Kawan Aku Psiko 3

#FazAhmad

Kawan Aku Psiko 3 : Pengakhiran

(PERINGATAN : ADALAH DIINGATKAN AGAR TIDAK SKIP SEGALA PART DI DALAM ENTRY INI UNTUK MEMUDAHKAN PEMAHAMAN ANDA DALAM KESELURUHAN JALAN CERITA INI.)

 

(EDIT: Setelah Lama Faz Tak Update Dan Mungkin Ada Antara Korang Yang Dah Lupa Ataupun Kepada Pembaca Baru Pengalaman Faz Ini Adalah Lebih Baik Korang Hadamkan Balik Part 1 Dan Part 2 Untuk Memahami Keseluruhan Jalan Cerita Sebelum Korang Teruskan Bacaan Part Terakhir Dari Faz Ni. Dan Juga Diminta Agar Tidak Skip Di Setiap Pembacaan Korang Untuk Tidak Membuatkan Korang Keliru Dan Tertanya Tanya. Bukan Apa Penat Faz Nak Reply Sorang Sorang Nanti Bila Ada Di Antara Korang Yang Akan Tanya Faz Soalan Yang Sama. Hei Relax Okay Faz Okay Je Korang Nak Tanya Faz Apa Apa Ke In Case Betul Korang Tak Faham Hehe.

Ramai Tertanya Tanya Dan Menunggu Kenapa Faz Ambil Masa Yang Lama Untuk Submit Part Terakhir Ini? Rata Rata Ada Yang Hanya Mengikuti Cerita Faz Ni Dekat Facebook Fiksyen Shasha Dan Bukan Di Website Fiksyen Shasha So Ada Antara Korang Yang Tertanya Tanya Kenapa Faz Lama Tak Update Cerita Terakhir Ini.

Untuk Makluman Semua Faz Ada Komen Dekat Entry Faz Yang Lepas (Kawan Aku Psiko 2) Di Website Fiksyen Shasha Yang Menyatakan Faz “Berehat” Sebentar Dari Dunia Fiksyen Shasha Dan Akan Kembali Bila Segalanya Sediakala Semua. Dan Untuk Sebab Itu Faz Ingin Jelaskan Di Sini Ada Perkara Yang Tak Diingini Telah Berlaku Pada Kami Semua Termasuk Faz,Mika, Adam Dan Juga Ex Housemate RASHID Yang Akan Faz Ceritakan Semuanya Nanti.

Disebabkan Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Itulah Yang Membuatkan Faz Patah Kaki Kiri Dan Berehat Beberapa Bulan Disebabkan Kecederaan Ini. Dan Atas Hal Itu Juga Yang Membuatkan Faz Stress Dan Tak Boleh Fokus Untuk Menyambung Kembali Pengalaman Faz Ini. So Faz Cakap Cakap Awal Lah Ye, Ini Entry Memang Panjang Berjela Dari Yang Sebelum Ini Dan Korang Boleh Standby Keropok Ke Apa Sambil Membaca Pengalaman Dari Faz Ni Hahaha. Ingat Jangan Baca Waktu Bekerja!)

 


 

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum semua warga FS dan kepada admin FS terima kasih sudi siarkan pengalaman ketiga aku ini yang akan aku jelaskan segala kemusykilan korang dalam entry lepas. Ada beberapa perkara yang ingin aku detailskan di sini dengan lebih tepat dan korang kena faham sebelum mula membaca apa yang akan aku ceritakan nanti.

 


 

(1) Aku kerja kat mana?

Di sini ingin aku jelaskan sekali lagi yang aku tak akan bagi tahu dekat mana aku bekerja dan kat mana aku tinggal hatta negeri sekalipun pada korang yang nak tahu sangat tu. Dah kalau aku bagi tahu negeri mana aku stay dah tentu tentu ada yang tahu punya kan hehe. Aku harap korang stop tanya aku pasal ni. Walaupun ada beberapa pembaca FS kenal dan tahu aku kerja kat mana dan aku bersyukur sebab dorang respect dan tak dedahkan akan “keberadaan” aku. So ya thank guys….

