Kapal Layar Perang Lama di Pelantar Minyak

Assalam and hi readers. So ni kisah seterusnya seperti yang saya janjikan nak kongsi kisah seram tempoh hari, iaitu penampakan kapal layar perang lama di kawasan pelantar minyak. Kejadian ni berlaku dekat South East antara pelantar petronas dengan champion tak jauh dengan pelantar maharaja lela 2. Mungkin ada yang tau tempat ni.

Saya akan jadikan satu cerita untuk kisah kali ini. Yang mana saya akan selit kan juga cerita dari mulut rakan-rakan saya dan juga crew kapal, iaitu company under Total offshore yang pada masa itu sama-sama berkerja dengan saya dan mereka juga telah mengelami perkara yang sama seperti saya. Saya harap mereka akan terbaca kisah ni di ruangan fs, sebab dah lama tak jumpe ngan member crew ni. Terasa rindu pulak. Diharap mereka dalam keadaan baik dah sihat hendaknya. okay tanpa membuang masa, jom~ Pada suatu hari..

Mase tu kejadian ni berlaku kat diri saya sendiri. Seperti biasa lah kan shift mlm, kalau siang memang hantu tak kluar. Huhu. So keje dari jam 6pm – 6am, tapi kitorang standby je tak buat keje pun. Mase tu kitorang belum moring(kire macam merapat) lagi kat pelantar. Still longside tengah tunggu permit untuk masuk location pelantar. Time tu kitorang buat entertaitment sendiri je. Tpi kami yang crew standby shift malam banyak habiskan mase dengan main fon kat dalam bridge(bilik pilot) ada juga yang kat luar tepi kapal portside dan starboat. Sebab rase best je feel dia bila santai tepi kapal ni sambil tengok keadaan laut diwaktu malam. Cuma bulan yang jadi penerang suasana lautan pada ketika itu.

Tempat kapal kami longside tu banyak sejarah dia. Kate orang marine kapal la yang cakap macam tu. Which is yang tempat kitorang turunkan anchor kat situ, dan tempat laluan tu juga adalah laluan kapal-kapal besar seperti kapal cargo, kapal tanker minyak & gas, kapal pelancong cruise, barge, kapal heavylift dan sebagainya. Sebab kat situ je laluan yang paling luas dan memiliki kedalaman sedalam 10,994m bagi kawasan lautan pacific. Nak cite pasal sejarah dulu-dulu tu memang banyak belajar mase zaman sekolah dulu tentang tempat ni. Cuma tak berminat nak tau. Ok skip.

Slama 6 hari kitorang longside kat tengah laut tu, Sepanjang tu jugak la crew kitorang seramai 14 orang ni santai je tiap malam, standby dan tak buat keje. Tepat je jam 8.45 lepas isyak masing-masing ambik port kat tepi kapal. Ada yang duduk kat depan kapal, ada yang kat helideck ada juga yang curi-curi memancing masetu. Kalau ikut kan memancing ni bagi yg offshore OnG la, ni kire satu kesalahan dan ia termasuk dalam akta 12 life saving rules. Dilarang sama sekali. Jadi kalau sayang kan keje tu tak yah lah nak cari masalah. Bole kena terminate weyh bila tertangkap. Tapi tengok captain dengan superitendent dia la, kalau ok orang nya, pandai makan pandai simpan la kata orang. Okay saya teruskan je cite ye.

Dan pada satu malam tu, rabu malam khamis. Ye saya still ingat lagi hari apa kejadian ni berlaku. Kami mase tu kat Port Side sebelah kanan tepi kapal tengah main fon, masa tu kami cuma berlima, saya dengan rakan saya iaitu hasnul, jack, din dan alif. Hasnul dan alif ni satu company ngan saya dan diorang bedua ni asal dari lawas. Jack ngan si din ni pula crew 3rd party yang tolong assist company kitorang. So antara kami bertiga dengan jack & din ni berlainan company. Tengah kitorang kusyuk main fon sambil scroll-scroll fb tu, mase tu saya snap-snap la pakai camera fon ambik gambar suasana laut waktu malam, nak post kat wall facebook la konon. Titibe saya macam terpandang satu bentuk kapal tapi besar sangat dan ia menghalang pemandangan lampu-lampu pelantar yang jauh dari kapal kami, bentuk dia gelap je masatu cuma samar-samar je oleh cahaya bulan. Saya ni orang nya pakai kacamata, dan memang kalau malam tu saya kurang lah sikit penglihatan. Saya pun terus mention kat kawan saya si hasnul ni..

Saya : Nul, ko nampak tak tu? Apa tu eh, kapal ke?

Hasnul : Owh, kapal la tu yus.. Tapi gelap je takde lampu.

Saya : Dalam hati, Biar betul kapal? Besar macam tu takde lampu pulak tu. Tapi yes memang betul la bentuk kapal.

