Kenangan Sekolah Asrama

Kenangan Sekolah Asrama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih kepada admin FS sekiranya cerita ini disiarkan. Panggil aku Lala. Ini kali pertama aku mengarang cerita di FS. Aku nak berkongsi kenangan aku pada beberapa tahun lepas semasa aku masih bersekolah.

Kisah 1: Siapa yang Berlari Tu?

Tahun 2009-2010 aku terpilih jadi exco asrama di sekolah aku yg terletak di pantai timur, semenanjung. Jadi, bila ada perjumpaan asrama dan sebagainya, aku dan kawan-kawan akulah yang akan handle. Aku masih ingat lagi, kisah ini terjadi pada tahun 2010. Malam itu, kami adakan perjumpaan asrama, cakap hal-hal berkaitan asrama dan sekaligus adakan roll-call. Macam biasalah, sebelum roll-call, satu pengumuman akan diadakan untuk panggil semua pelajar turun ke dataran asrama.

Bila semua dah settle down, dah duduk dalam barisan dorm masing-masing, aku pun start berucap. Aku membebel tentang budak-budak asrama tu yang suka bermain dan berlari. Bising betul! Lagi-lagi sebab aku duduk aras paling bawah, memang bila diorang berlari tu, rasa bengkek jer hati aku.

Sekolah aku agak istimewa sebab sekolah ni menempatkan murid-murid bermula dari darjah empat sehinggalah pelajar tingkatan 5. Jadi faham-faham sajalah, budak-budak sekolah rendah, memanglah bising.

Tiba-tiba aku perasan ada beberapa pelajar yang sedang duduk mendengar ucapan aku mendongak pandangan ke arah blok asrama. Aku pun automatiklah pandang ke atas, kami nampak macam ada kelibat yang sedang berlari dekat aras tiga kalau tak silap aku. Aku jerit dari bawah, “ada sesiapa tak turun lagi ke?!”

Aku minta semua yg masih berada di atas supaya turun. Tapi sunyi sepi. Tak ada balasan. Disebabkan rasa geram, rasa macam ada yg nak main-main, aku terus arahkan semua ketua dorm pastikan semua anak buah dah ada dekat bawah. Dan lepas kira-kira, semua dorm lengkap ahlinya. Jadi, kami yg berada di bawah ni mula rasa seram sejuk. Tapi aku buat-buat cool, sebab taknak adik-adik depan aku menggelabah. Jadi peristiwa malam tu, masih kekal misteri sampai hari ni.

Kisah 2: Kau Dengar Tak?

Satu malam, semasa di masjid untuk solat maghrib berjemaah, kami dimaklumkan tentang seorang adik darjah empat atau lima (aku pun dah tak ingat) yang sakit dan terpaksa berehat di dorm.

Kebiasaannya, selepas maghrib berjemaah, semua pelajar akan bergerak ke blok sekolah untuk kelas prep malam. Jadi disebabkan aku exco blok tu, aku kenalah pergi tengok adik tu. Aku tak pergi berseorangan (aku penakut), aku ajaklah kawan aku seorang. Aku gelarkan dia Fiza.

Untuk sampai ke blok asrama, kami akan lalu satu laluan yang agak gelap, tapi taklah gelap gelita, cuma cahaya tu agak suram sikit. Aku yang dah memang penakut ni, jalanlah rapat-rapat dengan kawan aku sambil buat muka cool. Sikit lagi nak sampai ke lobi asrama, aku dengar suara perempuan, macam menangis, tapi dalam masa yang sama macam ketawa jugak.

Memang aku tak pernah dengar bunyi tu selama ni. Di blok asrama pulak, memang gelap, cuma tinggal lampu-lampu koridor sebab semua pelajar ada di masjid.

Mula-mula dengar, aku buat cool, masih terus berjalan. Sampai dah beberapa lama aku mula tak tahan seram, aku picit lengan kawan aku, tapi still aku tak cakap apa-apa. Aku nak tahu yang aku je dengar atau dia pun dengar sekali (tapi tengah bajet cool). Bila aku picit lengan dia, dia toleh ke arah aku dan terus tanya, “nak teruskan atau patah balik?”

Aku jawab, “patah balik.”

