Kekasihku Amir

Assalamualaikum. Kisah yang bakal aku coretkan ni, kisah benar yang terjadi pada diriku. Segala kekurangan harap dimaafkan. Btw thanks admin postkan cerita aku ni.

Kisah bermula dari aku mendapat tawaran menyambung pelajaranku di sebuah ipt negeri Selangor di dalam bidang kejururawatan. Setiap semester kami dihantar untuk menjalani praktikal di beberapa buah hospital. Kami ditempatkan di beberapa wad mengikut giliran kumpulan masing-masing.

Tiba giliran kumpulan kami untuk bertugas di wad orthopaedic lelaki iaitu majoritinya pesakit lelaki yang pertengahan tahun berada di wad tersebut yang menghidapi masalah kepatahan tulang dan sebagainya. Seperti biasa aku meneruskan rutin harian di wad. Tetapi aku perasan ada seorang pesakit yang sentiasa memerhati gerak geri aku. Aku namakan dia sebagai Amir. Tapi bagi aku itu perkara biasa kerana pesakit juga lebih kurang sebaya denganku. Sedang menilik jodoh gamaknya. Haha.

Diluar pengetahuan aku, kawan setugasku memberi nombor telefonku kepada Amir. Sejak dari itu, Amir sering bertanya khabar melalui whatsapp tetapi jarang sekali aku membalasnya. Maklumlah, aku dah ada teman lelaki dari sekolah lagi dan keluargaku juga telah mengenali teman lelakiku.

Beberapa bulan kemudian, aku mimpikan Amir. Aku sering menunggu whatsapp dari Amir. Selalu teringatkan Amir walaupun aku baru mengenalinya. Aku menganggap itu normal kerana mungkin hati aku beralih arah walaupun Amir bukanlah lelaki idamanku. Sejak dari itu aku mula mengabaikan teman lelakiku dan juga keluargaku. Aku ni seorang yang terlalu rapat dengan ibu dan ayahku. Setiap hari mesti aku akan call walaupun sekadar bertanya masak apa dan aku akan sentiasa meminta izin ibuku jika ingin keluar ke mana sekalipun.

Tapi sejak kebelakangan ni hati aku jadi tak tenang. Tanpa whatsapp dari Amir sehari buatkan aku jadi tak keruan. Setiap minggu akan aku keluar dating bersama Amir tanpa pengetahuan ibuku. Kadang-kadang overnight lepak Genting, bukit Ampang dan sebagainya. Sedangkan sebelum ni, aku keluar malam hanya dengan kawan-kawan yang rapat denganku. Culture shock mungkin. Perkenalanku dengan Amir berlanjutan sehingga setahun lebih.

Hubunganku dengan kawan-kawanku juga mulai renggang kerana aku sering meluangkan masa dengan Amir. Aku menjadi seorang yang pendiam sedangkan aku dahulunya selalu riuh rendah menceriakan keadaan. Solatku juga entah ke mana. Seringkali bila mendengar roommate aku membaca Al-Quran aku terasa benci, marah dan menyampah dengan tiba-tiba. Apabila tiba waktu senja tubuhku menjadi panas membahang tapi tangan dan kakiku sejuk seperti ais. Setiap malam aku terjaga pukul 2 atau 3 pagi secara mengejut. Kadang-kadang aku mimpikan pacat penuh menggigit tubuhku, ular hitam menggigit tapak kaki aku. Namun, dahulunya aku tidak tahu ia adalah petanda aku diganggu makhluk lain.

Setelah beberapa bulan, keadaanku makin teruk apabila ayahku jatuh sakit. Ayahku dimasukkan ke hospital kerana menghidap Chronic Obstructive Pulmonary Disease iaitu kerosakan paru-paru yang kronik. Aku semakin tertekan bila mengetahui keadaan ayahku yang semakin kritikal, tambahan pula exam final semakin dekat. Ibuku menyuruhku pulang ke kampung tetapi Amir menghalangku kerana katanya dia tak boleh berjauhan denganku. Aku menurut kata-katanya, pelbagai alasan ku berikan pada ibuku untuk tidak pulang ke kampung.

Diluar pengetahuanku, ibuku menjejaki aku di kolej bersama teman lelaki aku. Amir menemani aku berjumpa mereka. Amir berkeras tidak membenarkan aku mengikuti ibuku pulang ke kampung. Aku mengikuti segala kata-kata Amir. Setelah beberapa jam aku dan Amir bertikam lidah dengan ibuku, akhirnya Amir membenarkan aku pulang dengan syarat aku sering memaklumkan kepadanya apa yang terjadi. Masihku ingat kata-kata ibuku ketika memujuk aku untuk pulang.

Ibu : Ibu tengok perangai kakak dah lain. Dan tak macam anak ibu yang dulu. Kakak sakit ke? Dulu kakak tak pernah buat perangai macam ni. Kita balik tengok ayah kat kampung ye. Ibu rindu anak ibu yang dulu.

Setelah pulang ke kampung, ayahku meninggal di hospital (AL-Fatihah). Aku terkilan kerana tidak sempat untuk berjumpa ayahku buat kali terakhir. Segala pengkebumian berjalan dengan lancar. Keadaanku semakin teruk. Aku tidak berselera untuk makan. Beratku menurun dengan mendadak. Rinduku pada Amir tak terluah. Aku hidup dengan jasad semata sedangkan fikiranku melayang entah kemana. Kosong.

Beberapa hari kemudian ibuku ingin membawa aku berjumpa seorang ustaz. Aku beriya tidak mahu pergi kerana aku percaya aku tak sakit. Aku sihat seperti orang lain. Tambahan pula baru semalam Amir mengingati aku supaya tidak mengikuti ibuku. Katanya mungkin disebabkan aku baru kehilangan ayahku membuatkan aku jadi tak keruan. Tapi ibuku berkeras membawa aku kesana bersama teman lelakiku.

