Kemenyan

Hai semua! Assalamualaikum w.b.t.
Thanks admin sebab approve cerita saya.

Okay. Macam ni cerita dia; memula, aku kena explain dulu sejarah rumah dekat kampung aku. Saja-saja nak bagi feel seram.

Dedulu, dekat tanah kami tu, orang suka berbomoh, mintak nombor ekor dekat perdu pokok pisang . Khurafat betul dorang ni. Bukannya menang pun. Haih. Ketuk kepala kang. Lepas tu suka pulak buang jin peliharaan dalam botol tu. Aku tak tahulah sama ada betul ada ke tidak jin dalam botol tu, sebab aku nampak botol kosong je. Tapi memang tak ada siviklah diornag ni. Village people betul. Buang sampah merata-rata. Nasib arwah nenek aku ni baik hati. Kalau kena dengan aku, dah lama dah aku santau sekor-sekor.

Lepas tu, nak dijadikan cerita, ayah aku pun mulalah buat rumah batu. Waktu tu, tahun 1996. Nak dijadikan cerita, ekonomi Malaysia jatuh merudum pada tahun 1999. Eh, masuk cerita ekonomi pulak? Sabar. Pada waktu inilah semuanya bermula.

Disebabkan ekonomi Malaysia merudum, kami terpaksa berhentikan pembinaan rumah kami tu. Biasalah kan, projek juta-juta (haha). Lama juga pembinaan rumah kami terpaksa kena stop. Akhirnya, tahun 2002, alhamdulillah masa tu ekonomi makin pulih.

Thanks to our Tun M (dengan izin Allah). I love you Tun!

So, dengan usaha mama aku mendesak ayah aku supaya siapkan jugak rumah tu walaupun budget ciput, tahun 2004, kami berjaya pindah masuk ke rumah kami. Lama tak lama kosong rumah kami tu, sampai segala makhluk halus kasar semualah, dah pernah menumpang dekat situ. Siap jadi hot spot mat drugs lagi! Ada je jarum and lilin aku jumpa. Nasib mat drugs je aku tak jumpa. Kalau jumpa, aku nak jadikan dia toyol aku. Boleh aku mintak tolong diorang curi duit untuk aku. Alah, sama je. Masuk jail jugak ending dia. Baik aku suruh diorang kerja untuk aku.

Sepanjang kami menetap dekat rumah tu, tak payah cakaplah. Setakat bunyi menapak tu, elehhh… itu baru soft punya gangguan babe. Kau dengar, “tung… tang… tung… tang!” Dekat dapur tu, kau siap boleh pergi mintak air Milo ais lagi. Tak takut dan tak seram pun. Tapi kalau dia bagi cacing blend, padanlah dengan muka kau.

Okay. Enough. Itulah dia history-nya.
Tahun bila, aku pun ingat-ingat lupa. Dalam tahun 2008 rasanya. Alah, kan ada sejenis perfume bakar tu. Masa tu in sangatlah perfume tu. Boleh letak dalam bilik, ruang tamu, tandas. Ada bau rose, vanilla dan macam-macam lagi. Bila kau bakar tu dia akan terbitkan bau wangi. Tapi kalau kau tengah berak, kau bakar perfume tu kau kena berak sambil buka pintu sebab lemas dengan asap dia. Aku suka bakar benda ni sebelum tidur. Soothing je. Bentuk dia kon berwarna-warni.

Pada suatu maghrib, kami ni tengah lepak-lepak depan TV. Ayah aku selalu tak ada dekat rumah. Busy mencari sesuap nafkahlah katakan.
Daddy, I love u forever. Masa tu dekat rumah ada mak aku, dalam bilik sebelah tangga. Rumah aku ni dua tingkat. Tingkat atas kami memang jarang guna. Dekat atas tu bila kakak aku balik je baru yang lain berani nak naik. Dasar penakut semuanya. Aku taklah. Aku ni jenis hangin terlebih.

Yang tengok TV masa tu aku dan adik perempuan aku dua orang. Yang lagi dua orang duduk asrama. Kakak aku pulak masa tu belajar dekat Sunway University. Aku pulak tengah cuti mid-term. Tengah syok tengok TV, kami sekeluarga terhidu bau kemenyan. Ah, sudah! Ni anat mana pulak ni nak bomoh-bomohkan kami sekeluarga? Fikir aku. Malam Jumaatlah katakan. Aku dah mula tak sedap duduk. Tapi aku maintain diam je. Aku ingat yang lain tak bau kemenyan tu. Aku terpandang adik aku. Adik aku muka dah pucat. Pandang aku.

