Kekasihnya Abang Bomoh Durjana

(editor: Gambar dia atas ini hanyalah gambar hiasan)

Assalamualaikum terima kasih FS kerana sudi pamerkan dua kisah tulisanku yang lepas Atek Joker dan Kekasihnya Abang Bomoh Durjana ini.Maaf pembaca,aku memang tiada memohon mana-mana surat khabar publish kisah Hani,kerana aku tiada kepentingan untuk mempopularkan kisah Hani ketika itu.Demi maruah keluargaku,keluarga Puan Nani.Terpulang pada kalian,samada mahu percaya atau tidak.
Atek sekarang sudah berusia 8 tahun.Dan disahkan mengalami penyakit mental jenis ‘Multiple Personality Disoder’ dan bertindak ganas pada waktu-waktu tertentu.Mengikut kajian pakar ia disebabkan tekanan perasaan dan kecelaruan minda yang teruk akibat peristiwa buruk seperti penderaan sejak alam bayi dan ada setengah pendapat ia tidak lari dari gangguan entiti paranormal(Rujuk bahan bacaan ilmiah mengenai MPD ini samada bahan bacaan hasil kajian dalam negara atau luar negara)Tiada rasa belas kasihan,sekiranya orang ramai tahu kisahnya dahulu.

Mentaliti negatif manusia akan mengata buruk padanya sekira orang sekeliling tahu cerita silamnya,sedangkan dia hanya mangsa.Adakah kejam sekali hati korang ingin melihat insan malang sepertinya dilabel ‘gila'(kerana penyakit MPD) ‘pembunuh’ ? Aku ibu kepada Hani pun tidak sanggup Atek menerima tekanan umum.Dan aku tidak sanggup dia tertekan dan melakukan perkara luar jangka.Umum sedia tau,bahawa sesiapa yang mempunyai penyakit MPD atau mental lain,hanya dikira ‘manslaugther’ di mahkamah jika dia m******h.Fikir-fikirkanlah.Biarlah sejarah menjadi sejarahku sahaja.

Tidak pada insan lain.Aku berkongsi kisah hanyalah untuk memperingatkan pada umum tentang bahaya kufur,syirik dan jenayah di sekitar kanak-kanak.Tiada kepentingan untuk dapatkan duit dan populariti.Penulis-penulis di FS hanya mengisi ruang untuk berkongsi kisah.Dan rata-rata penulis merahsiakan profile.Aku juga pembaca FS,selain membaca kita kena tambahkan ilmu bacaan ilmiah contohnya berlakunya rasukan,carilah info ilmiah mengapa kejadian itu berlaku dan bagaimana ia berlaku.

Cari info dari segi saintifik dan kaitkan dengan dalil aqli dan naqli dalam agama pula.Barulah kita celik ilmu,bukan hanya logik akal sendiri semata-mata.Seperti kisah Atek,apabila Atek menggigit leher Hani dengan kuat,urat nadinya di leher cedera parah.Manakala gigitan dibahagian lain mencederakan kulit-kulit bayi ku itu.Pembaca kalau rajin,tambahkan pembacaan mengenai bahayanya gigitan manusia daripada gigitan haiwan.Ini bukan mitos,ada penerangan sains.Selain itu nama dan tempat dalam setiap kisah yang ku tulis hanya samaran demi menjaga maruah mereka.

Banyak sahaja peristiwa terjadi tidak didedahkan pada pengetahuan orang awam.Kematian tidak sengaja bayi di taska adakalanya menimbulkan tanda tanya.Hanya mereka yang terlibat lebih memahaminya.Memang ada disebabkan kecuaian dan segelintir itu misteri.Allahyarham Hani dan Atek adalah segelintir kanak-kanak yang menjadi mangsa kerakusan manusia.Mesti jadi tandatanya,kenapa makcik bayi tersebut seolah-olah tidak memperdulikan lagi kematian Hani.Untuk pengetahuan pembaca,aku ada mencari ibu saudara Hani di Indonesia selepas kejadian itu.