(2) Aku asal Johor dan kenapa di entry lepas aku cakap aku balik jumpa mak ayah aku dekat KL?

Dan ramai yang musykil akan hal ini. My bad sebab tak jelaskan dengan lebih terperinci! Oh ya macam ni aku memang asal dari Johor which is mak aku beranakkan aku dekat sanalah kan tapi kemudian semasa aku masih bersekolah rendah kami sekeluarga ikut ayah aku menetap terus dekat KL sehinggalah sekarang. So kiranya Johor tu kampung aku jelah yang cuma ada atuk aku dekat sana dengan sedara mara yang lain. So faham kan?

Lagi tak boleh blah siap ada yang kira masa 6jam yang aku habiskan semasa perjalanan aku ke kampung Adam dan siap meneka neka aku stay mana hahaha! Yang aku cakap aku balik KL jumpa emak ayah aku tu BUKAN aku balik selepas berjumpa dengan Adam.

Kadang kadang je aku akan balik KL then ada satu haritu aku balik jumpa mak ayah aku dan aku cerita semuanya dekat dorang pasal ni. Yang korang boleh bantai pulak nak kira masa jarak aku ambil bagai semua tu dari Pahang ke KL lah apalah hahaha punyalah nak tahu aku kerja kat power plant mana. Padahal aku balik KL masa aku cuti dan aku tak nyatakan berapa jam aku balik KL yang aku nyatakan hanyalah jam yang aku pergi dari tempat aku ke kampung Adam. Dah macam Rashid aku tengok korang ni.

(3) Ramai yang tanya “Takde kemungkinan kan Rashid akan baca apa yang Faz share dekat FS pasal ni?”

Korang nak tahu sesuatu tak? Korang kena percaya benda ni bulat bulat.

RASHID HANYA PAKAI TELEFON BIASA.

Telefon biasa? Ya telefon biasa. Dia guna nokia 103 dan korang boleh Google kalau tak tahu. Yang ini pun aku tanya Hassan sebab aku pun tak tahu model apa haha. Rashid bukan kaki gadget ke apa.

Sebab apa aku cakap dia bukan kaki gadget dan macam mana aku boleh tahu? Kitaorang kan pernah serumah sebelum ni dan masa aku dengan dia masih ngam lagi aku banyak tanya dia pasal ni lah dah kenapa tak cari je phone lain duit kau kan banyak dan katanya…..

“Aku ada dunia aku sendiri.”

Jawapan dia untuk aku kepada persoalan yang buat aku tertanya tanya yang Rashid ni memang tak berniat atau berminat langsung ke nak pegang phone mahal sikit dari yang dia sedia ada tu. Bukan dia tak mampu. Lebih dari mampu. Sebab apa aku kata dia lebih dari mampu?

Tu kereta tu….Aku Potong Jarilah Kalau Perempuan Tak Pandang Kereta Dia Tu Haha.

Dan katanya dia memang tak pernah pegang phone lain selain phone yang dia ada tu. Aku macam err biar betul mamat ni. Dan untuk pengetahuan semua Rashid bukan “social media” orangnya. Kau nak tengok gambar dia? Kau boleh tengok gambar dia masa dia hantar resume je agaknya. Kau nak tengok gambar dia dekat facebook ke apa bagai semua tu? Hmm jangan mimpilah weh!

Dia seboleh akal akan mengelak bila orang ajak bergambar beramai bersama sama. Senang cerita memang tak ada langsung lah gambar dia dekat facebook budak budak ni. Dan peratus untuk kau tengok gambar dia memang tipissssssss! Dan semestinya dia takde Faceboook, Twitter and Instagram bagai semua tu.

So gegurl! Jangan nak mintak Faz FB atau IG dia ya sebab dia memang tak akan create acc beliau sampai bila bila!

So atas sebab itu aku ada keberanian nak share pasal benda ni dekat sini! Entah entah FS pun dia tak tahu! Tapi dalam aku berani berani ni pun aku sebenarnya ketar gak lutut ni tak tahu kenapa.

(4) Rashid masih satu tempat kerja dengan aku?

