Kem Sejarah

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca FS. Terlebih dulu aku nak ucapkan terima kasih buat admin FS sekiranya cerita aku ni tersiar.
Jadi kisah seramnya terjadi pada tahun 2007. Ketika itu aku menghadiri kem untuk subjek Sejarah yang diadakan di sekolah selama tiga hari dua malam. Lokasi, di sekolah aku sendiri.


Kem ini wajib bagi semua pelajar yang ambil kertas Sejarah untuk SPM tahun tersebut. Tak ada yang terkecuali selain yang betul-betul sakit atau ada kematian ahli keluarga.


Bila dah dikatakan semua yang ambil kertas Sejarah tu bermakna kami kena gabung tiga kelas. Ada 84 orang semuanya. Tak ada bayaran dikenakan. Free. Semua pihak sekolah yang tanggung termasuk makan minum. Kalau ada yang mengelat juga tak nak datang aku tak tahulah nak cakap apa.


Aktiviti berjalan macam biasa di hari pertama. Hari kedua segalanya bermula. Malam tu dalam pukul 11.30 lepas tamat sesi soal jawab bersama Cikgu Zainal (bukan nama sebenar) kami terus masuk ke kelas yang jadi tempat tidur pelajar perempuan. Pelajar lelaki pulak diletakkan di kelas tingkat dua bersama Cikgu Zainal.


Disebabkan masing-masing mata dah mengantuk, jadi tak ada siapa yang nak buka mulut berbual lama-lama. Setakat bercakap sekejap-sekejap gitu je. Dah siap masing-masing ucap good night, maka rebahlah badan masing-masing atas alas yang dibawa. Ada bawa tikar, ada bawa comforter. Aku pulak just bawa kain selimut buat alas tidur. Bedal lah! Asal boleh tidur.
Jadi entah kenapa malam tu aku jadi susah betul nak tidur. Pusing kiri tengok kawan dah lena. Pusing kanan kawan seorang ni dah berdengkur halus. Puas pejam mata, tak nak juga lena.


Tiba-tiba telinga aku menangkap suara orang berbual. Perlahan je dan butirnya tak berapa jelas. Aku tengok jam kat telefon Nokia 3310 yang aku letak tepi bantal. Dah dekat pukul 1 pagi. Siapalah yang tak tidur lagi ni? Esok pukul 4 dah kena bangun sebab cikgu nak buat qiamulail.


Suara berbual tadi makin lama makin kuat. Siapa dengan gelak sekali. Seperti tadi, butir katanya langsung aku tak faham. Mulalah aku rasa nak marah. Dahlah mata tak boleh tidur, dia pergi gelak macam tak fikir orang lain semua dah masuk alam mimpi.


Aku pun angkatlah kepala nak jenguk siapa yang tengah berbual tu. Untuk pengetahuan korang kami tidur mengelilingi kelas. Masing-masing posisi kaki ke dinding. Means kat tengah kelas memang kosong.
Dari samar-samar cahaya lampu koridor luar yang terbias, aku tengok tak ada siapa pun bercakap. Bunyi orang berbual tadi terus hilang. Tahu pula senyap!


Jadi aku pun tak adalah fikir benda seram masa tu. Aku pun baring semula. Dah elok-elok mata nak lelap telinga aku terdengar bunyi orang berjalan dengan selipar jepun tu. Ada pelajar yang bangun nak ke tandas agaknya.
Tapi yang pelik dia macam berjalan mengelilingi tempat kami tidur. Aku dah risau kut ada yang nak buat jahat mencuri barang ke apa. Yalah hati orang bukan kita boleh teka walaupun kawan tu kita kenal.


Aku pun dengan beraninya buka mata dan pandang keliling kelas. Kosong! Tak ada siapa yang berjalan. Masing-masing dah dibuai mimpi. Macam-macam bunyi dengkur ada. Bunyi tapak selipar tadi pun hilang. Aku dah mula meremang. Terus selubung sampai kepala. Pejam mata rapat-rapat walau rasa mengantuk aku dah hilang. Aku pun tak tahu pukul berapa aku tertidur.


Pukul 3 lebih aku terjaga sebab Tija kawan sebelah gerak ajak pergi tandas. Isy! Aku baru je lelap mata. Ada pulak yang mengacau. Dalam mamai tu aku bangun jugalah teman kawan ni ke tandas.
Dah dekat nak sampai tandas, aku terdengar bunyi yang agak pelik. Tandas ni letaknya di hujung bangunan. Berselang dua buah kelas dari tempat kami tidur. Aku pandang Tija. Tija pun pandang aku. Aku rasa kami dengar bunyi yang sama.