Aku menceritakan ketiadaannya, walaupun dia seperti tidak ambil berat sangat ada penyesalan diwajahnya.Bayi itu sebenarnya telah dirogol oleh suaminya sendiri.Suaminya mempunyai penyakit Fidofelia,kerana itu dia tekad memberikan Hani selain tidak mampu.Kerana berasa malu dan bersalah,dia bersikap sedemikian.Aku sekali lagi lemah kaki lutut.Ingin aku mencincang lumat lelaki durjana itu.

Bila ku bertanya kemana suaminya,dia khabarkan selepas pergaduhannya tentang Hani,lelaki itu menghilangkan diri.Tiada insan yang berperasaan keibuan tidak sakit hati melihat kanak-kanak diperlakukan kejam,sedangkan melihat anak kucing sakit sudah tersentuh.Meneliti beberapa siri kejadian aneh berlaku sebelum peristiwa besar itu membuatkan jawapan kepada kematian Hani terungkai.Aku coretkan ianya satu persatu dan aku mohon maaf sekiranya entri ini begitu panjang.
Beberapa tahun sebelum 13 Mei 2011..

“Kak Azzzz!kak Azzz!” diikuti ketukan pintu, “dang dang dang dang!” “dang dang dang dang!”. Aku terjaga dari mimpi,perlahan-lahan ku melangkah ke muka pintu.Aku sempat mengerling ke luar tingkap,hari mula cerah.Aku memulas tombol lalu membuka pintu.Aku lihat Mairah tercegat dimuka pintu.Belum sempat aku bertanya apa-apa,dia bersuara cemas “kak,mak si Atek minta tolong,dia ada kat bawah menangis-nangis”. Otak ku ligat, “dah kenapa mak si Atekni” hatiku berbisik. ” Kenapa dia Mai?ada dia bagitahu?” soal ku kepada Mairah. ” Dia cerita, adik dia kerasukan tadi dirumah.Dia minta tolong kakak ikut dia balik rumah tengok adiknya.

Dia tak tau nak buat apa katanya” jawab Mairah dengan slang Sabahnya. Bila ku dengar perkataan kerasukan tu, aku terus terfikir Rania. “Ok,akak siap sekejap dan maklumkan pada kak Rania hal ni beritahu akak nak bawa dia sekali ke rumah Atek”. Mairah mengangguk lalu lantas turun ke tingkat bawah. Aku bergegas menukar baju.Subuh tadi aku sudah mandi dan menunaikan solat namun terlelap kerana masih rasa keletihan mengemas kawasan sekitar luar rumah petang semalam.

“Cikgu, adik saya berperangai pelik.Jam 7.30 pagi tadi,saya,Atek,Akil dan adik saya Shira turun bawah nak ke parking kereta.Shira dukung Atek dan saya pegang Akil serta beg budak berdua tu.Bila saya dah masukkan Akil dan beg, saya pandang Shira berdiri tegak dengan matanya terbuntang memandang ke arah pokok-pokok Rhu tepi apartment blok kami.Saya dah rasa cuak, dengan Atek pula masih dalam dukungannya” Puan Nani menghentikan ceritanya sambil mengelap air matanya.

Gaya suaranya dari tadi menggeletar diikuti esakan tangisan.Aku faham benar perasaan beliau yang masih panik dan buntu dengan tindakannya. Stering kereta dipulasnya perlahan membelok ke kiri jalan keluar dari taman perumahan kami.Aku duduk di hadapan,Puan Nani pemandu sementara Rania di belakang.Mataku sekali sekala melihat cermin depan atas. Dari tadi ku lihat Rania berdiam diri dan memandang luar tingkap kereta. Rania mempunyai sedikit kebolehan berinteraksi dengan makhluk halus serta mengubati mereka yang terkena gangguan.”Kemudian apa tindakan puan selanjutnya tadi?” aku menyoal Puan Nani setelah ku lihat dia mula tenang sedikit. “Saya ambil Atek dari Shira.

