Kehilangan

Assalamualaikum warga Fiksyen Shasha. Aku kenalkan diri aku sebagai Fa. Aku tinggal di selatan tanah air. Bahasakan diri ‘aku’ jelah sebab lagi selesa kot.

Ini adalah kali pertama aku share cerita dekat sini. Selama ni aku cuma baca cerita orang lain je. Cerita yang bakal aku share ini adalah cerita yang betul-betul aku alami. Terima Kasih Admin kalau publish-kan cerita ni!

Kisah ini terjadi masa aku kecil lagi. Tahun 2001/2002. Masa tu, kami dalam perjalanan balik ke kampung untuk menyambut hari jadi aku. Di dalam kereta ada Ayah, Ibu, Pak Long, Mak Tok, & sepupu-sepupu – Kak Da, Kak In & Zam (bukan nama sebenar). Kak Da, Kak In & Zam ni adik-beradik & aku paling rapat dengan Kak In. Di kampung, saudara-mara dah sibuk memasak dan ‘set up’ barang untuk meraikan hari jadi aku. Aku ni boleh dikatakan cucu kesayangan Atok & Nenek sebab Ayah aku anak bongsu jadi aku cucu last dalam keluarga. Anak-anak buah panggil Ayah aku Poksu dan Ibu aku Moksu.

Perjalanan lancar pada hari itu. Tak banyak kenderaan yang lalu jalan tu. Aku mulanya duduk di hadapan dengan ibu. Tapi, dalam pertengahan jalan tu aku duduk dekat belakang dengan Kak Da, Kak In & Zam sebab seronok sikit, boleh main dengan mereka. Sedang kami bermain, tiba-tiba Yul menjerit dekat Ayah, “Poksu, ada budak dekat tengah jalan!”. Serta merta, ayah aku brek emergency sebab terkejut Zam jerit macam tu. Nasib baik tiada kereta di belakang kalau tidak, tak tahulah apa jadi.

Tapi yang peliknya, dekat tengah jalan tu tak ada apa-apa pun.

Ayah mulakan perjalanan balik & kami semua diam sebab terkejut. Tiba-tiba Ayah bersuara, “Zam nampak apa tadi? Poksu tak perasan pun ada apa-apa atas jalan?” Dengan yakinnya, Yul cakap dia nampak dua orang budak tengah main atas jalan. Sorang lelaki dan sorang perempuan, keduanya pakai baju putih. Yang lagi seram, Zam cakap budak tu pandang ke arah kereta kami sambil main lintas jalan kiri kanan jalan. Masalahnya dia je yang nampak ‘2 orang budak tu’. Ayah suruh abaikan dan jangan fikirkan lagi sebab tak nak kami fikir yang bukan-bukan. Kalau tak silap aku, kami berada di satu kawasan yang orang panggil Batu 18.

Okay, aku describe jalan tu sikit eh. Seingat akulah, jalan tu lurus je, cuma ada berombak sikit jalannya. Yelah, jalan kampung kan. Kiri kanan kosong, cuma ada satu Balai Raya di tepi jalan dan kawasan berpaya sikit. Sorry aku tak pasti ada rumah ke apa ke, sebab masa tu kan aku kecik lagi. And aku tak tahu sekarang ada lagi ke tidak Balai Raya tu.

Secara tiba-tiba, pandangan aku jadi gelap. Aku tak tahu apa yang jadi dan aku tak pasti apa yang berlaku. Bila tersedar, aku dah ada dekat ward di bahagian emergency. Satu badan terasa sakit bila aku cuba gerakkan. Aku hanya mampu buka mata. Itu pun cuma separuh je sebab kepala terasa berat. Aku cuba panggil Ibu dan Ayah, tapi aku tak mampu nak buka mulut pun. Aku cuba pandang ke sebelah kanan dan aku ternampak ayah berlumuran darah. Ye, aku pasti tu Ayah sebab aku kenal susuk tubuh itu. Aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku menangis dan terus pengsan. Aku tak tahu macam mana keadaan aku selepas itu. Yang aku ingat, aku dah ada dekat rumah.

