Kebaya Merah

Assalam admin and FS reader. Aku one of FS fan, selalu juga baca cerita2 kat sini. Lepas baca cerita ‘bilik tak bernombor’ tu, datang rajin pula aku nak share pengalaman sendiri and kawan2 aku. Jangan marah yer. Aku kenal kan diri aku as ‘M’ je la. Ni cerita pengalaman aku di sebuah matrikulasi. Matrikulasi mana tu aku rahsia kan. Aku dapat tawaran lepas SPM dalam tahun 2010. So, masuk matrik 2011-2012 tapi tak sampai setahun pun. Mungkin cerita ni tak seram tapi aku nak share gak la.

Macam biasa cerita dekat asrama ada history sendiri kan. Gitu juga la matrik ni. Tak tau la ni rumours ke or based on true story. Sebab matrik ni memang banyak kes dari zaman senior aku. Aku bagi overview sikit pasal asrama kami yer. So, senang paham sikit jalan cerita. Block matrik ni ada A sampai F. 4 block perempuan and 2 block lelaki. Perempuan A sampai D and selebih nya lelaki la. Aku dapat block A yang dekat sangat dengan tangki air asrama belakang kafe.

Block A ni jauh sikit dari block B, C and D. Tiga2 block ni bersambung and kalau nak pergi block A perlu  lalu kafe and lalu tangki  air besar yang aku cakap tadi.  Block A ni paling hujung and berdepan je dengan bilik tutorial. So kalau nak skip, senang la. And I’m one of skipper juga la. Okay back to story.

Block A ada 4 tingkat, 3 wing which is wing kanan, kiri and belakang. Aku dapat wing kiri and tingkat 3. So bilik aku sebelah je dengan toilet. Kalau nak ikut kan semua block suppose to full kan yang block first kan? Tapi block kami tak di benar kan full the reason is sebab tak ckup katil. Tu yang fasilator cakap la.

Okay, kita think positive dulu ya. Ingat tau block A. Block lain pun ada kes juga tapi aku nak cerita pasal block A dulu. Tingkat 4 block A ni tak banyak yang tinggal. Bilik atas aku macam ada satu bilik jer ada orang and opposite nya dalam 2 or 3 bilik jer. Wing belakang tak payah cakap la. Memang tak ada yang tinggal.

Aku tak tau betul ke tak incident ni. 2 or 3 tahun sebelum batch aku ni ada student yang tinggal dekat tingkat 4 wing belakang tu di temui meninþggal  dalam locker. Time tu nak abis sem and ramai yang balik dah kan. Lupa nak bagi tahu,  1 bilik tu ada 4 orang yang tinggal. Memang agak besar la bilik tu. Nak jadi kan cerita tingkap bilik aku ni coincidentally berdepan dengan bilik yang pernah ada incident tu.

Continue balik macam mana student tu boleh di temu m**i dalam locker. Student tu actually pregnant and kita tak tau la betul ke tak. Jangan kecam aku. Aku panggil ‘K’ lah ya student tu. Time cuti tu, ada 2 senior yang belum balik. One of them is K.  K pesan dekat roommate dia, nanti kalau nak check out asrama jangan lupa kunci locker dia skali.  K ni memang dah siap packing. Dia letak bag kat hujung katil. Roomate dia tengok jer dia pack bagai sebab dia pun dah habis packing.

In the same time, felo ada buat spot check nak cari student yang pregnant. K ni dengar jer news tu, dia terus sembunyi dalam locker tu. Roommate K ni pikir K pergi toilet sebab bag K masih ada jer kat hujung katil. Dia pun pergi lock je lah locker K ni. Aku pun tak tau kenapa K tak bersuara masa roommate dia lock. Mungkin tertidur or apa kita tak tau. Yang malang nya roommate K ni balik lepas dia pergi lock locker K.

Korang imagine, cuti sem ni 1 bulan lebih kot. Agak2 K macam mana? Family K pun cari la K dekat matrik sebab student lain dah balik. Dia sorang je belum. Kes ni heboh juga la masa parent dia tanya dengan lecturer dekat sana. Sebab parent K expect K stay kat asrama. Lepas parent K bagi tahu details K, senang sikit kerja lecturer nak trace student yang stay block mana.

Lepas tu aku tak tau dah macam mana jalan cerita dia. Yang aku tahu laporan polis dah sah kan memang K yang meninggal. So, bilik tu sekarang memang junior2 tak guna la. Bukan setakat bilik, 1 aras kot. And masa batch aku aku pernah gak nak try naik bilik tu sebab young blood kan, Curiosity memang tinggi. Meja study aku ni kalau buka je memang nampak bilik K. So memang nampak jelas. Bilik tu setiasa terang and tak pernah tutup pun lampu tu.

