – Kota Tinggi

Assalamualaikum / Salam Sejahtera pada semua pembaca FS. Terima kasih pada admin sebab publish luahan & pengalaman yang aku lalui ni. Hampir 3 bulan aku nak terima kenyataan dengan apa yang aku lalui dan nampak ni. Aku tak pandai nak intro sangat, so aku start sajalah ya. Ceritanya bermula bergini.

“Uda, kau kena balik terus ke rumah malam ni jugak!. Ada hal mak nak cakap ni”. Mesej dari mak aku. “Ok”. Aku membalas. Lemah betul dengan orang tua aku ni, hampir setiap hari diorang tanya aku bila balik ke rumah. Ini mesti bukan pasal lain, mesti rindu pada anak dia. Maklumlah, dah takde orang dekat rumah. Abang dgn kakak aku dah berkahwin tinggal di Selangor, adik aku pula sambung belajar di IPTA bahagian utara.

Tapi, aku pun sebenarnya bosan juga dekat hostel ni. Oh, lupa nak bagitau, aku ni student extend di IPTA selatan tanah air. Disebabkan aku sorang je yang tinggal repeat paper antara geng2 rapat aku, rasa kurang bersemangat. Ada 2 orang kawan rapat aku, Rizal & Lim yang bagi aku semangat utk study betul2. Kebetulan pula diorang ni kerja dekat Pengerang, selalu jugak la lepak kalau aku balik Kota Tinggi rumah aku. Alhamdulillah rezeki diorang dapat offer kerja before grad.

Mana taknya, dah 4 tahun study degan kawan2 rapat, tiba2 kau tertinggal. Rasa down doh. Haha. Diorang memang tahu aku akan balik setiap minggu, then mesti tunggu aku dekat Nasi Lemak Wak Kentut dekat Kulai. Walaupun, jauh Pengerang – Kulai tu, tapi diorang sanggup keluar berjalan jauh sebab alasan dekat Pengerang tu tak ada apa. Bosan. Haha.

Lepas maghrib aku terus siap-siap, gerak ke Kulai kedai Nasi Lemak Wak Kentut.

“Lemah betul aku dengan orang yang tak punctual ni”. Bisik hati aku sambil menghembus asap rokok John putih. Dah hampir sejam setengah aku kat kedai makan ni. Dah 2 gelas teh tarik aku telan. Tapi batang hidung Rizal & Lim tak muncul jugak.

Tiba-tiba bahu aku di urut-urut. Aku toleh ke belakang. “Muslim & Mohd Shahrizal, ingat aku dah kena game, nyaris-nyaris aku nak jadi Fattah Amin kat sini (kayu)”. Diorang gelak-gelak je. “Sorry bro, harini ada bnyak kes, dgn jumpa Client lagi. Tu ada lewat sikit”. Balas Lim sambil urut-urut dada aku.

Diorang pun mula buka cerita, dari awal pagi busy. Ada banyak benda nak settle, jumpa client bla bla bla. Aku pun tak berapa faham sngt, sbb aku belum masuk dunia kerja lagi. Then, motor diorang rosak dekat traffic light kawasan Kulai. Tu lewat sikit sampai. Lepastu, kedai motor cakap tak boleh siap harini. Kena ambil esok.

“Tula, baru kitorang terfikir kau selalu balik weekend. Boleh tumpang kau balik Kota Tinggi”. Rizal berkata. Aku pun setuju jela, sebab awal pagi esok Lim & Rizal ada nak bawak Client pergi site visit.

“Jom la gerak, ada lewat sampai rumah nanti. Dah la nak hantar korang ke Pengerang lagi”. Sapa aku. “Duit minyak isi, aku student lagi. Haha”. Sambung aku bergurau. Last2, nak dekat pukul 2 jugak kami gerak.

Aku pun start kereta. “Woi, korang ni dah berapa bulan tak mandi, tak shave ketiak ke?”. Aku cakap sambil kipas2 hidung. Pergh, bau badan diorang dah mcm baju seminggu tak basuh.

“Hahaha, biasalah. Kitorang kerja tengah panas, takde masa nak wangi-wangi. Bukan kerja kat office”. Lim mencelah.

Aku pun memulakan perjalanan melalui jalan Kulai-Kota Tinggi sambil disulami bau ketiak. Baru je 10 minit perjalanan, aku dah rasa tak sedap hati tiba-tiba. Tengkuk aku rasa panas. Dekat kawasan kubur cina kulai, aku rasa macam ada tali putih yang panjang atas jalan. Makin aku dekat, makin rasa berat aku nak tekan minyak.

“Praaaap, kreeekkkkk”. Bunyi macam ada benda sangkut dekat tayar kereta aku, bila aku langgar tali putih tu.

“Berhenti jap kereta, aku nak buang tali tu”. Cakap Rizal kepada aku.