Yang 3 orang lagi member saya ni tak perasan apa yang kami bedua tengah perhati. Ada dalam 10 minit mcm tu kami bedua perhatikan bentuk kapal ni, tapi kapal tu dia stay je maintain tak begerak. Mase tu memang ada bulan full moon. Tapi kapal tu tak berada cun kat bawah bulan so kami tak nampak nama kapal tu dan tak dapat lihat bentuknya dengan lebih jelas, sebab malas nak fikir sangat, kami bedua pun ignore jelah. Dalam masa yang sama si jack ni pula tegur “Wahh besar nya kapal” sambil menunjuk dengan jari telunjuk nya, dan kami semua pun pandang tanpa sepatah kata.

Semua bagaikan terpaku bila tengok kapal tu melintas betul-betul depan mata kami berlima. Tak tau cane nak explain cara dia wujud tu. Ianya sebuah kapal layar perang lama yang seperti kapal tahun 60an tu, jelmaan nya agak menakutkan juga siap ada meriam lagi. Tapi keadaan kapal tu gelap takde lampu, masetu ia melintas betul-betul bawah bulan tak jauh dari kapal kitorang jarak 20 meter je dan mase dia melintas tu langsung tak dengar bunyi apa-apa silent and smooth. Kami perhati sampai kapal tu hilang dari pandangan. Mase kapal tu melintas depan kitorang, memang rase meremang tu naik sampai kepala. Tapi dalam hati kitorang memang dah tau tu kapal jelmaan. Esok nya kami cite hal ni kat rakan-rakan yang lain. Malang nya ada yang percaya dan ada yang cakap cuma perasaan kitorang je tu.

Ada satu kejadian ni pula terjadi dekat jack dengan kawan kami lagi sorang azman(steward kapal). Biasa nya kitorang tiap hari ahad hujung minggu ada BBQ. Selalunya start jam 4 ptg smpai maghrib. Time maghrib tu, selesai je bbq, jack ngan azman ni tengah kemas la housekeeping dekat deck kapal. Tau kan kalau suasana maghrib ni cane, awan dia mase tu warna kekuningngan. Time tu si jack ni tengah tolong si azman ni buang food waste dekat laut dan time tu la kite akan nampak banyak ikan besar-besar timbul makan sisa makanan. Tengah dia asyik buang waste tu titibe pandangan dia gelap, satu benda “besar ya amat” melintas depan mata diorang bedua. Ia berlaku secara sepintas lalu. Jelmaan sebuah kapal layar yang zaman dulu-dulu tu. Azman mase tu terus pengsan weyh tak sedarkan diri, sebab dia ni jenis yang lemah semangat. Tapi masatu medic sah kn dia ni kurang air dan tak cukup tido. Jack bagitau kat kami, kapal yang diorang nampak time maghrib tu besarnya menutupi pemandangan awan dan suasana jadi suram dan gelap masatu. Diorang rasa macam kena pukau time “benda” tu lalu depan diorang. Tapi bila diorang inform kan benda ni kat orang-orang yang duty dalam bridge, orang bridge cakap mereka tak nampak apa-apa pun. Padahal bole je nampak dari deck kapal yang mereka duduk kat dalam bridge tu.
Sebab diorang yang monitor radar.

Dah lepas 2 minggu kat location tu barulah kitorang merapat kat pelantar. Dekat pelantar ni perkara yang sama jugak terjadi kat incharge saya dua orang. Tapi sebelum ni kitorang memang dah heboh kan dah pasal penampakan kapal layar ni. Tapi diorang tak brape pecaya sangat. Dan kali ni diorang pulak terkena maksud saya ternampak dengan “benda” yang sebelum ni kitorang cite. Mase tu kitorang baru nak start operation. So kitorang lifting semua tools, machine, water minipool, waterpump dan hosses kat pelantar. Mase tu jam 1 pagi. Cuaca pun tenang je malam tu. Incharge kami yang dua orang ni tengah busy mase tu survey tempat yang nak kena maintenance diatas pelantar tu. Kami mase tu rigging crew semua dekat bawah diorang, iaitu kat loading bay pelantar.

Dah tu titibe kami dengar suara diorang bedua bising kat atas pelantar terus-terus sebut “Auzubillahiminasyaitonirojim” berulang kali smbil turun bawah tergesa-gesa. Kami yang tengok ni pun hairan. Sampai je diorang datang kat kitorang, diorang ni pun cakap la yang diorang nampak sebuah kapal sangat besar. Tak dapat diorang nak explain cane besar nya tu. Diorang cakap ianya macam kapal layar perang. Mengigil jugak la kitorang tengok diorang bedua mase tu. Sampai heboh 1 kapal cite pasal ni selama sebulan mase tu. Crew marine kapal pun ada gak cite pasal penampakan ni. Mungkin orang yang keje offshore ada yang pernah dengar kapal melanggar pelantar minyak kat kawasan south west borneo. Benda ni wujud mase kapal construction tu tengah belayar nak pegi location dari pelantar ke satu pelantar. Time tu malam, secara tak sedar wujud sebuah kapal lama yang besar menghalang laluan kapal construction ni. Sebab kan mengelak dari berlanggar dengan kapal yang wujud tu, titibe terlanggar pulak kat pelantar minyak. Time tu jadi issue la juga. Sampai demove kapal tu balik pelabuhan kena maintenance.