Yep. Kami masih bekerja bawah satu bumbung tapi percaya tak. Dalam sebulan macam tu memang tak akan kau nampak dia muncul depan kau. Kalau kau nampak dia pun waktu kau balik kerja itupun kau nampak kereta dia je! Tapi kalau berselisih memang buat buat tak kenal lah cerita dia. Walaupun kau akan seram sejuk bila nampak kelibat dia! Dan aku bersyukur sebab bukan satu department dengan dia.

Kau rasa kalau aku satu department dengan dia agak agak macam mana nak hadap dia kerja sama sama dengan dia tu?

Dan ada yang tanya takde apa apa cubaan dari dia ke atas aku dan yang lain lain ke lepas si Rashid tu pindah keluar dari rumah sewa tu?

Gila kau takde! Semua tu aku akan ceritakan kejap je lagi.

Aku pasti mesti ada di antara korang yang tertanya tanya macam mana kami semua boleh serumah? Okay ini aku ceritakan…..

Bersebelahan dengan power plant tempat aku bekerja, kiri kanan terdapat banyak company dan beberapa power plant yang jalannya memang sesak dari pagi membawa ke malam. So ada suatu hari di mana Ijam mengajak aku bersama untuk berjumpa dengan bekas ex housemate dia sebelum Ijam join pindah masuk rumah aku sekarang ni.

Untuk makluman korang Ijam,Rashid dan Mika terlebih dahulu kenal bersama sebelum kenal dengan aku. Dah kenapa dorang bertiga ni serentak berpindah masuk ke rumah aku? Ini pun korang akan tahu kejap je lagi hehe.

 

AkuDalam Cerita Ini Adalah IJAM.

 

Sebelum aku pindah dekat rumah kita sekarang ni aku pernah serumah dengan seorang engineer yang bekerja kat company ********. Nama dia Nizam dan ada seorang lagi engineer satu company dengan Nizam ni dan nama dia Shah.

So kiranya dalam satu rumah tu ada beberapa orang yang bekerja di lain lain company dan maksudnya ada 5 orang bujang di dalam rumah sewa tersebut. Ada sebab kenapa aku ajak kau Faz jumpa Nizam ni.

Ada beberapa perkara yang pelik terjadi dekat dorang berdua sampaikan aku dan Mika bergaduh dengan dorang berdua tu. Dekat sini aku nak cakap yang kitaorang salah sangka dekat Nizam dan Shah tu sebijik macam kita salah sangka dekat Adam tapi serious aku tak pasti ataupun aku tak perasan benda ni ataupun entahlah aku sumpah tak pasti kenapa aku dan Mika tak boleh agak benda ni serupa dengan apa yang berlaku dekat kita sekarang ni.

Macam kau pun tahu kan Faz aku dan Mika memang bukan budak budak yang rajin atau tahu pasal agama semua ni solat apatah lagi lah kan? Dan begitu juga dengan Nizam dan Shah dorang berdua memang satu kepala dengan aku dan Mika.

Rumah tu memang tak ada yang rajin solat walaupun tak berapa sangat rajin solat ke apa dia pandailah jugak baca baca itu ini. Yang kitaorang tahu balik hadap game takpun balik makan tidur berlainan dengan si Mika dia ni rajin pergi gym je dari lepak tidur makan kat rumah.

Kau nak tahu Faz benda benda yang pelik sangat jadi dekat kitaorang masatu?

Kita tunggu Nizam dan Shah lah ceritakan semuanya nanti huhuhu…

 


 

Geram je aku dengar bila si Ijam cakap tunggu kawan kawan dia tu ceritakan semuanya balik dekat kami berdua. Tapi aku okay je sebab dari apa yang Ijam katakan tu nampak sangatlah Nizam dan Shah tu kena serupa macam Adam kena.

Korang faham tak? Dah si Ijam kata dia dan Mika salah sangka segala kejadian pelik dekat rumah dia yang sebelum ni berpunca dari Nizam dan Shah. Tak sebijik ke weh macam dorang salah sangka dekat Adam? Sangat sebijik weh tapi sebijik macam mana aku tak tahu lagi masani sebab tak dengar cerita dari Nizam dan Shah lagi.
So apapun aku memang tak sabar nak tahu cerita dari mereka berdua tu.