Pada mulanya dia taknak lepaskan Atek, saya cuba lagi,dia mendengus-dengus marah.Saya dah panik ketika itu,dalam hati dah mula risau keselamatan anak.Takut dia akan berbuat sesuatu pada Atek.Saya tekad rampas Atek,Shira menjerit,sambil mengeluarkan kata-kata ‘aku b***h kau Shira!,aku b***h kau!’suara dia parau.Saya berjaya dapatkan Atek serta merta masukkan dia di tempat duduk bayi di hadapan dan kunci anak-anak dari luar.Saya panik cikgu.” tangisannya kembali kedengaran.Menurut Puan Nani lagi dia menarik adiknya naik keatas rumahnya ditingkat tiga,dalam keadaan adiknya meronta-ronta dan mengulang-ulang perkataan ‘aku b***h kau shira!” lalu mengunci adiknya dari luar rumah.

Sempat beliau meminta bantuan jiran sebelah untuk memantau adiknya,memberi kunci rumah dan meminta pendapat apakah yang harus dia lakukan.Jirannya Puan Laili menelefon Ustaz Kamil iaitu imam masjid berdekatan apartment mereka.Puan Nani bergegas ke parking kereta semula.Atek dan Akil menangis di dalam.Dia memandu terus ke taska.Itu sahaja tindakan yang Puan Nani rasa boleh dilakukan disaat genting itu.

“Az, benda kat badan ‘dia’ ada kat bawah ni,benda tu dah tahu awai lagi ustaz dan kita nak mai” Rania bersuara.Kami baru sahaja sampai di parking kereta blok D Apartment Melor.Aku memandang Rania lalu menarik nafas dan “okay” jawab ku ringkas.Kami bertiga menaiki tangga ke tingkat tiga. Tiada lift apartment ini.Aku mula memikirkan,gigihnya Puan Nani setiap hari turun dan naik membawa Akil dan Atek. Akil berumur 2 tahun dan Atek berumur 5 bulan ketika itu.

Sampai sahaja di depan muka pintu rumah Puan Nani,jirannya Puan Laili dan suami sedang bersembang.Kedua mereka ku kira berusia awal 50an. “Shira macamana kak?” tanya Puan Nani. “Ada di dalam, depan televisyen” jawab Puan Laili.Aku dan Rania memohon izin masuk ke dalam rumah.Kami melangkah masuk , hidungku terhidu bau hancing dan hanyir. Rania berdehem.Dia berjalan terus mencari Shira di ruang menempatkan televisyen.Rumah apartment ruangnya mudah diketahui.Aku melihat sekitar,tersusun rapi dan kemas.Pembersih ahli rumah ini.Cumanya bau hancing dan hanyir entah dari mana.Aku mengekori Rania .

Kulihat Rania memerhati sekujur tubuh sedang berbaring di sofa bertentangan televisyen dan sekali sekala matanya terpejam sambil bibirnya terkumat kamit.Wanita berbadan kurus,rambut lurus panjang ke pinggul,berkulit agak sawo matang,mata tertutup,itulah Shira.Lima minit juga Rania berdiri dihadapannya.”Nani!! Kau kenapa bawak diorang ni datang?!” Shira bersuara tinggi sambil bangkit dari sofa.Puan Nani kaget.”Shira kan sakit..Akak nak bantu kau” terdengar suara kerisauan Puan Nani.”Aku sihatlah celaka!” Shira mula menengking.Perasaanku mula bergolak antara marah dan sedih.Rania tidak berganjak.Masih terkumat kamit bibirnya.”Kau berambus dari rumah ni sekarang!Aku panas lah s**l!!” Shira menuding jarinya kearah Rania dan aku.Ketika itu juga telinga ku berdesing,”ngingggggggggg”.