Kadang-kadang saya terfikir jugak, sedangkan kami yang bekerja dekat pelantar ni bole nampak benda-benda yang menakutkan macam tu, ini kan pula nasib nelayan yang kadang tu sorang-sorang je cari rezki kat laut berbekal kan iman di dada demi menyara keluarga. Bagi saya, dengan adanya pengelaman macam ni, terdetik pula dihati akan kebesaran dari maha pencipta. Sehebat mana pun akal manusia tak kan dapat memikir kan betapa luas dan besar nya ciptaan dia. Sebenarnya terlalu luas dan banyak lagi kewujuduan alam dunia yang manusia belum diterokai.

Keseraman tu mungkin tak dapat di rasa dari bacaan melalui penulisan, ataupun dari cara penceritaan. Tapi bila diri kite sendiri merasa benda tu wujud depan mata kite, sampai bila-bila pun ianya tidak akan luput dari ingatan. Saya jadikan ianya sebagai hikmah untuk saya terus mendekati diri saya dengan yang maha esa.

Kini, saya akhiri kisah-kisah saya, iaitu pengalaman seram saya sepanjang bekeje di pelantar minyak. Saya minta maaf jika sepanjang perkongsian cerita-cerita saya sebelum ni ada yang mengecewakan para pembaca atau cerita saya kurang memuaskan mood pembaca. Sesungguhnya saya cuma ingin berkongsi pengelaman je melalui cerita. Kerana saya bukan lah seorang yang pandai sangat mengarang. Mungkin ni cite saya yang terakhir. Sebab takut takde masa lagi nak type. Awal taun ni kan selalunya busy. Lagipun insyallah taun ni saya nak focus ke alam perkahwinan, tu pun jika jodoh saya dengan si dia ada la. Kalau tak ada pun nak buat macamana kan. Tawakal jelah.

Saya harap pembaca yang lain yang bekeje offshore tu, Sudi-sudi kan lah berkongsi pengalaman anda juga ye. Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga anda semua dirahmati dan sentiasa dilindungi Allah SWT amin. Assalamualaikum.

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]
Yus fx

28 thoughts on “Kapal Layar Perang Lama di Pelantar Minyak”

  1. Wkmsalam.
    Laaa…dah habis ya. Tkasih atas semua kisah yg telah dikongsi. Semoga bertaut juga akhirnya jodoh dgn si dia. 😊

    Reply
  2. Aisey man jangan berhenti.. saya memang look forward baca cerita awak. Please find the time.. terima kasih atas perkongsian cerita, sangat menarik. Semoga dipermudahkan urusan awak dan bakal jodoh. Cuma saya curious, apa yang ada kat kapal tu yang buat semua rasa seram? Memang kapal tu nampak seram ke? Ada cerita ke disebalik kenapa kapal tu ya?

    Reply
    • org selalu sebut offshore atau nama dia oil and gas .. bleh try.. gaji besar but biasalah klau gaji besar risiko dia pon besar.. so klau teringgin sgt nk gi kne amik ape ii kos yg berkenaan dgn offshore n mantapkn iman

      Reply
  3. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman tuan. Sesungguhnya pengalaman tuan telah memberi pengetahuan dan panduan kepada pembaca. Moga sentiasa dirahmati Allah S.W.T

    Reply
  4. sy pernah dgr org ckp kalau tgh laut nmpk kapal perang ke apa jgn tegur. sbb makin di tegur makin dia mengacau. tak thu lah betol ke tak.

    Reply
  5. cite ni saye percaya sbb bru2 ni adik kawn saya terkandaskat laut masa pergi mancing..dan dyw pon cerita ade berdepan dgn kpl perang tu…belayar tanpa lampu.
    ni kli kedua saye dgr cerita pasal kapal misteri ni

    Reply
  6. Blh jd kpl jelmaan. Zmn dlu sejak zmn srivijaya byk kpl perang karam dgn askar2 yg m**i terkubur skali sbb tu ada yg menghuni kt situ.

    Reply
  7. Best cerita ni, ada je kapal2 camtu belayar sampai sekarang yang jadi misteri tak terungkai
    Tapi yang paling popular Flying Dutchman la

    Kawan saya kerja OnG pon ada cerita pasal ni
    Cuma tak tanya beliau di platform mana

    Reply
  8. ko baru nak kahwin ke..elok berenti trus dr off shore tu bila kawin nanti…x pun ko mintak tunang ko terus terang la apa yg dia buat sepanjang ko keje di lautan tu..ni zaman maksiat beb,,x payah la ko nak sedapkn hati ckp xde apa yg blaku…aku dh byk betina aku bkwn..tudung ke x tudung ke..bila laki/bf duk jauh skit mula la ngangkang ngan org lain..friend with benefit kononnye…bila laki/bf balik, mula la wat2 happy kononnye rindu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.