“Ah, jangan nak buat kerja gila nak berhenti tempat macam ni”. Jawab aku cemas.

Bunyi tali tu tiba2 hilang, keadaan jadi sunyi, dengan Channel radio tak dapat. “Hihihihihihi”. Aku rasa ada orang ketawa halus.

“Woi Lim, kau jangan nak gelak mcm tu. Tak kelakar gila!” Gertak Rizal pada Lim. Lim memang ketawa mcm perempuan sikit, dengan keadaan sunyi mcm tu, keadaan mmg jadi makin seram.

“Tula, kau pergi langgar tempat dia main siapa suruh, hihihihi” Lim mencelah. Dia ni memang dari study dulu ada sixth sense, katanya effect saka dari belah Atok dia. Aku dalam keadaan takut, tapi nak tahu apa yang Lim cakap tu.

“Maksud kau apa?”. Aku bertanya dengan perasaan ingin tahu walaupu takut.

Dia pun bercerita yang tadi dia nampak 2 orang budak muka putih tengah main lompat2 atas tali dengan ada sorang perempuan rambut panjang tengah tengok diorang main. Lepastu dia sambung lagi, yang sangkut dekat tayar kereta aku tu bukan tali, tapi rambut perempuan tu!!

Pergh, telan air liur aku. Yang si Lim ni boleh lagi cerita sambil gelak-gelak, sbb dia dah biasa nampak kan. Aku dgn Rizal ni dah tak tahu nak react mcm mana.

“Jauh jugak kau seret rambut dia tadi. Hahaha. Marah betul muka dia tadi aku tengok”. Sambung Lim lagi. Bongok betul si Lim ni bisik hati aku.

Rizal pun nak tenangkan keadaan sambil buat2 tanya dalam nada kelakar. “Haha, yeke. Habistu dia kat mana sekarang? Dah sambung main balik?”.

“Taklah, dia ada kat hood depan tu menyarap. TENGAH TENGOK KITA!!”. Aku punya bulu roma SSSUUUPP naik keatas. Patut la aku rasa berat dari tadi.

Aku tengok muka Rizal pun dah lain. Malas kitorang nak tanya lebih2. Ada jadi lain nanti. Hp aku pun dah berapa kali vibrate. Seperti yang aku sangka “27 miscall from Mak”. Aku malas nak angkat, ada kena bebel nanti, sebab dah janji nak balik awal. Dengan nak hantar si Rizal & Lim lagi. Nanti dah balik pandai lah aku pujuk mak aku.

Aku pun teruskan perjalanan ke Kota Tinggi, channel radio pun dah ok. Sempat la melayan lagu Wanita terakhir dengan Aiman tino lagu menghitung menunggu mati (aku tak ingat tajuk dia). Tengah layan lagu koleksi berdarah telinga. “Ada mana-mana tandas tak area sini? Perut aku dah mcm ada timing bomb. Bila2 boleh terkeluar ni” Rizal sambil menekan nekan perut dia.

Buat hal betul dia ni. Dah la sepanjang jalan ni takde tempat selamat nak berhenti. Rasanya sesiapa yang pernah lalu jalan Kota Tinggi-Kulai malam2 tahu susana dia macam mana. Dengan gelap gelitanya.

“Haaaa, tu, tu. Aku dah nampak ada warung kat situ. Mesti ada tandas kat situ”. Kata Rizal seperti menahan sesuatu dari keluar.

“Gila kau, aku tak nak berhenti kat tempat tu”. Aku balas. Dan ada sebabnya kenapa aku tak mahu singgah di warung yang di sebut Rizal.

“Tak kira, kau kena berhenti jugak, ni dah hujung2 dah ni. Kau nak aku lepas dekat dekat kereta kau ke?”. Gertak Rizal. Aku dengan berat hati pun berhenti di warung yang di maksudkan.

Kalau korang nak tau, warung ni dekat kawasan masuk salah sebuah Felda Bukit Ramun jalan Kulai-Kota Tinggi. Last warung ni buka tak silap aku dah hampir 7-8 tahun lepas.!!. Minggu sebelumnya masa aku lalu kawasan tu pun, aku cuma nampak tinggal tapak saja! Yang peliknya warung tu tiba-tiba harini penuh orang2 tua. Seperti orang2 jawa. Disebabkan, Rizal & Lim bukan asal Kota Tinggi, diorang tak pernah tahu kisah warung simpang Bukit Ramun ni. Banyak kisah yang aku dengar pasal warung ni, terutama orang2 yang singgah waktu tengah malam di sini.

Berhenti je kereta aku, Si Rizal terus turun dan mencari tandas di warung itu. Tak sempat aku nak cakap pada Lim suruh tunggu dalam kereta, dia terus turun kereta. “Aku haus la , jom minum kejap”. Ajak lim kepada aku. Aku dah geleng2 kepala.