CERITA DARI FAMILY AKU.

Sebenarnya, kami terlibat dalam kemalangan. Kereta kami berlanggar dengan lori simen yang berhenti di tepi jalan. Keadaan kereta masa tu digambarkan seperti tin yang kemik. Hampir terbelah dua keretanya. Semua yang ada dalam kereta dapat dikeluarkan (of course dengan bantuan bomba). So, mereka expect semua mangsa dah dikeluarkan. Tapi, tiba-tiba mereka dengar ada budak menangis keluar dari kereta tu, which is me. Jangan tanya macam mana aku keluar sebab aku tak ingat pun. Kan aku cakap, aku sedar-sedar je aku kat hospital dah.

So akibat dari kemalangan tu, Ayah aku meninggal dunia. Ibu aku koma, patah kaki, patah rahang, patah bahu, hilang ingatan dan hilang dua orang anak kembarnya. Yes guys, masa kemalangan tu ibu aku tengah pregnant, anak kembar. Pak Long aku cedera dekat kepala, kalau tak silap dan terus jadi pendiam lepas kemalangan, sebab trauma. Mak Tok koma, patah kaki dan cedera dekat mata kanan. Kak Da koma, cedera dekat kepala, patah kaki. Kak In meninggal dunia sebab terhentak ke depan. Zam patah kaki, cedera dekat kepala juga. Aku cuma luka sikit je dekat kepala. Pelik kan? Padahal aku yang terperosok bawah seat tapi aku hampir okay, takda cedera teruk. Aku sendiri tak percaya tapi itulah hakikatnya. Orang tua-tua kata budak kecil ni dilindungi malaikat. Wallahu’alam.

So, conclusion memang kemalangan teruk. Terlalu teruk sehingga mengorbankan Ayah dan Kak In. Alhamdulillah yang lain terselamat walaupun cedera parah. Mungkin Allah selamatkan Ibu sebab nak Ibu jaga aku & Allah selamatkan aku mungkin untuk tinggalkan waris dekat Ibu sebab Ayah terkorban. So, nak dijadikan cerita, majlis yang sepatutnya majlis hari jadi aku bertukar jadi majlis tahlil untuk Arwah Ayah & Arwah Kak In.

Lepas dari tu, Ibu aku hilang ingatan lama juga. Tak kenal langsung family, kawan-kawan semua. Aku yang anak dia sendiri pun dia tak ingat. Yang dia ingat, Ayah aku je. Dia cuma nak Ayah aku je. Hari-hari tanya pasal Ayah aku. Pakcik makcik aku terpaksa berbohong dengan Ibu yang Ayah ada, cumanya tak boleh jumpa lagi. Mereka tak nak Ibu bertambah stress dengan berita pemergian Ayah aku.

CERITA DARI IBU.

Lama juga Ibu dan Mak Tok dekat hospital. Bila Ibu dan Mak Tok dibenarkan balik rumah, adik-beradik Ibu yang jaga aku, Ibu dan Mak Tok. Masa tu memang Ibu tak hiraukan aku langsung. Dalam masa Ibu hilang ingatan tu, Ibu cakap Ayah ada balik rumah. Pakai baju putih dan kain pelikat kegemaran dia. Ibu nampak Ayah balik tengok Ibu. Suruh ibu rehat, jangan sedih-sedih. Ibu pulak layan Ayah macam biasa sebab bagi Ibu masa tu, Ayah hidup lagi.

Hari-hari guys Ibu aku macam tu. Sampai tahap pakcik makcik aku pun dah tak tahu nak buat apa dah. Aku tak tahulah imaginasi Ibu ke apa, sebab masa tu Ibu tak tahu pun Ayah dah meninggal. Bila orang cakap Ayah dah tak ada, Ibu marah sebab Ibu cakap Ayah aku hari-hari balik rumah tengok dia. Ibu aku tak percaya semua cakap orang. Yang dia tahu, Ayah aku masih hidup! Family aku pun tak nak cakap lebih-lebih sebab Ibu aku bukan dalam keadaan waras masa tu. Benda ni berlarutan lebih kurang empat ke lima bulan. Dan dalam masa yang sama, Ibu aku pun ada mimpi arwah adik-adik aku juga.