Dan aku tanya Ijam kenapa kau rasa hal yang berlaku dekat dia dan Mika ada kena mengena dengan Rashid? Ijam cakap dia baru tersedar benda ni memang serupa dengan apa yang berlaku dekat dia sebelum ni dan dia pun masa tu terlampau ego bila Nizam dan Shah ingin jelaskan akan sesuatu hal tersebut tapi tetap juga dia dan Mika berkeras taknak dengar dan percaya cakap si Nizam dan Shah. Dan bila diingatkan balik benda yang dah jadi depan mata dia sendiri dan dia mula rasa bersalah sebab dah kena dekat batang hidung sendiri.

Dan pertemuan malam tu kami perkenalkan diri masing masing sebelum Nizam dan Shah mula bercerita tentang apa yang sebenarnya berlaku dekat dorang berempat sampaikan mereka semua bertengkar antara satu sama lain dan membuatkan Ijam,Mika dan Rashid buat keputusan keluar dari rumah tersebut.

 


 

Aku” Dalam Cerita Ini Adalah NIZAM.

Rashid?

Orangnya tinggi dari aku yang berketinggian 172 ni, kulit dia cerah dan dia punya pakej yang lengkap yang boleh membuatkan para gadis terpikat kepada dia walaupun dia kedekut senyuman. Tapi ada suatu hal yang aku rasa tak okay pada dia lepas beberapa minggu serumah dengan dia……

Suatu pagi tu aku dengar suara seorang lelaki yang menangis mendayu dayu lebih seram rasanya dari kau dengar suara seorang perempuan menangis. Jantung aku kau jangan cakaplah punya lah berdebar lain macam padahal pagi lagi tu dalam jam 10 dan masatu hari ahad aku ingat lagi….

“Abang dah jumpa dia Layla. Abang dah jumpa. Nanti abang bawak dia jumpa Layla ya.”

Tersedu sedu suara lelaki tu menangis. Aku mulalah rasa tak best sebab dah dengar dia menangis dengan suara jantan dia tu dan dia bahasakan diri dia abang. Sifat ingin tahu punya pasal aku tolak ketepi dan aku jalan perlahan ke arah suara tangisan tersebut.

Tak takut mana sebab pagi lagi kan tapi gila kau tak takut kalau kau dah dengar suara lelaki yang menangis! Kejap kejap aku dengar macam ada orang simbah air guna gayung dekat bilik air dan aku dah boleh agak suara tu datangnya dari bilik air belakang.

Mati mati aku ingat dari luar pintu belakang dapur sebab pintu dapur belakang terbukak dan peratus untuk jiran sebelah yang menangis adalah 99% padahal aku dah boleh agak suara tu datangnya dari dalam rumah aku. (Nak sedapkan hati punya pasal.)

Sumpah aku tak boleh cam suara siapa yang menangis tu so aku tak boleh agak siapa yang menangis…

“Bunga Melur Bunga Melati Jangan Sampai Aku Buat Kau Mati!”

Pantun di awal permulaan lembut je gayanya last dia tu memang scary bila mana kau dengar dia seperti berdendam lagaknya! Tadi dia menangis sahaja ini dia berpantun sambil menangis pulak dengan ayat pantun dia yang makin buat jantung aku berdegup laju bila mendengarnya. Ya Allah sumpah seram sangat bila aku dengar tu! Aku dah bayangkan aku ke yang dia maksudkan?

Disebabkan aku takut dari level ingin tahu aku tu perlahan aku masuk ke bilik walaupun niat ingin tahu aku tu membuak buak. Sumpah aku cuak gila masatu! Aku rasa kalau jumpa hantu aku okay lagi kot. Jumpa orang macam ni? Aku tak pasti aku hidup lagi ke tak sekarang ni.

Tengah hari tu aku tengah sedap baring layan lagu guna headphones tiba tiba Shah datang menyerbu dan terus berselimut tengah hari buta dekat katil dia. Budak ni dah kenapa? Apa benda yang dia takutkan sangat ni? Jangan kata dia…..

“Weh Shah. Kau dah kenapa?”