Ni pengalaman kawan aku yang stay dekat tingkat 4 atas bilik aku, dia ni di kira, di anugerah kan hijab lah sebab boleh nampak benda gitu tapi tu dulu. Sekarang dah tutup dah sebab tak tahan kan. Tapi tak tahu kenapa, dia boleh nampak lagi benda tu. Dia buat tak tahu jer la sepanjang dia stay bilik tu. Dia nampak benda tu menumpang tinggal di bilik sebab masa awal2 tak da gak nampak benda gitu. Mereka expect mungkin aras tu K dah haunted kot. Kita tak tahu kan. Alluahualam.

Sepanjang kawan aku dok kat bilik tu. Aku yang tingkat bawah ni selalu dengar bilik dorang tarik2 kerusi. Tapi buat biasa jer sebab student kan suka stay up sampai pagi. Aku syukur gak la sebab aku tak da hijab yang boleh nampak benda gitu. Okay sambung cerita. Bilik kawan aku ni selalu panas setiap malam. Boleh di kata kan malam2 jer memang panas. Dia ni memang selalu nampak Benda tu dekat2 dengan dorang kalau nak masuk tidur.

Ada sekali, nak masuk waktu maghrib la. Dah ambik wuduk bagai. Kawan aku ni solat la. Ekor mata kita kan boleh nampak kan. Benda tu tengok je kawan aku solat dekat dari hujung katil. Kawan aku cakap hitam and tinggi. Rambut tak payah cakap la. Memang serabai. Sampai kawan aku tak tahan tinggal kat bilik tu. Even lepas solat dh baca ayat2 al-quran, benda tu masih ada. Hilang sekejap jer tapi datang lagi. Sampai dia suruh roomate dia gabung katil nak tidur sama2. Kadang2 bila buka mata, benda tu dah ada dekat hujung katil. Tertonjol muka dia tengok kawan aku tidur sampai kawan aku pengsan setiap kali dia terjumpa benda tu. Kalau aku, Mungkin lama dah belah kot.

Yang ni cerita sama gak. Tapi kes yang lain. Kita pun tau kan setiap institution ada majlos dinner. Time tu macam lepas raya so theme dia bercampur gak la. Ada yang retro, aidilfitri, traditional and etc. Kelas aku kena themes aidilfitri. So, kalau theme raya ni memang pakaian banyak yang baju kurung, kebaya, jubah bagai kan. Malam dinner tu kami combine dengan kelas lain yang pilih theme raya. Setiap dinner akan ada king and queen, the best busana and onwards. Ada sorang student perempuan ni,  memang cantik. Dia pakai kebaya merah. Yang betul2 merah menyala bak hang. Ramai gak la budak2 bergambar dengan dia ni. Aku pun tak kenal gak. Sebab dia pakai masquerade kan. Tapi time ambil gambar tu dia buka la. At the end of majlis tu budak tu terpilih as queen of the night. Cari punya cari tak jumpa so mungkin dia dah balik kot.

Nak jadi kan cerita, gambar yang kawan2 aku ambik dengan dia kabur kot. Kawan2 aku nampak jer muka.  Jelas abis. Kalo gegar pun Mesti muka kawan2 aku pun tak nampak kan? Gambar budak tu memang tak nampak. Color merah jer nampak. Tu pun kabur2 macam yang cahaya merah jer tinggal. So benda ni viral gak la kat matrik aku. And one day tu, ada senior aku buka cerita. Benda tu memang setiap tahun jadi. Selalu nya queen of the night memang akan hilang. So benda tu dah jadi tradition. Setiap kali dinner ‘kebaya merah’ tu memang akan datang. And ada gak senior aku cakap, K ni datang melawat. Sebab masa arwah K masih hidup,  dia selalu menang competition or event2 gitu. K ni memang cantik gak la. So,  memang event2 Dinner memang K tak kan pernah missed.

Fuhh. Baru 3 cerita. Ni second last cerita aku nak share. Mungkin cerita ni short je laa. Aku pun pernah lalui gak. Korang ingat tak ‘tangki air’ yang aku mention tadi tu. Awal2 aku introduce pasal matrik aku?. Tangki ni tinggi tau. Tangki ni antra kafe and block aku. So kalau nak lalu block aku, perlu hadap tangki air ni. Kes dekat tangki air ni tak payah cakap la. Memang banyak budak2 b***h diri. Cuma aku tak pernah jumpa la benda tu. Tapi setiap malam memang korang akan terserempak dengan kucing hitam.