Aku pejam mata.Bauan hancing dan hanyir semakin kuat.Ada sesuatu yang ku rasakan.Angin sejuk diikuti bisikan suara perlahan lelaki seperti membaca mentera lalu ditepi telinga kiriku.Keringat mengalir diwajahku.Jantungku berdebar.Lebih kurang 2 minit keadaan itu.Aku buka mata.Shira mengerling kearahku sambil tersenyum sinis.Wajahnya kelihatan pucat sekali,rambut mengerbang ditiup angin dari luar tingkap yang entah bila terbuka.”Hahahahaha,hahahaha,hahahaha!!” Shira ketawa. “Tubuh ini aku punya!Kau,kau dan kau,jangan masuk campur.Kalau tidak Shira aku b***h!!” ugut Shira. “Kau jin,syaitan,keluar dari tubuh itu!Kau tidak layak mengambil nyawa dia melainkan izin Allah!!” terdengar suara lelaki menyahut kata-kata Shira.Ku menoleh kebelakang,rupanya Ustaz Kamil sudah sampai.

Rania dan aku melangkah ketepi memberi laluan kepada ustaz Kamil.Ustaz Kamil mula membaca ayat-ayat Ruqyah.Shira masih gelak dan sekali sekala mengeluarkan kata-kata sumpah seranah.Angin diluar makin kuat diikuti dengan deruan pepohon rhu yang kulihat semasa menuju masuk ke kawasan apartment ini ditanam agak banyak di sepanjang jalannya. “Aku mohon kau keluar dari tubuh ini wahai makhluk Allah” ustaz Kamil cuba berbicara tenang. “Aku tak mau!Jangan campur urusanku!” jawab Shira dengan suara yang kian parau dan wajah pucat bengis.”Kau taknak keluar secara baik,aku bakar kau dengan ayat-ayat suci dari Tuhanku dan Tuhanmu!” ustaz Kamil mengeraskan sedikit suaranya. “aaaaaaaaaa,aaaaaarghhhh,hahahahaha!!!!” suara nyaring jeritan dan gelak Shira yang membuatkan kami cering bulu roma.

Tiupan angin bertambah kuat dan satu persatu perhiasan kaca dan plastik sekitar ruang menonton terhempas ke lantai.Ada yang pecah.Rania melangkah menuju ke tingkap.Ku lihat dia cuba menutup tingkap namun tidak berjaya menarik tingkap jenis ‘casement window’ tu.Aku berjalan menujunya dengan niat membantu. Aku mencapai besi pengunci tingkap dan menariknya. “Memang susah nak tarik” getus hatiku.

Aku berusaha lagi.Tiba-tiba aku merasakan bahuku ditarik kuat,menyekik ku dari belakang disertai hilaian tawa antara marah dan ejekan. Aku rasa tercekik. “Hoiiii!!!Bodoh biarkan tingkap itu terbuka…” tak sempat dia menghabiskan ayat, aku sekuat hati menarik tingkap,dan menjerit menyebut Allah!! lantas tingkap itu tertutup, separuh tenaga ku pusing ke arah Shira yang masih mencekikku, aku melawan.Leherku tercekik,aku cuba menarik tangan Shira dari leherku,semakin kuat jari-jarinya.Kakinya juga menendang-nendang perutku.Kulihat Ustaz Kamil,Rania dan Puan Nani berusah menolong ku.Tenaga Shira umpama dua orang lelaki perkasa. “Biar aku b***h kau saja!” Shira bersuara.