“Takpelah, aku tunggu dalam kereta”. Balas aku. Lim pun terus duduk di salah sebuah meja, dan selang beberapa minit Rizal pun duduk semeja dengan Lim. Aku masa tu dah tahu nak buat apa. Time macam ni aku berharap ada CD mengaji dalam kereta aku. Bacaan Ayat Qursi aku dah tunggang langgang.

Aku penjam mata, tak sanggup nak tengok di warung tu. Bukan setakat warung, dalam kereta aku sendiri pun aku dah tak bernai nak tengok. Masa aku tunggu Lim dan Rizal di warung tu, ada 2-3 kereta yang lalu di jalan tu high beam pada aku. Memang tak dinafikan apa firasat aku tu betul.

Aku rasa tak tahu nak panggil diorang mcm mana. Aku call dua2 telefon. Tak diangkat. “Apa masalah la korang ni”. Mengeluh aku dalam hati.

“Dik, duduk la dulu kat warung pakcik ni. Buat apa tunggu dalam kereta”. Tiba2 ada seorang tua umur lebih kurang 60an, pakai kopiah berbaju kemeja batik jawa lengan pendek menyapa aku dari cermin tingkap. Mak Aih terkejut beruk aku. Badan aku jadi terpaku. Ikutkan hati aku mahu tinggalkan Rizal & Lim dekat warung tu, tapi aku pun risau nak balik sorang2 lalu jalan ke Kota Tinggi. Mau ke tempat lain aku pergi nanti. Pakcik tu, masih tunggu aku sambil tersnyum sinis. Seram woi.

Aku pun dah tak ada pilihan lain, dengan hati tersangat berat. Aku pun turun kereta. “Zuupppp, tiiinn, ttiiiin, tiiiiiiinn.” Ada lembaga laju lalu sebelah aku. Rupanya ada kereta dari kereta dari arah kulai ke kota Tinggi, high beam sambil hon2 aku. Mesti dia pelik dengan apa yang aku buat.

Kaki ku terus melangkah ke dalam warung, aku rasa kerusi dan meja distu berhabuk, tapi secara fizikalnya nampak bersih. Aku beranikan duduk. “Kau ni dah kenapa? Jangkit cirit aku ke? Tahan berak?. Ahahaha” Usik Rizal pada aku. Aku terus diam.
Ada dalam 4-5 orang tua 60an yang sedang duduk, tapi tak sembang apa2. Semua fokus pada tv yang dipasang. Dan korang nak tau siaran apa yang dipasang kat TV tu? Lagu ULIK MAYANG gais!. Pergh, ini kali kedua SUUPP bulu roma aku naik ke atas.

“Dik, nak minum air apa?”. Pakcik baju batik tadi tanya aku. Berderau darah aku.

Aku pun balas “ Takpelah cik, sy tak haus lagi”. Sambil aku tunduk ke arah meja untuk mengelak eye contact dgn pakcik tu.

“Adik ni ada tahu apa-apa ke?hehehehe” tiba2 pakcik tu membongkok melihat muka aku sambil bertanya. Telan air liur aku. Dengan tak semena semua pakcik dalam warung tu pandang ke arah aku. Pergh. Rasa kaki ada gam gajah melekat.

30 saat lepas tu, keadaan jadi reda semula. Tapi hati aku dah mcm nak pecah. Rasa takut dia, mcm kantoi final exam bawak toyol. Tapi ni 10 kali lagi takut. Diorang pun start sembang2 dgn pakcik baju batik tu. Aku pun dah tak berapa ingat sngt. Yang aku pelik nampak Rizal & Lim takde rasa takut dan nampak mesra je degan orang tua tu. Ada satu ayat aku ingat pakcik ni cakap, “Kat jalan sini tak ramai yang berani lalu lepas 9 malam”.

Lim pun jawab “Betul tu Pakcik, tadi pun kami kena kacau dekat kubur cina”

Tak sempat Lim nak habis cerita pakcik tu mencelah “Itu memang ada, tapi ada satu yang lain. Kawan kamu tu mesti tahu. Hehehehehe” sambil pakcik tu jeling ke arah aku. Dalam hati aku dah memang tak putus2 baca ayat quran. Entah betul ke tak susunannya.

Kami disitu cuma 5 minit, tapi 5 minit dekat situ aku rasa lebih lama aku masa degree + extend. Fuhh. Masa nak gerak dari warung tu, Lim & Rizal sempat salam degan pakcik baju batik tu. Bila dia hulur tangan pada aku, aku buat2 tak nampak rushing naik kereta. Dia cuma senyum je.

Aku cepat2 start kereta terus gerak. “Weh asal kau senyap je? Kau ok ke tak tadi?” Tanya Rizal pada aku. “Nanti aku cerita”. Balas aku ringkas. Rizal pun terus terdiam sebab dia dah mula sedar ada benda tak kena.

