Kenapa yang Pernah Kena akan Terus Kena?

Ini bukan kisah seram seperti kisah seram yang lain dalam FS ni. Kisah ini adalah penerangan yang aku rasa perlu untuk diberikan pada anda semua. Terutama mereka yang berkongsi cerita dalam ni, dan juga yang tak berkongsi.

Nama aku? Atoi The Killer, yang diberikan oleh guruku sewaktu mula mempelajari perubatan Islam tahun lepas. The Ghost Killer, yang paling tepat.

Berbalik pada tajuk cerita kita. Kenapa yang terkena akan terus kena? Contohnya mereka yang pernah disihir, atau pernah kerasukan, mesti mereka mudah dirasuk kembali atau mudah melihat perkara yang bukan-bukan also known as perkara mistik.

Apabila badan kita pernah didiami oleh makhluk halus / jin / jembalang / saka, maka mereka akan meninggalkan tanda atau barang mereka di dalam badan kita secara batin.

Analoginya adalah seperti rumah kita, kita akan letakkan barang-barang kita sebagai tanda itu rumah kita. Kalau kita ke mana sekalipun, kita akan pulang ke rumah kita dengan adanya tanda tadi.

Cumanya bagi makhluk halus, bukanlah sofa atau mesin basuh mahupun kerusi Ogawa yang mereka letakkan di dalam badan kita. Adalah barang-barang mereka seperti tombak, keris, ikatan tali dan sebagainya yang mereka letak dalam badan manusia yang mereka diami.

Kebanyakan pengamal perubatan Islam sekarang terlepas pandang berkenaan perkara ini. Mereka hanya menghalau atau menarik keluar makhluk halus dari dalam badan, atau meruqyah dan membuat jin lari sementara kerana kepanasan, tanpa mereka keluarkan barang peninggalan yang kita bincangkan tadi.

Memang ustaz-ustaz berjaya menghalau, membawa keluar atau membunuh entiti makhluk halus dalam badan pesakit. Cumanya barang-barang dalam badan mereka tidak dikeluarkan. Perkara ini akan menatijahkan perkara yang tidak diingini berlaku dikemudian hari. KENAPA?

Kerana tubuh pesakit sekarang adalah rumah yang kosong bagi makhluk halus yang tidak bertuan. Di mana, makhluk halus yang lain boleh keluar masuk sesuka hati mereka. Termasuk lah jin-jin mabuk tepi jalan yang rasa sangat bertuah mendapatkan rumah free tanpa perlu berusaha.

Untuk penggetahuan semua, jin juga ada tahap pengajiannya. Bukan semua jenis jin mampu untuk bersarang dalam badan manusia. Kerana kalimah-kalimah yang ada dalam badan kita, termasuk solat zikir semua tu. Sebab tu orang dulu-dulu pesan, walau macam mana pun, solat jangan tinggal. Itu adalah benteng terakhir diri kita dari diganggu oleh makhluk halus.

Jin-jin biasa tidak akan mampu bersarang dalam badan kita. Maka mereka akan gembira apabila diberikan rumah percuma. Rumah Prima pun kita kena bayar. Kau bayangkanlah diorang dapat rumah free. Raya Yahudilah jadinya.

Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Kalau semua berminat, akan aku kongsikan lagi kisah-kisah yang tidak semua dari anda tahu.

Sekian,

ATOI THE KILLER.

Atoi The Killer
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

47 comments

  1. Atoi The Killer,
    Saya setuju dgn segala diatas. Bak kata tok ayah, yg dibuang luaran tapi dalaman tak dibuang satu hal, lagi satu hal, dah dibuang yang dalaman, tutupnya tidak. Macamana nak pulih, tertibnya tak ada. Umpana baca doa makan tanpa bismillah.

    1. Sila ambil dari sudut positif. Ambil dari sudut ilmu yang dikongsi, bukannya komen cara penyampaiannya riak ke apa. Jangan pamer sangat busuk hati kita kat orang.☺

  2. Atoi ni boleh berubat ke? harap dpt share lg cerite atau pengalaman yg lain dr lain sprt pengamal perubat lain…lg satu, next story plis letak name cth: #ATOI dkt tajuk ya…

  3. Sebab waktu ‘dia’ keluar, dia meninggalkan pintu msk ke dlm tbuh seseorg terbuka. Maka pintu yg terbuka mudah dimasuki yg lain.

  4. salam, tuan.

    terbaik. tolong sambung lagi cerita atau perkongsian ilmu.

    dan kalau boleh, beri fb utk saya hantar mesej ke messenger. saya ingin berkenalan dan berbual2 kerana Allah.

    terima kasih.

  5. sangat menarik perkongsian mcm ni. bukan kisah seram semata-mata tapi punca & kaedah menanggani gangguan jin juga patut diceritakan di ruangan ni. ada satu soalan boleh tuan ceritakan apa yg dimaksudkan badan seseorg tu ditutup dgn kalimah tertentu sewaktu mendapatkn rawatan? kadang boleh dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.