Takut takut je weh aku tegur Shah masatu. Perasaan tak sedap hati tu mula melonjak naik kembali.

“Zam. Ijam dan Mika takde dekat rumah tau. Kereta dorang takde. Kereta kita bertiga je yang ada. Aku syak Rashid dekat dalam bilik air belakang tu.”

Dengan suara perlahannya tergagap gagap Shah nak habiskan satu persatu ayat dia. Bila aku dengar Shah cakap macam tu jelaslah aku bahawa Shah pun dah dengar apa yang aku dengar pagi tadi. Tapi kenapa takut dia lain macam sangat aku tengokkan ni?

“Apa yang kau syak sebenarnya ni?! Apa yang kau nampak?! Kau ada dengar suara dan orang simbah simbah air ke dekat bilik air tu?”

 

 


 

Aku” Dalam Cerita Ini Adalah Shah.

Aku balik tengah hari tu dan tengok hanya ada kereta kau dan Rashid je dekat rumah masatu. Masuk je dalam rumah dan nak ke bilik aku terperasan ada bekas dekat luar bilik air belakang tu. Tapi apa yang buat aku hairan sama sekali ada beberapa kepala anak patung dalam bekas tersebut.

Hanya kepala anak patung yang dah dileraikan dari badannya. Dah kenapa ada anak patung dalam rumah ni? Tak pelik ke ada anak patung dekat dalam rumah sewa yang hanya didiami lelaki bujang kesemuanya! Takkan kau nak cakap itu awek dia punya patung takpun adik dia punya patung? Macam tu? Tak weh tak sama sekali!

Kalau teddy bear kau letak dekat bilik kau ke aku boleh terima lagi mungkin pemberian kecil dari awek kau ke kan? Ini kalau dah kepala anak patung tu menimbun dalam bekas tu kau nak cakap apa? Kau nak cakap dia part time betulkan kepala anak patung ke macam mana?

“Paku Tajam Paku Karat Jangan Sampai 16 Bahagian Aku Kerat!”

Ya aku dengar dia berpantun sambil menangis dan memang aku tak boleh agak dia siapa. Tak cukup tu lagi yang buat aku makin bertambah seram bila aku dengar dia…..

“Nak abang kerat dia berapa bahagian? 17? 18? 44? Hahahahaha!”

Celaka betul. Aku dengar ayat dia cakap nak kerat dia berapa bahagian tu kan terus buat aku rasa seram sejuk dan nak pengsan masatu jugak! Gila ke apa dia tu? Nak kerat orang bagai semua tu! Aku sewa dengan orang mental ke apa ni!

Apa lagi aku terus terjah masuk ke bilik dan terus rembat selimut dan cuba untuk bertenang tapi aku tak boleh aku semakin rasa takut dan berdebar debar. Sampaikan Nizam yang ada di katil sebelah aku pun aku tak perasan!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3,315 comments

  1. ya Allah korang apa yang jadi ni?.

    kenapa bulan mulia macam ni sampai mencarut sesama sendiri? aku excited bila tgk ramai yg komen dekat KAP3 ni kot faz dah kembali. sangkaan aku tu betol tapi tak sangka seteruk ni bila dia dtg balik.

    aku xrasa faz salah. pengikut dia yg over nak bekap dia. sampai benda ni nampak mcm dia di antara satu pengikut dia tu. ko dgn cerita ko mmg betul2 berhantu faz.

    kalau ko pemes satu melesia ni mmg habis haters kau kene kecam dgn pengikut fanatik ko ni. tak salah nk bekap writer tp cara tu tak betul.

    see faz yang kene kecam balik. niat dia baik nk bg tahu dia nak sambubg balik, tp dri ap yg aku pehati haters yg xberenti nk kecam tuduh faz, buat pengikut dia menyampah.

    betul sgt faz ckp tu xsuke xpyg nk amek tahu pasal dia atau cerita dia. org mcm tu lah punca pergaduhan ni. faz muncul dan tentunye pengikut dia pun excited dia dtg balik.

    kalo lah hasani tu bkn faz korg yg tuduh2 faz hasani tu xrasa bersalah ke? org tu diam salah, xdiam pun salah. aku yg serba serbi salah tgk korg wei.

    xpyh nak besarkan lg bende ni aku nk faz sambung je. tuu je. faz harap ko bertabahlah weh dgn dorang ni. aku bukan nak bekap ko ke ye. aku cume xsuke care sesetengqh dri dorang ni yg over sgt.