“Aku rasa Pakcik tadi dari tempat lain”. Lim mencelah.

“Kau diam boleh tak! Aku tengah takde mood. Kau cakap lagi sekali benda ni, aku drop kau!”. Aku tengking pada Lim. Sebab apa yang dia cakap mesti benda yang lagi menakutkan.

Tak sampai 10 minit perjalanan si Rizal buat hal lagi. “Kau berhenti jap. Rasa nak tekeluar lagi ni”.Rizal mengurut urut perut dia.

“Ah kau, dari tadi nak tercirit je!. Kau makan apa tadi? Aku malas nak berhenti tempat macam ni” Balas aku dengan nada tinggi.

“Serious ni aku tak tahan, tercirit dah sikit ni”. Rayu Rizal.

“Haaa, yelah. Tapi jagan lama sangat”. Kata aku sambil berhentikan kereta di tepi jalan.

“Kau ada air mineral tak? Nak basuh macam mana nanti?” Tanya Rizal pada aku.

“Banyak pulak cekadak kau, basuh jela guna daun. Kan dah bnyak embun ni!”Aku menjawab.
Rizal pun masuk dalam semak tepi jalan tu sambil diteman Lim. Aku pun lepak kat luar kereta sambil enjin kereta hidup. Aku memang sengaja buka lampu biar hilang sikit rasa takut. Baru aku nyalakan rokok john putih terakhir aku, ada kereta Iriz kelabu high beam aku, dan terus berhenti depan kereta aku.

Rupanya ada sekeluarga dari arah Kulai ke Kota tinggi. Dia berhenti sebab ingat kereta aku rosak. Dia nak tolong. Aku pun beritahu la tunggu kawan aku melepas dalam semak tu. Dia pun ckp kalau takde apa, dia nak gerak dulu, sebab jam pun dah nak dekat pukul 3.

Tapi sebelum dia nak gerak sempat beritahu aku “ Abg rasa pelik adik berhenti kat sini, cuba tengok seberang jalan tu. Tadi petang ada excident kat sini motor-lori. Orang naik motor tu meninggal” Allah. Luruh jantung aku. Memang aku ada nampak motor LC colour biru remuk teruk tersadai seberang jalan sana. Bila kereta tu gerak, aku pun dah fikir macam2.

2-3 minit lepas tu Rizal & Lim keluar dari semak tu berlari. Aku pun dah tak fikir apa, ni mesti ada benda tak kena. Aku terus start kereta, diorang naik terus aku pecut. Bila dah nak keluar jalan Kulai – Kota Tinggi baaru aku beranikan diri tanya sebab apa diorang lari keluar dari semak tu.

Jawapan yang aku dengar membuatkan aku terpaku. Masa Rizal dah siap buang hajat, dia suruh Lim kumpulkan daun2 yang bersih utk dia buat basuh. Masa Lim tengah cari2 daun tu dia nampak org tua bagi air pada Rizal. Rizal pun ingat Lim yang bagi air tu untuk basuh sebab dia ambil dari tepi, tak nampak siapa yang bagi. Lim pun dah tak tahu nak buat apa, lastly Rizal baru perasan tu bukan Lim, masa dia terdengar Lim terpijak ranting, bila dia toleh Lim bukan kat sebelah dia. And paling scary, org tua tu adalah PAK CIK BAJU BATIK yang dekat warung tadi!

Walapun hampir pukul 3.15 pagi, mata aku masih tidak rasa mengantuk, sebab perasaan takut lebih menguasai diri. Aku pun mengambil keputusan untuk terus menghantar Rizal & Lim ke Pengerang. Sepanjang perjalanan kami cuma diam sebab masing2 masih terkejut dengan apa yang berlaku. Aku rasa perjalanan ke Pengerang sangat lama malam itu.

Setelah hampir pukul 5, aku sampai di stesen Petronas Bandar Penawar untuk mengisi minyak. “Eh, takpelah. Kau drop kitorang kat sini je” Lim berkata.

“Serious ke? Jauh lagi nak ke Pengerang tu.” Aku membalas.

“Sini ramai satu tempat kerja, nanti kami tumpang je diorang. Lagipun dah pukiul berapa ni, mak kau dah tunggu tu” sahut Rizal pula.

Aku pun mengiyakan je, sebab aku pun dah tak berapa nak larat sebenarnya. Sebelum Rizal & Lim beredar, Lim sempat cakap pada aku “Jumpa lagi pagi nanti. Hahahaha” dalam nada bergurau.

“Takde masa aku nak jumpa kau, katil dah panggil aku” jawab aku sambil tertawa kecil.