Apabila tiba dirumah ustaz, kaki dan tanganku sejuk bagaikan ais. Tapi tubuhku panas membahang. Aku terasa sayu dan sedih entah kenapa. Setelah mengambil wuduk dan ustaz tersebut membacakan ayat Ruqyah didepanku, aku memegang erat tangan ibuku. Ustaz mengarahkan ibuku melepaskan aku sendiri. Aku menangis mendengarkan ayat-ayat suci yang dibacakan. Entah kenapa terasa sayu dihati. Aku di dalam keadaan separa sedar. Tubuhku bagai dikawal oleh makhluk lain. Rasanya seperti fikiranku kosong, tetapi mulutku menjawab segala pertanyaan tanpa sempat otakku berfikir. Kadang-kadang perit tekak menjerit tanpa kerelaan sedangkan engkau dah terlalu penat. Ustaz bertanyakan beberapa soalan kepadaku.

Ustaz : Berapa kamu didalam badan budak ni?
Aku : Tiga ( Menjawab dengan terpaksa dan menangis tersedu sedan)
Ustaz : Kamu jin apa?
Aku : Afrit.
Ustaz : Siapa yang hantar kamu?
Aku : Amir ( Menjawab setelah beberapa kali disoal dan diabacakan ayat suci)
Ustaz : Dari mana kamu datang?
Aku : Dari Siam.
Ustaz : Kenapa kamu kacau budak ni?
Aku : Sebab dia cantik tapi sombong.
Ustaz : Dah berapa lama dia hantar kamu?
Aku : Setahun.

Lalu ustaz meneruskan upacara m******h kesemua jin didalam tubuhku. Setiap kali jarinya menyentuh bahagian tubuhku seperti jari dan kepala, terasa sakit yang amat. Kadang-kadang aku menengking ustaz menyuruhnya berhenti membaca ayat suci kerana tubuhku terasa seperti dibakar. Perasaan marahku meluap luap. Aku memuntahkan segala yang bergolak diperutku. Yang keluar hanyalah air semata. Setelah selesai, ustaz menasihatiku supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Beberapa p****g ayat Al-Quran juga diberikan sebagai ayat pelindung diri. Katanya belum kesemua dibuang kerana telah lama benda itu bersarang ditubuhku. Berkemungkinan juga si Amir akan menghantar yang lain bagi menggantikan jin yang telah dibuang. Aku diberikan makanan dan dibisikkan dengan ilmu pengasih katanya. Kerana itulah aku sentiasa menurut kata-kata si Amir tanpa sebarang bantahan.

Sejak kejadian itu, aku terus menghilang dari Amir. Patutlah semalam sebelum aku berubat, dia beriya tidak membenarkan aku megikuti ibuku. Katanya zaman moden kini dah tiada yang mengamalkan ajaran sebegitu. Atau mungkin dia sudah tahu? Sebelum ni juga dia sering mengambil gambarku berseorangan tanpa ku tahu niatnya yang sebenar. Kadang-kadang aku masih ingatkan Amir. Adakalanya aku batuk dan muntah muntah setelah mendengarkan ayat Ruqyah. Masih ada sisanya mungkin.

Namun sekarang sudah setahun usia perkahwinanku dengan teman lelakiku yang dahulu. Yang sentiasa setia menemani aku saat jatuh dan bangunku. Doakan aku semoga mendapat anak kembar yang comel ye semua. Nasihatku janganlah kita mudah terpedaya dengan sesiapa pun. Kerana dizaman moden inilah semakin berleluasa ilmu yang tak terjangkau dek akal pemikiran manusia. Semoga kita semua dilindungi selalu. ?

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.6]

18 thoughts on “Kekasihku Amir”

  1. kesian ko kena mainan dgn jantan cmnih, jantan tu pon satu..dh tahu org xlayan tu jgn lah kau santau pulak, org tu mungkin dh ada pilihan hati. yg slh tu kwn ko, gatal bg no phone buat apa. xkn dye xtahu ko dah berpunya. hmm..

    Reply
    • Haaaa kan! Jantan macam ni memang tak paham bahasa. Elok dicampak ke loji taik je, bior mereput dalam tu.
      Hah, yang kawan ko menggatal pegi bagi no tipon ko kat dak Amir tu dah kenapa? Kena bomoh gak? Terus jadi lalok? Eik bikin emooooo emooooooooooo aihhhh…
      Alhamdulillah, dah sembuh. Moga kakak selamat bersalin bila tiba masanya, aamiin, InsyaAllah.

      Reply
  2. betul… betul… mcm jilake ada kawan mcm tu… suruh laki ko kenakan ilmu pengasih kat kawan ko… lepas tu ko jadikan dia orang gaji ko dan hamba seks suami ko selama setahun… baru padan muka…

    Reply
  3. kepada pengomen yang rasa marah bebenor tu x salah… tapi jgn mendoakan benda yg merepek meraban…. ini semua ujian dari Allah. Sebagai rakan se’Fiksyen Shasha’, kita doakan yang terbaik…

    Reply
    • Tadak apa la Penakut Tapi Nak Tau..
      Saja ja kasi riuh, macam samseng taik minyak, riuh ja lebey 🙂 🙂 🙂
      Peace na…

      Reply
  4. ishhh seram nye ada org macam amir ni . emmm bagus akk ada suami mcm gitu . even akk dengan amir pun dia still stick with you . satu dalam seribu tu . semoga kekal hingga ke jannah ye ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.