    1. Alan.. aku sokong komen kau ni.

      Tapi itulah, ayat kau ni aku rasa macam kurang sesuai “mmg habis haters kau kene kecam dgn pengikut fanatik ko ni.” sebabnya, antara yang dimaki hamun tu bukanlah haters. Plus kami antara orang2 yang sambut kemunculan kembali Faz. Tapi kami yang dimaki hamun. Itu permasalahan utama sehinggakan orang lain turut sama bersuara.

      Sebabnya, dah tak sanggup nak baca komen dengan segala cacian. Bukan di post story ni saja, di story2 lain juga dapat tempiasnya. Sedangkan kami sekadar membaca dan tinggalkan komen berkenaan karya tersebut.

      1. itu satu cik maira. yg konon dok bekap ni lah yg buat gaduh dalam ni. tp tade sebab utama bende ni jd takkan berlaku lah benda ni sume kan?

        amek contoh ni, maksud haters tu merujuk kepada pengecam yg mengecam si faz. org2 yg kecam faz ni la aku rase punca semuanye.

        sampai pengikut fanatik faz xboleh terima and maki korang yg xbuat hal langsung. aku Xbetul2 ap sesape. aku cume ckp ape yg aku nampak berlaku dlm ni.

      1. ko ni lah yg tak habis nak kecam faz kan? Org tu bt xtahu tapi ko yg melebih. ko yg mulekan dulu semua ni. geng ko pulak yg kena maki dgn si bebal hasani sbb berkawan dgn ko. tu komen aku tu untuk ko lah tu. sila hadam baik2 ye

          1. aku bace balik weh dari awl faz dtg, aku tgk nick tom ni yg beria kecam faz. xde pulak aku tgk org len kecam faz selain dia. dh jd mcm ni baru lah due tiga muncul salahkan faz. dri care aku tgk tom ni mcm bijak pandai tahu semua yg jadi kat fs selame ni. eh?不不 then acah budak baru nk up kat sini不不不不不

          2. hahaha pening aku dengan hal hari ni. mungkin tom ni pengikut setia isu KAP ni kut. entahlah, tapi aku tak kenal dia ni.

        1. Geng? Excuse me?? Geng apa? Geng mengaji ke apani? Sorry skit, aku takkenal saper dorang.. Ehh, dahlah, aku saja je. Tak sangka pulak jadi macam ni. Isi masa lapang. 五. Lagipon bukan aku sorang je kecam dia.

    2. Panjang betoi!! Bagi summary sikit Alan Walker?? Siapa salah siapa betul ni?? Aku konpius. Nak baca banyak sangat plak.

          1. Ohh yeke?? Maaplah. Puasa-puasa ni, tak boleh beza mana satu carut mana satu melawat kawasan. Sila lah beredar. Pintu keluar kat sana.

  2. Baguslah. Bagus faz pun aku yakin dia tak akan sambung. Kalau sambung baguslah. Sekian terima kasih kepada pengecam semua. Dah dah faz kau tak perlu nak balas komen semua ni. Kalau kau sambung pun kau akan kena balik. Sama je weh.

  3. dah habis ke korang gaduh?? taknak sambung hari ni ke?? tak baik gaduh2 tau.. hari ni 7 Ramadhan. Jadi, ada 22 hari lagi nak raya. huhu

    1. Acik nk jadik baik arini..sebab hasani la acik meroyan smlm..acik harap sgt arini hasani x muncul..bg la can acik nk berpoce dgn aman..(sambil hulur kaki salam ff)

      1. assalamualaikum acik (laga pipi 3 kali).. acik pose ke? baguslah acik berhati mulia hari ni. mulut jangan nak puaka sangat k acik?