Selepas isi minyak, aku pun singgah di surau petronas itu, sambil menunggu subuh. Aku tertawa kecil, sebab mereka tak berubah mcm dulu. Aku pun menyeluk poket sambil mengeluarkan telefon bimbit ku.

Seperti diduga, “53 miscall from mak”, “12 miscall from Abah”. Aku pun buka whatsapp dari mak aku.

“ Uda kat mana? Balik cepat”

“Kenapa tak angakt call ni. Ada urgent”

“Balik sebelum pukul 12, takut nanti tak sempat”

“Mak bukan taknak cakap dalam chat, takut Uda tak boleh terima”

“Rizal & Lim dah tak ada. Excident petang tadi”

“RIZAL & LIM DAH TAK ADA”. Aku gosok2 mata aku baca chat dari mak aku ni. Mcm percaya tak percaya.

Aku terus call Rizal & Lim. Tak angkat!. Tiba-tiba panggilan masuk dari no tak dikenali “Uda ada mana ni? Risau mak. Cepat balik sekarang Mak guna no ibu Lim ni, dia ada kat Hospital tengah tunggu bedah siasat” rupanya call dari Mak aku.

Tergamam aku. “Ok mak, Uda terus pergi hospital”. Kepala aku jadi bercelaru. Aku terus ke Hospital Kota Tinggi.

Sampai di Hospital, aku nampak keluarga Lim dan Rizal bersedih. Aku jadi blank. Aku tak boleh terima kenyataan. Aku balik dari Kulai ke Kota Tinggi dengan siapa malam tadi?!!

Aku lihat jasad yang dalam bungkusan putih, sama wajah seperti yang bersama aku semalaman. Meurut cerita mak aku, Lim & Rizal otw ke Kulai untuk berjumpa dengan aku, tetapi excident di jalan kulai-kota tinggi dan Lim meninggal di tempat kejadian, Rizal pula meninggal masa perjalanan ke hospital. Baru aku teringat yang mak aku ada Mesej yang penting pada petang kejadian suruh aku terus pulang ke rumah. Dan lagi satu perkara, masa aku berhenti di tepi jalan menunggu ‘Rizal’ & ‘Lim’ buang hajat ternampak motor tersadai di tepi jalan. Rupanya itu motor kawan baik aku.

Hampir 3 bulan aku tidak boleh tidur malam teringat kejadian ini. Tetapi setelah bawa berubat, Alhadulillah dah makin ok. Cuma aku trauma nak lalu jalan kulai – kota tinggi walaupun pada siang hari.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 .

Awe
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

261 comments

        1. Oooo…kisahnya….hihi…dekat je la kita cu….jom mlm ni lepak sama2…nek amek cu naik penyapu nenek….cu nak pegi mana? nenek bawakkan..

          1. oooo…meh weekend ni kita mkn bakso…sedapnya…..tp kebanyakan nya da lain laaa..ori punya bakso ada sambal pedas dia, ada kicap n sos kan? tp kebenyakannya serve dengan sambal kicap…hmmmm….da tak sedap

          2. ishhh..mestilah kuat lagi…ni tgh tggu cu mami belikan polident supaya gg nenek kekal melekat sepanjang hari…

  1. Weh sedih! Aku pernah lalu sini dengan cousin masa raya beberapa tahun yang lepas selamba bawak motor dia punya bulu menegak memang seriau jugaklah cousin aku ni dia boleh nampak benda benda tu, hijab terbuka lebih tepat katanya dan masatu dia dok bonceng aku dekat belakang sambil sambil tu dok tepuk2 aku “Faz laju sikit Faz kau tak nampak aku nampak dah ni dari belakang aku.” Kesian budak tu dah lah penakut sampai sanggup berhenti kat tepi jalan ganti aku bawak motor. Masa ni dia baru lagi dalam dunia nampak benda benda ni. Zaman sekolah weh masa ni. Memang masa dia tukar tempat dengan aku terus dia pecut lah cerita dia dah lah kereta dua tiga je masa tu. Dan aku nasib baik tak nampak hahaha.

      1. Aah faz asal Johor then masa Faz sekolah rendah Faz satu keluarga ikut ayah Faz bermastautin terus di KL kiranya pindah terus dekat KL sampai sekarang means rumah family Faz dekat KL. So kat Johor ni kira kampung Faz yang ada atuk dan sedara mara yang lain?

          1. Dekat tak dekat tapi kalau nak beraya tu takdehal lah kot bukan selalu hehe. Faz dekat gelang patah. Tahu?

          2. kan bukan selalu… tahu sangat.. gelang patah tu shortcut maira ulang alik balik kampung.

            **abang singkong boleh join Faz ye beraya rumah maira… hihi

          3. Kan tak jauh mana pun pada Faz haha. Singkong Johor jugak ke? Wah lagi best macam tu kenal each other depan depan boleh bawak kawan kawan Faz yang lain. Faz memang setiap tahun balik raya kat Johor tu.