Bila keadaan Ibu aku dah sihat sikit baru family aku cerita betul-betul apa yang terjadi masa kemalangan tu. Family aku bawak Ibu pergi kubur Ayah. Cakap itu kubur Ayah aku. Pada mulanya Ibu aku masih tak boleh terima sebab dia terlalu sedih dengan pemergian Ayah, ditambah lagi dengan kehilangan anak-anak dalam kandungan. In fact, masa family aku cerita benda ni dekat aku pun aku tak boleh terima hakikat. Masa kecil memanglah aku biasa je, sebab tak faham lagi. Tapi bila dah besar, baru aku fikir balik.

Aku rasa semua yang terjadi semuanya salah aku. Aku tak boleh terima langsung yang Ayah meninggal dunia masa dalam perjalanan nak sambut hari jadi aku. Aku jadi pendiam dan suka duduk sorang-sorang. Semacam trauma jugalah kan. Bagi aku cuma tinggal Ibu dan aku je dalam dunia ni. Aku cuma ada Ibu je. Hidup aku membesar tanpa kasih sayang seorang Ayah. Aku salahkan diri aku 100% atas apa yang terjadi dekat family aku masa kejadian tu. Ayah, kakak rindu Ayah sangat-sangat! Kalaulah masa tu tak pergi balik kampung sambut hari jadi kakak, mesti Ayah ada lagi sekarang.

Yang masih jadi tanda tanya, macam mana kami boleh berlanggar dengan lori simen yang parking tepi jalan tu? Aku yakin Ayah aku tak mengantuk masa tu. Ayah aku pun tak bawa kereta laju, sebab kawasan kampung kan. Actually, mengikut cerita penduduk sekitar situ, jalan yang kami lalu tu memang keras. Dan sebenarnya lepas je kami kemalangan, ada tiga lagi kemalangan yang berlaku dekat kawasan yang sama kami kemalangan dan pada hari yang sama. Berita kemalangan ni masuk dalam surat khabar dan ibu masih simpan lagi keratan akhbar tu. Siap frame-kan lagi.

Dah 16 tahun berlalu, aku makin redha dengan semua yang terjadi. Aku faham kemalangan tu cuma sebagai asbab. Aku tahu Allah lebih sayangkan Ayah. Aku tahu apa yang terjadi ni ada hikmah. Sorry-lah kalau tak berapa seram, sebab aku bukan reti sangat nak bercerita ni. Sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak cerita. Kalau admin publish cerita ni baru aku sambung okay? Assalamualaikum, bye.

 

FA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

26 comments

  1. Al-Fatihah untuk arwah ayah Fa. Harap Fa sabar, tabah dan kuat jalani hidup yang mendatang. Sedih sangat cerita Fa ni. Sambil baca sambil tahan air mata. Cerita Fa best sangat. Jaga ibu baik baik. Apa yang jadi ada hikmahnya

  2. kehati ku membaca nyer laa dik.. sungguh kehati.. Banyak2 bwa bersabar yea dik.. Pasti ada himah ALLAH mnentukan semua ini.. Tabahkn N Kuatkn hatimu yea.. Al-Fatihah utk ayah awak..

  3. Firts citer klu aku nk baca.. starting klu terobek zaman kecik2 mmg aku x layan.. tpi yg ni ntah nape aku bca smpai abis.. sedih sgt.. takziah utk famili fa

  4. Mudah mudahan Allah kurniakan yg terbaik dlm hidup awak dan semoga dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat. Amiin.

  5. Sedihnya.. Aku pun tahan airmata baca cerita ni. Rasa sayu sgt, rasa mcm dekat sgt cerita ni dan betul2 sampai. Semoga roh arwah Ayah dgn Kak In termasuk dlm golongan org2 beriman. Terima kasih mengingatkan aku tentang kematian. Takziah Fa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.