Aku bagi signal pastu tunjuk hidung. Tetiba pulak jadi bisu kami ni. Penakut, kan (haha). Bukan apa… orang tua-tua cakap, jangan ditegur kalau bau pelik-pelik, aneh-aneh ni. Eh, tetiba datang pulak adik bongsu aku. Masa tu dia darjah lima. “Eh. Ada bau kemenyan lah,” kata dia.

Adik aku yang form 4 masa tu dah takut. Tapi dia nak jugak cari punca bau tu. Nak tak nak, aku jugaklah yang temankan. Eh, tetiba aku jadi beranilah pulak. Rasa marah dekat jin yang suka mengganggu keluarga kami ni. Tanpa melengahkan masa, aku jalan depan. Adik aku yang form 4, belakang. Haruslah. Dia kan penakut, terus-terusan menghidu nak cari punca bau tu. Bulu roma aku ni tok sah cakaplah. Satu badan wey meremang! Sampai ke kepala. Adik aku ni gelap orangnya. Tapi malam tu aku nampak dia putih je. Pucat punya pasal. Hahaha!

Nak dijadikan cerita, aku keluar rumah kejap, intai sekeliling nak tengok kot-kotlah ada yang tengah membomohkan kami. Tapi idea bodohlah jugak. Gila apa nak bomoh kami depan pintu pagar rumah kami? Karang nanti kantoi. Adoi. Lepas tu bau dah makin hilang. Tapi bila masuk rumah, bau jadi makin kuat. Ah… dia buat lagi. Lepas tu aku naik atas dengan adik aku. Dekat sini bau makin kuat. Adik aku dah nak menangis. Dia tak nak naik. Asyik tarik-tarik baju aku. Nasib tak koyak. Aku berkeras nak naik. Konon nak sergah jin ke, hantu ke. Biar dia tak berani nak usik kami lagi dah. Sambil naik tangga, sambil aku takbir, “‘Allahhuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” Banyak kali pulak tu. Dah macam tok bomoh aku time tu. “Nyah kau! Jangan kacau kami!” Ha, gitulah ayat aku lebih kurang.

Adik aku muka nak menangis. Siap pesan, “dahlah… jangn kacau dia. Jangan bagi dia marah.”

Eh, baik pulak minah ni? Kenapa kau tak ajak je dia duduk sekali dengan kau? Marah pulak aku.

Aku plan nak masuk bilik, check satu-persatu. Tapi tengokkan adik aku, kesianlah pulak. Takut sangat dia. Aku pulak nak tengok sorang, memang taklah! Aku ni eksyen je lebih.

So, aku pun turunlah bawah. Dah lari kot jin tu dengar aku takbir. Haha!

Masa turun bawah, terserempak pulak dengan mama aku. Tengokkan reaction kami, mama pun tanyalah, “dah kenapa korang ni?”

Kami pun ceritalah dengan muka suspens dan penuh debaran. Tak lupa kami ceritakan keberanian kami jadi bomoh tak bertauliah.

Korang tahu apa komen mak aku?

“Tak payahlah kau nak jadi bomoh sangat. Tadi mama ada hidupkan perfume asap tu. Itulah kemenyan yang korang cari.”

Berdekah kami gelak. Nasib tak m**i kejang je.

Sampai sekarang aku ingat detik-detik seram tu wei! Seram wei… seram. Seram macam mana otak kau boleh translate benda simple macam tu bila kau asyik fikirkan benda yang tak logik je. Seram macam mana otak kau trick kau bila berdepan dengan situasi macam tu dan kau dah tak boleh nak rasional. Oleh itu, amatlah penting bagi korang untuk stay sane and jangan nak asyik fikir pasal hantu jin apa semua tu.

Aku harap cerita aku ni tak buat korang menyampah. Nanti aku sambung lagi. Ada banyak lagi cerita aku nak share. Tapi yang incoming stories punya betul-betul kena kacau, okay. Bukan main-main.

