Jambatan Ber’hantu’

Hye para pembaca fs sekalian, terima kasih admin sebab siarkan kisah aku aritu. Ingat lagi tak cerita “Diganggu lembaga hitam”? Kali ini aku nak share pulak cerita seram yang lain. Cerita ini pengalaman dari mak aku ketika dulu. Mak aku memang minat sangat baca page fiksyen shasha ni hahaha setiap kali ada cerita mesti mak aku tanya ada cerita best seram ke tak hehehe.

Okey banyak sangat dah melalut, mesti pembaca geram pulak nanti banyak sangat intro kihkihkih. Cerita mak aku ini berlaku pada zaman tahun 70an kalau tak silap, mak aku dengan jiran satu kem di Batu Niah ( tempat nama kem dirahsiakan), di mana tempat bapak aku berkerja. Kawasan kem ini meliputi rumah kuartes untuk para pekerja. Terdapat juga rumah di atas bukit bagi yang berpangkat,o rang putih yang jadi ketua dekat situ. Yang bestnya duduk situ bil air, bil elektrik memang takda bayaran langsung free jer hahahaha. Okey2 melalut lagi sudah maaff ? hehe.

Untuk pengetahuan semua, kem tempat ayah aku keja memang jauh bila nak ke bandar ambik masa 2 jam perjalanan, paling dekat pun hanya lah pekan di sekitar Batu Niah. Mak aku cerita dekat aku, dia dengan jiran keluar untuk mencari siput bulat untuk dimakan, yang warna hitam tu, korang tahu ke tak macam mana siput tu? Hahaha. Mereka mencari siput itu di sekitar bawah jambatan di mana bawah jambatan ada sungai kecil yang cetek. Untuk pengetahuan semua jambatan tersebut ada kisah seram nya tersendiri, dimana dibawah jambatan tersebut ada sebuah pendam iban (perkuburan orang iban zaman dulu2).

Berbalik pada cerita tadi, mak aku dan jiran dia pergi untuk mengutip siput tersebut di bawah jambatan “angker” tu. Mak dan jiran dia berjalan di tepi2 sungai cetek sambil mengutip siput2 yang ada dekat situ. Semakin jauh mak dan jiran tadi mengutip siput, semakin banyak pulak siput. Tiba-tiba ada bunyi “Syuuupppppp syupppp” bunyi batu yang dibaling ke dalam sungai.

Lalu mak aku tanya jiran dia, “kau ke baling batu tadi?”.

Jiran: tak lah, bukan aku yang baling batu tu, tu haa yang baling batu kat dalam sungai (sambil menunjuk ke atas pokok) muka dia macam anjing berbadan manusia dan berbulu, tu haa tengah duduk tengok kita(sambil menjeling sinis melihat mak aku).

Mak : kau jangan macam2 aku takut nie,dah jom balik. Nanti masuk waktu senja pulak.

Jiran: alaa jangan lah balik dulu, masih banyak siput tu. Biar je 2ekor tu baling2 batu.

Masa tu hujan renyai2 hujan panas kata orang tua2 memang tak elok keluar kalau hujan panas. Mak aku dan jiran tadi pun naik ditebing sungai lalu naik ke atas. Tiba-tiba kedengaran suara wanita menangis mendayu-dayu tidak lama selepas bunyi tadi. Mak aku apa lagi memang meremang terus bulu roma, dia membaca ayat2 suci sambil berjalan pulang.

Tiba2 jiran tadi cakap, “eh tunggu aku, tengok tu 2 ekor tadi kejar kita, kau jangan toleh belakang tau, kalau aku tengok takpe diaorang tu kawan aku (sambil ketawa mengekek2 dan menunjuk2).

Tengah Mak aku berjalan2 sambil ketakutan tiba-tiba saja kaki mak aku tersekat seolah2 ada yang menahan kaki mak aku supaya tidak keluar dari tadi kawasan tersebut (di kawasan jambatan itu). Mak aku terus membaca surah2 suci dan teruskan perjalanan tanpa menoleh kebelakang. Jiran mak aku cakap, 2ekor makhluk tu kelihatan sangat marah masa kejar mereka (bercakap sambil ketawa2).