Aku macam biasa la. Memang lari jer kalau terserempak dengan kucing hitam tu. Ada sekali aku datang berani. Lepas balik dari block kawan aku, dalam jam 1 or 2 pagi. Aku dengan kawan aku lalu tangki tu. Memang nampak kucing tu la macam biasa. Kami ni berlagak berani la kata kan. Nak halau kucing tu. Korang imagine kucing tu tak bergerak. Dia tengok je muka kami. Aku baling batu pun dia tengok jer. Kalau kucing lain. Lari dah kot.

Dia bukan takat jeling, dia pergi dekat kami. Apa lagi, kami pun belah la. Malam yang next tu, kawan aku nak pi bilik aku. Macam biasa la budak asrama. Kalau tak malam, xmencari Maggi. Kawan aku lalu la tangki tu, dia nampak budak2 and mak budak main dekat bawah tangki tu. Ya allah, aku tengah type ni pun goosebump. Kawan aku tu patah balik bilik dia. Terus esok nya ‘kwang’. Demam panas.

And ni last one. Memang betul2 short and simple jer. Tak seram mana. Ni kisah block B or C. Sebab block B and C ni dekat sangat. Jadi aku tak boleh beza block mana satu. Benda ni pun di kira kan tradition untuk matrik ni juga lah. Belakang block ni ada hutan and dejat hutan tu ada satu batu besar. Batu tu memang besar la. Boleh Baring2 lagi kot.

Dekat matrik aku ni, setiap weekend akan ada ‘outing’ and ada mini bus datang jemput student. So, pak cik2 bas ni cakap bercerita. Selalu nya kalau bulan mengambang batu dekat belakang tu akan terbelah and keluar air mecurah2 and time tu ada la bunian2 turun dekat batu tu. Aku tak tau mitos cerita ni. Betul ke tak, sebab aku tak pernah nak usha setiap kali bulan mengambang. So, sampai sini jer cerita aku. Nak cerita lagi tapi jari tak mengizinkan.

Thank you FS reader sebab sudi membaca. If cerita aku kena publish, sangat2 bersyukur admin. Mungkin tak seram, sebab aku just nak share cerita kawan2 aku and pengalaman aku.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

28 thoughts on “Kebaya Merah”

    • kenapa kena sepenuhnya bahasa melayu? ada apa2 masalah dgn bahasa inggeris? tak faham gi cari kamus sana. tak payah jadi polis bahasa sangat.

      Reply
  1. Amendelah…
    Boleh plak caras event org pastu overshadow gitu…
    Kot dh setiap kali dinner Si Kebaya Merah tu dtg, xkanlah staff2 atau senior kt situ xleh nk beringat2…
    Bkn.member tu dtg senyap2, siap bergambor beria bagai kot…
    Pastu siap dpt queen of the night…
    Seramai2 org yg attend dinner tu pon mesti boleh kenal sedikit sebyk…
    Itu jam kalu makcik cleaner pak guard pn bolehlar join dinner sbb xde sape kesah…
    Pastu mcm pelik ko beria nk selpi begambor beria dgn org ko x kenal…
    Kot retis tu iyelah gaaakkk…
    Soriii…byk percanggahan aspek lojika di sini wpon hakikatnye kt sini di akhirnye hanya FIKSYEN shasha…
    Tanda tanya merejam keseraman akak dik…

    Reply
    • hanya org2 yg pernah hadir event dinner tu yg Paham keadaan mcmna. senior konporm xda, sebb matrik 1 tahun je kan..
      jgn sembang byk lah,?

      Reply
      • Matrik ada program 2 tahun..ada je senior PDT. Agak2 la nk ckp xda senior. Yg komen ni pun xpenah masuk matrik…tak tau ke matrik tawarkan program PST dan PDT. Jgn sembang byk. Pfft.

        Reply
  2. Kelas saya antara yang kena dengan kes si kebaya merah. Tema malam dinner untuk tahun tu adalah “masquerade”, tau2 dah kena pakai topeng muka. Alkisahnya, hanya ada 110 peserta tu (gabungan 2 or 3 kelas, sorry xingat dah) yang berdaftar hadir ke majlis tu, sampai sahaja kat majlis tu pun masih belum ada apa2 yang berlaku. Nak dipendekkan lagi, dalam pertengahan majlis berlangsung, tetiba saja ada la sorang ni menyerlah sangat dalam kalangan2 kami ni, berbaju kebaya persis model, rasanya yang buat dia menyerlah sebab dia pakai baju tradisional kebaya merah menyala, yang lain kan pakai dress, baju tradisional selain kebaya dan hampir semua peserta bertopeng termasuk la saya.

