KARAK

Assalamualaikum –

Thanks FS sebab published story aku sebelum ni (Tanda Gangguan & Gangguan Lagi). Bila dah pernah share kisah seram ni, terasa gian nak share banyak-banyak. Hahaha. Tapi story kali ni tak ada kena mengena dengan story yang aku nak cerita kali ni. Cerita yang ni random tapi berkisar dengan tempat kelahiran aku ni je. Tapi sorry, cerita ni panjang sangat bagi aku. Malas nak sambung-sambung. Kalau tak seram pun, maaf ye.

Aku lahir and membesar di Karak, Pahang. Kalau ikutkan, nenek moyang aku belah abah berasal dari Pagar Ruyung and merantau ke sini. Dorang yang buka dun Sabai yang berasal dari nama gadis cantik dari Pagar Ruyung. So memang dari tok nenek lagi family aku menetap kat Karak. Siapa yang tahu aku dari susur galur mana, kita sedara lah okay. Eh, bukan itu aku nak cerita.

Dulu masa KRU buat filem pasal Karak, sumpah aku jelik gila *sorry KRU*. Aku tengok cerita tu pun sambil cakap pedo’oh semua ni. Hahaha. Tahu apa tu pedo’oh? Bukan pedofil okay. Maksud dia tipu dalam loghat Pahang. Tak pernah lagi aku dengar pasal Volkswagen kuning kat Karak, setahu aku kat Perak. Or budak pakai baju sekolah tahan kereta orang. Tak pernah dengar lagi kat sini. Ye aku tahu KRU buat filem berdasarkan cerita orang ramai. Tapi selama 27 tahun aku hidup kat sini, belum pernah lagi aku dengar orang-orang sini bercerita pasal tu. Okay dah melalut. Jom sambung bahagian seram itu. Hahaha.

Dulu kat Karak ni famous pasal hantu 3 beranak. Tak tahu lah se-Karak yang kenal atau dari kalangan orang kampung aku je. Bertiga tu is ayah, mak and anak lelaki. Kejadian masa terjumpa dorang ni masa hari raya, waktu petang. Masa tu aku dengan kakak and sepupu sepapat lain dok ralit main depan rumah makcu aku. Tengah main batu seremban. Tepi rumah papan makcu aku ni ada pokok rambutan. Dari balik pokok ni lah tetiba muncul 3 beranak pakai lengkap putih semua. Aku dah lupa apa yang dorang tanyakan kat akak aku tapi lepas tu perempuan tu macam marah and dorang blah. Tapi blah dorang tu bukan sesuatu yang seronok kami lihat. Dorang pergi balik kat pokok rambutan tu and dang! Tembus situ or dalam kata lain, ghaib masuk dalam pokok tu. Bertempiaran kami ni lari masuk rumah. Hahaha.

Penampakan atau jelmaan muka serupa tu dah biasa sangat. Jelmaan ni bukan sebab family aku or orang yang terlibat ni membela hantu raya ke apa eh. No no no. Just benda tu menyakat. Aku kena masa darjah 4 kalau tak silap. Belakang rumah makteh aku tu jalan berbukit. Satu bukit je sebenarnya pun. Aku main basikal dengan arwah abang aku (al-fatihah) and sepupu kami. Dok main luncur-luncur bukit lah kononnya. Masa nak balik rumah, kami nampak pokde kami tengah berdiri pandang paya tepi jalan tu. Which means membelakangkan kami. Abang aku tegur lah ajak pokde aku ni balik sebab dah nak maghrib. Dia diam je so kami blah dulu. Sampai je kat rumah, elok je kami tengok pokde ni tengah makan. Terus demam aku lepas tu.

Jelmaan kedua is jelmaan abah aku. Masa ni bulan puasa. Yang ni makteh aku terkena. Masa tu nak masuk subuh dah. Makteh aku biasa ambil wuduk kat luar rumah. Seronok tengok langit gamaknya. Masa tengah ambil wuduk tu, dia nampak abah aku berjalan dari rumah lama kami ke arah belakang rumah makteh. Rumah kami and rumah makteh ni bertentangan. Dipisahkan oleh jalan tar. Makteh aku cakap, abah aku ni ada satu tabiat tau. Bawah ketiak dia ada macam satu kutil so dia suka gentel benda tu. Hahaha. Dulu lah dia suka buat macam tu. Sekarang ni tak pernah nampak dah. So makteh aku ni nampak ‘abah’ aku buat benda yang sama and dia assume itu abang dia. Tapi ‘abah’ aku ni jalan terus sampai ke semak belakang rumah tu then hilang. Masa ni dia dah tahu bukan abah, dia diamkan and sambung berwuduk yang tergendala tadi then masuk rumah.