Wajah Shira sangat bengis dan matanya tidak berkelip sambil mengerjakanku. Sekejap kami berdua kekiri,sekejap ke kanan.Pada mulanya aku tidak melawan sepakan kakinya yang masih bertalu-talu,tapi bila aku mula kesakitan,seperti ada sesuatu mendorongku melawan kembali.Mereka yang membantuku cuba menarik tidak keruan hala.Sampai satu saat tubuhku jatuh terhempas kelantai,sakitnya hanya Allah yang tahu. “Aku dah kata,jangan masuk campur hal aku dan dia! dia milikku selamanya ” Shira berkata-kata sambil menyeringai. Aku tabahkan hati lalu mengangkat kaki menendang sekuat hati kepinggang kiri Shira.Maafkan aku,tapi ini sahaja dayaku Shira.Kalini tendanganku mungkin benar-benar kuat.

Cengkaman Shira mengendur dia mula terhuyung hayang,kemudian terduduk lalu di pegang oleh Puan Nani,Rania dan suami Puan Laili. “Aaahhhh,erghhhhh,haaaaaa!,s**l!!” jerit Shira. “Wahai jin,aku sudah memberi amaran padamu,sekarang kau rasakan ini!” Ustaz Kamil membacakan ayat suci Al-Quran. Shira tidak keruan. “Panas,panas!.Sakit,sakit!Li, bantu aku Li!” Shira seakan merayu-rayu. Rania juga ku lihat berusaha membantu Ustaz Kamil.Rania duduk bertimpuh di belakang Shira sambil tangannya lembut seolah-olah menarik sesuatu.Beberapa saat,hijabku terbuka,ku lihat seperti jarum-jarum halus keluar terapung dari sekitar pinggang belakang Shira.

Rania menariknya lalu dicampak kearah tingkap. “Tau kau kepanasan ya!Siapa kau,siapa tuan kau dan apa maksudmu ketubuh ini?!” tanya Ustaz Kamil. “Hahahaha,hahaha!aku Ifrit,belaan Rosli!Juga makhluk suruhannya untuk menjaga Shira,tapi kamu semua telah mengganggu hubungan tuanku dengan perempuan ini!” kata makhluk yang menguasai tubuh Shira ketika itu. ” Suruh Rosli cari orang lain,lepaskan adik aku!” Puan Nani bersuara dalam nada merayu.”Kau diam!”makhluk tu mengherdiknya. Puan Nani mula menangis. Rania mencekak leher Shira,dia meronta-ronta.

“Lepas,lepas,lepaaaaaassssss!” . Ustaz Kamil sambung tugasannya. Shira kesakitan,badannya tiada daya.Kulihat dia mula lemah.Ustaz Kamil membuka tingkap lalu,Shira menjerit sekuat-kuatnya.Sebelum tingkap ditutup kembali Shira sempat mengerling kearah aku dan Puan Nani “Nanti kauuuuu!!” katanya.Kemudian tingkap itu ditutup rapat.Shira jatuh terlentang.Serta merta sunyi sepi rumah itu. “Ambil baldi dan segelas air masak,Puan” arah Ustaz Kamil.Puan Nani menghulurkan baldi yang diambilnya dari dapur dan segelas air zamzam menurut kata Puan Nani.Ustaz membacakan ayat suci lalu diberikan pada Shira.Seteguk dua,Shira mula memuntahkan sesuatu yang mengeluarkan bauan yang tak dapat ku jelaskan busuknya,aku hampir termuntah Astaghfirullah! d***h dan sisa kotoran dimuntahkan ku lihat didalam baldi.

D***h ketul dan cair memancut keluar dari mulutnya.Shira mula keletihan kemudian menghempas dirinya ke lantai.Sunyi.Yang kedengaran hanya helahan nafas.
Menurut Ustaz Kamil,itu adalah sihir pendamping.Shira sentiasa diberi makanan kotor oleh Rosli iaitu kekasihnya.Puan Nani membenarkan kata-kata Ustaz Kamil. “kami sekeluarga memang tahu,Shira berkawan dengan Rosli.Roslini asalnya mempelajari perubatan Islam tetapi telah terjebak dengan dukun bomoh yang membela jin dan iblis.Awal tahunni dia meminang adik saya,kami menolak kerana ada masa dia memukul Shira.Shira dari tubuh saiz XL jadi kurus kering saiz XS tu.Pergi jumpa pakar kesihatan,kata Shira tak sakit apa-apa.