Aku tanya Tija nak terus ke tandas atau patah balik? Aku pun dah tak sedap hati nak teruskan langkah. Tija cakap dia dah tak tahan nak buang air besar. Jadi kami pun teruskanlah perjalanan.


Sampai kat depan tandas, pintu bertutup rapat. Tak tahulah siapa yang tutup. Pintu tandas ni memang tak pernah tutup. Dan lampu memang akan dibuka setiap malam. Bunyi tadi masih ada. Dan makin kuat. Aku dah berdiri bulu tengkuk. Ketar-ketar tangan masa tolak pintu. Terbuka je pintu, aku tengok kat dalam gelap. Lampu tak berpasang. Lampu luar je hidup. Bunyi tadi sekelip mata hilang.


Aku pun berpimpin tangan masuk dengan Tija. Teraba-raba cari suis lampu dengan perasaan takut tu Allah je yang tahu. Tak sempat nak buka suis aku terdengar bunyi orang jirus air dari pintu paling hujung. Disusuli suara orang batuk. Parau gila suara dia macam suara lelaki. kami dah mula rasa lain semacam dengan suara-suara yang menakutkan itu.


Aku dengan Tija kaku. Siapa pulak yang masuk tandas pelajar perempuan tak buka lampu ni? Aku tak tahulah mana datangnya keberanian, aku pergi tanya siapa yang kat dalam tandas tu? Tahu apa jadi?

Aku dengar suara mengilai yang sayup-sayup dari tandas hujung. Aku dengan Tija apa lagi, buka langkah seribu lari balik semula ke kelas. Terus Tija tak jadi buang air besar. Memang kecoh malam tu sebab semua orang terjaga bila dengar suara kami menjerit dan berlari. Cikgu Zainal pun turun untuk tengok apa yang berlaku bila kekecohan berlaku.

Lepas cerita tu Cikgu Zainal terus pergi periksa tandas dengan beberapa orang pelajar lelaki. Aku tak tahulah apa yang mereka periksa. Dalam 15 minit juga Cikgu Zainal ke sana. Disebabkan jam dah pukul 3 lebih Cikgu Zainal minta kami semua mandi dan tukar pakaian untuk teruskan solat tahajud dan qiamulail. Alhamdulillah lepas tu dah tak ada apa berlaku.

Jadi itu sajalah kisahnya. Harap maaf kalau rasa tak seram. Tapi bagi aku ia menyeramkan sebab bunyi tu masih terngiang di telinga walau berbelas tahun dah berlalu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Qie
FOLLOW FB KAMI.

19 comments

      1. Cik/encik kut ya pun nak mengaku ni kisah awak, balas elok-elok tak boleh ya? But ok, saya maafkan. Sebab tak ada untung apa pun awakmengaku ni kisah awak.

  1. Kem ini wajib bagi semua pelajar yang ambil kertas Sejarah untuk SPM tahun tersebut.

    subjek sejarah bukan memang semua wajib ambik ke?

    1. Dok aihhh…SPM 07 & 08 menteri pelajaran tlh menetapkan calon diberi pilihan samada nak ambil ke tak subjek SEJARAH..Pooodahhh..itu pn tak tahu ka??

      1. Sorry? Saya rasa awak silap fakta ni. Sejarah tu subjek wajib dari zaman berzaman.. Dululah. Sekarang saya tak tahu. Nak menyamar jadi saya biar nampak cerdik sikit.

    2. Maksudnya nak tekankan yg kem tu semua pelajar wajib hadir. No excuse kecuali betul-betul sakit atau kematian ahli kekuarga. Sebab ada je yang bagi alasan tak mahu datang masa tu. Sebab tu guru tekankan yang kem tu wajib untuk srmua prlajar. Subjek tu of courselah wajib dari zaman berzaman.

  2. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Dari first kena kacau, asyik fikir positive, pastu masuk tandas, terfikir siapa pulak masuk tandas tk buka lampu. Dah sah2 hantu, nak positive apa lagi. Haih 5/10 je

  3. Aku pernah alami kisah asrama seram. Lain dari yg lain.. Ada satu lembaga aneh leher panjang yg mengganggu asrama aku dulu. Tepat pkl 1 pagi mesti dia muncul. Bulan mengambang dia jadi lebih berani..
    Seram kalau igt balik.. Mntk dijauhkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.