Kat kampung aku dulu ada seorang atuk yang gila gagah. Setakat balak sepemeluk tu dia cabut pakai tangan je. Ni cerita orang kampung aku lah. Actually atuk ni ada bau bau bacang dengan family aku juga. Kira dia ni badang lah. Kita panggil atuk K lah. Aku rasa orang lama Karak ni mesti kenal lah atuk K. Kejadian ni jadi selepas seminggu dia meninggal (al-fatihah). Yang ni mak anjang aku yang kena. Petang dalam remang-remang senja, dia duduk depan beranda rumah. Masa tengah lepak-lepak tu, dia nampak ‘atuk K’ ni berjalan depan dia sambil pikul balak. Kau bayangkan. Orang tu baru je meninggal tapi boleh pulak muncul depan kau sambil senyum. Hahaha. Tapi mak anjang aku ni tak lah lari. Dia kaku diam je. Yang buat mak anjang aku seram is, depan belakang jelmaan ‘atuk K’ tu ada makhluk besar hitam dok sama pikul balak tu. Patutlah selama ni dia kuat kot.

Dalam family aku, paling berani is pak itam. Masa dorang muda remaja and arwah atok aku pun muda lagi (al-fatihah), pernah terjadi Pontianak menjerit mengilai kat pokok ketapang depan rumah yang sekarang ni makteh aku duduk. Tahu apa atok aku buat? Dia pergi kat pokok tu and seru benda tu datang depan dia kalau berani. Dia jerit marah benda tu sebab dah buat anak-anak dara dia dalam rumah tu ketakutan. Pak itam aku dah standby parang kat belakang atok. Tapi Pontianak tu tak datang pun menghadap. Entah dia segan ke or takut ke parang tu. Kahkahkah. Motif sangat bawa parang. Benda ni jadi bahan lawak kekadang kalau dok berkumpul anak beranak. Selalu yang buka cerita pasal ni is makcik aku.

Okay, now kita masuk zaman millennium punya seram pulak. Asyik throwback je kan. Hahaha. Siapa pernah lalu pekan Karak? Perasan kan petronas sebelah klinik kesihatan tu. Cerita dia macam ni. Aku, suami and Sunan gerak dari Kuala Selangor ke Karak dalam pukul 9pm. Memang habit balik malam. Sampai Karak dalam pukul 10.30pm macam tu lah. Masuk je JPJ Karak, jalan macam sunyi sangat. Laki aku punya habit pulak, asal sampai JPJ tu je dia mula menjerit, “KARAK, FARA IS BACK!” Hahaha. Sila jangan kecam.

Sampai kat petronas yang aku maksudkan ni, langsung macam tak ada orang. Selalunya kat bahagian luar premis tu ada lah 2,3 orang pekerja yang duduk sambil tunggu customer kan. Tapi nan hado. Dekat tepi tandas petronas tu ada kerusi meja batu. Masa ni lah aku nampak perempuan tengah duduk menunduk sambil rambut dia lepaskan ke bawah. Jadinya rambut dia macam mengurai lah. Muka semua tak nampak. Aku nampak rambut je yang panjang tu. Aku dah tak sedap hati. Aku cakap dengan laki aku and terus dia pusing balik sebab dah lepas kawasan tu. Sampai situ, dah hilang. Padahal baru 2-3 minit je masa yang kami ambil untuk pusing tu. Lepas tu laki aku gelak. Kongasam. Dia memang suka gelakkan aku kalau aku ternampak benda-benda ni.

Dalam tahun yang sama juga aku nampak Pontianak ni live depan mata. Masa ni kami on the way balik Karak juga. Tapi baru sampai jalan Saga, Ijok tu. Dari sebelah jalan belah pemandu, aku dah nampak macam lembaga putih berdiri situ. Bila kereta lalu situ, benda tu terbang ke arah belah aku pulak. Menggelupur aku tutup tingkap sambil tanya laki aku, “Nampak tak? Nampak tak?”. Stress mamat tu. Hahaha. Aku nampak jelas macam ada sparkling kat bawah kain masa dia terbang tu. Macam tinkerbell punya sparkling. Laki aku tak cakap apa, pecut laju-laju. Keluar je dari dari situ, terus aku sakit kepala melampau. Terkejut sungguh gayanya. Hahaha.