Sihat.Kemudian Shira memang ada usaha melupakan dia,tapi setiap malam dia menangis rindukan Rosli katanya.Kami taknaklah syak wasangka pada Rosli.Tapi inilah,sebenarnya sejak semalam masa saya baca taklim dan Al-Quran,Shira asyik mengadu panas dan kadang-kadang mengamuk.Tapi tak teruk macam harini” Puan Nani bercerita.Ustaz diam. “Nanti bila dia bangun telefon saya.Shira dah tenang tu.Saya nak uruskan sisa dalam baldi tu dan balik rumah sebentar” kata Ustaz Kamil.

Setelah Shira sedar dan tenang, Ustaz kamil mengarahkan dia mengumpul kesemua barang-barang pemberian Rosli.Pada awalnya Shira menangis meraung juga,tapi dipujuk dengan baik oleh keluarganya.Barang-barang itu dibakar oleh abangnya.Sejak dari itu Puan Nani menghantar Shira ke kampung mereka di Melaka.Sekali-sekala Puan Nani akan menjenguknya dan membawa Shira berubat di Pusat Rawatan Islam.Gangguan itu kelihatan berkurangan,Rosli tidak menghubungi Shira.
Selepas beberapa bulan kejadian rasukan Shira..

“Atek nakk airrr, atekk nak airrr!” Atek menangis tersedu-sedu.Ketika itu Atek baru berusia 5 bulan. Rania mendengarnya,lalu terperanjat.Dia mendekati Atek.Atek menangis lagi.Mengulang perkataan sama.Otak Rania seperti dikawal sesuatu.Dia hanya mengisikan air kedalam botol susu Atek.Selain Rania pengasuh lain juga mengalami perkara yang sama.Pada awalnya kami semua beranggapan ini hanya kebetulan sahaja.Bila kami memberitahu “kelebihan” Atek pada Puan Nani,dia hanya berfikir kami bergurau.

“Cikgu,teman saya harini” Jelas suara Puan Nani di telefon. “Saya geram ni,Rosli kacau adik saya lagi,dia siap hantar mesej ugut b***h adik saya,saya nak jumpa dia dan berbincang” jelas Puan Nani padaku.Aku risau kalau-kalau jadi sesuatu,tapi kerana kasihankan Puan Nani dan mengingati persahabatan kami,aku setuju sahaja permintaan Puan Nani.Pada hari tersebut,aku,Puan Nani dan Rania bertemu Rosli di kawasan taman rekreasi berhampiran apartment Puan Nani.Disana Rosli merayu-rayu agar dia dikahwinkan dengan Shira.

Katanya iti cinta matinya.Rosli lelaki yang berusia awal 40an.Dari wajahnya kelihatan seorang yang nampak baik tetapi matanya sekali sekala agak meliar. “kau boleh tak jangan ganggu adik aku? Sanggup kau buat adik aku begitu,dan kau perlakukan kelakuan syirik padanya?!” marah Puan Nani pada Rosli. ” Aku minta maaf,aku janji akan tarik semua apa yang telah ku lakukan” Rosli merayu lagi dan berkelakuan seperti orang menangis.Lakonan ku lihat. Aku datang pada Puan Nani. “Tak perlu layan orang macamni,ini ke yang sikap orang yang nak berumahtangga?” aku bersuara. “Eh,kau diamlah!Sibuk hal orang lain!” dia mengherdik ku. Puan Nani bertengkar mulut dengan Rosli haritu.

“Shira kalau aku tak dapat,siapapun takkan dapat,kau tengok aku buat apa pada korang semua,puihh!” itulah kata-kata terakhirnya sebelum dia berlalu pergi.Rania hanya memerhati jauh gelagat Rosli.Ada masanya aku tengok Rosli bergelak ketawa semasa dia berjalan masuk kekereta. “marah dan kontrol baran” getus hatiku.