    Saya tak sempat melihat si kebaya merah sebab saya terpelosok jauh dalam dewan tu maklumlah saya salah seorang AJK, ramai yang nak ambil gambar dengan si kebaya merah ni, mula2 pelik juga, sejak bila ada yang pakai baju kebaya ni sebab saya yang naik bas pertama dulu so saya sempat perhati gerak geri orang yang naik bas sampai bas yang terakhir tapi akhirnya malas kenang balik sebab nak enjoy dinner. walaupun muka dia bertopeng macam peserta2 lain tapi memang ada aura2 elegan la orang cakap, kami yang jauh2 ni pun boleh kena tempias aura si kebaya merah ni, ramai juga tu saksi sebab semua bergambar dengan dia, termasuk Pensyarah2 sekalian. Dan masa dinner tu berlangsung, majlis sepatutnya diakhiri dengan pemilihan King & Queen of the Night, sah2 queen tu ramai yang pilih si kebaya merah, tapi akhirnya tak muncul2. So, dengan hampa majlis pun berakhir la dan semua pun bersurai, beratur naik bas.

    Masa nak naik bas tu, AJK pengangkutan kira balik bilangan peserta, tetiba dah jadi 111 orang, pada masa yang sama ada seorang tak dapat tempat duduk, puas la AJK carikan tempat duduk tapi semua tempat berisi, ikut bajet tu, 3 bas kena booked dan sepatutnya semua peserta plus AJK dapat tempat duduk akhirnya AJK anggap salah kira atau mungkin terlepas pandang plus dah lewat malam pula, semua orang dah penat, terpaksa la meneruskan perjalanan pulang, yang peliknya masa dah sampai dan turun ke destinasi blok masing2, semua tak pernah nampak da si kebaya merah tu.

    Disebabkan ramai yang confused dengan kejadian pelik tersebut, saksi yang bergambar dengan si kebaya merah cepat2 check hp mereka, ramai yang claimed, benda yang muncul di dalam gambar adalah warna merah yang kabur, tempat si kebaya merah berdiri masa gambar diambil, so dari situ la tersebar cerita tu, kawan saya ada ambil gambar tu, dan sampai sekarang tak berani pandang (mungkin dia dah delete kot) sebab kalau tak kuat semangat macam2 boleh jadi.

    FUN FACTS:
    – Kenapa tiada orang yang kenal si kebaya merah tu?. Saya rasa mungkin dia memperdayakan kami dengan menjelma menjadi seseorang yang kita mungkin kenal ataupun seseorang yang kita mungkin rasa selesa bersama. Lagipun Kelas PST ada lebih 25 kelas, ni baru gabungan 3 kelas, belum tentu semua kenal sesama sendiri.

    – Kononya pensyarah yang memilih Si kebaya merah untuk menjadi Queen, ada minta nama plus no matrik supaya senang nak panggil ke pentas nanti, selepas sahaja majlis berakhir, si pensyarah ni cari no matrik pelajar dalam sistem tapi nombor tu tak WUJUD.

    -Rumor: Ada yang claimed nampak si kebaya merah menuju ke blok perempuan paling femes dengan cerita hantu, yang paling pelik ntah kenapa tiba2 cerita si kebaya merah dah merged dengan cerita perempuan m**i dalam lokar padahal cerita si kebaya merah ni baru lagi (2011), cerita m**i dalam lokar tu dah bertahun2 wujud.

    -Cerita femes “28 Julai”, perempuan m**i b***h diri akan muncul pada tarikh ni, padahal cerita ni pun agak baru juga dan pelajar yang disangkakan m**i sebab b***h diri sebenarnya masih HIDUP sebab sempat diselamatkan pakcik jaga. Nak tahu kisah seram tanya terus kat pakcik jaga, makcik cleaner, mereka lebih tahu tapi mereka ni pun pandai kelentong juga tu..haha

    Reply
  3. Entah lah tapi aku rasa cerita ni macam kena buat2 saja untuk takut2kan student. Sebab aku pun student matrik ni juga tapi alhamdulillah la tiada juga apa2 kena kacau ka apa ka.

    Reply
  4. Hahaha.. cerita ni x prnah padam.. batch(15/16) aku pun ada dgr cerita and time blackout haritu, yg si K tu ada mncul kt bilik dia.. Aku yg esoknya mndgr pun ghostbump

    Reply
  5. Ni matrik mana ni? Aku matrik dulu pun mcm2 cerita seram dengar. Semua matrik macam tu kot sbb semua kat pedalaman

    Reply
  6. Kat matrik “kebaya merah” ni, ada lagi cerita seram femes —> kisah “orang sebelah”, Ceritanya kalau tengah2 malam, korang tengah study ke tido ke, tetiba ada orang ketuk pintu, jangan terus buka pintu, tanya dulu siapa, kalau memang bernasib malang, kita tanya siapa then orang tu jawab, “orang sebelah ni..”, bila korang buka pintu, hanya separuh badan orang tu yang duk berdiri tercegat kat situ. Tak ke berderau d***h..haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.