Sepantas kilat kami marathon balik masjid. Dah tak kira dah pakai tudung labuh ke apa, berlari tak cukup tanah. Gilalah, malu gila aku kalau time tu ada orang nampak kami berlari dengan tudung labuh, tapi kain selak sampai lutut. Haha. Bongok punya syaiton, memalukan aku je.

Lepas tu kami kembali lagi ke blok asrama, tapi kali ni bawak genglah. Lepas tu naik bilik, tengok adik yg demam tu. Panggil warden untuk bagi ubat demam. Aku serius sampai sekarang ingat sebab bunyi dia tu lain macam. Bukan macam dalam cerita hantu mengilai-ngilai tu. Suara dia tu macam mengejek pun ada jugak. Tak guna! Mesti benda tu tahu aku penakut.

Kisah 3: Siapa Dekat Luar?

Suatu malam, time tu dah lewat malam, semua orang dalam dorm dah terlelap, termasuklah aku. Tiba-tiba pintu dorm aku macam nak terbuka, macam ada orang tarik dari luar. Tapi tak terbuka habis, sebab pintunya berselak.

Kawan aku yg paling dekat dengn pintu, tarik balik pintu tu tutup. Tutuplah sekejap, tapi macam ada kuasa daripada luar yang buatkan pintu tu macam nak terbuka balik.

Oh, lupa nak terang; pintu dorm kami ada dua daun pintu, yang mana bukaan daun pintu adalah mengarah ke luar bilik. Bukan ke dalam bilik. Bila 2-3 kali jadi macam tu, aku yang tengah mamai-mamai ni terus bangun dan duduk atas katil, memandang ke pintu.

Peliknya, tak pernah pun jadi macam ni. Nak kata angin, tak adalah berangin pun dekat luar tu. Kawan aku yang duduk paling dekat dengan pintu tu pun mula tak sedap hati. Satu dorm terjaga time tu, kecuali sorang junior aku yang tidur nyenyak macam baby. Yalah, pintu tu berbunyi setiap kali nak terbuka, macam mana nak tidur?

Lepas beberapa kali jadi, kami makin kuat rasa yang perkara tu bukanlah sesuatu yang normal. Macam ada entiti yang nak sangat masuk ke dalam bilik kami. Kami mula baca ayat-ayat pelindung. Aku pun terkumat-kamit baca ayatul Qursi beberapa kali. Alhamdulillah, tak berapa lama selepas tu, kejadian tu stop. Kami bersyukur kepada Allah kerana lepas kejadian tu, tak ada gangguan lain yang terjadi.

Kisah 4: Terkejut.

Yang ini pendek jer. Satu malam, aku dan sorang kawan aku tengah berjalan di laluan susur menghala ke asrama. Lampu-lampu, dekat laluan tu selalu rosak. Elok sekejap, lepas tu mesti bergelap balik. Aku pun tak tahulah kenapa. Beberapa malam sebelum itu, asrama kami digemparkan dengan cerita yang seorang warden perempuan pengsan masa lalu dekat laluan tu.

Daripada cerita mulut ke mulut, kononnya masa dia lalu dekat situ sorang-sorang, ada benda besar terbang betul-betul melintas depan dia. Tidaklah diketahui apa entiti tu.

Dia pengsan sebab terkejut. So, masa jalan dekat laluan tu, aku ni masih dalam mood takut-takutlah. Yalah, dah dengar cerita seram tu.

Tiba-tiba… DUMMM! Ada bunyi benda terhempas kuat ke atas atap laluan tu. Gugur jantung aku. Dahlah tengah seram. Aku pun bermarathonlah dengan kawan aku tu. Haram betul, ada je benda nak menakutkan aku syaiton ni. Nasib baiklah aku tak pernah nampak apa-apa. Setakat ni cuma dengar-dengar je.

Sampai sini sajalah cerita aku kali ni. Ini kali pertama aku mengarang, jadi apa-apa kekurangan harap dimaafkan. Terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lala cun
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

40 comments

  1. Weh asal cerita genting higlands tu dh takde eh? Aku sorg jeke yg perasan ni? Admin dh buang ke camne tuuu?

  2. hahha tudung labuh kain singkap smpai lutut..hahaha..tu kalau org nmpak diorang xckp itu kau..mgkin diorang ingt hantu..hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.