          4. Singkong tu maira pelawa je.. hihihi boleh je kalau nak bawak kawan2 Faz tu kecuali Rashid. haha. Nenek kebayan pun gaya macam orang johor juga tau. raya tahun depan rasanya FS dah boleh buat open house la..

          5. Nenek kebayan pun johor jugak? Nice lah macam tu. Wah cikbambam org johor jugak nice sgt ramai ramai geng johor raya sama ni hahaha

          6. KAK YULIE! Baru free ke? Long time no see! Kitaorang serbu betul kang hahaha! Raya tak lama je lagi ni. Lol

            *eksaited

  2. “Muslim & Mohd Shahrizal, ingat aku dah kena game, nyaris-nyaris aku nak jadi Fattah Amin kat sini (kayu)” ok yang ni kelakar. hahahahahha

    Allahu. Kesian nya kawan awak. hm. Seram jugak lah nasib baik ada “bestfriend” yang temankan sepanjang perjalanan awak tu. hihihihi

    Al Fatihah untuk Lim & Rizal. Semoga awak tabah, uda.

  3. seram+sedih.. part pakcik baju batik bagi air siyes klu kena kt akak mmg dh jadi fattah amin (kayu) kt situ.. tp ending mmg menyentuh perasaan.. diorg nak jugak jmpa ko tu…

  4. sedih nyaaaa….hajat dua org kawan baik nak jumpa cu, tak kesampaian..kalau nenek pon, bole trauma setahun cu….hati2 ye cucu2 nenek semua…

          1. Sbb tu nek malas nak komen guna tv kecik…reply kat lain, kat lain yg kluar pulak…adeh…nek ckp kat cu faz…

          2. Hahaha nek mana dia ek org tua tu nenek dah sebat dia dgn penyapu berapi nenek tu ke? Sian dia nek apa salah dia huhu

          3. jgn disebut2 cu..bagus laa dia takde..kang dia ada semak mata nenek melihatnya…kang nenek merajuk lagi kang!

        1. Takpe laa cu nenek tua sebelum usia…dapat mengelakkan fitnah dan kebencian org sekeliling..jadi muda remaja ni payah, baik jd tua.. cuma nenek benci ngn org tua tu!!

          1. hahaha xpe nek.. pasal yg tumpang glemer nenek tu.. nanti kita sebat dengan penyapu beramai2.. hihihih

          1. lamaaa..masa aku mula2 komen die mmg da bersarang dlm ni..dlu aku melayan komen jurifs2 ngn singkong je..hahaha..

            #iniseriusss

          2. Aku bukan nak hentam sangat.. bukan nak bajet otai jugak.. aku just tak suka orang yg tak menghormati orang lain.

            #sedang cari tikar yoga#

          3. Tapi aku still ingat lagi. Dulu aku giat komen masa dua tiga orang je kaki komen. Ada kak yulie dan lain2. Dulu aku pakai nama PengkritikFs. Lepastu ada budak nama SPM Victim 2k17 ni dia buat onar pakai nama aku komen mencarut sana sini. Ko ingat ko sorang ke kene benda tu medical oii. Sampai admin banned email aku kot tak pepasal.tapi itu sejarah lama. Budak jahat tu pun dah mampis agaknye..

          4. baik ko jujur dgn aku. ko kan yg guna email aku??? kan? kan? kan? ko kannnn?

            ada ke aku tak hormat org? alahhh, kacau sikit2 je kot. paling busuk pon, aku taik kan org je. huhu. tapi itu dulu lah. skang tak buat dah.

            ~ko guna tikar mengkuang pon boleh.

          5. pende pulak aku ada musuh kat dalam ni. haha. tak kisahlah. jgn asap aku sudah. huhu. yeke bukan ko? bila klon tu stop komen, ko pulak tetiba masuk. huhu.

            ~tapi tetap salah ko jugak. memandai tepek email aku. sukahati kooo je, ???

          6. terr share konon. alasan. ??? sebab ko terrrrr share lah aku terpaksa lepas kan takhta top 5. kalau tak, aku dah potong singkong dah. kahkahkah

          1. sentap kot. mujur tak keluar sempadan lagi. kahkahkah. lantak dialah. ingat senang aku nk ada dlm top 5? hahahaha

          2. Haha..xpe2..komen non stop 3ari 3mlm..nnt naik top5 balik..haha..

            **mana jurifs2 ni..medicak da timbul die plk ilang..?

          3. ko tak tahu aku tido sambil menaip untuk dapatkan top 5. hahaha

            ~ eee. aku rasa dia yg klon aku. huhuhu

          4. hahaha..yeke die?alaa..ade la tu sape2 nk nyakat ko tu..hahaha..
            mlm ni jgn tido..komen sampai lebam k..huhu

          5. hahahaha. idookkk ler aku ngajak si EL. seriau aku. si EL tu kurus. Jenuh pulak aku nak menjawab. hahahah

          6. haha..dlm gambar kurus la..hakikat nye lemak kiri & kanan..kahkahkah..xla selalu hiking..bile free je..paling busuk pun naik broga je la..hahaha..jom hiking..

          7. aku takut hiking. bukan apa. takut naik tak turun dah. hahahahaha. brapa jam naik atas? 3 4 jam ke? kena lalu lah kan kot hutan2 tu? ke dia ada jalan kecik naik atas? takde ular? harimau?

            #soalanserius

          8. broga 3 4 jam??hey..20-30 minit da smpai la..haha..
            ade hutan..ade bukit2..broga da ade trek..senang la nk naik..
            setakat ni belum penah jmp ular harimau lg la..hihi..
            apesal soalan ko ni comel sgt??hahaha

          9. ohh. ehhh? aku ingatkan 3 4 jam. (malu kat org) hahahaha. mana aku tahu. aku bukan apa, aku seriau sikit kalau terserempak dgn ular ke, betembung dgn harimau ke, lintang pukang aku lari. huhu. aku tanya sebab aku tak tahu dan tak penah hiking. hahahaha.

            ~habis tu? aku ada baca sampai yg hilang dlm hutan tu? ko tak takut ke? ish! risau pulak aku kalau ko hilang. hahaha

          10. agak2 ko tgk aku x komen 3,4 ari tu aku ilang la tu..hahaha
            xde la..insha Allah ok..kene jaga2 la kt tmpt cmtu..

            setakat ni hiking belum jmp lg binatang bahaya cmtu..selalu jmp pacat je la..haha..aku lupe la broga tutup skg..crk bukit lain la..hahaha

          11. haha. nanti aku suruh singkong perati ko.

            broga hill semenyih?? errrr. ko keje kt area situ ke? kahkahkahkah. kalau betol. dekat sgt lah kita.

          12. Haha..singkong da xlarat nk perati kn aku..terejal sgt kut..haha

            AKu keje kt nilai..dekat je ngn semenyih tu..ko ddk semenyih ke?

          13. yelah. ko lah. asyik gelakk je. jom pegi yoga. biar lancar darah ko mengalir. hahaha.

            ~ ko mana beb? memasak ke? kahkah

          14. siyes 10???siyes ahh?
            ok..cikbambam pass EL ke medicakk je..baru sesuai..
            budak dgn budak..

            **mana singkong ni..geng tua cikbambam..hahaha

          15. ahh..xde de..cikbambam masih remaja lg okeyy..haha..
            jgn bgtau org umo cikbambam..rahsia kite berdua ya..
            nnt cikbambam lanje EL kepci..
            jom broga..!!

  5. wow seyes seriau..bila part kereta iriz tu cakap ada moto eksiden ak da dapat rasa yang tu kawan dia sebenarnya yg accident

  6. Suatu hari kita pun akan kembali kepadaNya jua.?
    Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

  7. Ya Allah sedihnyeee
    Suka tengok persahabatan lelaki, hubungan yg sgt kuat even salah seorang dah meninggal dunia.
    Teringat arwah abg, walaupun abg dah takde, kwan2 abg still amik berat pasal keluarga kami.
    Alfatihah utk Rizal & Lim.

  8. Sejak kecik lalu jalan ni, ulang alik nk g ke bandar..
    Alhamdulillah hijab x terbukak kot, tu y x prnah lah nmpk pape, tp seram2 merinding tu ade lah kdg2..

    Takziah,, n nice story writer!

  9. selalu gak lalu situ dulu naik moto tengah malam masa belajar perak. asal cuti panjang je lepas kelas petang terus gerak dari perak. smpai jalan ni ada la dalam 11-12 malam. kekadang 1 pagi. rumah kat ngn jalan tu. so nak x nak kene la lalu jalan ni.
    Alhamdulillah la xpernah jadi pape. tp jalan tu malam malam memang seram. banyak kabus

  10. sedih bro..aku dpt rasa kesedihan ko tu..wpun setori hantu ko x seram lgsung..tp sedih nye smpai ke hati cikbambam..

    **bulu roma cikbambam meremang ms baca setori ni..bukan sebab seram…..

  11. Allah..akak pnh lalu jln tu..sunyi jg wlaupun waktu siang. Sedih citer ni.sabarla..doa baik2 utk rizal n lim..alfatihah

          1. kan haritu masa admin buat blog ni. kan ada masalah teknikal. kalau kita nk komen akan naik nickname dan email org lain. pastu dia pegi tepek email aku kat sini. tak tahu sape yg klon.