Mak aku masa tu langsung takda menoleh ke belakang sebab takut sangat, sedangkan jiran mak aku seperti seronok melihat 2 ekor yang mengejar mereka tadi. Mesti korang nak tahu macam mana jiran mak aku dapat lihat “2 ekor” yang kejar mereka tu kan? Hahahahah. Sebenarnya jiran mak aku tu memang ada sakit. Kadang2 dia okey, kadang dia tak okey ,dalam kata lain sakit mental. Ada orang cakap orang yang sakit mental ni dapat melihat benda2 camtu hurmm seram tetiba bulu roma aku hahaha.

Setelah 20 minit perjalanan dan sampai depan pagar kem barulah mak aku merasa lega dan ringan je kaki berjalan, tak seperti tadi nak melangkah pun susah sebab terlalu berat. Barulah lega rasanya kata mak aku. Sampai di rumah mak aku menceritakan hal tadi dekat ayah aku, ayah aku marah lah kenapa nak ikut jiran aku pergi mengutip siput tadi. Ayah aku cakap, “kita berdua saja di rumah, siapa nak makan banyak2 siput ni nanti, awak pun kalau dia ajak, jangan ikut lagi. Awak tahu kan macam mana keadaan dia kan?”. Ayah aku ambil siput tadi dan buang semua siput2 tadi ke dalam tong sampah.

Pernah satu hari tu, mak aku nampak jiran aku tengah mengasah parang hahaha mak aku tadi tanya la, “buat apa dengan parang tu”. Jiran aku cakap, “nak p*****l kepala suami aku”, sambil ketawa mengekek2. Dan jiran mak aku jugak pernah patahkan kayu sebesa paha bayangkan? Macam mana kekuatan dia mampu untuk patahkan kayu setebal tu? Orang lelaki pun belum mampu untuk patahkan kayu sebesar tu kan? Hurmm dekat jambatan tadi jugak ada satu lagi kejadian misteri di mana rakan sekerja ayah aku balik kerja pada waktu tengah malam ,rakan ayah aku melintasi jambatan tersebut.

Rakan ayah aku tiba2 terdengar bunyi kocakan air sungai di bawah jambatan, lalu rakan ayah aku tadi, melihat di bawah jambatan ada susuk tubuh wanita sedang menunduk mengocak2 air sungai seolah-olah tengah minum air. Susuk tubuh wanita itu berambut panjang mengerbang berbaju putih. Ishh takkan orang pulak kan kalau waktu tengah malam macam tu? Hehe tapi benda tu berlalu terbang tinggi meninggalkan kawasan tersebut dan masuk kedalam hutan berdekatan.

Okeylah sampai sini aja dulu cerita aku nanti kalau ada cerita lagi aku akan share untuk korang hihi. Maaf lah yer ayat agak tunggang langgang sikit hahahaha. Okbai muahmuah ?

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

4 thoughts on “Jambatan Ber’hantu’”

  1. ak pon baru nk tanya kenapa kwn mak ko tu cm xbetol..sakit rupanyaa…mak ko pon jgn ler ikot2 org tu sngt..bahaya betol siap berparang bagai..

    Reply
  2. Ko ni kan dek non, suka bebeno org tgh syok-syok baca, tetiba ko tarik hand brake.
    Ko tau tak aku tesungkor kat dash board? ingatkan panjang lagi citer, tadek ler aku pakai sit belt.
    Rupanya panas ditengahari.
    Aduhai laaaaaaaaa dek non. Jangan la ko bikin citer macam takde penutup.
    Penutup kau ni dek non, boleh bikin jadi sakit mental macam kawan mak ko tu ler.
    Ni 2nd time ko benti mengejut macam nampak boal-bola api tgh jalan.
    Poddahhh.

    Reply
    • Hahaha betul3. Tgh syiok duk layan jalan cerita tetiba engko tarik hand brake. Tetanjat hakak dekk. Hakak rasa macam jauh lagi perjalanan. Tetiba engko berenti. Apa gunanye speed 180 kalau setakat nak pegi kedai runcit seberang jalan je. Hahaha

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.