Sejak dari haritu,Puan Nani sekeluarga sering diganggu.Gangguan yang amat hebat,sehinggakan dia tidak boleh fokus kepada kerjanya.Mereka suami isteri bergaduh,anak-anak terbiar.Akil dan Atek selalu jadi mangsa marah jerkah.Rania seperti hilang kuasa,dia sering jatuh sakit. Dia juga sering bermimpi kejadian aneh dan menakutkan serta kejadian Shira yang lepas menjadi bayangan.Aku seperti ceritaku yang lepas,seperti melihat kelibat Atek dimana-mana kala sunyi dan insomnia.Aku ada bertemu pakar psikitrik,mereka kata aku stress dan perlu berehat. Tekanan darahku juga tidak menentu. Demam dan meremang-remang itulah keadaan yang dapat ku ungkap sepanjang-panjang hari,minggu sehinggalah berlaku peristiwa hitam itu.Ada juga aku usahakan berubat,namun belum rezeki untuk pulih.
Awal usia Atek berumur 2 tahun,

“Cikgu,mak dan ayah selalu pukul Atek kat rumah” cerita Akil. “Kenapa?” tanya ku. “Atek selalu buat bising dan sepahkan bilik mak” Akil sambung cerita sambil ada titis air mata dipipinya. Aku mengeluh panjang. Ku lihat keletah Atek. Adakala Atek ceria sangat bergelak ketawa tanpa berhenti,adakala dia diam memencil diri. Pernah aku buka pakaiannya di ketika waktu mandi,kulihat badannya berbirat-birat kesan rotan yang kuat.Aku menangis.Aku memeluk Atek. “Hilang akal si Nani ni!” marahku. Haritu juga aku menelefon Puan Nani betanyakan hal itu.

Dia seolah panik bila aku memberitahu hal tersebut.Dia menjelaskan padaku yang dia tiada memukul anaknya.Dalam masa yang sama dia memandu ke taska dari tempat kerjanya.Dalam pemanduannya dia hampir kemalangan maut.Terlanggar kereta orang lain dan terbabas ketepi.Waktu itu aku keliru segala kejadian,kerana sikap ahli keluarga mereka berubah.Atek makin agresif dan menakutkan kanak-kanak lain.Aku menasihatkan Puan Nani berubat dan ia hanya mengiakan sahaja.Entah pergi atau tidak.

(Imbas kembali kisah Atek Joker)
Beberapa bulan setelah kematian Hani..
Setelah mohon petunjuk dari Allah, Rosli ada datang bertemu Ustaz Kamil,meluahkan perlakuannya. Dia menceritakan dia menyekutukan Allah,dengan cara menghantar sihir kepada keluarga Puan Nani,Shira, aku dan seluruh warga taskaku sejak awal-awal lagi.Atek antara perantaraan jinnya.Dia amat berdendam dengan kami.Dia ingin kami gila dan hancurkan kehidupan serta taska ku.Wallahua’lam.Selepas pertemuan itu,Rosli jatuh sakit dan mengalami tekanan mental teruk.Itu kifarahnya.Puan Nani berpindah ke suatu perkampungan yang aman,agar Atek serta keluarganya kembali pulih.

Para pembaca yang bergelar ayah ibu,berhati-hatilah dengan persekitaran anak-anak anda.Ramai Fidofelia dan pengamal ilmu iblis ini bergerak sekitar kita.Mereka ini tidak lain tidak bukan Iblis bertopengkan manusia.Antara puntianak,dan hantu pocong,makhluk seperti ini lagi menyeramkan.Astaghfirullah.?

Terima kasih kepada pembaca yang sudi memberiku kata semangat dan doa.Semoga Allah membalas jasa kalian.In shaa Allah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]

9 thoughts on “Kekasihnya Abang Bomoh Durjana”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.