Kejadian Di Matrikulasi

Hi Assalamualaikum. Nama aku Syafiqah. Ini kali pertama aku hantar ‘post’ aku ke FS. Sebelum ni aku belek-belek blog lama aku (yang dah diprivate bertahun-tahun) lepastu terjumpa ‘old entry’ pasal kejadian paranormal yang aku alami yang berlaku pada tahun 2009-2010, time aku belajar di Matrik Pahang. Saja nak ‘disclose’ nama tempat bagi budak-budak study kat sana sekarang cuak haha. Sebelum aku ‘start’ aku nak mintak maaf la kalau ayat aku berbelit sebab dah lama tak buat karangan BM 🙂

Sedikit ‘background’ pasal Matrik Pahang ni. Location dia di Gambang, tengah-tengah hutan. Kalau duduk dalam kawasan kolej memang kadang-kadang kau lupa yang kau sekarang ni duduk dalam hutan tebal, berkongsi habitat dengan segala jenis makhluk :/ Bilik dirahsiakan ya sebab kesian dekat budak yang kena stay kat bilik tu nanti haha. Aku duduk tingkat paling atas- tingkat 4 (kot).

Kejadian pertama
Dalam bilik aku, aku ada 3 orang roommate mula-mula. Lepas tu awal sem 2, seorang pindah keluar sebab dia dapat further study course yang dia minat. Katil aku ni sebelah katil dia dan bertentangan dengan katil 2 orang roommate yg lain, A dan R. Kiranya kaki ke kaki lah kalau tidur memanjang. Paham tak ni? Sedikit pasal aku. Aku ni penakut. Dengan cabaran hidup, tak takut sangat (InsyaAllah), tapi dengan hantu, takut weiiii.

Lepas Z blah, aku dah tak tidur atas katil aku. Bilik aku ada satu extra katil yang letaknya ditengah-tengah katil A dan R. Jadinya, aku tidur kat situ start malam tu, kira secure la kiri kanan ada manusia meneman haha. First night Z moved out, dalam pukul 12 malam lebih, kami aku dan R dah start nak tido dah. Tempek-tempek night cream dimuka segala. Sorang lagi, A time tu belum balik bilik lagi, dia pergi bilik kawan dia, tolong teman kawan dia yang tak boleh nak tidur lepas tengok ‘Sundal Bolong’ kat laptop. Roommate dia yang lain dah siok tidur. Oh ya, memang tabiat aku sebelum tidur, aku usik-usik roommate aku terutamanya R.

Roommate aku, R ni paling pendiam. R ni pelik sikit bagi aku. Contohnya dia time nak tidur mesti dia tekap bantal busuk kat muka. Bukan tekap manja-manja, dia tekap bajet macam ada orang nak rampas bantal dia tu. Aku pun memang jenis tak beradab ni try rampas bantal tu dan berjaya. Dia macam terkejut la dengan sifat ‘quirky’ aku ni (haha) lepas tu dia merayu suruh pulangkan balik. Merayu betul wei. Macam orang sengkek merayu ‘ah long’ mintak extend bayar hutang. Aku lagi suka bila orang merayu-rayu ni , tapi lama sikit aku bagi balik bantal tu.

Lepas tu si R ni tanya aku, “Piqah, nak tau tak kenapa kita hadang muka kita dengan bantal?”. Aku pending kejap. Walaupun sifat penakut aku sangat tinggi tapi sifat curious aku lagi tinggi. Aku pun dengan excitednya, “Nak nak!”. Tapi dia pulak macam was-was nak beritahu aku ke tak. Sebab dia tahu aku memang penakut. Lepas tu, aku yang bebal ni pujuk-pujuk lah si R ni suruh cerita. Aku pun dapat idea, aku bagi phone aku suruh dia taip.

Dia pun taip, “Sebab kita nampak benda tu atas katil Piqah duduk sekarang ni beberapa minggu lepas”.

T_T

Padan muka aku ‘gelenyarr’ nak tanya.

Lepas tu si R pun dah tak nak cerita dah dia kata sambung esok je. Malam tu aku, R, A dan kawan A tidur sekali. Maknanya 4 orang tidur atas 3 katil. Aku memang dah tak boleh tidur dah lepas baca yang si R taip tu. Aku ingatkan aku sorang je tak leh tidur. Si A dan kawan si A pun tak boleh tidur. Tapi aku tak cerita pun kat diaorang pasal tu. Dalam pukul 5 pagi baru aku terlelap. Lecture pagi tuh kira datang duduk tersenguk-senguk la jawabnya.

Balik kelas petang tu, R sambung cerita tapi aku tak ingat sangat. Tapi dia kata ‘benda’ tu muka dia sebijik macam hantu dalam lif dalam movie Jangan Pandang Belakang. Tapi bila aku google balik, hantu tu tak ada muka pun. Katil extra tu kami bawak keluar dari bilik, letak kat hujung floor tepi tangga. Beberapa hari kemudian, katil tu aku nampak dah jadi ‘port’ floormate duduk2 bergayut phone dengan pakwe tengah2 malam haha.

Kejadian kedua
Pasal kejadian kedua ni tak takut sangat kot. Lets recall balik. Aku awal-awal sem dulu aku selalu lepak bilik budak-budak ‘repeat’ yang lain. Satu floor, tapi jauh jugak. Perjalanan dari bilik diaorang dengan aku macam bentuk ‘L’. Yes. Dalam pukul 4 pagi macam tu, aku baliklah bilik aku balik sambil heret beg, laptop semua balik bilik. Aku penakut tapi kadang-kadang lupa yang hantu tuh wujud haha sebab tu aku boleh jalan sorang2 time tu. Sampai kat selekoh tu ada tangga dengan ‘open view’ menghadap laluan gajah nak pergi kafe B. (Recall balik- aku stay tingkat 4). Laluan gajah tuh berlampu tapi malap. Masa tu tak ada angin pun tapi masa aku menoleh kejap mata aku tertangkap asap hitam lalu kat laluan gajah. Laju tapi tak laju mana. Pernah tengok asap getah kena bakar? Macam tu lah. Aku pun berdesup lari masuk bilik.

