Categories: Kisah Seram

Kami tinggal di rumah hantu selama 5 tahun (edited)

Kami pernah tinggal di rumah yang berhantu selama 5 tahun.
Ketika saya Darjah 2, ayah saya dipindah kan ke Selangor, jadi kami sekeluarga pun berpindah sekali. Ayah saya berjaya mencari sebuah rumah teres dua tingkat yang disewakan murah.

Malam pertama kami di rumah baru, mak saya bermimpi ada seorang perempuan cina sedang menangis di tepi keranda sambil membakar kertas sembahyang. Keesokan harinya, tuan rumah datang melawat kami. Mak saya terkejut sebab dia lah perempuan yang mak saya mimpikan semalam. Rupa-rupanya suaminya telah meninggal di rumah itu, dan menurut kepercayaan orang cina, rumah itu tidak bertuah setelah ada kematian. Suaminya pula mewariskan rumah itu kepada 2 orang anaknya yang masih kecil, jadi dia tidak boleh menjual rumah itu. Jadi disewakan kepada orang lain dan hasil sewa dia membayar rumah sewa yang dia duduki selepas berpindah. Tetapi penyewanya sering berpindah atau lari, tiada penyewa yang mahu tinggal selepas 3 bulan. Kata jiran sebelah, ada benda yang menganggu mereka.

Sejak berpindah ke rumah itu, adik saya sering mengigau seperti menjerit, bercakap, berjalan dlm tidur, berpusing atas katil 360 darjah seperti kayuh basikal. Pernah sekali, dia sedang tidur di bilik dan tiba-tiba bangun dan mula naik tangga. Kemudian cuba memanjat balkoni tangga untuk terjun dari tingkat atas. Nasib baik abang saya perasan dan menarik dia sebelum dia sempat terjun. Kejadian ini berlaku banyak kali.

Rumah ini ada 4 bilik, satu bilik kecil di tingkat bawah, 3 bilik tidur di tingkat atas. Bilik bawah ini dijadikan bilik baju dan bilik solat. Ada tandas di antara bilik ni dan dapur, kami selalu ambil wuduk di situ. Suatu hari, saya ambil wuduk di situ dan ternampak kelibat budak lalu di depan tandas dan masuk ke dalam bilik bawah. Mula2 saya ingatkan adik2, tetapi selepas selesai mandi, adik2 saya lihat semuanya di ruang tamu. Tiada siapa dalam bilik bawah.

Ruang tamu kami pula mengadap dapur. Pernah sekali, saya sedang menonton tv dan terpandang dapur. Ada tangan berwarna hitam sedang melambai saya dari dapur. Masalahnya, tangan itu melambai dari atas peti ais yang terletak betul2 sebelah pintu dapur. Seperti biasa, saya buat tidak tahu saja. Malam seterusnya saya masuk ke dapur untuk minum air. Usai minum, saya berpaling ke arah pintu dapur dan ternampak lembaga budak kecil berwarna hitam sedang bertenggek atas peti ais. Cepat2 saya keluar dan sambung menonton tv. Sebenarnya kami dah biasa nampak kelibat budak kecil berwarna hitam naik turun tangga, masuk bilik, lari depan pintu, menjenguk kami dari balkoni tangga dan sebagainya. Setakat bunyi guli, perabut bergerak dan bende berlari atas bumbung itu adalah perkara yang sangat biasa.

Di ruang tamu ada sebuah lukisan minyak yang sangat besar, bertemakan hutan, air terjun dan 2 ekor rusa. Kami tak dapat tanggalkan sebab telah dilekat kuat pada dinding. Abang saya pernah beritahu yang pada waktu malam, lukisan itu akan hidup. Air terjun dalam lukisan itu akan mengalir dan pokok-pokok bergoyang ditiup angin. Kadang-kadang, dia nampak mata rusa itu bergerak mengekori orang.
Di rumah ini lah saya pernah bermimpi seram sehingga trauma.

