Kata membawa padah

Kata Membawa Padah

Salam Fiksyen Shasha
Cerita ini mengisahkan tentang kami lima sekawan yang tidak mempercayai mahluk halus dan kami tersesat dibuat rumah yang terletak ditepi hutan dan disitu kami membuat paranormal.

Kami berlima menyewa bersama disebuah rumah yang tidak jauh dari kolej. Kami pergi ke kolej dengan menaiki kereta yang dipandu oleh syaf. Bila tiba dikolej pelajar asrama agak huru-hara dan macam-macam cerita yang kami dengar tetapi tidak pasti tentang apa. Zirah menyapa seorang pelajar dari kursus lain untuk bertanya apa yang sedang berlaku. Budak itu menjawab yang asrama diganggu malam tadi dan ramai pelajar kerasukkan. Setelah mengetahui apa yang terjadi kami berlima duduk di cafe kolej itu sudah menjadi kebiasaan kami minum pagi di cafe kolej sebelum masuk ke bilik kuliah. Kami tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh budak itu tadi dan kami berkelakuan seperti biasa dengan menghabiskan waktu kuliah pada hari itu. Setelah habis kuliah kami terus balik ke rumah. Bila tiba waktu makan malam aku memulakan perbicaraan.

“Eh korang percaya ke apa yang dicakap oleh budak tadi?”
Norra menjawab “Kau pernah lihat? tak kan, aku tak percaya sangat hantu-hantu ni sebab aku belum pernah jumpa. Syaf, Hanim dan Zirah mengatakan perkara yang sama dikatakan oleh Norra. Tiba-tiba Hanim berbunyi ” korang nak tak cuba buat paranormal ? mana tahu dapat jumpa”
Kami terdiam dan berpaling sesama sendiri. Masing-masing kami bertanya dimana mahu melakukannya.
“Dirumah kosong dua tingkat, ramai yang cakap rumah tu berhantu sebab sudah 10 tahun dibiar kosong” jawab Hanim.
“Korang nak buat ke? tak takut?” tanya syaf kepada kami. Aku menjawab “tak salah kan kita mencuba, tak payah lah serius sangat kita pergi dan buat macam biasa kalau ada benda tu datang sendirilah”.
“Mana tahu nanti kau dapat temu hantu lelaki yang hensem” sempat lagi Zirah bergurau dan kami gelak bersama.

Setelah berbincang kami setuju untuk pergi kerumah kosong itu pada keesokkan hari nya sekitar jam 2 pagi supaya tidak dilihat oleh orang. Keesokkan harinya kami turun ke kolej macam biasa dan balik ke rumah macam biasa bila larut malam kami berkemas dan membawa apa yang patut untuk ke sana nanti. Perjalanan dari rumah ke tempat itu mengambil masa sekitar 1 jam untuk sampai. Syaf terus memandu mengikut maps yang dibagi oleh hanim kerana kami tidak pernah ke sana. Perjalanan ke sana agak seram kerana jalan yang dikelilingi hutan dan sebak.

Tiba-tiba line hilang dan kami semua mula risau.
“Janganlah risau cuba bawa bertenang dan diam, Syaf jalan lurus jelah mana tahu ada dekat depan lagi pun dalam maps tadi pun dah tak jauh kan” kata Norra.
Syaf meneruskan perjalanan dan kami hanya duduk diam melihat persekitaran yang dipenuhi dengan hutan. Tiba-tiba kereta berhenti tidak tahu kenapa.
“Kau dah isi minyak ke tadi?” tanya Zirah kepada Syaf.
“Ehh sudah lah aku isi full lagi tadi” Syaf menjawab Zirah
“Kita nak buat apa sekarang ni?” tanya aku.

Norra langsung tidak takut dan masih santai. Norra pun keluar dari kereta dan Hanim mengikuti Norra dari belakang. Sementara itu kami bertiga masih duduk didalam kereta. Norra ternampak sebuah rumah yang kosong. Norra dan Hanim menuju kearah kereta dan menyuruh kami keluar.
“Norra kita nak buat apa dekat sini? “tanya aku kepada Norra.
“Depan sana ada sebuah rumah kosong, apa kata kita buat dekat sana”kata Norra kepada kami.

Kami meneruskan perancangan untuk mancari mahluk halus walaupun kami tidak sampai ke rumah dua tingkat dan tempat yang ini lebih seram dari rumah dua tingkat kerana dengan keadaan rumah yang dikelilingi hutan dan sangat gelap.
Kami mengambil beberapa barang untuk dibawa dan terus berjalan menuju ke rumah tersebut. Sampai sahaja kami dihadapan rumah yang gelap itu Hanim memberanikan diri untuk melangkah masuk dan membuka pintu. Kami mengikuti Hanim dari belakang. Setelah masuk kami duduk ditengah ruang tamu rumah yang sangat usang dan kotor.