Okay, yang ni last. Dah panjang sangat sebenarnya. Takut korang bosan. Belakang perumahan rumah parents aku kat Karak ni ada perumahan baru siap. Betul-betul tepi jalan utama. Memang port lepak bebudak kat situ. Ada satu malam tu, masa tengah melepak, yang group budak melayu ni (sebab malam tu ada dua group – indian group) nampak satu benda putih macam terbang keluar dari hutan bukit tepi dorang. Apa lagi, mencibang semua lari. Dorang lari kena tempuh group budak india ni juga sebab group india ni lepak kat jalan masuk. Dorang jerit-jerit cakap Pontianak datang tapi budak-budak india ni buat tak tahu sebab tak percaya. Sekali benda tu dah dekat, dengan dorang sekali berjemaah lari. Tonggang tunggik semuanya. Hahaha.

Start daripada kes tu lah rumah parents aku ni macam berpuaka kadang-kadang. Selalu kena tu siapa yang tidur bahagian atas. Ibu abah aku tidur kat ruang tamu sebab tak larat turun naik tangga. Kat atas ada 3 bilik. 1 bilik, adik bujang aku pakai. 1 bilik lagi, bilik aku and adik beradik perempuan. 1 lagi bilik, bilik ibu abah tapi dah jadi bilik kakak aku sejak dia bertukar jabatan ke Pahang ni. So adik aku yang perempuan sorang tu duduk bilik kami lah. Kira sorang 1 bilik. Bilik adik lelaki and perempuan aku ni jarang tutup tingkap sebab panas membahang. So memang dorang selalu kena.

Adik lelaki aku pernah dengar orang menangis betul-betul tepi tingkap bilik dia tu. And serentak tu adik perempuan aku pulak kena. Terus dorang berlari turun tidur dengan ibu abah. Kakak aku jarang nak percaya. Tapi ada satu malam tu, dia rasa macam ada orang tidur sekatil dengan dia sebab dia terasa macam orang tu beralih posisi so menyebabkan tilam tu macam ter-tekan ke dalam. Faham kan? Dia pun turun tidur dengan ibu abah.

Pernah sekali tu, masa aku berpantang kat sana bulan 9/2016, satu family dengar perempuan menjerit and menangis kat area kedai makan tepi rumah kami tu. Padahal kedai tu tutup and masa tu dah tengah malam. Kami keluar lah jenguk. Tak ada apa pun. Abah pernah dengar suara bebudak main belakang rumah pukul 2pagi. Dia pergi jenguk, tak ada sesiapa pun. Kadang-kadang kat rumah tu dengar macam orang turun naik tangga padahal semua orang dah ada dalam bilik masing-masing. Tak tahu lah ada kena mengena dengan keris pusaka and parang panjang peninggalan atok aku belah ibu masa dia guna 13Mei dulu tu ke atau tak. Barang tu dah usia ratus tahun kalau tak silap. Ayah atok aku tu bawa dari tanah kelahiran dia, Pagar Ruyung juga. Tapi kami husnudzon je. Benda-benda tu tak boleh menyakiti pun kan. Gitu.

Jemputlah datang ke Karak. Eh. Bye!

Fara

Fara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

46 thoughts on “KARAK”

  1. Haaa…kuala selangor area mn? Kat2 area ijok, mmg banyak cite..lagi2 kawasan bukit kubur cina, n jalan bengkang bengkok kuil tu…

    Reply
  2. idak ler puan fara sy nk ke karak klu gitu gaya nya..hahahaha..best2..sila share lagi..akk yg cite kes ank akk sunan npk bnde2 tu kan?klu xsilap ler..

    Reply
  3. Alamak..selalu kot lalu situ.balik kg org rmh.malam pon steady ja..xtau plak ad cerita2 tersendiri.tp alhamdulillah xda apa2 lgi setakat ni..

    Reply
  4. haii akak faraaa.Saya pernah lalu karak tapi masa form 2…tahun 2008..masatu gelap gelita..kurangasam saya sorang je nampak cik ponti terbang ikut.ingat semua nampak.tapi hanya saya. sampai rumah nenek saya cerita la kat satu family,diorang semua gelakkan saya..maklumlah masatu mulut celupar..masuk karak saya cakap saya nak jumpa hantu,nak cakap hai kat dia.memang demam ah saya keesokan harinya…

    Reply
  5. Dulu slalu jgk lalu kat karak ni dlm thn 2002/ 2003 kot.. tp ngn member la.. prnh kitorang naik moto dlm kul 2/3 pagi klau tk silap.. dia tunggang aku bonceng.. siap brduet lagu feminin.. “kita brsm mngejar mimpi… trpisah smntara ku pasti…” pstu gelak2.. tp syukurlh sekali pn tk prnh kena skt ngn makhluk tuhan yg paling seksi tu.. ntah apa punyer sewel la kitorang time tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.