Ayah saya menghadiahkan anak patung berbaju dress pada saya. Mula-mula suka lah, tapi malam tu saya mimpi anak patung itu hidup mengejar saya. Dia nak ambil badan saya sebab dia pun nak hidup. Puas saya lari dalam mimpi tu. Pada satu tahap, dia ambil pisau dari dapur dan nak tikam saya. Ya, dalam mimpi tu anak patung itu kejar saya dlm rumah, dari tingkat bawah dia kejar ke atas dan ikut masuk bilik tidur. Esoknya saya buang patung itu dalam stor. Lepas itu saya langsung tak suka semua anak patung berbentuk manusia, termasuk barbie.

Tandas di bilik master bedroom adalah tempat yang paling seram dalam rumah itu. Cuma ayah saja yang berani menggunakan tandas itu. Ini pelik kerana walaupun tandas itu besar dan cerah dengan cahaya matahari, kami selalu rasa ada seseorang memerhati kami dalam tandas itu. Kami semua berpendapat yang suami tuan rumah meninggal di situ.

Kami bertahan selama 5 tahun di rumah itu. Mak selalu minta berpindah tetapi ayah suruh bersabar kerana rumah lain mahal sangat sewanya. Tuan rumah tak pernah naik kan sewa kerana kami sahaja yang mahu tinggal di rumah itu walaupon diganggu. Ayah ikhtiar baca yassin setiap minggu, tapi kami masih nampak bayang-bayang budak hitam.

Setelah 5 tahun ayah dipindahkan ke Kedah. Kami semua rasa lega kerana dapat meninggalkan rumah itu.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
EditorFs

View Comments

  • kami skeluarga pula tinggal di rumah berhantu selama 18 thn..mana2 sudut rumah dia ada..tatap hantu tu 24 jam pagi dan malam. berkain hitam..asal dia nak g tmpt lain ja dia terbang. sampai aku g skolah pun dia ikut..syukur xprnh kena histeria/kerasukan. agaknya dia nak berkawan dgn aku kot..tp syukur slps pndah rmh dh xnmpk dia lg dah.

  • tapi nak tahu jugak..betul ke suami untie tu mati dalam toilet master bedroom tu....and sepanjang awak tinggal kat rumah tu..xde ke jiran2 yang cerita apa2 pasal rumah tu..untie tu pun xde cite apa2 ke...?

  • mcm penah bc kisah ni.

    btw takkan x tahu mana tmpt tuan rmh tu meninggal. btl ke dlm toilet? ape kata jiran2?

    x fhm la jenis org yg ata cerita tp maklumat x lengkap.

  • Cter dah seram dah tp nk jgak tau knp rumah tu bhantu n cara mcmmna suAmi aunti tu mati kn? Xde smbungan ker?

Share
Published by
EditorFs

Recent Posts

Kepala Berguling!

Terima kasih kepada team FS dan jemaah pembaca FS. Kali ini aku nak kongsikan cerita pengalaman salah seorang sahabat aku.....…

7 hours ago

BAWAK BALIK KAWAN

Terima kasih kepada admin sebab publish cerita ni. Cerita ni bukanlah cerita yang terlalu menyeramkan tetapi lebih kepada untuk berkongsi…

16 hours ago

Bayang Hitam Misteri

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang bagi aku seram juga bila diingat semula.. Aku perempuan & berumur…

22 hours ago

HANTU JERANGKUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Ariana(bukan nama sebenar) dan berumur dalam lingkungan 20-an. Peristiwa ini telah hampir setahun berlalu.…

2 days ago

Silat Pusaka Batin

Assalamualaikum pembaca FS.Aku dikenal sebagai Nia. Seni silat di dalam masyarakat melayu sangat tidak asing lagi. Majoriti orang mlayu tulen…

2 days ago

BELAAN DATUK

Assalamualaikum buat semua pembaca tegar Fiksyen Shasha. Untuk pengetahuan semua ini merupakan penulisan aku yang pertama kali si FS. Tetapi…

2 days ago