          1. uishh..ramai..aku pun kmpg batu pahat..
            nenek kebayan pun joho..jom jmp nenek..nk pnjam penyapu..huhu

            **elok plk kite borak kt sini..sat g kene kecam..hahaha

          2. ramai pende? ko dgn nenek kebayan baru 2 orang. haha

            ~borak lah dulu selagi tak kena kecam. hahahaha. Agak2 yg kecam aku cabut lah. haha

          3. lebih dr sorg tu ramai la kan..hahaha
            aku, singkong (ni tipu), nenek, EL, kak yulie, maiza, faz..ramai kn..
            tapi aku ngn faz kmpung je joho..gigih plk aku buat research sape org joho..hahahaha

      1. nasi lemak wak kentut.. maira dah makan… pada maira sedap.. nasi lemaknya dikukus.. yg buat dia femes sebab namanya…. x silap wak kentut tu dah meninggal.. sekarang ni anak2 dia yg teruskan legasi wak kentut tu

  12. Salam takziah buat penulis.
    Moga arwah Lim dan arwah Rizal di tempatkan di kalangan org-org yg beriman. Amiinn..
    Al-Fatihah.

  13. ?? xleh digest canne lim dan rizal (qarin I suppose) leh muncul lepak2 dgn selamba nye dan Uda tak perasan langsung.. pandai plak diorg citer bab2 kerja diorg yek..

  14. Sedih mmg sediihhh…
    Semangat setiakawan membawak diorg kepada penulis…

    Tapi…
    Akk hangeeennnn sungguh2 bile die boleh buat derk xnak jwb panggilan yg bertalu2 tu…
    Die sedor tak betap risaunya mak pak tu bile call tu x berjawab…
    Dahlar diorg tgh risau, tambah lg risau entah anak tu selamat ke tak…
    Klu dpt kat akk, mmg cair ar tinge ko kena fire abis-abisan…
    Silap2 lebaaammm muke tu akk bg penumbok…

  15. “Sorry bro, harini ada bnyak kes, dgn jumpa Client lagi. Tu ada lewat sikit”. Balas Lim sambil urut-urut dada aku.

    tang urut dada tu taktau lah typo ke apa . tp otak aku terganggu siak baca hahaha . . tp ending sedih lah . takziah okay uda

  16. dapat rase bila kite kehilangan sahabat yang rapat n paling sedih sebab walaupun sudah meninggal arwah tetap datang jumpa kite ? bagibsaye tak takot tapi sedih n kalau boleh nak jumpa lagi sekali peluk erat-II sebab itu adalah untuk kali terakhir ?

  17. Jalan kulai-Kota tinggi memang seram sebab gelap. Pernah 2 kali terserempak dengan lelaki berbaju putih naik kuda kat laluan tu

  18. Aku Tak suka jalan tu. Baik ikut senai, potong seelong, ikut felda Tebrau lalu Tiram – kota tinggi. Jauh pun jauh la. Tak pun Naik senai desaru highway turun Tiram. Jalan kulai kota tinggi tu bahaya. Dah la gelap bila mlm. Kiri Kanan sawit, kubur cina. Jln lak kecik, Lori banyak.

  19. Citer best. Mendebarkan. Dan twist terakhir tu mmg menyedihkan. Tapi kan, dgn byknya citer Kulai-Kota, napelah sanggup lalu jalan tu kul 2 pagi. Siap plan nak gi pengerang dulu. Jauh tu dan bahaya. Lastly, klu aku termiss call dari mak 5 kali pun aku dah rasa mcm anak derhaka. Takleh byg yg malas angkat mak call walaupun dah 27 miss. Seb baek tak disumpah jd kayu betul-betul.

  20. bestlah cerite nie..dlm seram ujung2 sedeh..jln nie klu mlm memg sunyi..plk tu kbnyakan kemalangn jln lurus..plikkn..tapi tu dah takdir..smga roh rizal dgn lim teng di sane

  21. Cerita yang tak disangka-sangka kesudahannya.
    Seram dan sedih….
    Jangan lupa share lagi ya kalau ada pengalaman yang lain.
    And good luck on your final/extend year. Study smart.

  22. masa kete brenti ckp ade motor eksiden tu, dh bajet dahhhh ni kawan2 dia meninggal ni… sb di awal cter bgtau motor deols rosak. tambah menguatkan cte, mak plk call byk2 kali. kalau ada hal ptg, mak2 mmg mcm tu akan call berpuluh2 kali. kalau hal x berapa urgent, x bertalu2 sgt call nya.

    apepun, kalaulah angkat panggilan mak mse tu atau call blk mse dua org kawan tu ade bersama2 tgh sembang, agak2 mcm mne ek..

  23. Sebenarnya siapa mereka?? Adakah arwah?? Kenapa mereka muncul semula?? Apa yang mereka nak sebenarnya?? Hmmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.