        1. Arini acik da insofff..alhamdulillah..semoga acik terus berhati suci pada hari yg mulia ini.. (laga pipi 3x smbil sep bontot)

          1. semua dah benti gaduh yg korang nak mula bergaduh sgt ni asal? tah pape perangai nak tunjuk langsi. yg mainkan name aku dah knp? aku cri mslh dgn korang kew? xde kan?

      1. apeni marah2 ni? jangan marah.. kita bincang.. aku tanya je. sebab nama ko buat aku curious nak tahu. tak yah ah nak marah2. huhu

          1. selalu ke? jap lahhh.. aku tengah pulihkan ingatan ni.. hmm. lupe pulak ko sape. Aulohhhhh.. kejappp nak ingatkan balik ni..

            aulohhhh.. asal susah sangat nak ingatkan ni?? hmm

          2. sape kawan baru aku? mohon list kan please ~

            jap lahhhhh.. aku masih nak ingatkan balik ni. sabar boleh tak?

          1. awak salah orang ni.. saya FF.. bukan zatul.. ini fs hamm.. bukan fb.. huhu

            *nampak ape main zoom2 tu?

          2. Hahaha..ok..kelaka..ko mmg suke sebut nama kn..ko jgn petik nama aku kt sini am..aku bg clorox kang..

          3. hai mairaaaaaa.. teh? ade jual dekat rumah aku skrang ni.. buat masa ni aku bagi free je untuk sape yg nak berbuka ikut azan zohor.. aulohhhh…

            *ko puasa tak ni??

          4. ikut azan zohor selalunya nasa. haha aku masih puasa lagi? kau? mesti dah berkilo kau kurus kan?

          5. nasa azan subuh dia dah berbuka hahahahahha alhamdulillah aku masih puasa jugak.. kurus weh? takde makna nyaaaa.. sama je..

          6. hahahaha. tok nak sape begoyang? hahahaha. teh ais lebih. hahahaha, goyang lebih sikit FF

          7. meD.. ko nak jugak sebenarnya kan?? tak yah malu2 ah.. datang je sini.. bungkus ikat tepi pelastik hitam. hahahahahha

          8. aku puasa penuh. aku bukan macam Tok. dia puasa sampai tengahari je. aulloh. jangan goda aku. nyah kau dari sini cetannn!

          9. ye ke penuh?? pagi tadi yg ko dok ketuk pintu rumah aku sampai nak roboh tu pesal?? hahahahahha barbie ah ~

          10. MeD bukan semalam kau makan nasi kandar ke time azan zohor? Tok tu bila2 time dia buka apps azan dia buka. haha

          11. betul lah tu maira.. bila dah tercekik, dia pi rumah aku nak minta air teh.. dah lah makan tak ajak aku. aulohhhh.. hahahahahahah

          12. tok x minum.. jangan salah faham.. tok nak teh tu untuk letak kat dahi je.. ganti cool fever..

          13. bukan dekut,, cool fever lpas pakai kena buang kan? kan ke membazir tu.. teh ff lepas sejuk da hilang bole minum..

          14. hahahahahaha yang ni i setujuuuu! tak baik membazir.. membazir tu amalan MeD.. eh? hahahahhahaha

          15. tok da sudah.. ikan masin + lada + cuka ngan nasi putih panas2.. air bandung lebih ais..

            Aulohh

          16. kenapa korang semua buat aku lapar ni? hmm. kalo lapar, boleh makan kan?? tak salah kalo makan kan?

          17. Lagi satu puasa mengajar kita untuk sentiasa ingt akan orng2 susah d luar sana (Tunjuk jauh sikit).. so masa makan tu jgn ambik lauk bnyk sangat.. ckup2 untuk cover gastrik tu je..

          18. burppp. alhamdullilah. baru selesai makan nasi kandaq lauk sotong tambah telur masin, sebijik sayur kobis tambah kuah lebih teselit bendi.

  4. en.faz.. its ok klu ada yg xsuka pasal penulisan ko.. ramai pembaca yg tgu sambungan cerita ko faz.. termasuk la aku.. walapun dh setahun asenya tergantung.. n aku harap ko selamat n sehat hendaknya.. plzz smbung ASAP.. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.