Salam. Nama samaran aku ARLUNA. Aku ni seorang perempuan. Sebelum ni aku selalu je baca kisah seram org dekat FS sedangkan aku sendiri mempunyai banyak pengalaman mistik. Cuma aku bab2 menulis karangan takla hebat sangat. Takut cerita berterabur. Tak pasal2 kena kutuk. Ribuan terima kasih aku ucapkan kalau la cerita aku disiarkan. Aku janji kalau fisrt cerita ni keluar aku akan terus berkarya untuk cerita seram seterusnya (hahaha, acah-acah penulis terkenal lak).
Benda ni berlaku 6-7 tahun yang lepas. Ketika itu aku dengan suami baru balik menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah suami aku di Kemaman. Balik dari kenduri kawin kitorang nak singgah rumah Busu Aman, pakcik belah husband aku di area Pantai Balok Pahang. Lepak-lepak, makan-makan borak-borak sampai maghrib. Busu Aman suruh kitorang tido je kat umah dia tapi suami aku segan sebab Busu Aman ada 4 orang anak dara. Kitorang decide lepas solat maghrib terus gerak balik Klang.
Jalan menghala ke kuala Lumpur ada 2 jalan. Laki aku confident je dia ikut jalan kiri. Bila aku cakap signboard tulis KL just straight tapi dia mati-mati cakap signboard tulis KL ikut kiri. Aku malas nak gaduh sebab dia yang pandu kereta. Setahu aku ni ikut jalan kampung. Aku tak la rasa takut sangat sebab kiri kanan rumah orang. Tapi memang seram gak la. Tepi-tepi jalan tu pokok besar yang daunnya jenis rendang. Handset husband aku berbunyi. So dia berhenti tepi jalan jap angkat phone betul-betul depan pondok bas kayu. Agak scary la. Macam tunggu masa je nak roboh. Depan sikit ada sebuah bas sekolah lama yang jenis tingkap manual. Lepas tu kitorang teruskan perjalanan. Yang peliknya takde satu kenderaan pun yang berselisih dengan kereta kitorang. Tapi husband aku bawak kereta santai-santai je siap bukak tingkap. Dia cakap angin malam sejuk.
Tak lama lepas tu aku nampak pondok bas kayu dengan bas sekolah lama lagi. Macam keadaan masa husband aku jawab telefon. Tapi aku diam je la. Tak pikir yang bukan-bukan pun. Tapi time tu dah start tutup tingkap kereta. Aku tengok masa tu dh hampir pukul 10 malam. Kitorang masih lagi di jalan kampung tu lagi. Macam takde jalan keluar. Lepas satu jam, aku nampak lagi pondok bas kayu dengan bas sekolah lama. Aku pandang dia guna isyarat mata. Terus dia cakap, “abang pun perasan. Tengah usaha ni nak cari jalan keluar”. Bayangkan dari pukul 8.30 sampai pukul 12 malam kitorang masih lagi di jalan yang sama. Aku siap kira nampak pondok bas kayu tu dah masuk 5 kali.
Terus husband aku cakap, “dia nak main-mainkan kita”. Nasib baik la husband aku pernah bersekolah agama kat Kelantan. So aku rasa agak selamat la sikit. Nak harapkan aku ‘nan hado’. Time tu la perut aku memulas bagai nak rak. Aku suruh dia cari toilet dia suruh tahan je. Masalahnya ni yang besar bukan yang kecik. Husband aku suh pintal baju. Orang tua-tua cakap pintal baju nanti rasa nak membuang tu hilang. Hahaha bab ni kelako tapi aku buat juga. Darurat la katakan. Tapi memang betul lama-lama hilang rasa nak membuang, (aku pun terjebak sekali hahaha).
Husband aku berhenti betul-betul bawah pokok besar tepi jalan. Dia duduk bersandar sambil pejam mata. Aku terdengan alunan ayat-ayat Al-quran dari mulut husband aku. Mata aku meliar pandang kiri kanan. Tiba-tiba aku nampak lelaki tua sorong basikal dari arah depan. Yang buat aku menggigil lelaki tua tu tak jejak tanah. Ya rabbi. Terus aku goncang bahu husband aku kuat. Dalam keadaan pejam mata dia cakap, “kalau nampak atau dengar apa-apa jangan ditegur”. Aku pejam mata rapat-rapat. Baca alfatihah, ayat kursi tapi agak berterabur. Keadaan genting macam ni segala doa keluar dari mulut aku. Doa makan, doa masuk toilet. Takut tak usah cerita la.
Lepas 10 minit husband aku teruskan perjalanan. Aku perhatikan sekeliling lelaki tua tu dah takde. Dia siap cakap, “dia bosan la tu, dia nak kita tengok kampung dia”. Husband aku ni memang jenis yang relax dan penyabar. Aku lak jenis cepat mengelabah. Tak lama lepas tu kitorang nampak simpang 3. Menghala ke Kuala Lumpur ikut kanan. Keluar dari simpang tu terus jumpa highway. Time tu memang lega sangat. Aku pulak gatal-gatal pergi toleh belakang. Aku tak nampak pun apa-apa selain semak samun yang agak samar-samar. Dan keadaan kat situ gelap gelita.
Terus husband aku pecut cari stesen minyak berhampiran. Selesaikan urusan apa yang patut. Rehat mata sekejap. Aku tanya jugak kat husband aku pasal kejadian tu, dia macam malas nak layan. Dia cuma cakap dia juga nampak lelaki tua sorong basikal tu hampir 3 kali. Tapi dia taknak aku takut so dia senyap je. Bersyukur la kita dah selamat. Ni semua pengalaman. Terus takde mood nak tanya. Husband aku ni agak alim sikit tapi berjiwa muda. Hahaha, korang bayangkan la sendiri.
Baru aku terpikir mungkin jalan yang kitaorang lalu tadi bukan laluan untuk manusia. Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab tak terperangkap kat kampung misteri tu.
Kitaorang selamat sampai rumah dalam pukul 5 pagi. Badan aku rasa berat je. Macam orang nak demam. Mungkin sebab tak cukup tido dan penat sangat. Cerita ni tak habis takat ni je. Lepas tu ada lagi kisahnya. Oleh kerana rasa macam dah panjang sangat aku menulis. Aku sambung ke next entri ye. Tu pun kalau yang first ni di siarkan la..
Mungkin bagi korang cerita ni tak seram. Tapi inilah pengalaman yang membuatkan aku tidak akan sekali-sekali travel pada waktu malam.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
seramnyeeee kalau nmpk Live kan..mmg rse berdebor tk terkate…boleh imagine keadaan mase tu..lgi2 tk jejak tanah..sambung la lagi…
Masuk jalan lama kot…..
Please sambung.. seram giler kot..
part pintal baju tu x menahan..first time dengar ni..bole try bila darurat..hahahahha
apa pn teruskan dgn sambungan cerita ye..
lepasni boleh lah bila rasa nak mebuang ikut petua tu. haha
kira seram laa tu nampak depan mata, siap pusing jalan sama. naya wooo.
share aa lagi cerita, best best 🙂
please continue ..
ok ada bakat. teruskan menulis
seram tapi kelakar. hehehe. selamat hari raya.
Best citer ni..smbung lh lgi..hehe
sambung la kak
bagus pengalaman nie…
Best.. Seramnya.. Tu kg bunian ke
nie kalo kene sorg2 mcam tue tak tahu lah nak ckp ape…huhuhu