Kawan Baru

Assallamualaikum
Nomi disini. Nomi memang suka baca dan dengar cerita seram. Pertama kali menulis disini. Sekadar ingin berkongsi pengalaman sendiri.

Mungkin tidak berapa seram. Kisah ini diceritakan semula oleh mak dan ayah Nomi.

Nomi ialah seorang anak angkat yang dibela sejak usia 2 jam lepas dilahirkan. Bukan semua ahli keluarga boleh terima Nomi terutama nenek belah mak. Tapi majoritinya menyayangi Nomi bagai d***h daging sendiri.

Mak cerita, perkara ini berlaku masa Nomi berusia 3 tahun di kampung ayah. Rumah kampung ada pintu yang jenisnya boleh buka atas bawah. Waktu kejadian, malam raya Aidilfitri. Pintu itu hanya di tutup dibahagian bawah dan bahagian atasnya dibiar terbuka luas.

Lampu luar terang benderang. Depan rumah ada sepohon rambutan yang rendang. Di sebelahnya ada pokok jambu air.

Mak kata, malam tu memang lain macam. Mulanya dia tak perasan. Yang buatkan dia rasa lain ialah selepas arwah nenek tiba-tiba merengus dan memandang ke pintu.

“Dah sey koba! Jangan dikacau cucu sey!”

Mak kata, nenek marah-marah ke arah pintu sambil mengunyah sireh. Lepas tu dia pandang mak dan suruh baca Al Fatihah diikuti ayat Qursi 7 kali. Mak menurut dan tunduk tak berani memandang ke arah pintu.

Mak kata, waktu tu Nomi tak duduk diam. Melambai-lambai sambil gelak-gelak nak keluar. “Mak, kawan owang panggil!” Kataku sambil menunjuk ke arah pintu.

Mak kata, kakak sepupu Nomi yang perasan situasi tu bangun nak tutup pintu tapi nenek tak bagi. “Biar deh! Biar digasak eh! Mada bona!” Kata nenek.

Mak kata Nomi merengek-rengek nak keluar. Mak pas Nomi pada ayah dan terus mendukung Nomi dibawa masuk ke bilik. Makin kuat Nomi merengek dan mengamuk meraung sebab nak main kat luar.

Mak kata naluri dia kuat suruh memandang ke pintu. Dia pandang sebab nak tahu ‘benda’ apa yang ajak Nomi main tu.

Mak terbeliak. Ada susuk lebih kurang sebaya dengan Nomi sedang bertenggek di atas pintu. Badannya hitam seperti bersalut lumpur. Bajunya compang camping dan kotor. Rambutnya kusut masai panjang melepasi bahu. Dia tersengih memandang mak sambil melambai-lambai mengajak mak menghampirinya.

Lepas tu mak langsung tak sedarkan diri. Bila bangun, dah pagi. Semua dah bersiap nak beraya, kata mak.

Ayah menyampuk, nenek mengamuk malam tu. Marah-marah sebab ‘budak’ tu mengikut sepupu Nomi balik. Nenek dari cakap elok-elok sampai maki hamun ‘budak’ tu sampai ‘dia’ pergi. Nenek kata dia menyampah kalau ‘melayan budak’ sebab degil.

Nenek pesan kat ayah, suruh tabur garam kat sekeliling tempat tidur Nomi sambil baca ayat qursi 7 kali. Masa tu nenek tidur sekali dengan Nomi. Ayah kata nenek tak tidur pun, dok berjaga takut ‘budak’ tu datang lagi.

Memang ‘dia’ datang sekejap menjenguk melalui tingkap. Tapi sebab nenek ada, ‘dia’ terpaksa juga ‘lepaskan’ Nomi. Nenek bagitahu ayah, sepupu Nomi yang bawa ‘budak’ tu balik dan ‘budak’ tu nak berkawan dengan Nomi sebab kami sebaya dan ‘dia’ dah lupa ‘jalan balik’. ‘Budak’ tu sendiri bagitahu masa nenek nak halau ‘dia’. Sepupu Nomi bagitahu kat mana dia main tadi sebelum balik dan nenek suruh ‘budak’ tu ke sana.

Sejak tu, mak dan ayah lebih berjaga-jaga dan pesan balik rumah sebelum maghrib.

Bila mak dan ayah cerita ni, baru Nomi teringat. Ada ‘seseorang’ selalu akan menjengah dekat pintu tu setiap kali Nomi balik kampung. Tapi yang selalu perasan ialah sepupu Nomi tu. Katanya, “Budak tu hitam, baju compang camping.”

Alhamdulillah. Tak ada lagi yang mengganggu hingga ke hari ini.

P/s : Masa kejadian, nenek Nomi memang dah nyanyuk dan mata serta telinganya dah kurang berfungsi. Ayah cakap nenek ‘cool’ gila malam tu. Al Fatihah. Semoga nenek ditempatkan dikalangan roh yang beriman.

Al Fatehah jangan pernah tinggal.
Ayatul Qursi sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

nomibastila

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

90 thoughts on “Kawan Baru”

  1. selagi tak mengganggu, its okay. tapi jangan bkawan, nant dya ikut Nomi balik heee

    youre strong to tell people that youre adopted 🙂

    Reply
  2. masa baca memula, terdetik dalam hati.. ni mcm kmpung ayah je kawsannya dgn bentuk pintu mcm tu..
    skali bc ayat yg ckp n9 trs terkejut… sbb kg ayah 2 pn kat n9… memula pkir.. sedaro den ko ni..?
    tapi xdo lak namo nomi.. kampung kek mano ni nomi..? 😀

    Reply
  3. Kesian plak budak kecik tu…
    Udahler kecik, sesat pulak, kena halau lagi…
    Nenek patotnye sohler sesape antor bdk tu blk, kang sesat barat gi umh jiran tetangga plaakkk…
    Kang udahnye makin ramai yg kena kaco ngan budak kecik tu…
    Udah nayoooo…

    Reply
  4. kalo kes mcm nh, kita kena hntr balik je kt mak ayah die…tp anta dgn psnn swoh jg anak baik2..nnt sesat lg..sindiket organ masih berleluasa hehehhehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.