Kami tidak tahu dari mana mahu memulakan tiba-tiba Hanim memainkan lagu ulek mayang. Kami masih berkelakuan seperti biasa dan bergurau lalu menyanyi lagu ulek mayang tersebut bersama. Hanim menyanyikan lagu tersebut dengan nada suara yang kuat begitu juga dengan Norra tetapi tidak sekuat suara Hanim. Kami bertiga menyanyi macam biasa. Tiba-tiba Hanim bangun dan menari dengan gaya yang aneh. Hanim menari dengan mengikuti rentak irama lagu ulek mayang. Kami berempat berpeluk ketakutan. Tiba-tiba Hanim bersuara sayu tetapi tetap menari mengikut irama lagu.
“Apa korang buat dengan sini? cari aku ke?” dengan lembut Hanim bertanya kepada kami tetapi tidak macam suara Hanim.
“Apa kau buat ni Hanim janganlah nak takutkan kami” kata Zirah kepada Hanim.
“AKU BUKAN HANIM!!!” dengan nada suara yang marah dan kuat dia mengatakan bahawa dia bukan Hanim. Syaf menangis ketakutan lalu Zirah memujuk Syaf agar tidak terus menangis takut perkara buruk lain berlaku.

Jam sudah nunjukkan pukul 4 pagi. Hanim terus berlari ke dalam hutan setelah memberitahu bahawa dia bukan Hanim lalu Norra terus bangun dan mengejar Hanim yang berlari ke arah hutan. Kami bertiga hanya duduk ditempat tadi kerana takut untuk ke tempat lain dan tidak melepas pelukkan antara satu sama lain. Hampir setengah sebelum Norra datang kami mendengar bunyi-bunyi yang menakutkan seperti orang ketawa, bunyi barang yang jatuh dan bunyi orang berjalan.Dalam sekitar jam 4:30 pagi Norra datang mengheret Hanim yang sudah tercucuk dengan batang kayu diperut Hanim. Kami bertiga menuju ke arah mereka berdua untuk melihat lebih dekat apa yang terjadi. Kami pun menangis melihat keadaan Hanim yang sangat teruk. Kami masing-masing bertanya sesama sendiri apa mahu kita buat dan macam mana ingin mengatakan semua ini kepada orang tua Hanim nanti. Tiba-tiba Norra ketawa kerana sudah kerasukkan aku terus memegang dan menahan Norra takut Norra lari seperti Hanim begitu juga dengan Syaf dan Zirah turut mengikuti aku untuk mengawasi Norra.

Zirah menyuruh Syaf untuk membuka apa-apa surah. Setelah Syaf membuka surah Norra terus tidak terkawal dan kami bertiga menahan Norra dengan kuat agar tidak terlepas. Norra secara tiba tidak diam dan tidak sedarkan diri. Zirah mengambil air yang ada didalam beg yang dibawa bersama tadi untuk membasuh muka Norra dan kami cuba untuk menyedarkan Norra. Norra tidak bangun dan keadaan tiba sunyi dan hanya kedengaran surah yang dibuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5:15 pagi dan kami cuba untuk menyedarkan Norra. Norra terbangun setelah banyak kali dipanggil oleh kami dan terus menangis lalu memeluk Zirah.
“Jangan menangis semua sudah okey” kata Syaf untuk menenangkan Norra. Kami tidak bergerak kemana-mana dan hanya menunggu waktu siang. Baik sahaja matahari terbit kami terus keluar dari rumah itu dan masuk ke dalam kereta. Syaf mencuba untuk menghidupkan enjin kereta sebanyak tiga lagi tidak dapat dan akhirnya kali ke empat dapat enjin kereta dapat dihidupkan.

Hanim kami laporkan kepada polis apa yang berlaku dan kami meminta maaf kepada keluarga Hanim atas apa yang sudah berlaku. Semenjak dari itu kami tidak sekolah selama satu minggu dan tidak menyewa bersama lagi dan turun ke kolej dari rumah masing-masing

Terima kasih kerana sudi membaca. Sampai jumpa lagi di lain cerita…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Kata membawa padah”

  1. Cerita betul ke rekaan ni.. klau betul memang bebal korang ni..pandai2 sangat buat kepalatao… kalau ilmu tu tak seberapa dengan menda2 ni.. jangan duk menguji..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.