Bye-bye! See you guys again kalau sambutan memberangsangkan!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

mohamad the second

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]

190 thoughts on “Kemenyan”

  1. Hahahahahahaah. Aku suka cara ko becerita. Selamba bewak je. Senang nak masuk dlm pale aku. Besahaja. Kelakar. Hahahahahaha. Sambung lagi. Hahahahah

    Reply
      • hai mak hayam. kalau nak monopos petua dia kunyah kulit kerang 3 hari 3 malam. amalkan sebelum tidur dan masa berak. mudah-mudahan makin cepat monoposnya

        Reply
  2. Hahahahahahaha kau ea..punyalah beriya aku baca siap pakej imejin lagi situasi kau. Last2 bau perfume tu. Hahahahaha

    Reply
  3. X seram bro..tapi kelaka..haha..gigih plk korg adik beradik jdk bomoh..huhu..pape pun cite best..sila smbung lg..kipidap..7/10..💋

    Reply
  4. Erm..penat acik baca laju2 sampai abes..x jumpa pun hantu nye..ko pemainkan hati & perasaan acik nakk..hukhuk..acik bg ko 7.2/10..kalo antu kua td acik bg ko 9.9/10..huhu

    Reply
  5. maaf “terpaksa” mencelah disini kejap.

    nak buat pengumuman ni;

    memandangkan FS seperti tidak menyiarkan lagi cerita2 saya (setelah 2-3 cerita disubmit dan sudah lebih 2 bulan tak disiarkan) dan saya percaya mungkin ada yg tak kena dgn cerita2 saya bila ikut piawaian FS dan itu mng hak FS nak siarkan ke tidak so saya takdehal isu tu

    jadi, sebagai alternatif, saya letak cerita2 tu di blog saya di ;

    http://www.fridaymornin.wordpress.com

    kat situ ada semua cerita yang pernah disiarkan disini dan ada yang tak pernah lagi tersiar dimana-mana kecuali diblog saya.

    jadi pada sesapa yg selama ni minat baca karya2 saya, silalah saya jemput kesana kalau boring takde apa bahan nak baca.

    Inshaa Allah esok atau malam ini saya akn publish satu cerita baru yg hampir habis ditulis dan juga sedang diedit bertajuk “Kisah Seram si Boy Part 2”

    see ya there folks!

    Reply
  6. ok just nice cara ko bercerita. wahai writer demin amek mase bape lame ye nak approve citer kite? aku nk try submit cerita aku jugaklah.

    Reply
  7. Seram macam mana otak kau boleh translate benda simple macam tu bila kau asyik fikirkan benda yang tak logik je. Seram macam mana otak kau trick kau bila berdepan dengan situasi macam tu dan kau dah tak boleh nak rasional. – Yang ni win aku setuju…… Itu yang penting kekal rasional dan tenang dalam situasi bahaya / kurang enak…..

    Reply
  8. Cerita BEST ada unsur pengajaran…. Mahluk lain mmg ada…. Tiada penafian ttg itu… Tapi bukan semua kejadian ‘aneh’ itu bersangkut paut dengan ‘mereka’. Ada fenomena boleh diexplain secara logik…. ada sebaliknya.

    Reply
  9. Buat malu la orang2 yang maki ni,tak puasa ke tuu,hasani ni dari hritu suka cri psal ngn aku tau,aku komen nnt ada je diaa

    Reply
  10. Aku nk berkempen ni..aku harap ramai yg setuju..kalo komen merapu boleh terima..kalo komen mencarut aku rasa da biadap sgt tu..malu aku baca komen memalukan dr org yg aku rasa sama bangsa sama agama dgn aku..
    #boikothasani

    Reply
  11. Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    “Hadis ini jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang hendaklah tidak berbicara kecuali apabila perbicaraan itu adalah baik, iaitu hal yang telah jelas kemaslahatannya. Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak berbicara.”

    Maka apabila kita hendak bercakap, sentiasa hanya bercakap benda yang baik. Kalau tidak ada benda yang baik, dituntut supaya kita diam. Ini bererti, hendaklah kita berfikir dulu sebelum kita bercakap. Bukan cakap dulu baru fikir.

    #selamatberibadah

    Reply
  12. Sabda Nabi s.a.w:

    “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”.
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Reply
  13. Opps… Sorry kat writer…
    Mencelah komen…
    Tp cite mmg best..
    Mmg pun, kalau fikiran kite dah dipadatkan dgn bnde2 negatif, automatik bnde simple pun blh jd isu bsr…
    Hehe

    #donecomment

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.