Kejadian ketiga
Dalam bilik aku. Aku tengah tidur time tu. Lepas maghrib aku tertidur ke sengaja nak tidur, tak ingat pulak . Bajet Isyak’ je bangun lah kan tapi sampai pukul 12 malam tak bangun-bangun haha T_T. Aku sure roommate aku dah kejutkan tapi aku je malas nak bangun. Tapi dalam pukul 12 malam tu, aku terbangun sebab dengar macam kecoh-kecoh suara si R ni bercakap dengan A. Bunyi panik. Aku yang tengah mamai ni bersilalah atas katil nak dengar apa yang kecoh-kecoh sangat ni. Masa aku tidur, si R dan A ni study kat meja masing-masing. Membelakangi satu sama lain. Meja R dan meja aku menghadap tingkap, meja si A tepi pintu. Si R tanya si A, “A, A ke cakap “diamlah sikittttt” kat saya tadi?”.

Si A punya habit, dia study pakai earphone dengar lagu. Time si R tanya ni dia bukak earphone pastu macam pelik, dia cakap, “Kenapa R? Tak ada pun”.

Si R pun bertambah panik, “Kita dengar suara awak dekat telinga kita tadi cakap suruh kita diam”.

Start lah menggelabah semua orang tambah2 aku yang fresh bangun dari tidur ni. Aku yang tengah bersila atas katil ni boleh buat konklusi yang makhluk tu sebenarnya nak cakap kat A suruh diam sikit sebab dia tengah dengar lagu (even kot earphone je) tapi sebab dah pakai earphone jadi tenggelam suara makhluk tu jadinya dia pergi pesan kat R, yang telinganya bebas dari earphone. Fuh nasib baik dia tak datang bisik kat telinga aku haha. Takpun aku tak dengar huuu.

Diaorang berdua decided nak terus tidur tak nak stay up lagi. Tinggallah aku terkontang-kanting keseorangan yang banyak lagi kerja sekolah tak siap haha (nangis). Tapi aku rasa aku suruh si A ni teman aku amik wuduk dan solat Isyak’ dulu sebelum dia tidur. Aku pun mestilah tidur jugak dengan diaorang, terkebil-kebil dalam gelap, buat-buat tidur. Masa tu lah teringat cerita legend asrama yang hantu boleh tahu sapa buat-buat tidur haha, “ Ni dah tidur, ni dah tidur, eh yang ni buat-buat tidurrrrr” (nangis). Tapi tak ada apa pun lepas tu. Alhamdulillah.

Banyak kejadian pelik yang berlaku sebenarnya kalau aku ingat balik kat sana. Masa final exam, tengah2 malam aku dengar suara perempuan menangis luar tingkap. Dekat sangat macam sebelah tingkap je. Tapi bila aku sedar yang aku duduk tingkat 4 terus aku campak nota biology pastu terjun atas katil. Roommate aku, A yang tengah baca Al-Quran sebelum dia tidur nampak aku berkelakuan pelik terus tanya aku, “kenapa Pika kenapa?” haha. Aku suruh dia teruskan baca Al-Quran, dia time tu dah landing tepi aku dah haha tak jadi nak stay up untuk last minute study. Aku rasa mahkluk tu tak nak aku score paper Bio.

Ok bye!

9 comments

  1. Mesti akak blok A ni kan? ? Alhamdulillah xde pape yang pelik berlaku lagi kt sy. Orang lain tu maybe ad la. ? -junior sem 2 kmph

  2. Hakak alumni Kmph 2005. Hari tu duk blok B2 tingkat 4. Alhamdulillah takde pape gangguan pun. Cuma bilik kena pecah masuk pencuri pastu masa tu pulak akak ada dalam bilik sorang sorang. Tergamam nengok laki tu jenguk tapi otak duk proses sape tu? Felo ke. Dan2 dia tutup pintu pastu berlari ke tangga barulah otak ni boleh pikir waras. Nasibla dia tak buat pape kat hakak.

  3. alhamdulillah,selama 2 tahun(PDT) belajar kat sana,xpernah lagi kena kacau walaupun dgr bnyk cerita…lagi2 yg dok blok A( A1 ke A2 yg dekat tasik tu),bape kali dah dgr org menjerit histeria…saya dok blok A yg sebelah tangki…dok lepak keluar masuk bilik g bilik kawan pukul 3-4 pagi,still xde pape…
    hutan belakang kmph pon pernah teroka…main basikal kt belakang tasik tu lagi…
    tp tu lah kan…bile kite g tempat org,lagi2 tempat tu kt dlm hutan,kena beringat sikit…nk gelak ke,kena 3 harkat je(bak kata ustazah sekolah dulu)…lebih2 kang,ade yang nak join…akak mmg x tgok lah ceghita2 hantu ni dik oi…sbb akak tau die akan join sekali…sama ada ko nmpak ataupun x…nk tgok siang pon pikir 2-3 kali…tu pon kena ada geng yg berani…
    masa nk study pulak,xpernah lg mende tu menjelma kan diri(mmg jenis study pagi2 buta tu,lps adik2 tido…cehhh…)…men cak2 ke(ke aku yg xperasan…haha)…alhamdulillah…

    -exKMPh-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *